Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 20 Pakai Otak


__ADS_3

Beberapa hari setelah parti sepetang bersama keluarga mereka, ibu memberi tahu anak gadisnya satu berita.


"Apa!!???? Sambung belajar?" Teriak Yulia tidak percaya.


"Pak cik kamu tu mahu kamu ke Australia sambung belajar."


"Betul ni? Bila?"


"Wah.. wah.. wah.. ada orang tak sabar-sabar jalan melanjutkan sekolah ni."


"Feel excited mesti gitu bang."


"Tapi abang tak yakin kamu mau pergi. Orang tercinta ada di sini. Jangan-jangan kamu akan berpaling mencari pemuda asing di negara asing."


"Apa pulaaaaa. Saya mana ada boyfriend!!!"


Plakkkk


"Rasakan...mahu lagi?" cibir Yulia menepuk tangan abangnya.


"Sampai hati dia kata macam itu Ma. Jadi kita semua ini bukan orang tercinta? Boyfriend sajakah orang tercinta?"


"Sudah, sudah, kamu ni macam anak kecil pula," kata ibu mereka.


"Dua minggu lagi kamu berangkat. Flight kamu sudah abang saya belikan," terang ibu mereka singkat.


"Yeahhhh hari ini hari terakhir saya kerja!!" teriak Yulia gembira.


"Kerja? Sejak bila kamu kerja?"


Ibu dan abang-abangnya serentak bertanya.


"Ehhh lupa, saya tu kerja jadi hamba saja, hahaha." Tawa Yulia meredakan suasana.


"Yang betul aja Lia," kata Yourle memandang adiknya.


"Ya betul la. Mana ada saya tipu," ucap Yulia meyakinkan abangnya.


"Ehhh saya jalan dulu, sudah lambat ni. Nanti kena marah pula sama boss garang," ucap Yulia berdiri.


"Abang hantarkan. Tidak percaya rasanya adik abang ni sudah kerja," kata Yusve turut berdiri.


"Saya juga ikut. Mau lihat mana si comot ni berkerja," ucap Yourle berdiri.


"Sayakan sudah bilang, saya tak kerja. Saya cuma hamba orang."


"Ya sudah, kamu hantarlah adik kamu tu. Hati-hati di jalan," pesan ibu mereka lembut meleraikan perdebatan adik beradik itu.


*******


"Jadi kamu kerja disini?"


"Sudah berapa lama kamu kerja disini?"


"Saya bukan pekerja seperti yang lain la bang," protes Yulia membuka pintu kereta.


"Abang tunggu kamu keluar siang nanti di sini. Saya rasa pasti boss kamu tidak benarkan kamu berhenti begitu saja," kata Yusve mengingatkan Yulia perihal kemungkinan akan berlaku seperti itu.


"Hati-hati adik kecil." Lambai Yourle mengangkat keningnya.


********


"Tapi tuan...."


"Selesaikan kerja di dalam pejabat ini dulu. Pastikan semua di lap bersih," perintah Bimba.


"Arggg berhenti? Malah ditunggu oleh abangnya di bawah? Si duyung ni mahu ke mana ya? Jadi permainan sampai di sini saja? Arggg tidak," batin Bimba memerhati Yulia yang sibuk mengemas pejabatnya.


"Bererti saya tidak dapat balas dendam selepas kejadian di rumahnya tempoh hari, argggh, punya pedas gila lada yang dia letak di ayam dan ikan panggang ku dulu." gerutu Bimba lagi di hati.


"Duyung!! Buatkan saya sarapan, beli di mana-mana saja, sekarang!!" perintah Bimba kesal.

__ADS_1


"Semoga si kancil tidak berotak ini cepat dapat jodoh esok, supaya berakhir hukuman saya," gumam keci Yulia pergi meninggalkan Bimba.


Dalam keadaan comot, Yulia meninggalkan bangunan itu menuju ke sebuah restoran.


Dia memesan large portion nasi goreng kampung pedas dan dua cawan hot milk.


"Rasakan lelaki aneh otak lutut. Biar pedas tu mulut. Biar kembung kepedasan tu perut. Tapi jangan susah ada hot milk penawar pedas."


Yulia tersenyum sendiri mengingat perbuatan dan hasilnya nanti ke atas Bimba.


"Tak sabar lihat muka si kancil terbakar macam sotong hahaha."


Dia terus bermonolog sambil tersenyum sehingga handphonenya berdering.


Kring kring kring


_Hello_


"...."


_iya_


"...."


"Boss saya seperti tidak izinkan saya berhentilah bang."


"...."


"Di luar beli makanan untuk boss."


"...."


"Sekarang? Tapi..."


"...."


"Yalah saya tunggu di pintu depan. Jangan lama."


*******


Yulia semakin gusar menunggu abangnya datang menemuinya seperti yang sudah dipersetujui dalam telepon tadi


Sudah hampir sepuluh minit Yulia menunggu namun batang hidung abangnya Yusve belum juga muncul.


Dia bergegas masuk kerana takut makanan yang masih panas itu akan menjadi sejuk gara-gara menunggu lama di depan pintu utama.


"Kak, kalau ada lelaki cari saya nanti, tolong beri tahu, saya sudah naik ke atas ya. Takut makanan boss ini jadi sejuk. Terima kasih kak," ucap Yulia kepada seorang kakitangan syarikat yang bertugas di lobi.


Tanpa menunggu lagi Yulia berlari anak menuju lift ke pejabat Bimba.


Knok knok knok


Yulia mengetuk pintu pejabat Bimba sesampainya di depan pintu si kancil tidak berotak.


"Maaf tuan, ini makanannya."


Yulia meletakkan makanan tersebut di meja Bimba.


"Hmmm lanjutkan kerja kamu membersihkan ruangan ini." perintah Bimba tersengih mengangkat makanannya dari meja kerjanya pindah ke meja tamu.


"Jaja sini makan," pelawa Bimba memanggil temannya yang kebetulan masuk membawa beberapa file.


"Wah makan apa kita pagi ini boss?"


"Entah. Ini dibeli si hamba tadi."


"Haha syukur tuan ada hamba."


Kedua pemuda itu tertawa serentak memandang Yulia sedang marah di dalam hatinya.


Beberapa saat kemudian.

__ADS_1


"Yulia!!!! Kamu sini!!" seru Bimba marah.


"Ampun Bim, ini pedas sekali. Sini airnya, arghh ini panas." terkecoh-kecoh kedua sahabat itu kepedasan.


Yulia memandang mereka yidak peduli. Dia menagan tawanya melihat ada dua ekor monyet kepedasan


"Pedas ya Nyey? itu ada air susu buat anak yang masih menyusu," kata Yulia mengejek.


"Kamu..."


"Apa? Jangan membazir, itu mahal tau," ucap Yulia menangkat-angkat keningnya.


"Bim...saya ke toilet, pedas ini." kata Jaja memegang perutnya sambil menjulurkan lidah kepedasan.


Sebenarnya Jaja pantang mendapat makanan pedas. Pedas sedikit dia akan sakit perut.


Bagi Bimba sedikit pedas itu sudah cukup pedas baginya. Emm sebiji lada sudah cukup pedas untuk Bimba.


"Yulia sini!! Apa tujuan kamu buat begini? Kejadian di belakang rumah kamu dulu belum cukupkah? Hah?" Bimba marah besar kali ini.


"Itu..."


"Itu apa? Sini habiskan nasi ini, sekarang!" marah Bimba mengheret Yulia ke meja tamu pejabatnya.


"Makan," dorong Bimba mengakibatkan Yulia hampir tersungkur.


"Ya ya saya makan. Apa pula dorong-dorong. Sini saya makan."


"Habiskan dalam satu minit."


"Apa? Ini semua?"


"Ah iya la. Nasi dan dua cawan air itu."


"Dua minit tuan, boleh??"


"30 saat"


"Ok ok ok, satu minit."


Glupp


Yulia mula menyuap dengan cepat nasi goreng pedas itu ke dalam mulutnya. Mustahil nasi sebanyak itu dapat dia habiskan tanpa mengunyah. Lain lagi meminum dua cawan hot milk yang satu itu belum dibuka.


"Tuan .." Yulia cuba bercakap dengan mulut penuh.


"Masa hampir tamat."


"Uhuk uhuk.."


"20 saat"


Mata Yulia mulai berair kerana pedas dan memaksa menelan nasi dan hot milk.


"Masa tamat. Kenapa masih ada secawan hot milk? Kenapa masih ada nasi yang tinggal hah?" marah Bimba menepuk meja.


Yulia tersentak terkejut diperlakukan begitu. Dia mendongak memandang Bimba tidak suka.


"Berani kamu pandang saya begitu."


"Kamu tu yang berlebihan," ucap Yulia berdiri menekan jarinya pada dada Bimba beberapa kali.


"Kalau mahu hukum pun pakai otak, bukan begini, memaksa orang makan dengan cara tidak betul. Dada saya sakit...."


"Ohhh tahu dada sakit. Terus kami ini tidak sakit? Kasihan Jaja, dia tidak boleh makan pedas walaupun sedikit. Apa lagi yang seperti ini."


"Siapa suruh bawa dia makan."


"Oh jadi memang kamu sudah rancang mahu kenakan saya? Ok saya terima."


Ceklak

__ADS_1


"Bim.. cari ubat saya," dengan lemah Jaja menyandar pada dinding sambil memegang perutnya.


"Carikan ubatnya. Sekarang!!" seru Bimba memarahi Yulia.


__ADS_2