
Lelaki itu sedikit terkejut melihat gadis itu.
Tetapi dia ragu - ragu kerana dia tidak yakin kalau gadis itu adalah gadis sama. Ini kerana dia melihatnya dari sisi dan cuma sebentar.
"Bim, kamu masih mencari joran lain?" tanya ibunya tiba - tiba. Bimba sedikit terkejut. Dia memandang ibunya dengan tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
"Kalau gitu, kita keluar. Ibu sudah selesai disini," kata ibunya.
Bimba mengambil barang yang di beli ibunya dan mengengkori keluar. Bimba menoleh ke arah gadis itu, namun dia tidak melihat lagi keberadaannya.
"Hem, dah nasib. Kalau jumpa tau la," gumam Bimba sendirian.
*******
"Yulia angkat nasi itu masukkan ke dalam kereta," arah ayahnya. Sambil membawa beberapa batang joran dari dalam rumah.
"Bang Long bawa memancing di mana yah," tanya Yulia mengengkori ayahnya ke kereta.
"Abang Long kamu tu bilang, surprise. Ayah pun tak tahu mana. Kita ikut sajalah," terang ayahnya.
Sesampainya mereka ke destinasi yang dituju, mereka disambut dengan senyuman lebar abang Long Yulia. Ini abang sulungnya yang bernama Yude. Disebelahnya berdiri abang kedua Yulia, Yusve.
"Nampaknya semua dah sampai pun. Bentar lagi Yourle datang tu. Katanya dia sampai lambat sedikit ke sini," terang Yude sambil membantu mengeluarkan barang dari kereta.
"Semua sudah ready memancing? Kita memancing di sana kerana kawasannya sedikit luas dan dekat dengan pondok kita," kata Yusve.
Yulia sedikit teruja kerana hari ini adalah kali pertama dia akan memancing. Apa tah lagi, ada ibunya yang tidak suka memancing terpaksa ikut kerana permintaan Yude agar semua harus memancing, ibunya tidak dapat protes.
"Kita memancing guna umpan apa?" tanya Yulia.
"Pakai cacing," jawab Yusve.
"Cacing?" teriak Yulia dan ibunya serentak.
"Bang Yus, tak ada umpan lain ka? Lia takut cacing," rengek Yulia.
"Ehhh ibu. ibu mau ke mana tu? Jangan ibu pura - pura," kata Yusve kepada ibunya. Bu Jura dengan senyap mula berjalan ke arah kereta tetapi terhenti apabila Yusve memanggilnya
"Jangan bilang ibu takut cacing," kekeh Yusve merasa lucu
"Ibu kamu tu memang geli dengan cacing. Itu sebabnya kamu tak pernah nampak mee kuning dan yang sewaktunya di rumah. Dia boleh bayangkan mee itu seperti cacing," terang ayah ereka Pak Quan terkekeh.
"Hais...abang ni. Jangan la cerita benda geli tu," kata Bu Jura kegelian.
__ADS_1
Buahahahaha tawa ketiga - tiga adik beradik itu serentak. Selama ini mereka tidak tahu bahawa ibu mereka paling merasa geli dengan cacing. Baru kali ini juga mereka tahu penyebab di rumah mereka tidak ada mee gemuk. Haha nama glamour mee kuning di sekolah.
Yulia duduk sedikit jauh dari yang lain untuk memancing. Ibunya memancing berhampiran dengan pondok yang mereka sewa supaya dia tak penat jalan jauh untuk berehat.
Yulia memandang persekitarannya, kelihatan pengunjung di mana - mana. Keadaan kolam memang bersih. Terdapat beberapa pondok kecil dan sederhana. Banyak bunga di sekitar tempat itu. Pohon juga merimbun di beberapa tempat.
Kolam sebanyak lima buah itu dijaga rapi dan bersih. Tidak jauh dari tempat itu juga ada sebatang anak sungai yang jernih.
Yulia tersenyum sendiri memperhatikan gelagat para pengunjung yang ada. Dia memandang pancingnya kalau - kalau ada yang memakan umpan. Tapi hampa, tali jorannya tidak bergerak.
Tiba - tiba ibunya berteriak sambil menari - nari mengangkat jorannya.
"Ada ikan, ada ikan, tolong... tolong..." teriak ibu gembira.
"Gulung tali pancingnya, roll reelnya, roll," teriak ayah mengarah ibu dari kejauhan sambil berlari anak ke arah isterinya.
Yulia tersenyum melihat gelagat ibu bapanya dari jauh. Tiba - tiba dia merasa jorannya ditarik. Ehhh gumamnya.
Dia memutarkan reel pancingnya perlahan.
"Ikan la, ada ikan," teriak Yulia tanpa sedar.
"Macam mana ni, ehhh...ehhh... ikannya kuat menarik la," teriak Yulia lagi. Dia jadi panik.
Brubbb....
Tanpa sedar dia melanggar seseorang di belakang.
"Hey..." kata orang itu terkejut.
"Tolong ada ikan," kata Yulia memandang terus ke hujung jorannya.
Sebuah tangan mengambil pancing Yulia dan mula memutarkan mesin pancing itu sambil berjalan mendekat ke tebing kolam. Yulia tanpa kata berjalan menuju ke arah yang sama.
"Yeahhhh ada ikan. Saya dapat ikan," teriak Yulia gembira sambil melompat - lompat melihat ikan tergantung di udara.
"Terima kasih sudah menolong saya," kata Yulia gembira mengambil jorannya dari orang itu.
"Kamu???" kata orang itu terkejut.
Yulia memandang pemuda di depannya bingung. Mmmm dia kenalkah dengan orang ini? Di mana? Bila?
Bimba melepaskan joran Yulia sebelum Yulia sempat memegangnya . Tanpa kata, dengan cepat Yulia membungkuk mengambil jorannya, takut ikannya terlepas.
__ADS_1
"Hey kamu, jangan la lepaskan joran saya begitu. Kalau joran jatuh ke dalam kolam, macam mana?" kata Yulia kasar.
"Haha, itu bukan masalah saya," balas Bimba sinis.
"Kamu ni di mana - mana pun ada. Dulu kamu halang laluan orang berjalan. Kali ini kamu langgar orang membelakang. Memang kerja kamu tu langgar dan halang orang jalankah?" sambung Bimba kesal.
"Kenapa pula salahkan saya?" protes Yulia.
"Dah salah, mengaku sajalah," kata Bimba sinis.
"Apa salah salah? Dah tadi terang terang salah kamu. Saya pula yang salah? Kamukan boleh nampak saya jalan mengundur? Patut kamu mengelak. Ini tidak," marah Yulia.
"Hey perempuan, jangan sampai saya hilang sabar," ugut Bimba.
"Kamu fikir saya takut?" balas Yulia maju menghadap Bimba.
"Kamu??" kata Bomba ketus.
Tiba - tiba Yulia menginjak jari kaki Bimba dengan kuat.
"Ahhhhhh..." teriak Bimba kesakitan.
"Rasakan lelaki jahat," ejek Yulia berlalu.
Tetapi malangnya kejebussss bunyi jatuh ke dalam kolam. Yulia jatuh kerana terburu - buru, dia tersandung dan terguling ke dalam kolam.
Dalam kesakitan, Bimbo ketawa terbahak melihat kejadian yang tidak disangka itu.
"Hey...hey... apa yang terjadi?" teriak seseorang.
"Itu bro, kerana mulut badan binasa," tawa Bimba menjawab.
"Abang tolong Lia," teriak Yulia dari kolam.
Nasiblah kolam itu tidak terlalu dalam. Airnya separas ketiak Yulia saja. Beberapa pemancing yang melihat kejadian itu turut ketawa. Ketawa berjemaahlah tu. Yulia sangat kesal.
"Tolong dulu tarik adik saya keluar," pinta Yusve memerintah Bimba.
Dengan berat hati Bimba menghulurkan tangannya.
Kejeburrrr... Bumba jatuh ke dalam kolam seperti nangka busuk. Yulia ketawa berdekeh - dekeh kerana berjaya menarik Bimba jatuh.
Yulia cuba naik ke tebing kolam tetapi ditarik kembali oleh Bimba. Mereka mulai bertarik - tarikan naik ke atas sehingga ayah Yulia menghentikan mereka.
__ADS_1
"Sudah, sudah. Kamu tu dah besar panjang. Tak malu dengan pemancing lainkah? Tu, semua ikan pun dah lari pulang rumah," marah Pak Quan. Dia meminta Yusve dan Yude menarik mereka keluar.