Mengejar Cinta Duyung Kolam

Mengejar Cinta Duyung Kolam
Bab 24 Penuh Debaran


__ADS_3

"Bimba.."


Satu panggilan lantang dari arah belakang mengejutkan Bimba dari lamunannya. Jaja berlari anak melalui permatang padi mendekatinya.


"Apa hal lari-lari ke sini?"


Sinis sekali Bimba menyambut kedatangan teman baiknya.


"Jadi begitu kamu melayan kedatangan saya?" Jaja bersungut duduk di sebelah Bimba.


Tanpa di suruh tanpa di minta, Jaja menyambar botol air yang ada di tengah mereka.


Gluk gluk gluk


Bagaikan tidak pernah minum, dia meneguk air tanpa berkerlip.


"Apa hal tiba-tiba datang ke sini?"


"Yulia."


Bimba mengubah posisi duduknya menghadap Jaja. Hatinya berdebar kencang mendengar nama gadis itu disebut.


"Yulia ada di sini. Mungkin dia bercuti di desa ini "


"Yulia bercuti di desa ini?"


"Heiii... saya melihatnya sendiri tadi. Tapi dia tidak nampak saya."


Bagaikan tanaman yang hampir kering di timpa hujan, seluruh sendi, hati dan fikiran Bimba memekar. Terukir senyuman tipis di bibirnya.


"Tapi kenapa kamu datang memberi tahu saya hal ini? Bukankah kamu bilang kalau kamu suka kepada Yulia?"


"Hello tuan Bimba yang tampan tak berotak."


"Hei hei hei siapa yang tidak berotak?"


Kemudian keduanya ketawa berdekeh-dekeh.


"Apa la kamu ni...ucapan begitu dimasukkan di hati? Kamu fikir saya seriuskah? Bimba, Bimba. Saya cuma bercanda aja."


Sekali lagi kedua sahabat ini ketawa bebas mengingat kisah beberapa hari lalu.


"Trus Yulia mana?"


"Sepertinya dia tinggal dengan datuknya. Kerana tadi saya seperti mendengar dia memanggil seorang tua dengan pangil akong dan memeluknya."


............


Malam itu satu pesta diadakan di rumah datuk Bimba di mana turut di hadiri beberapa keluarga terdekst dan teman rapat datuknya


"Pesta apa pula ni. Saya datang dulu pun, tiada pun apa-apa sambutan. Apa lagi dimasakkan ayam panggang, itu jauh sekali." sungut Bimba bersiap-siap ke halaman belakang rumah atuknya.

__ADS_1


Suasana pesta sederhana itu aman dan sesekali kedengaran tawa ria dari semua yang hadir.


Dengan malas, Bimba mengambil piring dan mengisi beberapa jenis makanan ke dalamnya tanpa melihat ke mana-mana.


Dia berlalu menghampiri sebuah meja yang agak tersudut yang tidak ditempati oleh sesiapa.


"Ehemmm... Bim!" jerkah seseorang menepuk bahunya.


Ayam goreng yang ingin Bimba gigit terjatuh kerana tepukan orang tersebut. Bimba menjengilkan mata menatap orang itu.


Pemuda tadi ketawa berdekeh-dekeh melihat perlakuan Bimba.


"Hey.. janganlah terlalu serius makan Bim. Terlalu fokus tidak baik, nanti ayam goreng terbang " tawa Jaja duduk di hadapan Bimba.


"Ayam goreng terbang tidak apa Ja. Tapi kalau saya tertelan seketul paha ayam ini, tidakkah saya akan kojol nanti, hah??"


Bimba mengetuk kepala Jaja dengan sudu makannya geram.


"Nasib tidak terlalu ramai orang datang malam ini ke pesta atuk kamu. Bolehlah kita makan banyak. Tidak perlulah macam kisah lama. Minum cola seteguk saja."


Kedua pemuda itu ketawa mengingat kisah lama di mana mereka terpaksa berkongsi minuman cola seteguk seorang di sebuah acara.


"Lain kali kalau ada acara, saya akan jadi orang pertama yang ambil makanan, ha ha ha." Tawa Jaja mengaduk-aduk nasinya sebelum menyuapkannya ke mulut.


Bimba mengambil ayam gorengnya lagi sambil memerhati tetamu-tetamu yang hadir.


Tiba-tiba Bimba berhenti mengunyah. Matanya bersinar menangkap sosok seseorang. Lantas dia berdiri menghampiri orang tersebut meninggalkan Jaja yang asyik makan makanannya.


Saat Yulia memandang orang tersebut, dia melopong tidak percaya. Dia dengan sendirinya berundur satu langkah ke belakang sambil menutup mulutnya.


"Kamu ke mana selama ini Yulia," soal Bimba menatap tajam gadis di depannya.


Yulia serba salah di soal Bimba begitu. Ada apa dengan mantan bossnya ini? Sepatutnya kemana dia pergi atau apa yang dia lakukan,. itu tiada kaitannya dengan mantan bossnya ini.


Dia hanya membisu bagaiksn mulutnya dikunci tanpa boleh di buka.


Bimba mencengkam tangan Yulia lembut tapi pasti. Dia mahu mendengar dari Yulia sendiri ke mana dia menghilang sejak persetujuannya dengan Yourle dilakukan


"Ikut saya," ucap Bimba pelan menarik tangan gadis kecil itu.


Mereka meninggalkan tempat itu sedikit jauh dari yang lain. Bimba membawa Yulia ke sebuah pondok bambu tidak jauh dari pesta itu diadakan.


Sewaktu mereka menuju ke sana, dua pasang mata memperhatikan gerak-geri mereka tanpa kelip. Dari pandangan itu lahir senyuman dari sang empunya mata.


"Rupanya mereka sudah kenallah kawan," ucap yang seorang menepuk bahu temannya.


"Orang muda sekarang muda berkenalan. Baguslah klau begitu. Iyakan??" yang seorang tersenyum membalas tepukan sahabatnya.


Yulia berjalan duduk di hujung bangku pondok melemparkan pandangan ke kegelapan malam yang dihiasi kerlipan cahaya rumah orang-orang kampung.


Bimba menyusulnya dan duduk di samping Yulia.

__ADS_1


"Mmm kamu apa khabar duyung?"


Yulis terkekeh kecil mendengar nama panggilan dari Bimba. Sudah hampir setahun dia tidak mendengar nama itu digunakan untuk memanggilnya.


"Bah, dia mala ketawa. Saya tanya ni kamu pa khabar?"


"Ah saya ok, tuan."


Begitu datar Yulia menjawab pertanyaan Bimba.


"Sekarang saya bukan Tuan kamu duyung," ucap Bimba kesal melirik Yulia.


Dia berdiri kemudian duduk di palang pondok dekat Yulia.


"Beberapa bulan ini kamu bersembunyi di mana?"


"Ehh bersembunyi? Siapa yang sembunyi tuan?"


"Argggg.. jangan buat saya hilang sabarlah, Lia."


"Tiada yang bersembunyi tuan. Memang ada yang bersembunyi? Kalau ada pun, itu mereka bukan saya," ucap Yulia santai.


"Yang seriuslah Yulia. Saya sudah mencari kamu berbulab-bulan di semua kolej dan university. Tapi seperti kamu menghilang tanpa jejak. Kamu ke mana?"


"Perlukah saya jawab itu tuan. Pentingkah? Mungkin tuan salah orang. Boleh sa kembali ke pesta?"


"Jangan ke mana-mana. Ok kalau kamu tidak mahu beri tahu. It's fine. Pasti nanti saya akan dapat cari di mana kamu bersembunyi."


"Kenapa harus cari di mana saya berada tuan. Itu buang-buang waktu tuan yang berharga saja. Tuan tidak perlulah ambil tahu tentang saya." ucap Yulia berdiri.


Namun Bimba tidak membiarkan Yulia pergi meninggalkannya. Dia memegang tangan gadis itu agar tidak pergi.


"Maaf tuan. Mungkin kita saling tidak mengenal. Saya mohon lepaskan tangan saya," kata Yulia tegas.


Dia mulai risih dengan perlakuan Bimba yang aneh bagi pandangannya.


Saat itu dia tidak mahu ada kaitan dengan mantan bossnya yang sombong dan menyebalkan itu


"Yulia, saya minta maaf untuk semua yang sudah saya lakukan dulu. Saya betul-betul minta maaf. Maafkan saya," ucap Bimba tulus. Ucapannya sedikit bergetar.


Entah getaran itu kerana benar-benar tulus atau sebaliknya, Bimba juga tidak mengerti.


Dia memeluk Yulia erat tanpa kata. Itu mengejutkan Yulia sendiri. Dia tidak tahu reaksi apa yang harus dia tunjukkan. Dia berdiri kaku penuh debaran.


*******


Para pembaca yang budiman:


Mohon maaf untuk semua kesalahan-kesalahan ketikan yang terjadi dari bab 1 sehingga ke bab ini dan seterusnya. Itu tidak disengajakan. Mungkin jari ku terlalu besar untuk mengetik setiap huruf yang kecil ini. Harap maaf ya.


Terima kasih sudah mendukung saya sehingga ke bab ini.

__ADS_1


__ADS_2