Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 25 Menyeronokkan


__ADS_3

"Aaaachuuu..."


"Kamu ok Lia?"


Bimba bertanya penuh perhatian. Dia meleraikan pelukannya memperhatikan Yulia yang mulai bergetar.


Dengan cepat Bimba menanggalkan baju luarnya yang tebal dan memakaikannya kepada gadis itu.


"Lia, Lia, kenapa pakai baju begini di sini. Tipis baju kamu untuk cuaca dingin di kampung atuk. Oh iya kamu di sini tinggal dengan siapa?"


Bimba menarik Yulia dalam pelukannya lagi setelah memakaikannya baju tebal.


"Saya tinggal dengan nenek dan atuk saya sebelah ibu."


"Hmmm gitu ya?"


Bimba semakin erat memeluk gadis yang sudah berjaya mengucar kacirkan hidupnya. Perasaan senang timbul di hatinya saat memeluk gadis itu.


"Cinta Duyung Kolam itu macam mana ya? Boleh dirisikkah cintanya?"


"Hah? Apa?"


"Duyung kolam berenang sampai ke mana selama ini?"


"Berenang ke hati kamu," balas Yulia bercanda asal untuk menghilangkan kegelisahannya.


Bimba melepaskan pelukannya dan memandang Yulia penuh tanya tapi senang. Dia tidak menganggap candaan Yulia itu adalah gurauan semata.


Di kesempatan itu, Yulia menjarakkan diri dengan melangkah mundur dua langkah.


Namun setiap langkahnya disusuli Bimba sehingga dia masuk lagi dalam dakapan pemuda kacak itu.


"Saya gembira dengar kamu cakap begitu," Bimba memeluk Yulia erat.


Jauh di lubuk hati Bimba, dia ingin mengatakan sesuatu, tetapi pada masa yang sama, ada keinginannya untuk kenakan gadis itu lagi.


"Mmm kamu kenapa di sini tuan?" soal Yulia cuba melepaskan diri dari dakapan Bimba.


"Tolong panggil saya Bimba atau yang lain, asal jangan tuan." pinta Bimba melepaskan pelukannya.


Di kesempatan itu, Yulia berlalu lantas duduk di hujung bangku pondok tepi sawah itu.


"Mmm iya ok. Jadi kamu ke sini tinggal di mana? Bila lagi kamu berada di sini?"


"Wahahahaha...macam saya pesalah pula di soal bertubi-tubi dengan banyak pertanyaan. Satu-satulah tanya cik yang manis."


"Iya ya ok. Jadi jawabannya apa?"


"Baiklah gadis manis. Saya di sini sedang berehat dan tinggal dengan atuk saya. Saya belum lama di sini. Ya baru 4 hari di sini."


Yulia memandang Bimba penuh tanya.

__ADS_1


"Kenapa? Kamu tidak percaya?"


"Ah mmm... nama atuk kamu siapa? Iya kalau saya boleh tahu namanya.'


Bimba tersenyum dalam kesamaran lampu di balik hujung atap pondok.


"Nanti kamu tanya atuk kamu. Rasanya dia kenal atuk saya." jawab Bimba tenang.


Yulia melemparkan pandangannya ke arah pesta mencari-cari atuknya.


"Jadi saya mahu bertanya juga. Harap di jawab kalau tidak keberatan."


"Mmm iya boleh. Tanya aja."


"Kamu sebenarnya bersekolah atau berkerja? Atau sedang bersembunyi?"


Yulia ketawa lepas mendengar pertanyaan Bimba.


"Saya suka lihat kamu begini." gumam Bimba.


"Ha ha ha kamu ni. Mana ada yang bersembunyi. Tiada yang bersembunyilah," ucap Yulia masih tertawa.


"Jadi kamu kerja? Sekolah?"


"Salah satunya ya."


"Ya untuk yang mana? kerja?"


"Bererti keluarga kamu bercakap benar? Sekolah di mana?"


"Sekolah di U dekat-dekat saja."


"Issshhh janganlah berselindung. Bilang saja."


"Betul saya memang sekolah. Pendek kata, saya sambung lagi sekolah. University yang saya masuk tidak jauh pun."


"Di mana?"


"University of Adelaide Australia."


Bimba melopong mendengar kenyataan yang Yulia katakan.


"Australia? Negara Kangaroo itu?"


"Kenapa terlalu jauh? Kenapa pilih di sana?"


Yulia tersenyum dengan soalan-soalan yang diutarakan oleh Bimba yang kedengaran seperti panik.


"Saya cuma ambil peluang yang diberikan. Lagi pun, itu permintaan uncle saya di Australia."


"Berapa lama lagi kamu akan berada di sana? Tiada rencanakah untuk lanjutkan study di sini?"

__ADS_1


"Berapa lama? Nah itu tergantung study dan keadaan. Mmm untuk lanjut study di sini setakat ini saya lebih selesa di sana Plus di sana ada banyak lelaki handsome, hahaha."


Hati Bimba ngilu mendengar gurauan Yulia. Dia merasa resah dan tidak senang dengan apa yang dia dengar saat ini.


"Mmm kamu berada di sini kenapa pula?" Bimba tetap berusaha tahu keberadaan Yulia di desa atuknya.


"Oklah, yang sebenarnya sepanjang cuti semester kali ini saya mahu duduk jauh dari kesibukan kota. Saya mahu santai di desa bersama keluarga di sini."


"Hmm kamu tidak mahu diganggu?"


"Ya begitulah."


"Boleh saya temankan kamu di desa sampai kamu habis cuti?"


Yulia enggan dan menolak permintaan Bimba kerana sebenarnya dia memang mengelak bertemu dengan pemuda itu.


Habiskan cuti semesternya dengan Bimba? Itu samq sekali tidak ada dalam rencana percutiannya.


Walau di tolak dengan bermacam alasan, Bimba tetap berkeras mahu menemani Yulia bercuti di kampung atuk mereka bersama-sama.


Malam itu setelah memutuskan untuk bercuti di sana bersama-sama, mereka kembali ke kelompok pesta.


Bimba tersengih sendiri kembali ke meja kosong yang dia tempati di awal pesta dimulakan.


"Tersengih-sengih ini kenapa Bim? Ada apa-apa yang menarik?" Sapa Jaja mendekati Bimba.


"Hmm adalah sikit. Tapi tak perlulah kamu tahu. Cukuplah saya saja yang tahu." ucap Bimba meneguk air dalam botol.


Dia memainkan jarinya pada pemegang kerusi kayu yang dia duduki sambil memandang tajam ke arah Yulia yang asyik berbual bersama beberapa orang perempuan.


Fikirannya berlegar-legar mencerna setiap kata yang mereka perkatakan tadi. Dia berfikiran bahawa Yulia sedang mengelak sesuatu. Tetapi apa dan siapa?


Dari pandangan Bimba, gadis yang dahulunya dia selalu suruh-suruh kerana dia perhambakan atas alasan denda dari satu permainan, gadis itu banyak berubah. Tetapi sifat keras kepalanya tetap tidak berubah.


Dia juga sedar kalau Yulia sudah dapat menguasai cara bermake up natural. Dandanannya juga jauh lebih baik dari sewaktu dia menjadi orang suruhannya, aka hamba.


"Tapi saya tidak pernah tahu kalau dia itu tahu berenang atau tidak? Masak?? Hmmm," gumam Bimba memegang dagunya


"Apa? Apa kamu bilang? Kamu cakap apa tadi?" soal Jaja hairan memandang temannya.


Bimba tidak memedulikan pertanyaan Jaja. Senyuman kecil hanya terukir membalas soalan secretarynya itu.


Nun di sana Yulia sudah lupa dengan perbualan bersama Bimba tadi. Dia bukan sengaja melupakan, tetapi kerana dia khusyuk bercakap dengan kawan yang baru dia temui di pesta itu.


Para tamu pesta beransur pulang setelah sudah 3 jam acara itu berlangsung. Kehangatan persahabatan keakraban kekeluargaan sangat terasa sepanjang acara dijalankan.


Walaupun acaranya ringkas, itu sudah sangat memadai bagi semua yang hadir.


Makanan dan minuman yang di bawa oleh semua yang hadir membuatkan acara itu sangat unik.


Tidak hairanlah acara sebegini sering penduduk desa ini lakukan untuk mengeratkan hubungan sesama mereka.

__ADS_1


Bagi Yulia pesta sebegitu adalah sesuatu yang baru dan menyeronokkan baginya. Kerana pesta keramaian yang biasa dia hadiri cumalah pesta ulang tahun, pernikahan, kesukaran dan acara sekolah.


__ADS_2