RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 15


__ADS_3

"Kali ini aku gagal memberitahu El tentang perkara Wenses, tapi di masa depan masih banyak peluang lagi"kata Well.


"Kau fikir yang mulia akan percaya ke?, Apalagi jika Wenses tidak mengakuh, hal itu hanya membuat diri kau lebih tidak disukai oleh yang mulia kerana memburukkan nama tunanganya"sahut Retda.


"Darimana kau tahu perkara itu yang aku nak bincangkan dengan El?"soal Well.


"Kau fikir aku tak perasan ke kehadiran kau masa aku dan Wenses berbual tadi?"soal kembali Retda.


"Kau layak menjadi ketua menteri kanan, tapi jangan bangga dulu kerana setelah Humrey keluar dari hukuman dia yang akan membersihkan budak Wenses itu tanpa campur tangan aku. Aku rasa kau tidak akan biarkan Humrey akan mendapatkan hati El kan? Kerana kau dah jatuh cinta dengan ketua menteri kiri"kata Well.


"Itu bukan urusan kau"sahut Retda.


"Walaupun Wenses tunangan El, tapi pemenang akhir belum tahu siapa. Lebih baik jagalah sebaik mungkin Humrey agar tidak mencampuri urusan tentang El lagi"kata Well lalu menepuk bahu Retda sebelum pergi.


Retda mengenggam erat jari jemarinya sehingga berdarah kerana menahan geram.


(Di ruang latihan)


"Selamat datang yang mulia"sambut para petinggi kepada Ratu Elena.


"Sila lanjutkan aktiviti kalian"kata Ratu Elena lalu duduk di dudukan yang disediakan untuknya.


"Baiklah dipersilakan tuan Well berduel panah dengan pengawal peribadi yang mulia iaitu Wenses"kata penentu acara.


Ratu Elena mengerutkan kening kerana berasa heran dengan duel itu.


"Sejak bila nama Well tersenarai sebagai peserta?"soal Ratu Elena. Kerana dia tahu pasti jika kebolehan memanah Well tidak kalah jauh berbanding denganya.


"Maaf yang mulia ini permintaan tuan Well sendiri"sahut penentu acara.


Wenses dan Well pun memasuki ruang latihan untuk memulakan pertandingan.


"Jangan kecewakan aku, jika memanah saja kau tidak boleh kalahkan aku jangan harap dapat mendekati El" bisik Well kepada Wenses.


"Jangan risau tuan, Retda sudah melatih saya dengan baik"sahut Wenses.


Well tersenyum merendahkan Wenses.


Ratu Elena hanya diam memerhati kedua pemuda itu.


Panahan pertama poin Well mencapai sempurna manakalah Wenses kalah dua poin.


Panahan kedua pun sama Wenses tetap kalah dengan Well.


Sehinggalah panahan terakhir akan dilakukan, mereka masih berbeza enam poin.


Wenses menahan nafas lalu menghembuskan perlahan. Dia berusaha setenang mungkin agar poin yang dia raih tidak kalah jauh dengan Well. Manakalah Well pula tersenyum bangga.


Ratu Elena tersenyum kecil sambil memandang ke arah puteri Angelia.


Ketika Wenses memanah tiba-tiba ada sebuah angin yang agak kencang bertiup dari arah puteri Angelia. Kemungkinan besar angin itu yang menyebabkan Wenses mendapatkan poin sempurna pada panahan terakhir.


Well memandang puteri Angelia dengan tajam.


' nak malukan aku jangan harap!' marah Well di dalam hati. Dia menetapkan target lalu melepaskan anak panahnya.


Puteri Angelia membuat atribut angin yang kencang sehingga anak panah Well jauh terpesong dari sasaran.


Akhirnya pertandingan itu dimenangi oleh Wenses dan beza 4 poin dengan Well.


Well menghempaskan peralatan memanah di tanganya ke atas tanah.


Puteri Angelia memandang Ratu Elena sambil menggelangkan kepala tetapi sang Ratu pula tersenyum gembira melihat kemenangan Wenses.


"Kau memang dengan cara curang"kata Well kepada Wenses tapi dengan cara berbisik.


"Curang ataupun tidak yang terpenting ialah hasil pada akhirnya"kata Wenses.


Well mengetapkan gigi.


"Kau tunggu"kata Well lalu terus pergi bersama amarah.


"Yang mulia, puteri Rubefta mahu bertemu"lapor Retda.


"Baiklah saya akan pergi sekarang"sahut Ratu Elena lalu pergi dengan senyuman yang gembira.


(Di dalam Paviliun peribadi Ratu Elena)


"Ada apa Rubefta?"soal Ratu Elena sambil duduk di samping puteri Rubefta.


"Jika benar saya diangkat menjadi adik oleh El maka dimana Paviliun peribadi saya?"soal puteri Rubefta.


Ratu Elena ketawa kecil mendengar perkataan puteri Rubefta.


"Apa salahnya jika kita tinggal di Paviliun yang sama?"soal Ratu Elena.


"Saya tidak layak tinggal di dalam Paviliun peribadi El"sahut puteri Rubefta.

__ADS_1


"Baiklah kalau begitu saya yang akan pindah Paviliun"kata Ratu Elena.


"Bukan itu maksud saya El, saya hanya mahu tinggal di Paviliun yang kecil dan sederhana"sahut puteri Rubefta.


"Kau ingin mempermalukan saya ke Rubefta?, Kau tu adik saya sekarang mestilah ada Paviliun peribadi yang besar dan mewah seperti Eleya"kata Ratu Elena.


"Terserah El lah"sahut puteri Rubefta kerana malas bertengkar.


"Baiklah kerana kau sudah setujuh maka Paviliun naga akan kau huni mulai besok"kata Ratu Elena.


"Paviliun naga?, Bukankah itu Paviliun calon pewaris takhta kerajaan?"soal puteri Rubefta bertubi-tubi.


"Apa salahnya?, Nanti kalau saya dah sediakan Paviliun Ruba barulah kau pindah"kata Ratu Elena.


"Baiklah saya pindah hari ini"kata puteri Rubefta.


"Kenapa?,kau takut saya makan ke?"soal Ratu Elena bergurau.


Puteri Rubefta memandang Ratu Elena dari atas kebawah.


"Hey El, badan kurus kerempeng macam kau nak makan saya?,jangan berharap banyaklah tangan saya ne pun kau tak boleh habiskan makan"sahut puteri Rubefta.


"Yake?, Baiklah mari saya cuba makan"kata Ratu Elena lalu mengigit tangan puteri Rubefta dengan maksud bergurau.


Puteri Rubefta pura-pura mengaduh kesakitan.


Mereka berdua sama-sama ketawa gembira.


"Dah lama kita tak bergurau macam ne kan El?"soal puteri Rubefta.


Ratu Elena mengangguk perlahan.


"Maafkan perbuatan saya yang dulu Rubefta, saya cuma tak nak kau membunuh orang sebab saya"kata Ratu Elena.


"El, saya pun minta maaf sebab melukai kakak El. Saya betul-betul tidak bermaksud seperti itu"sahut puteri Rubefta.


"Dahlah sekarang kita impas, kita lanjutkan apa yang ada di depan dan tinggalkan masa lalu"kata Ratu Elena.


Puteri Rubefta menganggukan kepala.


"Saya masih risaukan Duyana, jika ayah masih mengejar dia untuk dijadikan selir maka masalah akan datang"kata puteri Rubefta.


"Kebetulan esok saya akan ke kerajaan suku duyung, kau nak ikut tak?"soal Ratu Elena.


"Jangan cakap budak Wenses tu ikut sekali"sahut puteri Rubefta.


Ratu Elena hanya tersenyum sambil memamerkan gigi putihnya.


"Pembetulan, Wen bukan tunangan kakak saya tapi Wen tu tunangan saya. Saya lebih dulu bertunangan dengan Wen sebelum kakak saya"kata Ratu Elena dengan menegaskan tentang Wenses.


"Maksud El, Medina ke yang merebut Wenses dari El?"soal puteri Rubefta.


"Tak, maksud saya kakak saya tu dipaksa bertunangan dengan Wenses"sahut Ratu Elena.


"Seandainya Medina kembali, macam mana El nak urus si Wenses tu. Takkan El nak berikan saja Wenses kepada Medina kalau Medina tu nak"kata puteri Rubefta lagi.


"Kalaupun dia kembali, saya akan serahkan semua hak dia kecuali Wenses. Sebab, Wenses tu dari dulu memang milik saya"sahut Ratu Elena.


"Hooi..si Wenses tu tahu ke kau suka dia?"soal puteri Rubefta.


Ratu Elena yang begitu yakin tadi tiba-tiba menjadi layu.


"Maksud saya, kalau Wenses tak nak dengan Medina lah..kalau dia nak saya akan satukan mereka juga"kata Ratu Elena dengan suara perlahan.


Puteri Rubefta mengetuk perlahan kepala Ratu Elena.


Ratu Elena memegang kepalanya yang diketuk.


"Kalau El betul-betul sayangkan si Wenses tu, jadikan dia milik kau saja jangan nak bagikan kepada orang. Lagipun saya nampak dia pun sukakan El juga"kata puteri Rubefta.


"Tu kau nampak....kalau betul dia sukakan saya dah lama dia terima lamaran saya"sahut Ratu Elena sambil merebahkan badan menyandar ke kerusi.


Puteri Rubefta memandang Ratu Elena dengan mata membulat.


"Kau lamar dia?"soal puteri Rubefta.


Ratu Elena mengangguk.


"Dia tolak?"soal puteri Rubefta lagi.


"Bukan dia tolak terus, tapi dia minta masa"sahut Ratu Elena.


"Buat malu kaum perempuan lah kau ne El, dah terbalik melamar ditolak pula tu"ejek puteri Rubefta.


"Eh, eh.. kau bagitahu kat Well yang kau suka dia pun tak berani nak ejek saya pula"balas Ratu Elena.


"Itu lain cerita El, Well belum tahu saya sukakan dia belum ke tahap melamar pun. Kau lain lah melamar tapi ditolak"kata puteri Rubefta tidak mahu kalah.

__ADS_1


"Itu namanya usaha bukan hanya tahu memendam rasa"ejek Ratu Elena lagi.


"Saya tak sangka lah El, perempuan sempurna macam kau pun ada masanya ditolak juga" kata Puteri Rubefta sambil tergelak ketawa.


"Nak ikut besok ke tak?"soal Ratu Elena dengan serius.


Tawa puteri Rubefta terhenti serta-merta.


"Baik yang mulia, saya mohon untuk berehat dulu"kata puteri Rubefta lalu terus pergi ke tempat tidur yang disediakan untuknya.


Ratu Elena hanya tersenyum kecil.


(KEESOKKAN HARINYA)


Ratu Elena dan tiga temanya sudah berada di luar gerbang istana hanya Wenses saja yang belum tiba.


"Kami jalan dulu lah El, apa-apa jangan lupa bagi khabar tau"kata puteri Angelia.


"Iya El, kalau ikutkan hati saya pun mahu juga pergi dengan kalian bertiga tapi ayahanda sudah kirimkan pesan nak suruh saya balik"kata puteri Daifalie.


"Iyalah nanti saya bagi pesan kalau ada apa-apa, sampaikan salam saya kepada ayahanda kalian berdua"sahut Ratu Elena.


"Baik kalian hati-hati"kata puteri Angelia.


Lalu dia dan puteri Daifalie pun lebih dulu bergerak untuk kembali ke kerajaan masing-masing.


"Lama lah si Wenses ne"rungut puteri Rubefta.


Ratu Elena tidak menyahut.


Tidak berselang terlalu lama kelibatan Wenses pun terlihat.


"Maafkan saya sebab terlambat"kata Wenses sambil mengenderai kuda.


"Sedar diri pun lambat"oceh puteri Rubefta.


"Takpe kita boleh bertolak sekarang"sahut Ratu Elena.


Mereka bertiga pun bertolak dengan menunggangi kuda untuk ke kerajaan suku duyung.


(Di dalam perjalanan)


"El masih jauh ke?"soal Wenses.


"Kalau perjalanan macam itupun dah tak sanggup patut tak payah ikut" kata puteri Rubefta.


"Rubefta"panggil Ratu Elena sambil memandang tajam puteri Rubefta. Puteri Rubefta hanya mendiamkan diri.


"Dah agak dekat, kenapa Wen tanya?"soal Ratu Elena.


"Tak, kalau masih jauh..lebih baik kita berhenti sekejap untuk merehatkan otot, apalagi El kan baru sembuh dari luka"sahut Wenses.


Puteri Rubefta membalikkan matanya kerana tidak puas hati dengan perkataan Wenses.


"Takpe saya masih sanggup, tapi kalau Wen nak rehat sekejap nanti kita cari tempat"kata Ratu Elena.


"Saya masih sanggup lagi, saya cuma risaukan El"sahut Wenses.


Hati Ratu Elena berbunga seketika mendengar bahawa Wenses mengkhawatirkanya.


"Saya tidak mengapa, kita boleh lanjutkan perjalanan"sahut Ratu Elena lalu memfokuskan pandangan ke depan kerana mereka sedang menunggang kuda.


Puteri Rubefta berfikir sejenak dengan perkataan Wenses tadi, memang ada benarnya jika dia khawatir dengan keadaan Ratu Elena kerana Ratu Elena baru sembuh dan seharusnya berehat bukannya melakukan perjalanan jauh.


"Kau betul-betul tak apa-apa ke El?"soal puteri Rubefta.


"Takpe, saya yakin dengan keadaan saya"sahut Ratu Elena.


Setelah seharian mereka bertiga melakukan perjalanan, akhirnya mereka sampai di sebuah laut.


Ratu Elena menepuk permukaan lautan sebanyak tiga kali.


Secara tiba-tiba sebuah pusaran air timbul dari dalam lautan.


Selang beberapa saat kelihatan seorang perempuan berjalan di atas permukaan air dan sedang menuju ke arah mereka bertiga.


Wenses memandang agak lama wajah perempuan itu.


Hal itu diamati oleh puteri Rubefta.


' nampak perempuan cantik sikit dah nak lupakan El, apalagi kalau nampak Medina yang sebiji macam muka El' komen puteri Rubefta di dalam hati.


"Selamat datang Ratu Medina, puteri Duyana meminta hamba membawa yang mulia ke kerajaan"kata perempuan itu.


" Maaf sebab susahkan Nek Da" sahut Ratu Elena.


"Tidak mengapa yang mulia, silakan"sahut perempuan yang bernama Nek Da itu.

__ADS_1


Mereka bertiga pun mengikuti Nek Da untuk ke kerajaan Suku duyung.


Setelah tiba di kerajaan suku duyung, mereka bertiga disambut dengan ramah, dan terus dibawa berjumpa dengan raja suku duyung.


__ADS_2