
Setelah beberapa lama akhirnya Yulia kembali ke pejabat Bimba dalam keadaan yang sihat.
Yulia mengetuk pintu lalu masuk ke pejabat Bimba pagi itu berpakaian santai dengan memakai seluar jeans dan t-shirt berwarna biru langit.
"Selamat pagi bos," sapa Yulia menunduk hormat. Terpaksalah tu. Iya kan Yul, haha kesian dia.
"Bos kepala otak kamu. Kamu fikir saya bos mafiakah?? Suka-suka panggil bos. Panggil dengan betul. Ingat ini bukan markas Mafia, ngerti?? Panggil tuan kerana saya tuan kamu," Bimba membeliakkan matanya dingin.
"Menyebalkan sekali ni lelaki kancil tidak berotak," batin Yulia geram berusaha tenang setenangnya. Kalau diikutkan hati, dia sudah melayangkan tendangan ke perut Bimba.
Dia cuma mengangguk membenarkan ucapan Bimba.
"Mmm tunggu di sana," arah Bimba sambil melanjutkan pekerjaannya tanpa memandang Yulia.
"Disini?"
"Iya disana. Jangan ke mana-mana."
Yulia menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan, takut kedapatan oleh si kancil tidak berotak kalau melepaskannya dengan kasar.
Pejabat yang dihuni oleh Bimba agak luas dengan ada ruang tamu yg dipisahkan sekeping dinding kaca. Di sana terdapat juga sebuah peti sejuk mini, sebuah tv dan set sofa.
Ruang pejabat yang luas itu begitu elegant dengan dekorasi santai citarasa seorang lelaki. Suasana elegant itu makin terserlah dengan pemandangan hijau membentang luas di luar dinding kaca berserta tompokan-tompokan bangunan lain yang lebih rendah di sana.
"Dasar pelit ni lelaki. Ada sofa di sana tapi dia suruh saya berdiri macam tiang bendera saja di sini? Tunggu aja nanti," batin Yulia kesal.
"Hmmm nama kamu Yulia kan Duyung Kolam?" tanya Bimba membunuh keheningan di ruang itu setelah menyelesaikan beberapa kerjanya mendapatkan kepastian dari Yulia.
"Mmmm" balas Yulia ringkas.
Bimba memandang Yulia meneliti. Mata elangnya menjelajah sosok tubuh gadis di hadapannya menyelidik.
"Saya hairan kenapa ibu saya mempunyai teman yang punya anak seperti kamu Duyung Kolam," ucap Bimba datar.
Yulia melongo mendengar ucapan Bimba tetapi tidak mengatakan sesuatu. Dia hairan kenapa pemuda dari teman ibunya itu mengatakan demikian. Entah apa salahnya pagi itu di hadapan Bimba.
"Sebagai orang suruhan, ikut saya nanti ke mall. Ada sedikit urusan yang perlu kepakaran kamu," kata Bimba ketus menatap tajam gadis itu.
Yulia hanya mengangguk malas mengatakan apa-apa. Dia sudah mulai keletihan kerana berdiri hampir tiga jam di sana. Bibirnya juga sudah mulai kumat kamit bagaikan membaca jampi.
__ADS_1
Perlakuannya disedari Bimba. Lalu dia berdiri menghampiri gadis itu menepuk dahi Yulia.
"Hei apa!" seru Yulia menjengulkan matanya.
"Kamu mengata saya kah?? Mulut kamu kumat kamit dari tadi." Bimba melangkah semakin hampir ke arah Yulia.
Tindakan Bimba membuatkan Yulia melangkah mundur ke belakang sehingga punggungnya terlanggar dinding.
Sudut bibir Bimba terangkat kecil tanpa disedari gadis itu kerana panik.
"Ka..kamu mau apa? Mahu bawa gaduh?" ucap Yulia berpura-pura berani. Pada hal jantungnya semakin kuat berdegup.
"Kalau saya cium kamu, kamu marah tidak?" ucap Bimba ke telinga Yulia sambil meletakkan tangannya disamping kepala Yulia.
Tanpa kata Yulia mendorong tubuh kekar itu menjauhinya. Pada masa sama, pipi mereka bersentuhan sesaat. Walau sesaat ada pelbagai rasa dari salah seorang diantara mereka.
Bimba melangkak ke mejanya ketawa lepas mendapat perlakuan itu dari Yulia. Tawanya memenuhi ruang pejabat yang sepi itu.
"Santai aja Duyung. Oh iya hampir saya lupa," katanya berbalik memandang Yulia yang masih di tempat sama.
"Kamu harus menandatangani satu surat. Sebentar."
*******
"Tuan, kita sebenarnya mencari apa di mall ini? Sudah sejam kita masuk keluar kedai yang ada," keluh Yulia yang sudah kepenatan.
Ucapannya tidak dipedulikan oleh dua lelaki dihadapannya. Dengan beberapa barang belian yang dipegangnya menambahkan letihnya.
"Apa lagi si Kancil tidak berotak ini mahu beli? Ini tidak cukup? Mata duitan juga kekasih dia." umpat Yulia kesal tanpa sedar.
"Kamu bilang apa tadi? Cuba ulang lagi?" ucap Bimba mendengus tidak suka. Dengan cepat pula berlalu masuk ke sebuah kedai jam tangan.
"Kalau belum jumpa juga yang dia mahu, barang-barang ini saya buang semua, lihatlah," marah Yulia dalam hati.
Ketika menunggu kedua orang itu mencari jam yang diinginkan, Yulia melihat-lihat beberapa jam yang ada.
"Hmm beginilah kalau tidak mampu beli. Kerja pun tak ada, jadi mampu begini saja, window shopping," batin Yulia tersenyum getir.
Saat dia melangkah ke arah para pemuda itu, perhatiannya tertumpu kepada seutas jam tangan.
__ADS_1
"Wah ini menarik sekali. Cantik sangat," gumam Yulia meneliti jam tangan tersebut.
"Cantik?" tiba-tiba sebuah suara menegurnya.
Yulia menoleh dan mengangguk.
"Jaja, kalau pendapat kamu, itu cantikkah," sosl Bimba kepada Jaja menunjukkan jam yang diperhatikan Yulia tadi.
"Pas tuan. Ini cantik. Sesuai sekali." balas Jaja membelek jam itu.
"Sini tangan kamu. Kita cuba dulu, bagaimana" ucap Bimba menarik tangan Yulia dan memakaikan jam itu pada tangannya.
Kalau gadis lain, mungkin mereka sudah melayang kelepek kelepok kegirangan. Hati mereka pasti berbunga mekar. Senyuman mereka pasti melebar selebar buah pisang. Ehh sampai ke telinga itu kalau begitu, iyakan.
Tapi tidak untuk Yulia. Dia malah rimas tidak selesa dengan situasi itu. Dia teringin menonjok muka dari anak teman ibunya ini.
"Bagaimana pendapat kamu berdua? ok?"
"Ok sangat tuan," jawab Jaja mengangguk. Sebenarnya dia pun tidak tahu kepada siapa jam itu nanti diberikan. Yulia turut mengangguk asal.
"Ok beli."
Setelah itu mereka pergi meninggalkan Yulia yang terkapai-kapai mengurus pembelian jam tadi dan memegang semua barang belanjaan mereka. Ehh jangan salah sangka ya, jam itu dibeli menggunakan kad debit Bimba yang diberikan Bimba sebentar tadi.
"Tuan, tuan yakin mahu menjadikan dia orang suruhan dalam tiga bulan ini?" tanya Jaja menoleh Yulia yang kesulitan bergerak.
"Ahh iyalah. Kenapa?"
"Tidak apa-apa tuan. Cuma rasa kasihan saja sama dia. Cuma kerana satu permainan, dia menjadi mangsa." Begitu Jaja mengungkapkan apa yang dia rasakan, sontok Bimba berhenti dengan muka tidak suka.
"Kamu mahu bantu dia? Kalau mahu,. iya silakan. Tapi ingat, saat kamu bantu perempuan itu, saat itu juga kamu bukan lagi pegawai ku," tutur Bimba tegas.
"Maaf tuan, saya cuma mengatakan seadanya dalam fikirann saya tuan." Jaja menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hahaha ini baru permulaan permainan la Duyung. Akhirnya saya dapat balas semua rasa dalam hati ini. Tunggulah dalam tiga bulan ini nikmat penyeksaan ku, hahaha." Senyum sumaringah timbul di mata Bimba yakin.
********
Ini Bimba ya teman-teman. Mungkin banyak yang mau melihat Bimba itu semacam apa wajahnya. Jangan naksir ya hahaha 
__ADS_1