Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 9 Senyumannya indah


__ADS_3

Sesampai di rumah, Yulia terus membersihkan dirinya dan menukar pakaian. Dia sangat lelah kerana ini pengalaman pertamanya berkerja sebagai duta produk kosmetik. Dia merasakan tekaknya kering kerana terlalu banyak bercakap kerana kurang minum air.


Yulia melemparkan dirinya ke atas ranjang dan memeluk bantal gulingnya. Dia mengeliat beberapa kali menyegarkan tulangnya.


"Ahhh aman damai... mmmm," gumamnya melepas penat sambil menelentang membuka kaki dan mendepakan tangannya. Bayangkan saja ala-ala terbaring di atas salji. Hahaha angan-angan.


Dia memandang lelangit biliknya. Tiba-tiba dia teringat si Kancil. Aik tiba-tiba muncul wajah Bimba? Wajah Yulia mengeras tidak suka.


"Ahh...hari yang menyebalkan. Tangan yang lembut dan wangi ini menyentuh muka si Kancil? Issssshhh gagal impian indah ku menyentuh wajah bakal kekasih hati. Aduh kasian jari - jari ku yang polos belum pernah sentuh muka lelaki, hari ini tercemar gara - gara Mya lambat ahhhh..." gerutu Yulia dalam hati


Dia mengelap jari - jarinya berkali - kali di atas tempat tidurnya dengan rasa kesal.


Dalam kekesalannya, Yulia akhirnya tertidur memeluk bantal gulingnya. Mimpi indah Yulia haha..


Di satu tempat, Bimba menyeringai penuh rahasia.


"Awas kamu duyung kolam. Beraninya kamu menekan - nekan muka ganteng ku. Belaian apa itu gitu. Kasar sekali. Sakit muka ku tau," gumam Bimba penuh dendam. Dia memukul angin penuh geram.


Bila mengingat bagaimana Yulia memamerkan wajah lembutnya kepada hadirin, tetapi menekan kasar pipinya, Bimba tidak dapat terima itu. Ya memang ada rasa sakit dari tekanan-tekanan jari lembut Yulia di pipinya.


"Tunggu saja duyung kolam," geram Bimba sambil menyeringai. Pasti ada sesuatu itu kalau begitu gayanya.


Di saat yang sama Jack termenung memandang langit luas dari balkoni biliknya. Beberapa kali dia mengusap wajah tampannya.


"Siapa gadis itu. Senyumannya indah," bisik hatinya penuh tanda tanya.


"Hmm rasanya Bimba kenal dengan gadis itu," gumamnya lagi sambil tersenyum.


Di sebuah rumah yang lain kelihatan Mya duduk di sofa sambil makan kerepek kentang dengan matanya tertuju terus ke kaca television sambil tersenyum. Begitulah rutin Mya setiap kali dia pulang rumah. Sudah kebiasaan dari kecil agaknya. Biasanya dia menghabiskan lima belas minit untuk duduk dan makan kerepak di depan tv, kemudian akan masuk ke biliknya.


Malam itu, Mya sedikit kesal kerana tadi petang dia terlambat sampai ke pusat pelancaran produk baru Bu Mimi. Bukan niatnya mahu terlambat datang kerja di hari pertama dia dan Yulia menjadi duta syarikat itu. Tetapi kerana itu kelalaiannya sendiri.


"Aiiiii...bodoh bodoh bodoh, kenapalah saya lupa hp sa tadi. Gara-gara hp terlupa di rumah, saya bertambah rugi. Wang terbang. Isshhhh..." gerutu Mya sendiri sambil menepuk-nepuk dahinya.


Mana tidak wangnya terbang. Sepatutnya dia dan Yulia akan bertolak bersama-sama di rumah Yulia dengan kereta yang disediakan syarikat. Tetapi oleh kerana dia terlalu asyik main game, dia terlupa. Bila dia sedar, dia tergesa-gesa menyediakan semuanya. Apabila dia sampai di rumah Yulia, dia terpaksa berpatah balik menaiki teksi ke rumahnya mencari hpnya yang tertinggal. Kemudian setelah itu dia terpaksa lagi dan lagi menunggu grab car beberapa minit menuju ke pusat pelancaran produk itu.

__ADS_1


Mya berdiri, mengambil teleponnya dan menelepon seseorang.


kring kring kring kring


Tiada respond diangkat di seberang sana. Mya mencuba sekali lagi menelepon orang yang dicarinya.


kring kring kring


"hello..." suara perlahan dihujung sana.


Mya: hello Lia. Kamu sudah tidur?


Yulia: hello Mya. Soalan apa ni? Memanglah belum tidur. Tak kan telepon ni akan sambut dan bercakap sendiri dengan kamu? Ish ish ish...


Yulia berpura-pura seperti belum tidur. Pada hal dia sudah dibuai mimpi indah tadi. Kalau saja telepon itu jauh dari tempatnya berbarng, dia tidak akan menjawab panggilan telepon itu.


Mya : hahaha ya la ya la


Yulia : so, ada apa hal? Mesti ada apa - apa ni, iya kan??


Yulia : iya tak apa. Sokey la Mya. No hal punya. Dah di maafkan pun.


Mya : pelukkkk... muah muah muah


Yulia : haisssss ni anak hahaha. Eh esok kita keluar boleh?


Mya : hihihi... esok ya, hmmm..


Yulia : kalau kamu ada hal, sokey Mya, no worry.


Mya : jam berapa?


Yulia : jam 3 petang sambil cari makan... haha


Mya : wokey boleh, jumpa esok. Sebenarnya ada hal yang mahu aku tanya. Tapi tak apa lah. Esok boleh cerita lebih. Senyumannya indah Yul.

__ADS_1


Yulia : hah?? Siapa?


Mya : bye Yul. Esok saja.


Yulia : eiii Mya tunggu...


tut tut tut tut


Yulia memandang skrin teleponnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. "Siapa senyumannya indah ya?" fikirnya mengerutkan dahi.


Seingatnya tadi sewaktu di tempat pelancaran itu, semua orang tersenyum. Tapi entah senyuman mereka itu tentang apa.


Tiba - tiba Yulia terkekeh sendiri. Dia masih teringat bagaimana reaksi Bimba bila mukanya ditonyoh kasar tanpa pengetahuan orang. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana Bimba menggigit giginya sendiri dengan geram. Tetap kekehannya hilang apabila tetingat satu hal dari kejadian tadi.


Flash back on.


Ketika Yulia bingung harus bagaimana, Bu Mimi meminta anaknya Bimba menjadi model pengganti. Bu Mimi bukan beralasan bahawa itu adalah anaknya dan bukan sembarangan juga dia meminta Bimba menggantikan Mya kerana Mya belum datang, tetapi kerana dia tahu Bimba sudah faham dengan tugasan ini. Lagipun Bimba selalu mengikutinya dan pernah beberapa kali menjadi model bagi produknya.


Ketika Yulia mempersilakan Bimba duduk, dia dapat melihat mata tajam Bimba yang tidak suka. Dia juga merasakan lelaki itu seperti melakukan trik. Itu kerana Yulia sempat menangkap senyuman di sudut bibir pemuda itu. Perasaan marah di hati Yulia timbul.


Ketika Yulia menerangkan tentang produk pencuci muka sebelum riasan lain, satu idea muncul di fikirannya. Kala fikiran itu timbul, hatinya amat senang.


Dengan muka tenang dan senyuman lembut, Yulia mulai membuat demo cucian muka dengan produk mereka.


Dia menyentuh kulit muka Bimba dengan sedikit kasar. Membelainya dengan menekan jari - jarinya pada muka pemuda itu. Dalam hati Yulia bersorak riang segala ototnya. Dia bangga mengerjai lelaki itu tanpa dapat dibalas olehnya.


"Memang kulit muka lelaki berbeza dengan kulit muka para perempuan. Jadi cara cucinya pun agak berbeza juga." Begitulah kata- kata Yulia sambil melakukan cucian kasar pada muka Bimba.


Saat Yulia selesai merias wajah Bimba, kelihatan dia lebih tampan dengan muka dinginnya. Haha muka dingin kerana terlalu marah. Mata Bimba tajam melirik Yulia dengan rasa dendam.


Apabila pengacara majlis menunjukkan hasil cucian dan riasan mudah yang Yulia lakukan, Bimba berdiri, tanpa Yulia sangka pula, Bimba tiba - tiba meraih pinggangnya. Kemudian disana, Yulia merasakan sedikit cubitan di sisi perutnya. Ah tetap saja sakit. Cubitan kecil yang sakit itu Yulia rasakan tiga kali.


Tetapi dengan terpaksa didalam pelukan Bimba, Yulia menunduk hormat kepada semua sambil tersenyum.


Flash back off

__ADS_1


__ADS_2