Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 21 Seperti Mahu Mu


__ADS_3

"Bagaimana dengan teman saya doktor?" tanya Bimba risau


"Lain kali jangan benarkan dia makan pedas. Perutnya sensitive. Dia terpaksa tinggal di hospital dalam tiga hari ini. Kami sudah berikan ubat untuknya Tiga jam lagi dia akan sedar." terang doktor lelaki paru baya itu lalu pergi.


"Kamu dengar itu? Gara-gara kamu, dia masuk hospital dan kerana kamu juga, saya terpaksa tidur di hospital jadi pesakit di sini.'


Jaja dan Bimba di tahan di hospital kerana kehilangan banyak air di badan akibat sudah beberapa kali muntah dan masuk toliet.


Bimba menarik air yang bergantung di tiang infus.


"Kamu .. kamu kena jaga kami berdua sehingga kami sihat," perintah Bimba tegas.


"Emm iya tuan," ucap Yulia menunduk.


"Ehh tuan, boleh saya pulang untuk ambil pakaian ganti?"


"Maaf kamu tidak boleh pulang. Suruh saja sesiapa untuk hantar pakaian kamu ke sini."


"Mmm iya tuan. Saya telepon abang saya dulu ya."


Bimba hanya mengangguk membenarkan Yulia menghubungi keluarganya.


******


Knok knok knok knok


Pintu wad vip hospital di ketuk dari luar. Yulia cepat-cepat menghampiri pintu tersebut dan membukanya.


"Kenapa sampai ke hospital pula? Tadi kita semua ok ok saja. Kamu sakit?" soal Yusve menolak pintu masuk ke dalam.


"Emmm..."


"Oh Yusve.. baguslah kamu datang. Saya pinjam, eh kami pinjam adik kamu beberapa hari ini untuk jaga kami berdua ok?" ucap Bimba setelah melihat sispa yang masuk.


"Ehh kamu kenapa sampai serentak masuk hospital?"


"Tanya saja adik kamu tu. Gara-gara dia sampai assistant saya itu pingsan."


"Hah? Yulia!?" dengan penuh persoalan, Yusve menoleh memandang adiknya yang terus menunduk menyandar di dinding kamar.


"Hmmm sesuai permintaan mu, silakan. Apa yang penting keluarga tahu di mana boleh mencari dia," ucap Yusve mendekati adiknya.


"Ikut abang keluar."


"Tapi bang.." Yulia sedikit keberatan keluar kerana mengingat perintah Bimba.


"Abang kamu tu ajak kamu keluar, keluar la," ucap Bimba menatap Yulia tajam .

__ADS_1


Yulia membalikkan tubuhnya menuju pintu sambil tersengih-sengih tanpa dilihat Bimba.


*********


Yulia berdiri melihat di luar bangunan hospital itu dari tingkat tiga melamun.


Dua pemuda di dua buah katil berasingan kelihatan tertidur lena seperti bayi tidur.


Gara-gara ulahnya dia juga terkena tempias menjaga kedua orang atasan syarikat milik keluarga Bimba.


"Hmmm apalah nasib. Malang sekali. Kalau tahu mereka sesensitive begini, saya tidak akan suruh tambah extra pedas sampai level 5. Tapi itu kan cuma untuk si kancil aneh itu. Kalau si Jaja kerbau di cucuk hidung itu tidak datang, mana mungkin dia ikut masuk di hospital. Sepatutnya dia yang jaga si kancil tidak berotak sekarang. Huhuhu malang malang."


Yulis memeluk tubuhnya sendiri menghilangkan rasa dingin dari belainan pendingin udara di kamar itu terus terbuai lamunannya.


Dari satu sisi di kamar sama, Bimba menatap Yulia diperbaringannya. Entah kenapa Bimba terus menatap Yulia begitu.


Dia merasa kesal, marah dan meluat tetapi pada masa sama di mahu Yulia berbalik dan datang padanya memperhatikan keadaannya.


"Hmmmm..." gumam Bimba melepaskan sesak di dada dan mengiring menghadap dinding.


Gumamannya yang kasar didengar Yulia lalu gadis itu cepat-cepat berputar menghampiri Bimba.


Dia menyentuh tangan Bimba lembut untuk memastikan pemuda itu sedar.


Namun Bimba berpura-pura masih tidur tidak bergerak. Dia merasa nyaman ada tangan lembut Yulia menyentuhnya. Malah jari-jemari gadis yang lembut itu begitu menenangkan.


Bimba ingin lebih. Dia mahu tangan itu membelainya agar dia cepat sembuh. Dia mahu Yulia memeluknya memberi ketenangan.


"Tuan, tuan kenapa?" Yulia merasa tidak enak dengan gumamannBimba seperti pemuda itu begitu tidak selesa.


"Mmmm..." gumam Bimba lagi sambil berputar mengiring menghadap Yulia. Namun dia tidak membuka matanya.


Yulia memegang tangan Bimba lembut agar pemuda itu tidak terbangun. Dia duduk di birai katil sambil tangannya mulai mengelus-elus lembut tangan Bimba.


Bimba meremang mendapat perlakuan begitu. Dia sangat, sangat menikmati belaian lembut gadis yang dimusuhinya ini.


"Cepat sembuh tuan. Saya minta maaf. Kalau bukan kerana ulah saya, tuan dan assistant tuan tidak akan berada di sini," ucap Yulia lembut dan pelan.


Tetapi ucapannya itu masih didengar jelas oleh Bimba.


"Sampai masanya, tidak akan ada lagi yang akan menganggu tuan. Saya akan hilangkan diri seperti kemahuan tuan. As you wish boss. Maafkan saya." ucap Yulia mengenggam jemari Bimba.


Mungkin saat ini Yulia sangat menyesali perbuatannya lalu tanpa dia sedar, dia memeluk Bimba erat.


Bimba membuka matanya terkejut dengan tindakan anak gadis sahabat ibunya.


"Hey apa ni?" Bimba menyentuh bahu Yulia kasar mendorongnya. Memang benar dia ada keinginan agar Yulia memeluknya, tetapi dia tidak siap menerima pelukan gadis itu kerana terkejut.

__ADS_1


"Maaf tuan," dengan automatic Yulia berdiri membungkuk meminta maaf.


"Emmm bising. Ada apa?" Jaja mengiring menghadap katil Bimba dan mendapati Yulia membongkok beberapa kali meminta maaf kepada Bimba. Dia mengerutkan dahi tidak mengerti.


"Kamu...kamu beraninya...arghhhh," marah Bimba menunjukkan jarinya kepada Yulia.


"Saya tidak mahu lihat kamu lagi selepas keluar dari hospital ini dan pastikan kamu hanya masuk ke sini bila di panggil. Keluar. Menjauh dari saya," marah Bimba mengusir Yulia.


"Kamu kenapa? Yulia, jangan pergi, bantu saya dulu. Pindahkan tiang infus saya ke sini," pinta Jaja bangun dari perbaringannya.


"Tuan mahu ke mana?"


"Baring terlalu lama buat saya lemas. Tolong iringi saya jalan di taman. Rasanya sebentar lagi saya tidak perlu drif ini lagu," kata Jaja memegang tiang infusnya menjadi tongkat.


********


"Syukurlah tuan berdua sudah boleh pulang esok setelah doktor izinkan." ucap Yulia masuk semula ke ward tuan-tuannya selepas dia menghantar doktor dan dua nurse ke luar kamar.


"Siapa izinkan kamu masuk hah?" Kasar Bimba menatap Yulia.


Yulia berhenti melangkah dan berbalik keluar tanpa suara.


Malam itu Yulia masuk ke dalam kamar hospital di mana Bimba dan Jaja tempati.


"Ada apa tuan Jaja?" tsnya Yulia mendekati Jaja.


"Tolong kemaskan barang-barang kami. Biar esok tidak perlu lagi susah-susah mengemas. Kita langsung pulang setelah dizinkan pulang oleh doktor."


Jaja memberikan sebuah beg kepada Yulia lalu berbaring malas. Bimba di seberangnya acuh tidak acuh dengan kehadiran Yulia. Dia terus bermain game di hpnya.


Dengan akur Yulia mengemas semua barang milik kedua pemuda itu di dua buah beg besar.


"Akhirnya boleh pulang dan bersedia ke negara orang. Akhirnya bebas dari orang suruhan. Akhirnya semua akan berakhir," monolog Yulia memungut beberapa helai kain di dalam almari baju.


Saat Yulia menyelesaikan pekerjaannya malam itu, kedua pemuda itu kelihatan sudah tewas kepada ngantuk.


Perlahan Yulia mendekati katil Bimba.


"Seperti mahu mu tuan, kita tidak akan bertemu lagi. Setelah saya keluar dari kamar ini, kita semua sudah saling tidak mengenal. Sekali pun kamu ke rumah saya, kamu tidak akan pernah menemukan saya lagi. Maafkan saya tuan Bimba. Maaf tuan Jaja."


Yulia menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan kasar. Dia membongkok memberi hormat dan keluar dari kamar hospital Bimba dan Jaja berada.


Satu kelegaan yang besar dia rasakan. Dia mengangkat beg pakaiannya sendiri lalu pergi.


"Home sweet home, here i come," gumam Yulia melirik jam di dinding lobi hospital. Sudah jam 12 malam rupanya.


"Lia sini," panggil seseorang. Dengan cepat Yulia mencari suara itu.

__ADS_1


Yulia melambaikan tangannya setelah menemui sosok seorang abang tersenyum yang menunggu di birai jalan menyandar pada keretanya.


"Kenapa hati saya pedih? Kenapa seperti gadis itu tidak akan saya temui lagi? Kenapa seluruh saraf ku sakit mendengar kata-katanya? Saya tidak benarkan kamu berhenti Yulia." ucap perlahan Bimba tanpa sedar.


__ADS_2