
"Terima kasih atas pertolongan dewi"kata Raja Duyandi.
"Sama-sama"sahut Ratu Elena.
"Apakah perkara ini tidak akan mempengaruhi hubungan dewi dengan puteri Rubefta?"soal Ratu Duyangka.
"Saya percaya puteri Rubefta tidak akan berfikiran sempit dan tidak tahu menilai mana salah dan mana yang benar"sahut Ratu Elena.
"Bukankah Rubefta sudah dibuang oleh ayahnya?"soal Puteri Duyana.
Semua orang saling berpandangan.
Ratu Elena tersenyum senget sambil menggelangkan kepala.
Tiba-tiba Ratu Elena memberikan sebuah serangan kepada puteri Duyana tepat di dada sang puteri.
Puteri Duyana terdorong kebelakang lalu termuntah darah.
Semua orang yang melihat sangat terkejut.
"El!" Jerit puteri Duyana yang masih tidak sedar dengan kesalahannya.
Wenses dapat meneka sebab perbuatan Ratu Elena.
Raja Duyandi dan Ratu Duyangka berusaha tetap diam kerana mereka tahu jika sang Ratu sedang marah.
"Kenapa Duyana?"soal Ratu Elena dengan sinis.
"Kenapa El serang saya?"soal Puteri Duyana.
"Duyandi, arahkan semua orang pergi dari aula utama"kata Ratu Elena.
"Baik dewi"sahut Raja Duyandi lalu memerintahkan semua suku duyung untuk pergi.
Kini hanya tersisa mereka berenam iaitu, Raja Duyandi, Ratu Duyangka, Ratu Elena, Wenses,puteri Duyana dan putera Duyfande.
"Aku tahu Duyana, ayah Rubefta membuat kekacauan di istana duyung. Tapi ketahuilah Duyana, Rubefta tidak ada hubungan dengan perkara ini malahan dia menyelidiki rancangan ayahnya dan terus memberitahu saya. Oleh itu, tarik kembali hinaan kau pada Rubefta tentang anak yang dibuang itu. Jika tidak, persahabatan kita berakhir disini"kata Ratu Elena.
Duyana yang tersedar dari kesalahannya terus melutut di depan Ratu Elena.
"Maafkan saya El, saya tidak seharusnya menghina Rubefta di depan semua orang. Ini sudah melanggar perjanjian persahabatan darah kita"kata puteri Duyana.
"Selagi Rubefta tidak memaafkan kau selagi itu aku tidak akan menganggap kau sebagai teman,aku tidak perlukan teman yang mahu menghina temannya yang lain"kata Ratu Elena.
Air mata puteri Duyana mengalirkan di pipi.
"Saya akan meminta maaf kepada Rubefta"kata puteri Duyana sambil tersedu-sedu menagis.
"Aku lupa bagi tahu kat kau, Rubefta sudah aku angkat sebagai saudari. Jika Rubefta tidak memaafkan kau, kedepannya jangan cari aku lagi"kata Ratu Elena.
"Maafkan perbuatan puteri saya dewi dia.."belum sempat Raja Duyandi menyudahkan perkataan Ratu Elena terus mengangkat tangannya.
"Aku pergi dulu,masalah ini bukan urusan aku lagi"kata Ratu Elena lalu terus membawa Wenses pergi.
Putera Duyfande tersenyum manis.
"Wanita yang berpendirian teguh,cantik,cerdik,kuat dan berwibawa memang jauh beza dengan kau Duyana, tidak heran jika kau yang suka berbuat masalah diperlakukan seperti ini"kata putera Duyfande.
"Duyfande, cubahlah berkata lebih baik kepada saudari kau"tegur Ratu Duyangka.
"Saya memang salah ibunda, saya sadar saya sudah membuat El marah maka akan sulit untuk memulihkan hubungan kami seperti dulu"kata puteti Duyana sambil berdiri dari berlutut tadi.
"Sepertinya dewi tidak suka mendengar penghinaan, Duyana pergilah meminta maaf kepada puteri Rubefta secepatnya"kata Raja Duyandi.
"Saya akan segera pergi"sahut puteri Duyana lalu terus pergi.
"El tak apa ke?"soal Wenses kerana sejak mereka berdua meninggalkan kerajaan suku duyung Ratu Elena masih belum berbicara sepatah kata pun.
"Takpe"sahut Ratu Elena.
"Tapi El nampak tidak baik"kata Wenses.
Ratu Elena tidak menyahut perkataan Wenses tapi terdengar keluhan di bibirnya.
"Wen rasa keterlaluan ke perlakuan saya pada Duyana?"soal Ratu Elena.
Wenses tersenyum kecil mendengar pertanyaan Ratu Elena.
"El rasa?"soal Wenses pula.
"Tak tahu"sahut Ratu Elena.
__ADS_1
"Bagi saya lah kan, El agak terlalu keras dengan puteri Duyana tadi..cuma itu ada baiknya agar persahabatan kalian akan terjaga daripada sikap tidak baik"kata Wenses.
"Saya tidak sampai hati tapi juga tidak mahu Rubefta dihina, sungguh sulit menyelesaikan masalah persahabatan"keluh Ratu Elena.
"Err El.. sebenarnya tidak sulit jika El tegur puteri Duyana baik-baik" komen Wenses.
Ratu Elena menghentikan kudanya lalu memandang Wenses.
"Wen salahkan saya?"soal Ratu Elena.
Wenses tersengih memandang Ratu Elena.
"Tak..maksud saya teguran El tadi agak kasar" kata Wenses.
"Kenapa Wen tak kembali ke istana suku duyung untuk memujuk Duyana. Mungkin dia akan gembira"sahut Ratu Elena.
"El..kenapa pembicaraan kita ke sana pula?"soal Wenses.
"Iyalah Wen selalu salahkan saya dan bela Duyana"kata Ratu Elena dengan suara yang cemburu.
"El..boleh tak jangan isikan kepala El tu dengan benda-benda yang pelik dan mustahil"kata Wenses sambil tersenyum lebar. Dia tahu jika sang Ratu sedang cemburu.
"Wen sengaja nak buat saya marah kan?"soal Ratu Elena.
Wenses terus mematikan senyumanya.
Dia menggerakkan kudanya ke arah kuda Ratu Elena lebih dekat.
"Malam masa perjamuan tu El sengaja ke senyum dengan lelaki yang mengelilingi El untuk buat saya cemburu ?"soal Wenses.
"Saya tak bermaksud macam tu"sahut Ratu Elena lalu menundukan wajahnya.
Wenses mengangkat wajah Ratu Elena agar melihat ke arahnya.
"Saya taknak buat El marah, saya katakan apa yang saya rasa terbaik untuk El. Lagipun saya gembira sebab El cemburu bila saya sebut nama puteri Duyana"kata Wenses dengan jujur.
Mata Ratu Elena membulat.
"Hah Sebutlah lagi" kata Ratu Elena lalu menapis tangan Wenses dan dia terus menunggangi kudanya dengan laju meninggalkan Wenses.
Wenses ketawa gembira sambil mengejar kuda Ratu Elena dari belakang menggunakan kudanya.
"El tunggu saya" panggil Wenses tetapi tidak diperdulikan oleh Ratu Elena.
"El tunggu lah saya"kata Wenses lalu berlari mengejar Ratu Elena.
Ratu Elena memberhentikan langkah kakinya.
"Kenapa lagi?"soal Ratu Elena.
"Maafkan Wen sebab buat El marah"kata Wenses dengan menggantikan sebutan saya dengan namanya.
"Tak marah"sahut Ratu Elena selambah.
"Habis tu apa?..cemburu ke?"soal Wenses.
"Iya El cemburu kenapa? Nak gelak ke? gelak lah"sahut Ratu Elena lalu melanjutkan langkah kakinya.
Wenses hanya memandang langkah kaki Ratu Elena yang semakin menjauh sambil tersenyum manis.
"Syok ke bepergian dengan yang mulia?"soal satu suara di belakang Wenses.
Wenses memusingkan badan.
"Tuan Humrey, apakah hukuman tuan sudah habis?"soal Wenses sambil mengejek.
Humrey mengetapkan giginya sehingga berbunyi.
"Baru sebentar saya menghilang, kau dah berubah menjadi berani. Jangan gembira dulu, kau bukan apa-apa jika dibandingkan dengan para lelaki yang sedang mengejar yang mulia"sahut Humrey.
"Iya apa yang dikatakan oleh tuan Humrey memang benar. Saya bukan seperti para lelaki yang mengejar El kerana saya adalah tunangan dia"kata Wenses.
Humrey sangat terkejut kerana Wenses mengetahui jika dirinya ialah tunangan Ratu Elena.
"Tunangan tidak boleh membuktikan apa-apa kerana kakak yang mulia juga tunangan kau"ejek Humrey lalu pergi sambil tersenyum sinis.
Wenses menarik nafas dalam-dalam dia takut jika hatinya tidak ditahan dia akan membuat masalah di dalam kerajaan itu.
(Di dalam paviliun Ratu Elena)
"Kenapa El mencari saya?"soal Well.
__ADS_1
"Kau tahu ke kalau Raja Rubetley dan saya melakukan perlawanan?"soal Ratu Elena.
Well diam sejenak lalu menganggukan kepala.
"Bagaimana keadaan Rubefta?"soal Well.
"Saya tidak pasti, saya mahu mengirim kau ke sana untuk mengubati luka Rubetley dan cuba menghibur Rubefta"kata Ratu Elena.
"Jika ini arahan saya akan jalankan"sahut Well.
"Saya tidak pernah memberi arahan kepada sahabat saya tanpa berbincang. Jika Well mahu maka pergilah jika tidak saya akan pergi sendiri"kata Ratu Elena.
"Baiklah El, saya akan pergi"sahut Well lalu terus meminta diri untuk segera berangkat ke kerajaan Ruba.
"Panggilkan Retda"arah Ratu Elena kepada pengawal di luar paviliun.
Tidak berselang terlalu lama Retda pun muncul.
"Hamba menghadap yang mulia"kata Retda sambil berlutut di depan Ratu Elena.
Setelah Ratu Elena mengangguk barulah dia berdiri.
"Sejak bila kau buka pintu kenangan masa lalu Wenses?"soal Ratu Elena.
"Hamba mohon ampun yang mulia"kata Retda lalu bersujud di depan Ratu Elena.
"Bangun dan jawab pertanyaan aku"kata Ratu Elena.
Retda terus berdiri kembali.
"Hari dimana yang mulia pergi untuk membawa para sahabat yang mulia kembali"sahut Retda.
"Ada aku arahkan kau untuk melakukanya?"soal Ratu Elena.
"Tidak ada yang mulia"sahut Retda.
"Kenapa kau melakukan itu?, Jika alasan kau boleh diterima maka aku tidak akan menghukum kau tapi jika alasan tidak boleh aku terima maka hukum pancung akan dijatuhkan kepada kau kerana melakukan sesuatu tanpa arahan aku"kata Ratu Elena.
"Hamba melakukanya kerana hamba menyukai Humrey tetapi dia malah mengejar yang mulia. Jadi hanya dengan membuka ingatan Wenses barulah dia mengetahui hubungan apa antara dia dan yang mulia"sahut Retda.
"Kau menyukai Humrey?"soal Ratu Elena.
"Iya yang mulia"sahut Retda.
Ratu Elena ketawa terbahak-bahak mendengar alasan Retda.
"Yang mulia?"soal Retda kerana berasa heran dengan reaksi sang Ratu.
"Jika kau menyukai Humrey maka kejarlah,aku hanya akan mencintai satu orang di dalam hidup ku iaitu Wenses. Aku sebenarnya berterima kasih sebab kau sudah membantu aku menjelaskan perkara yang susah aku jelaskan kepada Wenses"kata Ratu Elena.
"Hamba berterima kasih jika yang mulia tidak menghukum hamba, dan yang mulia tidak perlu berterima kasih kepada hamba kerana itu kewajiban hamba untuk membantu yang mulia menyelesaikan masalah"sahut Retda.
"Retda, mahukah kau menjadi sahabat darah saya?"soal Ratu Elena.
Retda melutut di depan Ratu Elena lagi.
"Hamba tidak berani yang mulia. Hamba tidak layak menjadi sahabat darah yang mulia"kata Retda.
"Jika kau mahu maka katakan iya, jika saya tidak layak maka kau boleh tolak"kata Ratu Elena.
"Hamba bersyukur yang mulia menjadikan hamba sahabat darah. Hamba tidak akan berani menolak kerana hamba lah yang seharusnya tidak layak menjadi sahabat darah yang mulia bukan sebaliknya"kata Retda lalu bersujud di depan Ratu Elena.
"Berdirilah Retda"kata Ratu Elena lalu membawa Retda ke sebuah bilik.
"Masukkan darah Retda ke dalam mulut naga api itu, setelah itu potonglah sedikit rambut Retda dan masukkan ke dalam mulut naga Air itu pula"kata Ratu Elena.
Retda pergi ke arah dua patung naga itu lalu dia melukai tangannya dan memasukkan titisan darah ke mulut naga api. Setelah itu, dia memotong sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam mulut patung naga Air.
"Setelah ini Retda sudah sah menjadi sahabat darah saya, dalam susah atau senang Retda akan bersama saya untuk melaluinya dan Retda tidak dibenarkan melukai, menghina,mengkhiantai sahabat sendiri dan yang terakhir Retda tidak dibenarkan merebut lelaki yang sahabat sendiri cintai"Terang Ratu Elena tentang syarat menjadi sahabat darah.
"Hamba bersumpah tidak akan melakukanya jika hamba melanggar maka hamba siap dijadikan makanan iblis neraka"sahut Retda.
"Satu lagi, diantara sahabat..tidak akan dibezakan tingkat kekuatan dan kekuasaan. Maknanya Retda tidak boleh memanggil diri sebagai hamba di depan saya"kata Ratu Elena.
"Saya akan mematuhi Ratu"kata Retda.
"Panggil saya El"kata Ratu Elena.
"Baik saya akan memanggil yang mulia sebagai El maaf jika kedengaran tidak sopan"sahut Retda.
"Baik, kerana kita sudah menjadi sebagai sahabat darah maka Retda akan saya berikan paviliun peribadi dan Retda akan menjabat sebagai penasihat kecil saya. Apakah Retda bersedia?"soal Ratu Elena.
__ADS_1
Retda bukan main terkejut kerana gelaran penasihat kecil di kerajaan dua elemen sama maksudnya dengan saudara bagi sang Ratu.
"Saya ucapkan terima kasih atas kebaikan El. Saya bersedia"sahut Retda.