RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 6


__ADS_3

"Kau fikir dengan menakuti-nakuti aku, aku akan berikan apa yang kau nak ke?"soal Ratu Snektey sambil mengejek.


Ratu Medina menukarkan bentuk Well menjadi manusia.


"Kau pergi ambil teratai dewa tu aku akan beurusan dengan Ratu Snektey disini"bisik Ratu Medina.


Well memganggukan kepala ya dan terus pergi.


"Apalagi muslihat kau kali ini Medina?"soal Ratu Snektey tidak puas hati kerana terakhir kali dia sempat tertipu oleh Ratu Medina.


"Takde, marilah mula bermain"sahut Ratu Medina lalu mula menyerang.


Wenses tertegun melihat kekuatan Ratu Medina, baginya itu semua sudah di luar akal.


Hanya beberapa kekuatan saja yang dikeluarkan oleh Ratu Medina orang-orang Ratu Snektey pun tumbang semua.


"Kau dah melampau Medina!"gertak Ratu Snektey lalu menyerang Ratu Medina dari belakang.


Ratu Medina yang terkena serangan itu terus temuntah darah.


"Hahahaha..hanya satu pukulan aku kau dah nak mati ke Medina?, Jangan siapkan permainan ini dengan cepat nanti aku bosan"ejek Ratu Snektey.


Ratu Medina yang menahan kesakitan itu tidak berfikir panjang lagi. Dia terus mengeluarkan kekuatan naga api dari dalam tubuhnya.


Lalu Ratu Snektey pula mengeluarkan kekuatan Ratu ular miliknya.


Ular dan naga beradu semestinya naga yang akan lebih unggul.


Ratu Snektey kalah telak kali itu. Kebetulan Well pun berjaya mengambil teratai dewa dan terus membawa Ratu Medina pergi.


Wenses juga pergi tapi sebelum pergi dia memberikan sebuah ubat kepada Ratu Snektey.


"Tunggu sekejap Well, Wenses masih di sekitar istana"kata Ratu Medina.


"Well hantar El pergi agak jauh dulu baru kembali bantu dia"sahut Well.


Ratu Medina yang merasakan kesakitan yang terlampau terus pengsan.


Setelah mengubati Ratu Medina Well pun kembali untuk mencari Wenses. Tanpa dia ketahui jika Wenses juga sudah berada di sekitar sana.


Wenses berjalan ke arah Ratu Medina yang terbaring pengsan.


"Betapa bahagianya hati aku jika kau mati saat ini Ratu Medina. Tapi semua ini hanya permulaan dendam yang aku tanam selama ini, aku akan minta kau bayar sedikit demi sedikit"gumam Wenses sambil memandang wajah Ratu Medina.


Jika diikutkan hati mahu saja dia mencekik leher Ratu Medina yang tidak berdaya di depanya itu tetapi dia belum boleh membunuh perempuan itu jika roh kedua orang tuanya belum dilepaskan.


"Macam mana kau boleh ada kat sini?"soal Well yang tiba-tiba berada di belakang Wenses.


Wenses terkejut terus memusingkan badanya.


"Tuan Well,saya baru saja sampai tadi nampak tuan bawa pergi yang mulia barulah saya bergegas mengikuti tuan"sahut Wenses.


"Lelaki kotor macam kau jagalah jarak dengan El, kalau tak saya tak janji kalau nyawa kau tu masih ada lagi nanti"kata Well lalu mencampung tubuh Ratu Medina lalu dibawa naik ke kuda.


Wenses mengerutkan kening kerana dia tidak faham dengan maksud kotor yang Well katakan kepadanya.


Wenses menaiki kudanya lalu mengejar kedua orang itu.


Sesampainya mereka bertiga di aula utama istana, semua orang menjadi sibuk kerana terkejut melihat sang Ratu mereka kembali ke istana dengan keadaan yang tidak sadarkan diri.


"Panggil doktor kerajaan untuk mengubati luka yang mulia"kata Well kepada Humrey. Setelah itu, dia pun terus membawa Ratu Medina kembali di paviliun peribadi sang Ratu.


Wenses hanya memandang kepergian kedua orang itu.


"Apa yang terjadi?"soal Adref dengan nada berbisik.


"Ratu cedera"sahut Wenses.


"Cedera?, Itu bukan setakat cedera tu macam dah sekarat pula yang saya nampak"sahut Adref.


Wenses tidak menyahut dia terdiam diri untuk beberapa saat sambil melihat ke sekeliling.


"Apasal para petinggi sibuk berkumpul di aula utama?"soal Wenses.


"Owh itu, dari apa yang saya dengar gunung berapi sedang aktif dan kedudukan tepat di atas istana kerajaan,tulah rapat darurat diadakan"sahut Adref.


"Ohya Ref racun yang kau buat tu ada lagi ke penawar?"soal Wenses.


"Takde dah,cara buat bukan sekejap bahan-bahan pun susah nak cari"sahut Adref.

__ADS_1


"Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuat penawar?"soal Wenses.


"Saya dah cakap guna racun tu pada dia sebab tu saya tak buat penawar"sahut Adref.


"Saya perlukan penawar, katakan bahan apa yang diperlukan"kata Wenses.


Adref memberikan Wenses sebuah kertas yang mempunyai bahan untuk dibuat sebagai penawar.


"Baiklah saya kumpulkan bahan sekejap"kata Wenses.


Dia baru hendak berlari untuk pergi mencari bahan penawar tapi secara tiba-tiba dia dihadang oleh beberapa orang pengawal.


"Kami diminta oleh tuan Well untuk menangkap kau" kata salah seorang pengawal.


"Apa salah saya?"soal Wenses.


"Nanti kau akan tahu"sahut pengawal itu lalu Wenses pun terus dibawa pergi ke kediaman Well.


Setelah Wenses dibawa masuk ke dalam kediaman Well para pengawal itu menutup pintu dan pergi.


Well keluar dari sebuah ruangan lalu terus menyerang Wenses.


Wenses mengaduh kesakitan.


"Apa salah saya tuan?"soal Wenses.


"Kau tanya apa salah kau?"soal Lalu menendang perut Wenses sehingga lelaki itu terbanting di dinding.


"Kau fikir aku tak tahu ke buah yang kau berikan pada El tu dah kau letak racun"kata Well sambil menarik leher baju Wenses.


"Saya tak tahu maksud tuan"sahut Wenses.


"Ehh! ,Aku ne ular perak Murni lah, setakat racun murahan kau tu senang untuk aku ketahui"jawab Well penuh emosi.


"Tuan takde bukti" kata Wenses dengan berani kerana sebelum dia kembali ke istana dia sudah membuang bukti yang mengarahkan kesalahan kepadanya.


"Aku tak perlu bukti, mata aku sendiri nampak masa kau berikan buah tu pada El"sahut Well.


Wenses terdiam sejenak dia lupa jika Well juga ada di sana waktu itu.


"Tuan tidak boleh menuduh saya tanpa bukti yang boleh dipercayai"elak Wenses.


"Baik kau nak buktikan?, Biar kawan sampah kau yang menjadi bukti kerana dia yang membuat racun itu"sahut Well.


Tiba-tiba Adref diseret ke dalam ruangan itu.


"Jawab, betul ke racun itu bernama racun penghancur organ?"soal Well kepada Adref.


"Betul tuan,saya yang meracik racun itu"sahut Adref.


Wenses terkejut Adref menjawab dengan jujur.


"Kenapa racun yang kau racik boleh dimakan oleh El?"soal Well lagi.


"Saya meminta pada Wenses untuk meracuni Ratu Medina kerana saya berdendam dengan dia"sahut Adref.


"Bohong!, Saya sendiri yang mahu melakukan itu"kata Wenses.


Well tersenyum sinis.


"Saya tak perduli siapa yang mahu membunuh El, yang penting terbukti kamu berdua salah dan harus diberikan hukuman"kata Well.


"Hukuman apa?"soal Ratu Medina yang tiba-tiba muncul.


Semua orang tunduk memberikan hormat .


"Well dah selidiki rupanya racun itu dia yang berikan kepada El"kata Well sambil menunjuk Wenses.


"Racun apa?"soal Ratu Medina.


"Racun penghancur organ"sahut Well.


"Well racun itu hasil dari serangan Ratu Snektey bukan diberikan orang"kata Ratu Medina.


"Tapi El.."sahut Well tapi terus dipotong oleh Ratu Medina.


"Sudah semua bersurai, hal ini hanya salah faham"kata Ratu Medina.


"El dua orang ne dah mengakuh tadi"kata Well.

__ADS_1


"Well!" Marah Ratu Medina.


Well terus menundukan kepalanya.


Retda dan Humrey hanya saling berpandangan.


"Tak dengar ke? ,Saya minta semua orang bersurai!" Jerit Ratu Medina.


Semua orang pun pergi.


"Retda dan Humrey ikut saya menekan pertahanan gunung berapi"kata Ratu Medina.


"Baik yang mulia"sahut mereka berdua.


Setelah berlalu dua hari..


Ratu Medina,Retda dan Humrey pun pulang ke istana. Mereka disambut dengan gembira oleh para penduduk.


"Kebijaksanaan yang mulia"sorak para penduduk berkali-kali sehingga mereka bertiga masuk ke dalam gerbang istana.


"Panggil Well ke kediaman saya"kata Ratu Medina kepada mereka berdua.


"Baik yang mulia"sahut mereka berdua secara serentak.


Setelah diberitahu tentang hal itu Well terus pergi menemui Ratu Medina di paviliun peribadi sang Ratu.


"Hamba menghadap yang mulia"kata Well sambil memberikan tanda hormat.


Ratu Medina tersenyum kecil kerana selama ini Well tidak pernah memberikan tanda hormat kepadanya. Itu tandanya Well masih marah atau merajuk.


"Berdirilah"kata Ratu Medina.


Well pun terus berdiri sambil menundukan pandangan.


"Marah lagi ke?"soal Ratu Medina seakan-akan sedang mengejek.


"Hamba tidak berani memarahi yang mulia"sahut Well.


"Habis tu kenapa tak tengok saya?soal Ratu Medina.


Well terus meluruskan pandangan matanya melihat ke arah Ratu Medina.


"Saya bukan sengaja marah dekat kau Well, cuma saya nak kau faham jangan timbulkan masalah yang tidak perlu. Lagipun masa itu masih banyak masalah yang perlu saya selesaikan" Terang Ratu Medina.


"Well minta maaf kalau menyusahkan El"sahut Well. Dia juga malas membahas tentang Wenses di depan Ratu Medina,kerana mahu lelaki itu salah atau tidak Ratu Medina tidak akan menghukumya.


"Baguslah kalau kau dah faham,jangan ulangi lagi"kata Ratu Medina.


"Baik El"sahut Well.


"Malam ne saya ke alam roh, Well tolong jaga raga saya"kata Ratu Medina.


"Tapi keadaan El masih tak berapa baik,macam mana kalau Well saja yang pergi?"soal Well.


"Takpe saya masih mampu"sahut Ratu Medina.


Well hanya dapat bersetuju tanpa boleh membantah.


Malam itu Ratu Medina duduk menghadap tasik di belakang paviliun miliknya. Dia melamun tanpa sedar Wenses memandangnya sedari tadi ke arahnya kerana waktu menghidupkan dupa sudah tiba.


"Hormat yang mulia hamba datang untuk menghidupkan dupa"kata Wenses.


"Malam ne tak payah, aku ada hal nak buat dan tak perlukan dupa"sahut Ratu Medina dingin.


Wenses baru pertama kali merasakan kedinginan suara Ratu Medina seperti ais tajam yang menusuk organ dalamnya.


"Kau boleh pergi"arah Ratu Medina.


"Hamba mohon undur diri"sahut Wenses.


Ratu Medina tidak memberi respon dengan perkataan Wenses.


Belum terlalu jauh Wenses melangkah dia berpapasan dengan Well yang sedang berjalan ke arah Ratu Medina.


"Well dah siap El"kata Well.


"Baiklah mari kita mulakan"sahut Ratu Medina. Lalu mereka berdua pun masuk di dalam paviliun.


Wenses melangkah pergi setelah kedua orang itu lesap masuk di dalam paviliun.

__ADS_1


__ADS_2