
Ahhhh!" sedikit terpekik apabila terlihat satu sosok seperti mereka kenali. "Yul, ini malang, mari lari," kata Mya seraya menarik tangan Yuli.
Mereka berlari anak melalui para pengunjung yang ramai di Mall itu petang itu.
Mya berlari anak dengan fokus mencari jalan keluar dari Mall. Yulia pula selalu menoleh ke belakang mengawasi pengejar mereka.
Sosok tadi sepertinya melihat keberadaan mereka di Mall. Mereka mula mengejar kedua gadis tadi sambil tersenyum sinis.
Setiba di luar, Mya terus menarik Yulia menaiki sebuah bas khas mengelilingi kota itu secara free. Kebetulan bas itu hampir bergerak meninggalkan Mall menuju ke destinasi seterusnya.
Apabila mereka sudah masuk ke dalam bas tersebut dan pintu tertutup, kedua sosok tadi baru keluar dari mall. Mereka sangat kecewa melihat kedua gadis itu sudah masuk bas yang mulai bergerak meniggalkan nereka. Mya dan Yulia menjulurkan lidah kepada dua sosok itu mengejek.
Mereka berdua duduk sambil ketawa berdekeh. Hari yang penuh dengan tawa. Bas double decker mengelilingi kota petang itu tidak ramai penumpangnya. Mungkin belum sampai waktu penumpangnya ramai. Jadi petang itu mereka menikmati suasana kota dengan gembira.
Setelah turun di sebuah station, Yulia dan Mya turun. Mereka berpisah pulang ke rumah dengan perasaan masing - masing.
Sesampai di rumah, Yulia menuju ke belakang rumah. Dia tahu pasti semua anggota keluarganya ada di sana. Kerana pada hujung minggu, inilah kebiasaan mereka. Siapa pun yang datang pada hujung minggu, samada pagi, tengah hari atau petang, mereka turut dijemput berkumpul di belakang rumah.
Walaupun keluarganya hidup sederhana, suasana begini mereka tetap amalkan. Setiap hujung minggu suasana kekeluargaan itu harus dieratkan dengan berkumpul di rumah.
"Mmmm wanginya!" teriak Yulia tidak bergerak sambil memejamkan mata menyertai keluarganya.
"Ehemmm,!" Kedengaran beberapa suara batuk yang dibuat-buat. Yulia membuka matanya. Sepertinya ada sesuatu yang aneh. Kenapa? Ada apa?
"Kenapa?" kata Yulia.
"Hari ini kita ada tetamu sayang, sini mama kenalkan," kata ibu menjawab.
Yulia melangkah perlahan menuju kearah ibunya sambil memperhatikan sekeliling. Ya benar ada tetamu.
"Nah kenalkan ini sahabat baik ibu dan ayah. Mimi, Bayu, kenalkan anak saya Yulia. Anak bongsu saya," perkenal ibu.
Yulia tersenyum ramah dan bersalaman kepada kedua orang tetamu itu. Cantik sama padan tante dan om ini batin Yulia.
__ADS_1
********
Room sweet room kata Yulia sambil merebahkan dirinya ke tempat tidur. Tiada yang lebih indah dari tempat ini.
Seketika kemudian dia membuka mata.
Hmm aku tertidut batinnya lalu bangun menuju ke kamar mandi.
Mungkin kerna banyak berjalan dan berlari tadi membuatkan Yulia terlelap.
Saat dia melangkah keluar dari kamar mandi, hpnya berbunyi.
Dengan malas Yulia mengangkat hpnya.
"Hello Yul, esok kita ikut seminar dandanan ya," kedengaran suara Mya dihujung sana. Yulia hanya mengangguk - angguk dan sesekali menjawab iya. Kemudian dia memutuskan panggilan tadi.
**********
Yulia mencari orang yang memanggilnya. Tidak jauh dari tempat dia berdiri kelihatan Mya melambai kepadanya.
Agak ramai orang yang mengikuti seminar pada pagi itu. Yulia bukan meminati bidang ini, tapi seperti kata Mya, tidak salah mencuba sesuatu yang baru. Lagi pun seminar itu diadakan secara free. Gratis. Percuma.
"Yul, kita di sana aja," cadang Mya menunjukkan satu tempat di sudut kanan. Yulia mengangguk mengikuti temannya ke tempat itu.
"Boleh tahan pilihan kamu My," puji Yulia tersenyum. Tempat itu sedikit luas dari di sudut kiri yang bermeja penuh kudapan ringan dan pelbagau air manis.
Lebih kurang 40 orang yang menyertai krusus dandanan pagi itu. Setiap kumpulan ada 2 orang peserta. Para peserta juga ada berbagi ragam. Itu sedikit mencuit hati Yulia. Dia tersenyum lucu.
Mereka beruntung pada krusus hari ini kerana setiap team ada seorang pengajar. Pengajar Yulia dan Mya adalah seorang gadis berpenampilan sederhana dan berdandan ringkas. Gadis itu lebih suka mereka memanggilnya De.
Melakukan polesan pada muka adalah sesuatu yang Yulia tidak suka. Kerana baginya, itu rumit dan mengambil waktu. De terkekeh saat Yulia mengatakan pendapatnya ketika dia mendandani Mya.
"Not bad, sata suka" kata Mya sambil meneliti hasil kerja Yulia pada wajahnya.
__ADS_1
Sesi demi sesi mereka lewati dengan beberapa soal jawab peserta dan pengajar kursus itu. Ketika sesi terakhir dilakukan, Yulia memperhatikan rata - rata peserta sangat sibuk menghias wajah masing - masing.
"Yuli, kamu belum mula?" tanya De memandangnya.
"Saya tidak tahu muka saya ini harus di buat apa," balas Yulia jujur kepada De. Sementara itu, Mya sibuk memilih - milih warna eyeshadow matanya
"Apa yang terlintas dalam fikiran saya cuma, saya mahu make-up yang natural," kata Yulia lagi sambil mengetuk - ngetuk lipstick di atas meja.
De memberi sedikit saranan untuk Yulia mulai cara make-upnya. Bagi Yulia dia sedikit kekok kerana seumur hidupnya, ini yang pertama kali dia memegang brush make-up untuk dirinya sendiri.
"Yul, kamu masih tak percayakah?" tanya Mya kepada Yulia sewaktu mereka duduk menikmati makan malam mereka di satu restoran.
Yulia mengelengkan kepalanya
"Ahhh sakitttt," satu teriakan kedengaran. Semua mata tertumpu ke meja Yulia dan Mya berada. Mya dengan malu -malu menganggukkan kepalanya beberapa kali meminta maaf kepada pengunjung yang ada di restoran itu.
"Nah, itu tandanya apa yang terjadi tadi bukan mimpi. Rasa sakitkan? Mau lagi?" kata Mya tertawa.
"Iya percaya. Kemenangan tadi bukan mimpi," gumam Yulia kesal sambil mengusap - usap tangannya yg di cubit Mya. Di sana tangannya memerah gara - gara cubitan Mya yang brutal.
Pada waktu penutupan krusus tadi, Yulia terpilih menjadi pemenang peserta tangan natural. Yulia tidak percaya dia mampu mencapai status pencapaian itu. Hadiahnya juga cukup lumayan dan valid selama setahun.
Apa yang lebih menarik lagi, kemenangan mereka berdua sebagai team pendandan terbaik krusus mengejutkan mereka. Hadianya bagaikan mimpi.
"Mya, kamu rasa, syarikat yang menaja krusus ini memang sangat kaya ka?" soal Yulia toba - tiba.
"Memanglah kaya. Kalau tidak, mana mungkin mereka taja dan beri hadiah sebegitu besar," jawab Mya bersunguh - sungguh.
"Hmmm, tapi 2 hadiah utama ini untuk setahun Mya. 2 hadiah lain juga untuk tempoh 6 bulan. 2 yang lain berlaku 3 bulan," kata Yulia kehairanan.
"Yul, syarikat besar itu pasti ada sebab musababnya mereka buat begitu. Kita juga sudah diberi tahu, kita inikan sudah jadi duta kecil bagi syarikat ini," balas Mya panjang lebar.
Memang sewaktu pembawa acara mengumumkan para pemenang untuk setiap kategori, dia menyatakan pemenang adalah duta kecil bagi syarikat itu bagi tempoh berikut sesuai hadiah mereka.
__ADS_1