Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 2 Melarikan diri


__ADS_3

Di salah satu sudut kedai itu, ada sekelompok pemuda sedang menikmati makanan mereka dengan tawa ria. Seorang diantara mereka mula berdiri dan berjalan ke arah Yulia dan Mya.


"Maf, sepertinya saya kenal kalian, Mya dan Yulia kan," katanya setiba di depan meja mereka. Dengan sedikit terkejut, Yulia da Mya serentak mendongok memandang lelaki itu. Mereka berdua berfikir dan tertanya-tanya. Siapa gerangan lelaki tampan ini.


Lelaki itu tersenyum sambil menunjukkan sesuatu dilengannya. Mya dan Yulia membulatkan mata. Mana mungkin mereka lupa pada bekas luka itu. Itu adalah hasil perbuatan mereka tanpa sengaja sewaktu di sekolah menengah dulu.


"Luke....," kata mereka berdua serentak. Mya memandang lelaki bernama Luke itu terkejut. Yulia membesarkan matanya menatap Luke.


"Nah, akhirnya kita bertemu lagi setelah bertahun - tahun tak jumpa," kata Luke sambil duduk.


"Biar betul ini Luke yang selalu jadi sasaran latihan karate kami," kata Mya tidak percaya.


Semua mereka bertiga ketawa lepas. Selepas 5 tahun berlalu, inilah kali pertama mereka bertemu semula. Luke adalah teman baik Mya dan Yulia di zaman sekolah menengah. Dia selalu menjadikan badannya sasaran latihan mereka berdua.


Walaupun Luke setahun lebih tua dari mereka, itu tidak menghalang persahabatan baik mereka. Mereka sering dipanggil tiga serangkai oleh pelajar lain kerana mereka selalu kelihatan di mana-mana.


Waktu itu, Luke berbadan kurus kerempeng dan berjerawat. Jauh dikatakan tampan. Apatah lagi digilai para pelajar perempuan, yang menjeling tak suka mungkin ada. Tetapi dia pelajar pintar namun bukan kaki bangku.


Saat ini, Luke sangat berbeda dari lima tahun lalu. Sangat jauh bedanya. Sekarang, dia berpenampilan lebih maskulin, tampan dengan mata helangnya dan penuh karisma.


"Hey kerempeng, bagaimana kamu berubah setampan ini?" tanya Mya santai. Mya terheran-heran dengan perubahan besar Luke. "Pacarnya uda berapa? Atau kamu sudah nikah? Kamu kerja dimana?" sambungnya terkekeh.


Luke hanya tersenyum simpul mendengar soalan bertubi - tubi dari Mya. Sementara itu Yulia hanya tersenyum kepada mereka berdua sambil mengamati penampilan Luke


"Untuk soalan pertama tadi, di mana ada kemahuan, di sana ada jalan," kata Luke ketawa


"Soal jodoh, saya masih single. Belum jumpa bidadari yang sesuai. Lagi pun saya kerja hanya sebagai kuli bangunan aja," selora Luke.


"Jiaaaaahhh..." teriak Mya dan Yulia serentak sambil menampar bahu Luke.

__ADS_1


Setelah pesanan yang diminta oleh Mya dan Yulia sampai, Luke mengajak mereka duduk semeja dengannya. Mereka setuju. Luke membantu memindahkan makanan milik Mya dan Yulia ke mejanya.


Di meja itu, teman - teman Luke menyambut mereka dengan senyuman. Yulia sedikit canggung kerana dia tidak biasa berkumpul seperti itu.


"Kenalkan ini kawan - kawan saya, Yulia dan Mya. Secara tepatnya, mereka teman baik ku. Mereka yang ganteng - ganteng ini pula Mike, Bob dan Joe," kenal Luke kepada semua. Mereka bersalaman bertukar senyuman dan anggukan.


Suasana semakin ramai dengan tawa canda mereka. Bob yang berbadan besar menjadi tumpuan candaan mereka.


Bob, Mike dan Joe adalah sahabat baik Luke sejak mereka kecil lagi. Memang ada perbedaan usia, tetapi itu tidak menghalang persahabatan baik mereka.


Bob memang berbadan besar sejak kecil, tetapi dia bukan gemuk. Dia sering masuk dalam gym membentuk tubuhnya menjadi lebih tegap dan cantik. Dia seorang usahawan kelengkapan sukan. Walaupun wajahnya kelihatan garang, dia adalah seorang yan lucu dan memahami.


Joe adalah yang terendah dari segi ketinggian tubuh. Tetapi dia adalah yang paling kuat makan di antara mereka, haha kuat makan. Dia seorang yang tegas dan sering menjadi penyelesai masalah mereka. Penampilannya yang tegas itu banyak mempengaruhi pandangan orang kepadanya dengan julukan lelaki dingin. Tapi dari sisi lainnya, Joe seorang yang penyayang. Joe memilih kerjaya sebagai peguam. Saat ini dia peguam terkenal.


Mike merupakan teman Luke yang paling kelakar. Orangnya simple, ramah dan kemas. Dia antara mereka berempat, dialah yang paling santai. Dia adalah seorang pengusaha restoran dan cafe. Kedai yang mereka sedang datangi sekarang juga adalah salah satu dari restoran sederhana miliknya.


Yulia kagum dengan mereka berempat setelah mendengar cerita masing-masing. Dia sedikit segan berada di antara mereka yang berjaya ini. Mya tanpa malu menunjukkan kekagumannya kepada mereka.


Saat Joe menanyakan kerjaya Yulia dan Mya,


dengan santai Mya memberi tahu dia berkerja di syarikat ayahnya. Memang Mya sudah lama berkerja di Syarikat milik ayahnya. Sedangkan Yulia sedikit malu. Dengan muka merah dia berterus terang memberi tahu dia penanam anggur yang paling berjaya. Haha...


Tawa meletup lagi di meja itu. Semua memberi semangat kepada Yulia.


"Kalau Yulia mau, kerja di gym la. Di tempat saya ada kekosongan kerja sekarang," kata Bob.


"Atau kerja di cafe saya la Yul," pelawa Mike.


"Nantilah aku fikirkan," jawab Yulia.

__ADS_1


"Yul, peluang uda ada tu. Ambil pengalaman saja di sana," sokong Mya.


"Iya Mya, nanti difikir dulu aku mau pilih kerja mana. Kalau terima kedua-duanya bolehkah?" kata Yulia tertawa kecil


"Boleh," jawab Bob dan Mike serentak.


"Kalau aku ambil kedua-duanya tapi part time, bagaimana?" soal Yulia.


"Kalau sudah difikir mau berkerja di kedua-dua tempat, nanti kita bertiga bincang lebih lanjut," jawab Bob.


Akhirnya kata sepakat diambil oleh mereka bertiga untuk bertemu di hari lain untuk membincangkan hal pekerjaan itu. Mereka semua keluar dari kedai itu dan berpisah ke tujuan masing - masing setelah bertukar nombor telepon.


"Yul, hari yang konyol, lucu dan menguntungkan untuk kamu," kata Mya menoleh ke arah Yulia sesaat, sambil berjalan menyelusuri lorong pejalan kaki menuju ke sebuah Mall.


Setiba di Mall, mereka berdua mencari sebuah kedai menjua ais krim. Memang sudah kebiasaan mereka memakan ais krim selepas makan di kedai makan. Mereka mengambil dua kon ais krim berlainan rasa. Mya dengan rasa coklatnya dan Yulia dengan rasa vanillanya.


Sewaktu berjalan sambil menikmati ais krim mereka, tiba-tiba Yulia seperti melihat kelibat seseorang. Ehhh batinnya. Yulia berhenti dan cuba mencari kelibat seseorang yang sepertinya dia kenal.


"Yul, kenapa berhenti?" soal Mya hairan sambil menebarkan pandangan ke mana mata Yulia mencari seseorang.


"Ahhhh!" sedikit terpekik apabila terlihat satu sosok seperti mereka kenali. "Yul, ini malang, mari lari," kata Mya seraya menarik tangan Yuli.


Mereka berlari anak melalui para pengunjung yang ramai di Mall itu petang itu.


**********


Siapa ya yang dilihat Yulia sampai mereka lari seperti dikejar hantu?


Ikuti di bab selanjutnya ya

__ADS_1


__ADS_2