
Tiga minggu berlalu tanpa ada kesempatan bagi Bimba memikirkan hal lain selain kerja-kerja di depan mejanya.
Kring kring kring
"Ya hello"
"..."
"Ya Ma."
"..."
"Hari ini?"
"..."
"Oh ok Ma. Jam 7 malam ini?"
Bimba menganggukkan kepalanya lalu mengakhiri panggilan itu
******
Ting tong ting tong
Door bell rumah keluarga Yulia berbunyi.
"Bukakan pintu itu Yourle," pinta ibu mereka.
Yourle bergegas membuka pintu dan mempersilakan tetamu makan malam itu ke dalam.
"Mi kenapa susah-susah bawa ini?"
"Bukan selalukan Jura?"
"Ya sudah, itu simpan dulu dalam peti ais. Nanti cair ais cream tu. Yourle tolong simpan ini ya nak."
*******
Dua buah keluarga itu berkumpul di ruang tamu keluarga Quan selepas mereka selesai dinner bersama-sama.
"Akhirnya selesai juga menyuci piring segalanya, haha." tawa Jura diiringi Mimi menatang beberapa cawan ais cream.
"Mari makan ais cream. Biar senang itu perut," pelawa Mimi mengaguhkan ais cream kepada semua.
"Cheers... cheers untuk Lia." Tiba-tiba Yusve mengangkat cawannya menyebut Yulia.
"Oh iya lupa pula, patutlah sepi ni rumah. Anak perempuan kamu tu mans Jura. Belum pulang?'
"Oh dia..."
Uhuk uhuk uhuk..
Yude terbatuk batuk sambil melambai pada ibunya. Lambaian itu bagaikan satu syarat tertentu kepada ibunya.
__ADS_1
"Ehh maaf, mungkin permintaan itu untuk saya makan banyak ais cream lagi, haha." ucap Yude mengusap lehernya sendiri.
"Yulia itu sudah hampir tiga minggu bukan di rumah. Dia tinggal di asramanya. Dia sambung belajar. Mungkin nanti cuti semester dia akan pulang." Terang Jura berselindung.
"Jadi si duyung kolam sambung belajar? Haha menarik? Akan ku ganggu dia di tempatnya hahaha tunggu saya duyung...hahaha" batin Bimba menyimak perbualan kedua wanita paru baya itu.
"Kak Lia sekolah di mana?" tanya Gigi ingin tahu.
"Kita harus habiskan ais krim kita sebelum cair. Ada banyak lagi di ais boxkan Ma?" Yusve mengalihkan topik perbualan. Jura hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan anaknya Yusve.
"Oh iya malam ini ada game bola sepak. Manchester United vs Liverpool. Ada yang mahu teka siapa menang?" soal Yourle bersemangat
Maka terjadilah perdebatan bola sepak di ruangan itu. Sungguh kecoh mereka mempertahankan idea masing-masing.
Bagi kedua keluarga itu, bola sepak adalah sukan kegilaan mereka. Kebetulan ada di antara mereka adalah penyokong pasukan-pasukan bola sepak gergasi Inggeris ini.
Saat semua saling mengutarakan hujah tentang pasukan bola sepak yang mereka sukai, Bimba berdiri menghampiri sebuah meja yang terdapat beberapa bingkai gambar keluarga Quan di atas meja dan ada yang di gantungkan pada dinding belakang meja itu.
Bimba mengeluarkan hpnya dan mulai memotret beberapa keping gambar Yulia.
"Oh gadis itu pernah jadi ketua pasukan bola sepak? Hebat." batin Bimba kagum.
"Hihi ini kerja siapa dari ketiga abangnya ya? Hihi.." gumam Bimba terkekeh melihat sebuah bingkai gambar berisi gambar Yulia yang sedang menangis dengan wajah clown.
Mungkin ketika itu, umur Yulia dalam 20 tahun. Dia di make up menyerupai seorang clown.
Tapi entah kenapa dia menangis saat gambar itu diambil oleh seseorang. Gambar itu mungkin di ambil tahun lalu.
"Memang kenapa adik kamu menangis saat itu?"
"Panjang ceritanya. Gara-gara mahu kelihatan berbeza dari hari-hari biasanya untuk satu acara kawan sekelasnya di kampus, dia meminta kawan untuk make over. Tapi dia di prank dengan make up begitu."
"Parah juga kawannya itu. Terus?"
"Ini dia di luar tempat mereka mengadakan party itu. Dia menelepon saya mengatakan acara sudah selesai. Kebetulan waktu kami sampai, Yusve terus mengambil banyak foto, kerana waktu itu dia baru membeli camera DSLR. Kami dapati Yulia sudah menangis."
"Oh..."
"Sewaktu di dalam pesta itu dia tidak melihat hasil make overnya. Nah ketika dia berdiri di luar pesta, seseorang memberinya selembar wang kerana mengira dia seorang badut. Kami tiba waktu itu pun terkejut melihat mukanya begitu 🤡 hahahaha... tapi lumayan hasil wang yang dia dapat, hahaha."
Panjang lebar Yude menceritakan suasana kala itu kepada Bimba.
Mala mereka sempat melihat lebih banyak foto clown di album lain yang Yude keluarkan.
Ketika keluarga Bayu beranjak pulang, Bimba meminta kebenaran Yude untuk mengambil sekeping foto clown Yulia.
*******
"Bim kamu ok? Kenapa akhir-akhir ini kamu senyum-senyum sendiri?"
Sudah beberapa kali Jaja bertanya soalan sama namun tidak berjawab dari Bimba.
Ini memaksa Jaja mencari jawaban sendiri sehingga satu hari dia melihat sebuah bingkai foto yang ada di meja Bimba menguraikan persoalannya.
__ADS_1
"Di dandan begitu masih tetap cantik. Menarik. Patutlah Bimba senyum memanjang. Sebenarnya dia di mana sekarang ya? Jangan-jangan Bimba ada rencana untuk mengerjai gadis ini lagi."
Jaja kemudian keluar dari pejabat Bimba setelah meletakkan beberapa file yang akan ditandatangani oleh bossnya itu.
"Ja, masuk ke dalam." Perintah Bimba yang baru keluar dari lift.
"Saya baru letakkan file yang tuan minta kelmarin di atas meja." kata Jaja duduk di tempatnya.
"Masuk sekarang," ucap Bimba tegas.
"Hmmm iya tuan," dia mengekori tuannya masuk semula ke dalam pejabat.
"Tolong cari maklumat keberadaan Yulia secepatnya."
"Ehh bukankah dia di rumahnya setelah kita masing-masing pulang ke rumah hari itu? Diakan sudah berhenti?"
"Saya belum benarkan dia berhenti. Kontraknya belum selesai."
"Tapi Bim, kontrak Yulia sudah selesai waktu kita pulang dari hospital. Jangan bilang kamu lupa kesepakatan antara kamu dan abangnya yang datang ke hospital menghantar keperluan Yulia ketika itu."
Bimba melepaskan nafasnya kasar mengingat persetujuan yang mereka sudah lakukan.
"Tapi tetap cari tahu di mana dia berada. Saya perlu tahu keberadaan Yulia."
"Hmmm menarik.." gumam Jaja santai.
"Hei hei apa di fikiran kamu?"
"Santai aja tuan. Nanti akan saya cari tahu di mans keberadaannya?" ucap Jaja melirik frame gambar di atas meja Bimba.
"Mata tu jangan suka suka saja melirik, ok.. ee mmm no tidak akan ada jawaban untuk sebarang pertanyaan kamu. Sorry kawan." Bimba mengibas-ngibas tangannya meminta Jaja keluar.
"Emm bilang saja kamu rindu dengan hamba mu itu. Bilang saja kamu sudah jatuh hati dama dia..hihi" Jaja memerli temannya dan cepat-cepat berlalu pergi.
"Mana mungkin saya jatuh hati dengan hamba aneh itu. Sudahlah duyung kolam jadi hamba lagi haha.."
Bimba menyandar pada kerusi kebesarannya mengetuk-ngetuk jarinya pada meja melamun.
Memang akhir-akhir ini dia merasa sunyi dan bosan. Setiap melihat foto Yulia seperti badut itu, hatinya selalu dipenuhi dengan rasa senang.
Namun setiap kali melihat bingkai gambar Yulia, dia akan melamun dan terbayang bagaimana gadis itu terkejar ke sana ke sini melakukan banyak pekerjaan yang tidak perlu pun.
Contohnya, Yulia akan di suruh mengelap pen yang dia gunakan beberapa minit untuk menandatangani dokumen. Kadang-kadang dia akan meminta gadis itu membersihkan toilet setiap kali toilet digunakan dalam officenya.
Namun apa yang paling menyebalkan baginya ialah ketika Yulia meletakkan lada pada ikan panggang dan sayap ayam panggang yang dia minta kala itu.
Memang permintaannya meminta sambal lada, tetapi bukan bermaksud lada itu dilumurkan pada seluruh ikan dan sayap ayam panggang itu.
Jadinya dia menceret beret sesampai di rumahnya. Nasib bukan di rumah keluarga Yulia. Kalau tidak, itu lebih memalukan.
"Akan saya cari kamu duyung kolam di mana pun kamu berada. Balas ya harus balas. Tunggu sehingga bertemu kamu lagi."
Begitu janji Bimba mengingat Yulia.
__ADS_1