Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 14 Dia lagi di hospital


__ADS_3

Kedengaran sayup - sayup di sana ada suara bercakap - cakap.


Ehhh dia sedang bermimpikah? Atau ini memang kenyataan? Yulia membuka matanya perlahan. Dia terkejut dalam kesedarannya ada beberapa orang sedang berdiri di sampingnya.


"Doktor dia sudah bangun," kata seseorang. Yulia tidak pasti siapa orang itu.


Dia memejamkan matanya lagi. Rasa sakit kepalanya masih terasa dan tangannya berat.


"Dia akan beransur baik. Cuma dia kena tinggal di hospital dalam beberapa hari ini," kata doktor mengejutkan Yulia.


"Hospital?" pekiknya cuba bangkit dan duduk, tetapi dihalang oleh seorang jururawat.


"Iya nak, kamu di hospital," ucap seorang wanita paru baya.


"Saya seperti pernah melihat perempuan ini. Tapi di mana?" monolog Yulia pada dirinya.


Sesaat kemudian doktor dan jururawat yang bersama mereka di ruangan itu memohon diri pergi melihat pesakit lain. Wanita tadi menghantar mereka dengan pandangan berterima kasih.


"Nak, kamu perlu apa-apa," ucapnya lembut memandang Yulia.


"Sebenarnya apa yang terjadi? Kenapa saya di hospital?" tanya Yulia tidak menjawab pertanyaan wanita itu.


Kreukkk (anggap saja bunyi perut haha)


"Kamu lapar ya? Nanti saya minta orang hantarkan makanan. Sabar ya," katanya lembut sambil mengetik sesuatu di telephone pipihnya.


"Sebenarnya tadi kamu pingsan di depan kedai saya," cerita wanita itu.


"Oh iya salam kenal. Saya Kartika. Panggil saja bu Tika," perkenal Bu Tika menghulurkan tangannya kepada Yulia.


"Yulia Quan," ucap Yulia cuba menyambut tangan Bu Tika.


"Aghhh...sakit," ringis Yulia.


"Oh iya, saya lupa kalau tangan kanan kamu retak kata doktor tadi,"


"Apa? Retak? Mustahil," ucap Yulia hiba.


"Mungkin itulah penyebab kamu pingsan tadi. Oh ya, luka - luka di tangan kamu juga sudah dibersihkan. Koyakan di siku kanan kamu tu yang paling dalam. Dan tangan retak kamu tu perlu diperiksa lagi kata doktor tadi," terang Bu Tika panjang lebar.


"Mungkin ada lebaman di kaki kamu dan kaki kiri kamu tu terkehel. Sedikit membengkak juga," ucap Bu Tika lagi.


Yulia mengingat kejadian di medan selera yang membawa bencana kepadanya. Dia berfikir kemungkinan yang mengakibatkan dia jadi seperi saat ini.

__ADS_1


"Kalau saya jumpa lelaki itu, awas saja, saya pukul kepala dia," gumam Yulia geram.


Knok knok


Pintu diketuk orang.


Ceklak pintu dibuka.


"Bu Tika, makanan pesanan ibu sudah sampai," kata seorang gadis membawa seplastik makanan.


"Oh iya terima kasih Ayu," ucap Bu Tika.


Ayu pergi setelah meletakkan makanan itu di atas meja.


Bu Tika menarik meja makan pesakit di hadapan Yulia kemudian membantu menyediakan makanan buatnya.


Muka Yulis menerah kerana malu diperlakukan begitu.


"Bu Tika saya boleh lakukan sendiri. Bu tika tak perlu susah -susah begini," kata Yulia malu.


"Tak apa nak. Mau saya suapkan? Tak selesakan makan begitu?" kata Bu Tika.


Yulia menolak dengan keras tetapi wanita itu terus memaksanya menurut kerana keadaan Yulia begitu.


Dia menolak ke tepi meja di hadapannya dan cuba turun dari katilnya. Namun sebelum dia berdiri di atas lantai,. Bu Tika sudah menghalangnya.


Dia sedikit marah dengan tindakan Yulia.


Di pejabat Bimba.


"Bagaimana dia tahu ini semua kesukaan makanan kesukaan saya ni? Kamu tolong dia?" selidik Bimba.


"Jangan tuduh sembarangan Bim," ucap Jaja tegas.


Dia melihat ada beberapa makanan kesukaan Bimba di atas meja. Ikan masak manis, rebung masak lemak cili api, dan daun labu tumis.


"Di mana dia beli makanan ni?" soal Bimba lagi


"Dah jam berapa ni, tak kan beli beberapa barang stationary pun berjam mencari?" gerutu Bimba kesal


Mereka sudah lama selesai makan siang tetapi kalibat Yulia masih belum ada


"Jangan-jangan dia pulang," tuduh Bimba tidak senang

__ADS_1


"Bim tak baik cakap macam tu. Tapi mungkin juga," ucap Jaja. Jika hanya mereka berdua dan bukan urusan rasmi, biasanya Jaja akan menyebur nama Bimba begitu saja.


"Apa kata kamu?" Bimba melototkan matanya kepada Jaja kesal.


"Mungkin dia pulang Bim. Kerana mungkin Yulia sakit badan tu," terang Jaja mengandaikan keadaan Yulia. Dia kemudian menceritakan apa yang telah terjadi tadi di hadapan medan selera yang tidak jauh dari bangunan pejabat mereka.


"Apa? Tapi tadi kamu tak cakap pun keadaan sebenar,' marah Bimba.


"Hei hei.... siapa yang bilang tadi tak mahu alasan? Dengan gaya - gaya begini lagi," ejek Jaja sambil melakukan gaya Bimba ketika itu.


Sedikit kesal terbit di hati Bimba. Adakah dia keterlaluan? Perlukah dia meminta Yulia pulang ke rumah dan hanya kembali esok? Dia menarik nafas dalam dan melepaskannya dengan kasar


"Ja, hubungi dia dan suruh aja dia pulang ke rumahnya. Minta dia datang esok saja. Biar dia rehat untuk hari ini," perintah Bimba tanpa memandang Jaja.


Dia memperhatikan semua sisa makanan yang ada di atas meja. Persoalannya dari mana Yulia tahu makanan kegemarannya?


Bimba beralih duduk di kerusinya meneruskan kerja. Tetapi fokusnya menghilang. Dia asyik terfikir kepada Yulia.


Dia tersenyum sendiri bila teringat beberapa kejadian bagaimana mereka bertemu. Tiba-tiba Bimba terkekeh.


"Ehem...ada orang ketawa sendiri," sindir Jaja memandang Bimba dari sofa.


Bimba tidak memedulikan sindiran Jaja. Malah dia mengimbas kenangan sewaktu mereka jatuh ke dalam kolam sewaktu memancing dulu.


"Kancil, ikan duyung kolam. Kenapa dia panggil saya kancil ya?" gumamnya tersenyum.


"Oi oii... uda miringkah? Senyum- senyum terus ni orang. Ya sudah saya keluar. Sudah lama saya di sini. By the way, thanks makanan siangnya yang jarang-jarang berlaku di office kamu," kata Jaja berlalu keluar sambil mengangkatkan tangannya mengucapkan terima kasih.


Bimba hanya memandang Jaja keluar. Dia tidak berinisiatif menghalang mahupun menjawab kata-kata Jaja.


Pada masa sama Yulia sudah tidur kerana efek ubat yang dia makan.


Bu Tika mengeluarkan handphonenya dan mulai mengetik sesuatu dan mengirimkan mesej kepada beberapa orang yang menurut Yulia, orang -orang itu perlu tahu di mana dia berada.


Bimba di pejabatnya pula mengemas beberapa dokumen ke tempatnya sebelum keluar dari pejabatnya. Hari ini Dia tidak berencana untuk pulang lambat kerana fokusnya hilang gara-gara Yulia.


Saat Bimba menghampiri pintu pejabat Jaja, handphonenya bergetar sambil berbunyi menandakan ada mesej masuk. Dia sedikit malas membaca dan mengeluarkan handphonenya jadi dia abaikan.


"Maaf Bim. Kamu sudah terima mesej Yulia? Saya sudah hubungi dia pakai chat Whatsapp aja," kata Jaja keluar dari officenya.


"Hmmm jadi mesej masuk itu dari Yulia?" kata Bimba merogoh saku seluarnya mengeluarkan hpnya.


~Maf tuan. Ini Bu Tika. Saya yang hantar mesej ini. Kerana Yulia sakit. Dia lagi di Hospital Andre tingkat 3 blok B~

__ADS_1


Deg


__ADS_2