
"Gara - gara dia la rambut ku penuh lumpur dan pasir, eeeeehhh," gumam Yulia geram memukul permukaan air di sungai kecil itu.
"Dah la tak ada syampoo. Ishhhh...bau tau bau. Kepala ku bau macam sampah. Harus dibalas ini," katanya lagi sendirian membersihkan dirinya.
"Aiiii perempuan apa macam itu, arggghh," gerutu Bimba menyusuri anak sungai itu mencari tempat yang lebih selesa. Hatinya makin sakit bila mengingatkan kejadian di library dulu.
"Nah di sini bagus untuk berendam," gumam Bimba memasukkan kakinya ke dalam air.
Suasana agak riuh di pondok sewaan Yude sekeluarga dengan tawa canda. Ada banyak makanan terhidang belum berbukadi sana. Yourle datang dengan beberapa plastik makanan dan minuman.
"Maaf semua saya lambat. Tadi ada sedikit hal," katanya meminta maaf.
Kemeriahan di pondok itu makin bertambah dengan kehadiran Bu Mimi, Pak Bayu dan dua anak mereka. Ibu mereka menjemput keluarga teman baiknya ini ikut bergabung apabila tanpa sengaja mereka bertemu di tempat itu tadi.
Dari kejauhan kelihatan Yulia berjalan cepat dengan muka panjangnya. Jelas kelihatan dia sangat kesal.
"Ma, pa, kita lama lagikah di sini? Lia mau pulang. Rambut Lia keras ni. Dah jadi macam rambut dawai," kata Yulia geram.
"Ehh, abang baru sampai, Lia dah nak pulang?" kata Yourle mengerutkan keningnya.
"Kenapa ni. Adik kesayangan kita ni kenapa dah nak pulang?" soal Yourle hairan.
"Lain kali datang tepat waktu, biar nampak wayang di dalam kolam. Ikan duyung kolam mengamuk," jawab Yude ketawa lepas.
Keluarga Pak Bayu yang tidak tahu hujung pangkal cerita, hanya tersenyum sumbing mendengar.
Setelah Yusve menceritakan keadaan tadi, semua kompak ketawa. Muka Yulia memerah menahan malu.
Bimba sedikit hairan melihat keluarganya beralih pondok. Kenapa ke tempat itu, batin Bimba tidak senang. Dia berjalan menghampiri keluarganya.
"Bim sini," panggil adiknya Gigi melambai kepadanya.
"Nah hero sudah datang," kata Yusve menunjuk Bimba. Semua keluarga Bimba memandang Yusve hairan. Hero?
Bimba mengacak - ngacak rambut basahnya menghampiri mereka.
"Hero kepala otak abang la," tukas Yulia tidak suka.
"Bim, kamu kenapa? Baru abis mandikah?" tanya ibunya hairan.
"Tante, dia ni anak tante kah?" tanya Yusve.
__ADS_1
"Iya, ini anak saya yang ketiga, Bimba," terang Bu Mimi memperkenalkan.
"Seperti nama kancil, hihihi," tawa Yulia tanpa sedar.
"Kamu... duyung kolam" jeling Bimba marah.
"Hei mulut tu," marah Yulia memandang Bimba tajam.
"Makanan dah siap... mari makan," panggil Yude menenangkan suasana.
Family retreat yang dirancang Yude berjalan meriah. Ibu mereka rancak bercerita dengan bangga tentang hasil pancingannya. Manakan tidak, hasil tangkapannya menjadi sajian hari itu. Ikan bakar special katanya.
Yulia dan Bimba bagaikan kucing dan anjing. Mereka tidak boleh duduk berhampiran. Kecoh jadinya kalau sudah berdekatan. Kedekatan ibu bapa mereka seperti duri bagi mereka.
Di bawah rimbunan pohon mangga, kelihatan Yulia bermain handphonenya. Oleh kerana tidak rasa lapar, dia hanya mengambil dua biji buah.
Mya, kamu tentu tak percaya. Macam saya nak tonjok saja muka lelaki tu. Dah la mulutnya berbisa, dingin lagi. Saya tak sangka pula jumpa lelaki jahat itu di sini.
Yulia menghantar chatnya. Tidak lama kemudian hpnya berbunyi menandakan ada chat masuk. Yulia tersenyum melihat pengirimnya.
Mya.
Yul, apa ni? Siapa lelaki jahat? Kalau dapat di balas, ya balas aja.
Yulia.
Mya.
Haha takut juga dengar ceramah ya?
Bila kamu mau balas?
Yulia.
Issss sabarlah. Pembalasannya pasti akan tiba. hahaha jangan lupa bantu saya tau.
Mya.
Ok ok siap menolong ni. Hahaha.
Yulia.
__ADS_1
Ok saya off dulu.
Nanti saya call. Kita bercerita panjang.
Yulia menyimpan ponselnya kemudian bersandar santai di pohon mangga. Dia memandang sekeliling sambil memakan buah yang dia ambil tadi.
Kolam pancing semakin ramai pengunjung. Gelagat pemancing pun ada yang mencuit hati. Yulia tersenyum sendiri melihat beberapa gelagat pemancing tidak jauh darinya.
"Ehem... senyum sendiri kenapa tu?" seseorang menegurnya.
Yulia mendongak keatas memandang empunya suara.
"Hmmm tak ada kaitan dengan kamu pun," jawab Yulia sinis.
"Teringin mandi kolam ikan lagi ka? Dah nak berangan jadi duyung kolam?" kata Bimba mengejek.
"Kalau iya pun kenapa la? Suka hati saya nak buat apa," jawab Yulia tidak peduli. Dia berdiri meninggalkan Bimba sambil membuang muka.
Ketidak pedulian gadis itu sedikit membakar semangat Bimba untuk membalas dendam. Dia bersiul riang mengengkori gadis di depannya. Sudah ada beberapa hal pembalasan yang dia rencanakan.
"Hei... apa 'sal ikut saya terus ha?" marah Yulia memutar badannya menghadap Bimba. Dia mengepalkan tangannya seperti bersedia meninju sasaran.
"Ehhh ini kan bukan tempat privacy kamu. Suka hati saya la mau jalan di mana. Saya pun bayar tiket masuk tau," kata Bimba angkuh. Sebuah senyuman terbit di sudut mulutnya. Senyuman kecil yang tidak kelihatan jelas. Dia puas melihat gadis itu kesal.
"Ini baru permulan ikan duyung," batin Bimba.
Sewaktu Yulia berpusing melanjutkan langkahnya, seorang remaja tanpa sengaja terlanggar Yulia. Yulia terhuyung hayang mundur dan "Ahhhh....." satu teriakan kecil kedengaran kerana Yulia terkejut dari rempuhan itu. Saat dia jatuh, satu tangan yang kukuh menyambutnya.
"Lain kali hati - hati duyung kolam, kalau berjalan lihat depan," kata Bimba dingin tetap memegang pinggang dan tangan Yulia dari belakang yang sudah bersandar padanya.
"Lepas la. Siapa duyung kolam ha?" marah Yulia yang masih bersandar di dada bidang Bimba.
"Ini yang bersandar di dada bidang ku la duyung kolam. Duyungnya dah rasa nyaman ni dapat dada bidang tempat meletakkan kepala," kekeh Bimba sinis.
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Bimba, Yulia secara riflex berdiri maju ke depan. Dia mendengus dan berlalu tanpa menoleh ke arah Bimba. Dia merasa kesal dengan apa yang baru terjadi tadi.
Kalaulah remaja itu melihat jalan sewaktu berlari, dia tidak mungkin melanggar Yulia. Begitu fikirannya. Kalau dia juga tidak berdebat dengan lelaki jahat itu, keadaan tadi tidak mungkin berlaku.
Yulia memarahi dirinya sendiri sambil mengomel sepanjang jalan kembali ke pondok bergabung dengan keluarganya. Dia merasa makin meluat apabila mendengar tawa keras Bimba mengejeknya
"Nampaknya anak - anak kita belum lagi berkenalan ni Jura," kata Bu Mimi ketika dia sampai di pondok.
__ADS_1
"Iya Mi. Begini la gara - gara first time ikut memancing. Dapat banyak ikan pula tu, sampai kita lupa kenalkan mereka," kata ibunya terkekeh.