
"Jadi ini rumah nenek kamu?"
"Ya betul. Ini rumah nenek saya. Ada masalahkah?"
Keduanya membisu merasakan ketidak nyamanan di antara keduanya.
Diam-diam Bimba memperhati gadis yang sudah menganggu detak jantungnya. Gadis yang sudah mengacaukan fikirannya. Gadis yang sudah mengusutkan deru darahnya.
Wajahnya tiba-tiba terasa panas lalu dia memalingkan muka ke luar memandang sawah yang nenghijau.
"Mmm boleh saya bawa kamu keluar? Kita jalan-jalan di sawah ke hujung sana," ucap Bimba lancar penuh harapan.
Dia menatap gadis nakal yang turut menatapnya tidak berkerdip.
"Kamu cantik begitu," ucap Bimba tersenyum.
Yulia mengangkat keningnya hairan.
"Sejak bila lelaki otak kancil ini bermulut manis? Tidak bertemu beberapa lama, tiba-tiba dia sudah berubah? Huh.." batin Yulia tidak peduli.
"Saya tidak tahu kalau kamu juga berasal dari desa ini," ucap Bimba tenang.
"Mmm sa..."
Baru saja Yulia bersuara, neneknya sudah masuk membawa kerepek.
"Kalian sudah berkenalankan?" ucap neneknya lembut seraya duduk di hujung bangku.
"Mmm iya," ucap mereka serentak.
__ADS_1
"Nah menjawab serentak tandanya jodoh," senyum nenek Yulia lagi memasukkan sekeping kerepek pisang ke dalam mulutnya.
"Nek, kami..."
"Iya nenek benarkan. Kamu jalanlah. Nanti makan malam kamu sudah kembali ke rumah ya?" ucap neneknya lagi tersenyum.
Bagaimana nenek Yulia tahu kalau Bimba mahu membawa gadis itu keluar berjalan -jalan di sawah menghijau itu?
Tapi itu tidak penting sekarang. Bimba berdiri tersenyum menyalami orang tua itu beriringan dengan Yulia.
''Ingat, pulang sebelum waktunya ya dan hati-hati.'' laung nenek mengingatkan kepergian sepasang orang muda menuju ke permatang sawah nun jauh di sana dekat pokok kelapa mawar itu.
*********
"Kamu melarikan diri dari sayakan?" soal Bimba saat mereka duduk di bawah pohon jambu yang berbuah lebat.
"Panggil saya Bimba aja. Tidak ada tuan-tuan di sini."
"Hmmm apa yang saya ingat, itu adalah arahan dari tuan sendiri sejak dari dahulu kala."
"Itu dahulu. Jangan ungkit lagi. Lagipun sekarang kita sudah bukan atasan dan pekerja."
Dan bermulalah perdebatan kedua orang itu. Dari satu hal ke satu hal yang lain. Mereka bagaikan kucing dan anjing yang setia bergaduh.
Ketika mereka menyusuri permatang sawah untuk pulang ke rumah, Yulia tergelincir dan jatuh ke sawah.
Bimba tertawa bagaikan kanak-kanak riang mendapat mainan.
"Dasar anak duyung. Kalau duyung tetaplah duyung. Haha rasakan. Harap saja sawah itu tidak berlintah."
__ADS_1
Tawa Bimba lepas tanpa rasa kasihan di hatinya.
Mendengar nama lintah, Yulia dengan cepat bangkit bangun menarik kakinya dari dalam sawah. Dia memang takut dengan benda licin tidak bermata itu.
Eh mata lintah di mana ya? Hmmm....
"Aahh.." keluh Yulia tiba-tiba terduduk di atas permatang sawah. Wajahnya berubah. Dahinya berkerut. Dia mengelus pergelangan kaki beberapa kali dan cuba berdiri.
Tapi malangnya setiap kali berdiri dia akan terduduk kembali kerana kakinya sakit.
"Kamu kenapa masih duduk di sana? Tidak mahu pulang?" ucap Bimba yang sudah berjalan dahulu beberapa meter ke depan.
Dia hairan gadis bising itu tidak menyahutnya ketika tadi dia bertanya. Apabila dia membalikkan badan, rupa-rupanya Yulia masih duduk di sana di mana dia tergelincir tadi.
Bimba dengan malas menghampiri gadis itu mengamatinya dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena.
"Kamu terseliuhkah?"
"Tidak, saya ok saja." ucap Yulia cuba berdalih. Dia berusaha berdiri tetapi hasilnya tetap sama di mana dia terpaksa duduk lagi kerana kakinya terlalu sakit.
"Sini saya tolong," Bimba menghulurkan tangan membantu gadis itu berdiri.
Akhirnya Bimba terpaksa menggendong Yulia di belakangnya kerana dia sudah tidak dapat berjalan lagi.
Di sepanjang perjalanan mereka berusaha berbual santai dan bergurau senda menghilangkan ketidak nyamanan.
Namun tetap juga terselit pertengkaran yang terhasil dari hal-hal remeh perbualan mereka.
Hati Bimba berbunga mekar di sepanjang jalan mengangkat Yulia di belakangnya. Moment indah untuk Bimba.
__ADS_1