
"Yang mulia hendak kemana?"soal Retda kepada puteri Angelia.
"El nak berehat awal sebab tak sihat, perjamuan boleh diteruskan tanpanya"sahut puteri Angelia.
Ratu Elena berjalan agak jauh di belakang Wenses. Dia memerhati gerak-geri Wenses yang terlihat marah.
Wenses duduk di tepi tasik lalu melemparkan batu ke dalam tasik.
"Perjamuan baru saja dimulai kenapa kau disini?"soal Ratu Elena kepada Wenses sambil duduk di samping lelaki itu.
Wenses terus berdiri lalu cepat-cepat memberikan tanda hormat.
"Maafkan hamba tidak sedar dengan kehadiran yang mulia"kata Wenses.
"Hum, duduklah"sahut Ratu Elena.
Wenses duduk agak jauh dengan Ratu Elena.
"Kau belum jawab pertanyaan saya"kata Ratu Elena.
"Hamba tidak suka dengan perjamuan, yang mulia"sahut Wenses.
"Panggil saya El, pengawal peribadi termasuk teman bagi saya"kata Ratu Elena.
"Hamba tidak berani yang mulia"kata Wenses.
"Saya tidak akan paksa"sahut Ratu Elena.
"Yang mulia kenapa tidak mengikuti perjamuan?"soal Wenses.
"Saya tidak suka dengan perjamuan"sahut Ratu Elena.
"Ohya kejadian tadi siang hamba ucapkan terima kasih pada yang mulia sebab menyelamatkan hamba"kata Wenses.
Ratu Elena memandang Wenses lalu tersenyum kecil.
Wenses terpana melihat senyuman Ratu Elena.
"Panggil saya El sebagai balasan boleh?"soal Ratu Elena.
Wenses terdiam sejenak.
"Baik yang mulia"sahut Wenses.
"Nah"kata Ratu Elena sambil menghulurkan sebuah buku kepada Wenses.
"Ini apa?"soal Wenses sambil menyambut huluran Ratu Elena.
"Ini buku yang boleh membantu kau mencapai tahap penyempurnaan energi murni"sahut Ratu Elena.
"Terima kasih...El"ucap Wenses.
"Guru tidak akan datang melatih Wen lagi, untuk seterusnya saya yang akan melatih Wen "kata Ratu Elena sambil berdiri dan melangkah ke arah Wenses.
"Bagaimana keadaan guru?"soal Wenses sambil menelan air liur kerana wajah Ratu Elena sangat dekat dengan wajahnya.
"Baik"sahut Ratu Elena.
Wenses berundur ke belakang kerana jika tidak wajah Ratu Elena akan menyentuh wajahnya.
"Maaf menganggu El, saya pergi dulu"kata Wenses lalu terus ingin Pergi.
"Wen benci sangat ke dekat saya?"soal Ratu Elena.
Langkah kaki Wenses terhenti.
"Saya tidak faham maksud El"sahut Wenses.
"Wen benci saya sebab hisap roh orang tua Wen kan?"soal Ratu Elena lagi.
Jantung Wenses seperti akan tercabut dari tangkai ketika mendengar perkataan Ratu Elena.
"Maaf, saya masih tidak faham maksud El"kata Wenses mencuba mengelak sebaik mungkin setiap pertanyaan Ratu Elena.
"Bagi Wen, hidup dengan kutukan lebih baik atau kehilangan roh?"soal Ratu Elena.
Wenses tidak menyahut pertanyaan Ratu Elena.
"Dahlah anggap saya tidak pernah menanyakan hal tadi, esok saya akan datang ke peviliun Wen untuk melatih Wen"kata Ratu Elena lalu pergi.
Wenses berbalik badan dan melihat Ratu Elena pergi.
"Jika ada peluang yang lebih baik, saya juga mahu mengenal lebih dalam tentang kau El"kata Wenses lalu dia juga pergi.
KEESOKKAN HARINYA...
Wenses yang masih terbaring di tempat tidur terkejut kerana merasakan ada nafas berhembus di wajahnya.
Wenses membuka mata dan terpapar lah wajah indah Ratu Elena di depannya.
Wenses cepat-cepat bangkit dari tempat tidurnya.
Ratu Elena tersenyum lebar melihat reaksi Wenses.
"Pergilah bersiap saya tunggu Wen di halaman belakang"kata Ratu Elena lalu pergi.
Wenses bergegas mandi dan bersarapan. Tidak berselang terlalu lama Wenses pun tiba di depan Ratu Elena.
"Wen ada baca ke buku yang saya berikan semalam?"soal Ratu Elena.
"Ada beberapa kenapa?"soal Wenses.
"Keluarkan, kita akan melakukan latihan berdasarkan buku itu"sahut Ratu Elena.
Wenses terus mengeluarkan buku itu.
__ADS_1
"Lihat baik-baik"kata Ratu Elena.
Dia mula mengeluarkan energi air untuk membentuk seekor naga.
Wenses memerhati dengan tekun.
"Lakukan seperti tadi"kata Ratu Elena.
"Baik"sahut Wenses lalu mula mengikuti apa yang diajarkan oleh Ratu Elena.
Untuk kesekian kalinya barulah Wenses boleh membentuk naga miliknya tetapi masih tidak stabil.
Sudah menjelang petang Wenses baru berhasil membentuk naga tetapi masih bole hancur dan tidak boleh bergerak.
Ratu Elena mengakui kecepatan belajar Wenses kerana dia dulu untuk membentuk naga saja memerlukan masa tiga hari tiga malam.
"Sudahlah kita akan berehat,malam nanti kita sambung"kata Ratu Elena.
Wenses duduk di tempat duduk yang berhadapan dengan Ratu Elena sambil meminum air.
"Kenapa El mahu melatih saya?"soal Wenses.
"Entahlah,mungkin sebab saya bosan"sahut Ratu Elena.
Wenses hanya mengukir senyum hampa mendengar jawapan Ratu Elena.
"Esok malam saya akan memasuki alam roh, Wen nak ikut ke?"soal Ratu Elena.
Wenses terdiam sejenak.
"Saya tidak ada tujuan untuk mengikuti El"sahut Wenses.
"Wen boleh berjumpa dengan orang tua Wen"kata Ratu Elena.
"Sejak bila El tahu saya anak raja Wendra?"soal Wenses. Akhirnya dia mengakui identitasnya.
"Sejak kau kembali ke alam ini"sahut Ratu Elena.
Wenses agak terkejut.
"Maksud El, masa pertama kali saya kembali?"soal Wenses untuk memastikan.
"Iya, malam dimana saya menghisap roh orang tua Wen"sahut Ratu Elena dengan jujur.
'rupanya kau tahu El saya kembali malam itu, tapi kenapa kau tidak memberikan sedikit masa untuk saya bertemu dengan orang tua saya?, kenapa mesti malam itu kau mengambil roh mereka?' kata Wenses di dalam hati.
"Selepas orang tua saya meninggal, saya dipenjara selama sepuluh tahun. Ketika saya dapat melarikan diri dari penjara dengan bantuan Gita, Gita dibunuh oleh mereka"cerita Wenses.
Pandangan mata Ratu Elena meredup kerana berasa kasihan dengan derita yang dilalui oleh Wenses.
"Kalau ada peluang, Wen nak ke ambil alih kerajaan air?"soal Ratu Elena.
"Mungkin, tetapi saya masih hendak bertemu dengan orang tua saya terlebih dahulu"sahut Wenses.
"Selesaikan tahap penyempurnaan energi terlebih dahulu kerana memasuki alam roh boleh menghabiskan banyak energi murni"kata Ratu Elena.
Tanpa sedar dia berbual dengan Ratu Elena seperti teman yang sudah lama kenal. Hatinya menjadi lebih tenang ketika meluahkan tekanan yang dia alami.
"Berehatlah saya akan kembali nanti malam "kata Ratu Elena lalu pergi meninggalkan Wenses.
Malam itu Wenses berlatih sehingga larut malam ditemani Ratu Elena.
Setelah berjaya menembusi tahap penyempurnaan energi barulah Wenses sedar jika malam sudah larut .
Dia melihat ke arah Ratu Elena yang tertidur sambil duduk dan menyandarkan kepalanya di atas meja.
Wenses mengukir senyum manis sambil berjalan ke arah Ratu Elena.
"Bangun El"panggil Wenses.
Ratu Elena menggosok-gosok matanya lalu memandang Wenses.
"Dah siap latihan ke?"soal Ratu Elena yang masih mamai.
"Dah berjaya"sahut Wenses.
"Kalau macam tu saya balik dulu"kata Ratu Elena tetapi arah dia berjalan bukanlah di Paviliun peribadi nya melainkan di Paviliun peribadi Wenses.
Wenses ketawa kecil melihat gelagat sang ratu.
Wenses berjalan laju mengejar Ratu Elena.
"Kenapa Wen ikut?"soal Ratu Elena sambil membalikkan badan melihat Wenses.
"El pasti ke ini jalan ke arah Paviliun peribadi El?"soal Wenses sambil tersenyum.
Ratu Elena melihat ke sekeliling. Akhirnya dia sedar dia sedang menuju kearah Paviliun peribadi Wenses. Secara automatik rasa mengantuknya hilang kerana merasa malu.
"Maaf salah jalan"kata Ratu Elena lalu berjalan ke arah Paviliun peribadi miliknya.
"Selamat malam El"ejek Wenses sambil ketawa kecil.
Ratu Elena yang berasa malu berjalan laju dan tidak menyahut ucapan Wenses.
Wenses tersenyum gembira sambil berjalan masuk di Paviliun peribadi nya.
"El"panggil seseorang dari arah belakang Ratu Elena ketika dia hendak melangkah masuk ke dalam Paviliun peribadi miliknya.
Ratu Elena membalikkan badan melihat kebelakang.
Mata Ratu Elena yang tadinya layu tiba-tiba berubah menjadi ganas memandang orang itu.
"Kau buat apa kat sini?"soal Ratu Elena kepada puteri Rubefta.
"Ada hal penting yang saya nak bagitahu dekat El"sahut puteri Rubefta.
__ADS_1
"Saya takde masa"sahut Ratu Elena lalu ingin melangkah.
"Masa dengan budak bodoh tu ada pula, masa untuk mengetahui hal penting takde?"soal puteri Rubefta.
Ratu Elena berjalan ke arah Puteri Rubefta.
"Katakan"kata Ratu Elena.
"Ada beberapa orang saya di dunia sihir yang melihat sosok kakak El,Medina"sahut Puteri Rubefta.
Secara tiba-tiba leher puteri Rubefta dicekik oleh Ratu Elena dan di tekan ke dinding.
"Kau jangan main-main lagi Rubefta, kau fikir aku bodoh ke?, Kakak aku kau sendiri yang bunuh!" Jerit Ratu Elena.
Puteri Rubefta menolak badan Ratu Elena dengan kasar.
"Kau memang bodoh El!, Kakak kau tidak mati sebeb tubuh dia tu dah dikuasai oleh iblis neraka. Kalau betul El tidak percaya sangat bongkar kuburan kakak El untuk menemukan bukti dia tu dah mati ke tak!" Sahut Puteri Rubefta dengan suara yang tinggi.
"Apa salah aku dekat kau Rubefta?, Kenapa kau bunuh kakak aku?, Setelah kakak aku mati pun kau sampai nak bongkar kuburan dia?"soal Ratu Elena bertubi-tubi.
Puteri Rubefta kehilangan kata-kata mendengar pertanyaan Ratu Elena.
"Kalau El tidak dapat mencari bukti, saya akan lakukan sendiri"kata puteri Rubefta.
"Kalau kau berani sentuh kuburan kakak aku, aku jamin kau akan mati"kata Ratu Elena.
Puteri Rubefta tersenyum sedih mendengar perkataan Ratu Elena yang sudah dianggapnya sebagai kakak.
"Saya tidak akan melawan El"sahut puteri Rubefta lalu membalikkan badan ingin pergi.
"Apa alasan kau buat semua ini Rubefta?"soal Ratu Elena.
Puteri Rubefta membalikkan badan sambil mengukir senyum hampa.
"Alasan satu-satunya saya melakukan ini semua kerana saya menyayangi El seperti kakak saya sendiri"sahut puteri Rubefta lalu terus pergi.
Ratu Elena tertegun mendengar jawapan puteri Rubefta.
KEESOKKAN HARINYA..
Ratu Elena berjalan laju ke arah Paviliun peribadi Well.
Dia terus membuka pintu setelah sampai.
"Well!" Jerit Ratu Elena.
Well yang sedang minum teh terus tersedak.
"Kenapa El?"soal Well terus sambil berdiri.
"Ada cara ke agar saya boleh membawa seseorang masuk ke dalam alam roh?"soal Ratu Elena.
Well menghela nafas lega, tadi dia sempat berfikir jika Ratu Elena mendapat masalah besar.
"Ada cuma itu terlalu berisiko"sahut Well.
"Apa risikonya?"soal Ratu Elena.
"Kutukan El akan datang lebih kerap dari baisanya"sahut Well.
Ratu Elena terdiam sejenak.
"Malam ini datang ke tempat aku"kata Ratu Elena lalu terus pergi.
Well tersenyum sinis, dia tahu jika orang yang akan dibawa oleh Ratu Elena masuk ke dalam alam roh ialah Wenses. Dia juga sudah memikirkan cara untuk membunuh Wenses di alam roh.
Malam harinya Ratu Elena, Wenses dan Well berkumpul di dalam Paviliun peribadi Ratu Elena.
"Ingat Well jaga cincin Perak ini dengan baik, jika berlaku sesuatu berikan tanda"pesan Ratu Elena kepada Well.
"Baik El"sahut Well sambil melirik ke arah Wenses.
"Baiklah mari kita mula"kata Ratu Elena.
Well mula menyerap roh Wenses terlebih dulu baru roh Ratu Elena.
"Selamat bersenang-senang Wenses"kata Well.
(DI ALAM ROH)
Wenses merasakan ada sentuhan di wajahnya dia terus membuka kelopak matanya.
"Wen tak apa-apa ke?"soal Ratu Elena.
Wenses menggelangkan kepalanya.
"Di depan itu ialah pintu masuk alam roh, ingat jangan sampai Wen terpisah dari saya"kata Ratu Elena.
Wenses menganggukkan kepalanya.
Mereka berdua pun masuk ke dalam kediaman alam roh.
"Selamat datang yang mulia"sambut para pengawal kepada Ratu Elena sambil berlutut.
"Kumpulkan para petinggi alam roh ke dewan, saya ingin berjumpa dengan mereka"kata Ratu Elena.
"Dilaksanakan yang mulia"sahut seorang pengawal lalu pergi.
"Mari ikut saya Wen"kata Ratu Elena.
Lalu mereka berdua pun masuk di dalam dewan pertemuan para petinggi alam roh.
Ratu Elena duduk di singasana dan Wenses berdiri di sampingnya.
" Dimana petinggi elemen air?"soal Ratu Elena kepada penasihat Ratu alam roh.
__ADS_1
"Mohon menjawab yang mulia, sebentar lagi dia akan sampai"sahut penasihat Ratu itu.