
Di lobby Hospital xxx, dua orang pemuda kacak kelihatan berjalan masuk dengan cepat ke dalam sebuah lift. Mereka hanya diam tanpa kata berdiri dingin menanti pintu terbuka di tingkat seterusnya.
"Bu sabar aja, dia anak yang kuat. Ibukan tahu dia bagaimana," hibur seorang lelaki paru baya kepada isterinya di belakang Bimba dan Jaja.
"Ehh Pak, Bu? Kenapa kalian berada disini?" tanya Bimba terkejut bila menyedari keberadaan kedua orang tua Yulia
"Nak Bimba! Kamu juga kenapa di sini?" soal Pak Quan bertanya turut terkejut.
Sebelum kedua pihak menjawab soalan masing- masing, pintu lift terbuka luas. Mereka keluar berturutan menuju satu bilik vip.
"Kamu juga mau masuk ke sini?" Pak Quan memandang Bimba. Namun hanya anggukan yang diberikan oleh Bimba.
"Aaaa kenapa aku lupa kalau dia ni ayah Yulia," tepuk Bimba pada dahinya. Jaja tersenyum kecil melihat tingka teman baiknya aka bosnya.
Ceklak... pintu dibuka dari dalam mengejutkan mereka di depan pintu.
"Aaaaa kamu siapa," ucap Bu Tika terkejut. Dia tidak menyangka ada orang di balik pintu itu.
"Ini bilik Yulia dirawatkan? Saya ibunya. Ini ayah dan teman-teman Yulia," kata Bu Jura.
Mereka semua masuk ke dalam dengan pelbagai perasaan. Bimba memandang datar keadaan Yulia. Dia bingung kerana seingatnya ketika Yulia masuk ke dalam officenya tadi, tidak kelihatan luka-luka pada tangannya.
Atau mungkinkah tadi dia tidak memperhatikan Yulia dengan betul?
Setelah mereka berkenalan, Bu Tika menerangkan keadaan Yulia kepada semua.
Saat mereka di sana Yulia masih tertidur kerana efek ubat.
"Pasti lama ni cewek sembuh. Kalau gitu, semua perjanjian jadi pembantu juga akan berjalan sesuai ikut keadaan," bisik hati kecil Bimba. Tersunging kecil satu senyuman di sudut bibirnya. Entah itu petanda baik atau sebaliknya. Ya kita tunggu saja.
"Tika? Seperti saya pernah bertemu dengan orang ini," monolog Bu Jura. Dia berusaha berfikir,. mengingat siapa dan di mana dia mengenal sosok Bu Tika.
Sedangkan tiga lelaki berbeza usia duduk di sofa sambil bercerita. Entah apa yang mereka ceritakan, Bu Jura tidak kisah.
"Mmm Bu Tika, terima kasih banyak kerana sudah banyak membantu," ucap Bu Jura membuka bicara setelah beberapa saat berdiam diri.
__ADS_1
"Selagi saya boleh tolong, ya saya bantulah," senyum Bu Tika hangat.
"Boleh saya tanya? Saya seperti pernah mengenal puan," ucap ibu Yulia akhirnya kerana hatinya sudah tidak tahan lagi.
Mereka berpandangan lama sambil mengingat- ingat. Tatapan menyelidik dari kedua wanita ini berakhir apabila Yulia bergerak mengiring menghadap ibunya.
"Lia..bangun nak. Kamu bagaimana?" kata ibunya lembut sambil mengoyangkan tubuh Yulia.
"Mmm..."gumam Yulia separuh sedar.
"Nak.."panggil ayahnya pula yang tiba-tiba sudah ada di samping isterinya. Dia mengelus lembut kepala Yulia yang masih belum membuka matanya.
"Mungkin efek ubat yang dia dapat membuatkan dia belum sedar sepenuhnya bu, pak," tenang Bimba menepuk bahu ayah Yulia.
Mendengar suara itu jelas di telinganya, Yulia membuka mata terkejut. Kenapa si Kancil itu ada di sana? Bukankah dia harus di pejabatnya? Mungkinkah dia datang melihat memastikan dia tidak membuat alasan? Mungkinkah dia datang untuk mengingatkan bahawa dia tetap pembantunya sehingga dia berpuas hati?
Mengingat bahawa dirinya menjadi pembantu aka hamba Bimba, teringin sekali Yulia menendamg lelaki itu. Biar lelaki itu kesakitan.
"Berani-beraninya si kancil mengubah syarat pembantu menjadi begitu lama. Saya fikir pembantu itu cukup untuk sepanjang kami bermain dulu. Haissss..."gerutu Yulia mengata dalam hati memandang kesal kepada Bimba.
"Ya saya juga mau pulang. Nanti esok saya datang lagi. Jaga diri tau. Jumpa lagi," ucap Bu Tika memegang lembut tangan Yulia sambil memberi senyum kepada Bimba dan Jaja.
Para pemuda itu hanya mengangguk berterima kasih kepada Kartika wanita paru baya yang cantik.
Suasana sedikit canggung setelah Bu Tika keluar. Seperti ada roh yang baru lalu di tempat itu. Semua mereka tidak berbicara.
"Mmm berapa lama kamu akan di tahan di hospital," akhirnya Jaja melenyapkan suasana sepi diantara mereka.
"Mungkin tiga hari," jawab Yulia asal.
"Tidak terlalu lama. Bererti setelah itu, kamu boleh datang lagi ke pejabat saya setelah kamu keluar dari sini," kata Bimba datar.
Yulia terbelalak mendengar ucapan Bimba
"Parah ni anak teman baik mama. Di depan orang tua, gayanya lembut baik hati. Nah cuba lihat sekarang, ini apa? Dasar kancil," marah Yulia dalam hati.
__ADS_1
"Kamu mengata sayakah? Tak baik tau," tebak Bimba santai.
"Tuan, mana mungkin dia datang kerja kalau baru keluar hospital," protes Jaja mengasihani Yulia.
"Siapa bilang dia harus langsung ke pejabat setelah keluar?"bentak Bimba tidak suka.
"Maksud saya tadi, setelah dia ok, dia harus ke pejabat. Perjanjian tetap perjanjian. Lambat atau cepat, harus dilakukan juga," ucap Bimba panjang lebar sambil menyeluk saku seluar panjangnya.
"Ya, ya, ya saya tahu. Tak perlu pun ingatkan saya. Kalau kejadian tadi tidak terjadi, sudah tentu permainan kita sudah selesai hari ini," kesal Yulia mengingat apa yang terjadi sepanjang hari.
"Cepat sembuh. Jumpa lagi," kata Bimba dingin.
Ceklak pintu dibuka.
Kedua orang tua Yulia masuk dengan beberapa benda di tangan mereka.
"Kami pulang dulu auntie, uncle," ucap Jaja manis meminta diri.
Setelah mereka keluar, Yulia merasa sangat damai dan ringan. Kepergian mereka seperti beban yang dilepaskan dari bahunya.
Namun lain halnya kepada Bimba. Dia menimbang-nimbang bagaimana cara supaya Yulia akan selalu ada di depannya setelah dia keluar dari hospital.
"Ja, kamu ada cara supaya Yulia akan sedikit lebih lama jadi pembantu ku?" tanya Bimba meminta pendapat kepada Jaja.
Jaja memandang Bimba penuh persoalan.
"Jangan bilang kalau kamu tidak ada idea untuk hal semudah itu Bim," kekeh Jaja mengejek.
Pemuda itu tertawa lepas mendengar ejekan Jaja.
"Gini aja Bim. Kamu ambil aja dia jadi pembantu pribadi mu. Gampangkan? Biar aku tu kurang sedikit kerja. Soal pribadi mu, biar Yulia yang urus. Soal pejabat dan hal-hal sulit, biar aku yang kerjakan," usul Jaja memberi saranan.
Bimba berfikir mendengar cadangan Jaja tadi.
"Hmmm kalau gitu, kamu buat satu surat perjanjian pekerjaan. Biar dia dapat kerja dan aku dapat balas dendam tanpa susah -susah mencari dia," tawa Bimba puas.
__ADS_1
Dalam perjalanan pulang kedua pemuda itu banyak membincangkan pengisian kontrak kerja Yulia. Walaupun begitu, masih terbit sedikit ketakutan Bimba kalau Yulia akan menolak kontrek kerja itu.