Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 23. Relakan


__ADS_3

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, banyak perubahan pada Bimba. Jaja dapat melihat itu dan yakin sahabatnya ini menyembunyikan sesuatu darinya.


"Bim, kamu ok?"


"Hmm ok. Kenapa?"


"Saya perhati kamu makin sering ke gym beberapa lama ini. Kamu jumpa gadis idaman di sana?"


"Sembarangan saja kamu Ja. Kita ke gym untuk senaman, iya kn? Terus kamu bilang macam itu kenapa?"


"Bukan apa Bring. Tapi saya nampak kamu ni seperti..."


"Seperti apa?" potong Bimba melirik Jaja.


"Kamu ke gym cuma mahu sembunyikan perasaan kamu kan?"


"Aiii ni orang, sembunyi apa pula? Perasaan apa?? Sembarangan saja cakap macam itu." Tukas Bimba meluruskan kakinya.


Petang itu mereka berdua hanya santai di tepi kolam melepaskan lelah dan stress dari pekerjaan yang menumpuk sepanjang minggu lalu.


Kolam yang di bina indah di belakang rumah keluarga Bimba adalah hadiah ayahnya kepada sang ibu sempena ulangtahun pernikahan mereka. Romantiskan parents Bimba??


Sebenarnya Bimba dan Jaja adalah dari golongan orang kaya. Tetapi cara hidup mereka kelihatan sangat sederhana apatah lagi rumah keluarga mereka tidak seperti kebanyakan orang kaya. Cara berpakaian dan tempat makan mereka di luar, lebih menyerupai orang yang hidup sederhana.


Persahabatan Bimba dan Jaja terjalin lama dahulu sewaktu mereka di hantar ke desa oleh datuk mereka yang memang berteman dari moyang mereka lagi.


Moyang mereka berasal dari desa yang sama dan ketika mereka berjaya memajukan diri di kota, desa itu tidak pernah mereka lupakan.


Kerana bakat dan usaha gigih kedua sahabat itu, mereka berjaya membawa kemajuan kepada pendapatan orang kampung. Semua hasil pertanian yang diusahakan oleh orang kampung diborong oleh syarikat mereka untuk dijual di mall dan pasar-pasar.


Dari sanalah Bimba dan Jaja bertemu belajar mengenal hidup serba sederhana.


"Ja, saya teringin kembali ke kampung datuk kita."


Tiba-tiba Bimba mengutarakan hasratnya.


"Atas alasan apa kamu mahu ke sana?" Jaja mengerenyitkan dahinya mendengar ucapan Bimba.


"Perlu alasankah untuk menjenguk kampung sendiri?"


"Ha ha ha ha memanglah tidak. Tapi saya hairan saja dengan kamu. Dulu waktu saya bawa, kamu ada saja alasan menolak. Nah sekarang apa?"


Bimba tersengih mengabaikan kata-kata Jaja.


"Rabu ini kita ke sana. Paling pun kita dua minggu di sana."


"Apa? Dua minggu? Kamu yakin tinggal di sana dua minggu? Trus siapa yang uruskan syarikat? Kita tutup syarikat ka?"

__ADS_1


"Tenang saja. Kan ada ayah saya dan abang Deo. Pasti abang akan bantu itu."


"Hmmm tanya dulu mereka. Biar jelas dan tidak berantakan tu syarikat ditinggalkan lama." Jaja memberikan sarannya kepada Bimba.


******


Kampung memang tempat terbaik untuk melepaskan beban di hati fikiran. Tempat yang aman damai. Udara segar dengan pemandangan menghijau dan keakraban penduduk yang ramah. Semua itu menyegarkan fikiran.


"Ja, ada apa-apa berita tentang Yulia?"


"Ehemm... sudah rindu dia ka?"


"Hei... saya cuma tanya sajalah." Bimba sedikit kesal dengan gurauan Jaja.


"Ok ok kalau kamu cuma mahu tanya, janganlah sampai mahu marah begitu."


Bimba tidak mempedulikan protes dari Jaja. Dia memandang jauh ke sawah yang mulai menghijau dengan tanaman padi.


"Kalau kamu tidak punya perasaan rindu atau yang berkaitan dengan perasaan, izinkan saya mengejar Yulia."


Bimba tersedak air liurnya sendiri. Dia terbatuk-batuk mendengar ucapan Jaja. Dia lantas memandang temannya itu dengan tidak percaya.


"Kamu?" Huh..."


"Saya sudah ada info terbaru hamba mu itu. Tapi rasanya kamu tidak perlulah tahu. Buat apa juga kamu perlu tahu? Iya kan?"


Bimba yang tidak terima tingka temannya, menampar kasar bahu Jaja.


"Hei hei apa ni? Kasar sekali."


"Bilang apa info terbaru Yulia."


"Ahh buang-buang waktu saja bilang sama kamu. Kalau kamu tahu dia berada di mana, pasti kamu heret dia kembali menjadi hamba kamu saja."


Jaja berdiri melangkah meninggalkan Bimba


"Oh iya, daripada dijadikan hamba kamu, lebih baik dia jadi kekasih saya, hahaha...Yulia wait for me, babe." Lanjut Jaja mengejek Bimba yang kelihatan mulai timbul amarahnya.


"Dasar sahabat yang tidak tahu diuntung!!" teriak Bimba berdiri ingin membantai si Jaja.


Tetapi untung saja Jaja sudah jauh dan berlari pulang ke rumah besar keluarganya di desa itu.


Malam itu Bimba termenung panjang di teras rumah datuknya dengan perasaan berkecamuk.


Kesunyian malam dengan bunyi air mengalir dari anak sungai tidak jauh dari rumah itu dan kedengaran sesekali bunyi burung dan serangga menemani kegundaan hati pemuda tampan itu.


"Cu, kamu belum mau tidur?"

__ADS_1


Tiba-tiba datuknya muncul menatang sebuah dulang berisikan hot milk dan beberapa biji kue untuk mereka.


"Atuk..atuk sendiri kenapa belum tidur? Nenek mana?"


Atuk Bimba cuma tersenyum sambil meletakkan dulang itu di atas meja teh dengan cermat.


"Nenek kamu tu sedang senyum-senyum menonton drama kpopnya. Siap marah-marah dan membuat arahan di depan tv. Macam saja dia itu director drama kpop. Haha.."


Bimba menyandar lagi di dinding melihat ke luar.


"Ini masih awal juga masih jam 9 malam. Atuk dan nenek mu itu biasanya tidur nanti jam 9.30 malam," Atuk melanjutkan ucapannya duduk di samping Bimba.


"Hidup ini jangan hadapi dengan terlalu keras. Kamu tidak akan menikmati hidup kamu kalau begitu. Apatah lagi soal jodoh."


Dengan tenang atuk Bimba menghirup hot milknya sambil membuka bicara.


"Hmmmm ..." Bimba melepaskan nafasnya dengan berat terus memperhatikan samarnya malam di depannya.


"Kamu mahu berkongsi isi hati? Atuk siap mendengar. Itu pun kalau kamu percaya dengan atuk mu yang sudah tua ini."


Atuk Bimba menepuk-nepuk bahu cucunya itu dengan lembut penuh kasih sayang.


"Atuk pernahkah tidak yakin dengan isi hati sendiri?" akhirnya Bimba bersuara setelah beberapa lama.


"Pernah. Malah atuk pernah mengabaikan ungkapan isi hati atuk sendiri. Kerana itu, atuk sering gagal memajukan diri dalam memajukan diri."


"Bagaimana dengan isi hati tentang jodoh?" Sedikit memerah wajah Bimba menanyakan hal itu.


"Hahaha itu iya? Sudah tentu isi hati soal jodoh paling menyenangkan. Tapi paling menyakitkan juga. Atuk pernah alami juga cinta trajis."


"Wah atuk pasti alami banyak hal, kan tuk?"


Atuk Bimba cuma tersenyum seperti mengenang masa lalunya.


"Soal hati, kamu jawablah sendiri. Kerana isi hati kamulah yang tahu menjawab. Kadang-kadang kata-kata orang lain belum tentu sesuai kamu pakai menjadi keputusan untuk sesuatu hubungan."


Bimba menunduk memainkan gelas hot milknya sambil berfikir.


Kemudian dia mulai menceritakan semua apa yang menganggunya beberapa bulan ini.


"Cu.. kamu tu bukan anak kecil lagi. Kamu uda dewasa menentukan dimana hati kamu berlabuh. Sebelum ada yang mengambil dia, menambat hatinya, kamu harus bertindak. Kejarlah dan katakan apa yang sebenarnya. Jangan akhirnya menyesal. Di terima atau tidak itu soal kedua. Relakan apa pun keputusan di masa depan."


Hati Bimba semakin berat menanggung rasa di hati. Dia merasa tidak sanggup lagi terus begitu.


"Bawa dia ke sini."


"Tapi tuk, dia di mana saya tidak tahu."

__ADS_1


Bimba menunduk putus asa


__ADS_2