
Petang itu Bimba termenung memandang sawah yang menghijau. Dia terbayangkan masa kanak-kanaknya yang samar-samar.
Entah berapa umurnya pada masa itu, dia mencubit seorang bayi comel sehingga bayi itu menangis panjang. Terlihat jelas tangan bayi perempuan itu hitam kebiruan bekas cubitannya
Hasil dari perbuatannya itu maka dia pun turut menangis kerana di marahi nenek dengan rotan di tangan.
Nenek belum memukulnya dengan rotan itu tetapi tangisannya mengalahkan bunyi petir di langit. Sehingga nenek mengurungkan niatnya memukul Bimba.
Bimba mengeluh lagi dan lagi. Lamunannya berakhir pada sosok Yulia yang baginya sangat menyebalkan. Namun akhir-akhir ini, bayangan gadis itu banyak menyita tumpuannya.
"Bimba...ke sini cu," laung neneknya dari rumah besar keluarga mematikan lamunan Bimba.
"Ya nek, Bimba datang ni," teriaknya menjawab panggilan neneknya seraya bangkit melangkah.
"Tolong hantar ini ke rumah berwarna pink di sana," arah neneknya sambil menundingkan jari ke rumah tersebut nun jauh di seberang sana. Jauh di seberang sawah padi yang menghijau.
Tanpa banyak bicara, Bimba mencapai salah satu basikal di tepi rumah dan mengayuhnya ke tempat tujuan.
Di sepanjang perjalanan, suasana damai menyelimuti Bimba, sesekali dia tersenyum melihat beberapa kelompok kanak-kanak di sepanjang jalan beraktiviti sendiri.
__ADS_1
Tanpa dia sedari, dia sudah sampai ke rumah berwarna pink itu.
Bimba memberi salam sambil menarik seutas tali yang bertulis 'Sila tarik tali ini sekiranya memanggil orang di dalam.'
Bimba terkekeh kecil setelah membaca arahan pada dinding rumah di mana tali itu bergantung.
Suara loceng bergema kuat di dalam rumah mematikan sunyi tempat itu.
"Haha ini aneh tapi unik. Menghiburkan lagi," gumam Bimba tersenyum sendiri melemparkan pandangannya mengitari pemandangan laman depan rumah.
Rumah sederhana ini damai dan aman dengan suasana indah halaman depannya yang dipenuhi beberapa jenis bunga yang tersusun rapi.
Dengan adanya pokok-pokok bunga berlatarkan sawah padi yang menghijau menambahkan kesegaran mata siapa saja yang ada di sana.
Pintu di buka dari dalam dan keluar seorang wanita paru baya berkaca mata, berambut pendek tersenyum memandangnya.
"Ya boleh saya bantu?" ucapnya lembut penuh kemesraan. Dia berdiri tidak jauh di mana Bimba berada dengan senyuman manis yang masih terukir di bibirnya
"Oh iya, ini nenek saya suruh hantar ke sini. Saya tidak tahu ini apa," ucap Bimba jujur menghulurkan sebuah plastik hitam kepada wanita paru baya itu.
__ADS_1
"Mmm sebentar ya," ucap wanita itu membalikkan badannya ke arah pintu.
"Eh Mak! Ini ada barang dari neneknya." ucap wanita itu ketika ibunya tiba-tiba keluar dari dalam.
"Dari neneknya?" lantas nenek itu memandang Bimba lalu tersenyum.
"Oh cu Bimba. Masuk ke dalam nak. Jangan di luar. Kita naik ke teras aja." Pelawa nenek itu kepada Bimba.
Pemuda itu mengangguk seraya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Dia hairan bagaimana nenek itu mengenalnya dengan menyebut nama tanpa keraguan sedikit pun.
Dia membuntuti orang tua itu masuk ke dalam rumah debfab sedikit memperhatikan di ruangan yang dia lalui.
Setibanya di serambi rumah, satu perasaan aman dan damai memenuhi hatinya apabila melihat keindahan alam di luar.
Berada sedikit tinggi di atas serambi rumah memberikan impak berbeza dari berdiri di bawah. Bimba benar-benar menikmati suasana yang dia nikmati sekarang.
"Ehem! Silakan minum ya. Ini air kamu," satu suara dari belakang memecahkan kesunyian.
Suara yang tidak asing bagi Bimba. Lantas dia berbalik dan ternyata benar dugaannya.
__ADS_1
"Yulia?"
"Bimba?"