
"Saya?"soal Well.
"Kau tinggal kat istana untuk mengurus pentadbiran seperti biasa"sahut Ratu Elena.
Well mengangguk perlahan.
"Baiklah kita pergi sekarang"kata Ratu Elena.
Mereka pun bertolak untuk ke kerajaan Air setelah Ratu Elena mengenakan baju perang bersama dengan dua puteri.
Di dalam perjalanan Ratu Elena melekat di dekat Wenses yang berada di depan barisan.
"El janganlah macam ne malu orang tengok"kata Wenses dengan suara perlahan.
"Biarlah kalau ada yang berani mengata saya hapuskan"sahut Ratu Elena.
"Sayang..ini berperang bukan jalan-jalan"sahut Wenses.
"Ok kalau macam tu saya jauh sikit"kata Ratu Elena lalu menjauh sedikit dari Wenses.
Wenses hanya dapat tersenyum.
Sesampainya mereka di istana kerajaan elemen Air mereka sudah disambut oleh pasukan kerajaan api di depan gerbang istana.
"Tunggu sekejap"kata Ratu Elena lalu dia maju ke depan bersama dengan puteri Daifalie dan puteri Angelia.
"Panggil keluar raja kalian"kata Ratu Elena.
"Aku disini"putera Alfert.
"Serahkan kerajaan ini atau aku paksa"kata Ratu Elena.
"Sang Ratu dua elemen..jangan pandang kami dengan sebelah mata. Kami mampu menahan serangan pasukan kau"sahut putera Alfert.
"Serangan pasukan aku?, Tapi bagaimana dengan serangan aku?"soal Ratu Elena lalu mengeluarkan naga api dan Air miliknya.
Puteri Daifalie mengelurkan akar dari bawah tanah dan puteri Angelia mengeluarkan ****** beliung raksasa.
Mereka bertiga bersedia berperang.
Putera Alfert tertegun melihat kekuatan tiga perempuan itu.
"Bagaimana yang mulia?, Apakah peperangan masih dilanjutkan?"soal bawahan putera Alfert.
"Dia mana putera Wenses?, Apakah dia hanya berani bersembunyi di belakang para wanita?"ejak putera Alfert.
Wenses terus maju ke depan satu baris dengan mereka bertiga.
"Aku disini"sahut Wenses.
"Aku akan serahkan kerajaan ini kepada kau jika kau menang lawan dengan aku"kata putera Alfert.
Ratu Elena mula risau melihat Wenses.
"Baiklah"sahut Wenses.
"Wen"panggil Ratu Elena.
"Jangan risau..saya dah diajari oleh guru Lena untuk tidak takut melawan siapapun"sahut Wenses sambil tersenyum manis memandang Ratu Elena.
Ratu Elena mengangguk perlahan.
Wenses dan putera Alfert maju ke depan. Perlawanan mereka dilihat oleh semua orang.
Perlawanan berlangsung agak lama.
Wenses terluka begitupun putera Alfert.
"Hebat..aku fikir kau pecundang"kata putera Alfert.
"Jangan berbicara dulu..ini masih permulaan"sahut Wenses. Tanpa menunggu lama lagi Wenses terus mengeluarkan naga Air miliknya.
"Bagaimana kau mempunyai naga, kau bukan keturunan dewa atau dewi?"soal putera Alfert dengan suara yang gementar kerana dia tidak tahu jika Wenses sekuat itu.
Ratu Elena mengukir senyum manis kerana semua orang tidak tahu jika Wenses ialah lelaki yang dia berikan darah Murni miliknya ketika mereka berdua masih kanak-kanak dan saat Wenses sudah dewasa dia boleh membangun kan kekuatan Wenses hampir setara dengan kekuatan dewinya.
Wenses terbingung seketika kerana dia juga tidak tahu bahawa tidak semua orang boleh memanggil roh naga elemen mereka jika mereka bukankah keturunan dewi atau dewa.
"Itu tandanya dia adalah pasangan dewi"kata salah seorang bawahan putera Afrile.
Putera Alfert melihat ke arah Ratu Elena.
"Rupanya kau sudah menanam darah Murni ke tubuh Wenses, tidak heran dia sekuat ini"kata putera Alfert kepada Ratu Elena dengan suara perlahan lalu terus berlutut dengan lemah di depan Wenses.
Akhirnya kemenangan peperangan itu dimiliki oleh Wenses.
Setelah pasukan kerajaan api kembali ke kerajaan api yang sebenar istana itu secara sah sudah dimiliki kembali oleh keturunan raja elemen Air iaitu Wenses.
Ratu Elena meninggalkan separuh dari tentera ya untuk membantu Wenses menjaga istana dan merombak kembali istana itu. Manakalah tentera yang separuhnya lagi diarahkan untuk kembali ke istana kerajaan dua elemen.
Wenses melihat kesekeliling istana dia tidak menyangkah istana itu tidak berubah terlalu banyak, masih sama seperti sebelum dia dihantar ke alam manusia.
"Kenapa diam?"soal Ratu Elena yang berdiri di samping Wenses.
__ADS_1
"Takde, saya cuma teringat dengan kenangan lama"sahut Wenses.
"Dua hari lagi saya akan mula menempa tubuh fizik kedua orang tua Wen, setelah mereka kembali makan mulakanlah pentadbiran kerajaan elemen Air. Saya risau jika kedepanya masih ada kerajaan elemen yang lain akan merebut kerajaan ini"kata Ratu Elena.
"Bagaimana dengan El, apakah El akan bermalam disini?"soal Wenses sambil merenung wajah Ratu Elena.
"Tuan rumah masih tidak mempersilahkan"gurau Ratu Elena.
Wenses tersenyum manis mendengar perkataan Ratu Elena.
"Yang mulia ratu ku yang tercinta, saya berharap yang mulia dapat bermalam disini"kata Wenses.
"Jika putera Wenses memaksa maka saya akan terpaksa tinggal untuk malam ini"sahut Ratu Elena.
Mereka berdua tergelak bersama kerana merasa lucu dengan cara mereka berbicara.
"El..kenapa saya boleh mengeluarkan roh naga Air?"soal Wenses.
"Seperti yang di katakan putera dari kerajaan api itu, Wen sudah saya berikan darah Murni saya. Maksudnya, Wen dari kanak-kanak lagi sudah saya ikat menjadi pasangan saya secara paksa"sahut Ratu Elena.
"Sebab itu ke hanya El yang boleh membangunkan energi Murni saya?"soal Wenses.
Ratu Elena mengangguk laju.
"El tidak menyesal ke berikan saya darah Murni El?"soal Wenses.
"Tak, sebab kalau Wen mengkhiantai saya...saya akan bunuh Wen lepas tu saya akan bunuh diri"sahut Ratu Elena selambah.
"Uisss..sadisnya"ejek Wenses.
"Wen...pernah nampak ke orang buta?"soal Ratu Elena secara tiba-tiba.
Wenses mengerutkan dahi.
"Kenapa tanya macam tu?"soal Wenses.
"Takdelah..saya cuma nak tahu sungguh menyedihkan ke kalau menjadi orang buta?"soal Ratu Elena pula.
"Menyedihkan bagi orang lain mungkin tak..tapi seandainga kalau orang yang saya sayang tu jadi buta..mungkin hati saya akan turut menderita dan sedih"sahut Wenses.
"Kalau satu hari nanti saya buta macam mana?"soal Ratu Elena sambil tersenyum lebar.
"El ne jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak?, Seboleh-bolehnya saya taknak lihat orang yang sangat saya cintai ini menjadi buta..kalau ya pun saya sanggup jadi mata dia sampai saya mati…merasakan suka dan suka bersama"kata Wenses sambil mencuit hidung Ratu Elena.
"Errr Wen..kedepanya mungkin saya tidak akan selalu berjumpa dengan Wen, kalau Wen nak cakap sesuatu atau nak sesuatu hantarkan pesan boleh?"kata Ratu Elena.
"Nak hantar pesan buat apa..kalau El takde masa untuk jumpa saya, saya lah datang jumpa El di kerajaan El"sahut Wenses.
"Saya belum pernah masuk bilik tidur Wen, boleh saya masuk?"soal Ratu Elena.
"Tak payah minta izin El, kalau El suka El selalu dibenarkan masuk kat bilik saya bila-bila masa pun"sahut Wenses lalu membawa Ratu Elena masuk di bilik tidurnya.
"Saya tak suka warna bilik Wen"komen Ratu Elena.
Wenses tersenyum kecil.
"Kenapa?, Bukan ke ini sama dengan warna bunga yang El suka?"soal Wenses.
Warna bilik Wenses ketika itu ialah seperti warna bunga ros oren.
"Saya suka lah kalau bunga berwarna oren tapi kalau untuk warna bilik saya lagi suka warna putih atau keemasan. Kalau warna bilik Wen macam ne udara dalam bilik akan terasa panas"sahut Ratu Elena.
"Nanti saya minta petugas kerajaan untuk menggantikan warna bilik supaya El suka masuk bilik saya nanti"kata Wenses.
Ratu Elena hanya tersenyum kecil dengan pipi mula merona.
"El tak mandi?"soal Wenses.
"Takde bawa baju"sahut Ratu Elena lalu duduk di atas tempat tidur.
"Tak payah pakai baju bukan ada orang pun"sahut Wenses.
"Habis tu Wen bukan orang ke?"perli Ratu Elena.
"Saya lain cerita, saya kan dah selalu nampak El takde baju"sahut Wenses selambah.
"Eh eh ...selalu apa baru dua kali lah"sahut Ratu Elena.
Wenses maju di depan lalu menundukkan badan memandang wajah Ratu Elena.
"Lebih dari satu kali itu maksudnya dah selalu lah, atau El nak lebih banyak lagi?"kata Wenses.
Ratu Elena menolak badan Wenses sambil dia berdiri.
"Tak jadi bermalam di sini , saya pergi dulu"kata Ratu Elena lalu ingin pergi tetapi Wenses lebih dulu memeluknya dari belakang.
"Kalau El tak bersedia saya tak paksa, kita tidur dengan baik malam ne ya"kata Wenses.
Ratu Elena menyembunyikan senyum nakal.
"Baiklah..janji tau tak boleh macam-macam"kata Ratu Elena.
"Janji"sahut Wenses.
__ADS_1
Lalu mereka berdua pun pergi mandi bersama-sama.
Ketiak tidur Wenses masih tidak dapat menutup matanya kerana masih terfikir dengan pembicaraan dia dan Ratu Elena.
Wenses memandang wajah Ratu Elena yang nampak tentang ketika tidur. Dia menyentuh wajah wanita itu dan mengecup kedua matanya.
"Jangan buat saya risau dan ketakutan El, saya tidak mahu ada apa-apa berlaku dengan El"kata Wenses.
"Wen taknak tidur ke?"soal Ratu Elena secara tiba-tiba membuka matanya dan melihat ke arah Wenses.
"Saya ganggu tidur El ke?"Soal Wenses yang sudah mula rasa bersalah.
"Dari tadi saya tak tidur pun, saya cuma pura-pura tidur sebab nak tahu orang tu akan tepati janji atau tidak"sahut Ratu Elena.
"El tak percaya saya ke?"soal Wenses berkecil hati.
Ratu Elena bangun dari baringnya lalu melihat ke arah Wenses dengan posisi duduk menunduk ke wajah Wenses.
"Bukan Wen yang saya tak boleh percaya...cuma...saya sendiri tak percaya diri"kata Ratu Elena.
"Maksud El apa?"soal Wenses sambil menelan air liur kerana melihat bahu putih mulus Ratu Elena.
"Saya takut saya akan makan Wen malam ne"kata Ratu Elena jujur.
Wenses yang tidak faham terus menutup matanya.
"El makanlah saya tidak apa-apa"sahut Wenses dengan mata tertutup. Dia fikir Ratu Elena akan benar-benar memakanya.
Ratu Elena tersenyum lebar melihat reaksi Wenses.
Wenses yang sedang menutup mata malah dikejutkan dengan kecupan Ratu Elena di bibirnya.
Dia membuka matanya perlahan.
Mereka berdua pun saling berbalas ciuman.
"Wen diam tau..kan Wen kata tadi nak kena makan"kata Ratu Elena.
"Baiklah"patuh Wenses.
Ratu Elena mula membuka baju Wenses secara perlahan lalu menyentuh bidang dada lelaki itu.
Wajah Wenses merona kerana mula terangsang.
"Wen...saya...sangat...men..cintai... Wen"bisik Ratu Elena di telinga Wenses.
Wenses menarik Ratu Elena lalu membalikan kedudukan mereka. Kini Wenses yang berada di atas Ratu Elena.
"Saya tidak boleh tahan lagi El"kata Wenses.
Ratu Elena melingkarkan lengannya di tengkuk Wenses.
"Lakukanlah Wen"sahut Ratu Elena.
Wenses yang sudah lama terangsang terus melakukan tindakan.
Suara Ratu Elena semakin lama semakin menjadi-jadi sehingga mereka berdua akhirnya bermain sehingga kelelahan dan tertidur.
KEESOKKAN HARINYA...
"El nak pergi ke sekarang?"soal Wenses yang masih di atas tempat tidur.
Ratu Elena yang sudah siap memakai pakaian terus melangkah ke arah Wenses lalu mengecup sekejap bibir lelaki itu.
"Iya, esok saya kena siapkan penempahan tubuh fizik orang tua Wen, tapi kalau semua dah selesai saya akan datang berjumpa dengan Wen"sahut Ratu Elena.
"Janji tau, siap saja El kena datang jumpa saya..kalau tak saya yang akan pergi cari El"kata Wenses.
Ratu Elena mengangguk.
"Boleh Wen tolong saya?"soal Ratu Elena.
"Boleh, apa dia?"soal Wenses.
"Wen tolong duduk diam-diam saya nak lukis muka Wen"kata Ratu Elena.
Wenses terus duduk dengan tegak.
Ratu Elena pun mula melukis wajah Wenses di atas kertas.
"Errr Wen..boleh senyum tak?"soal Ratu Elena sambil memandang wajah Wenses agak lama.
Sudah agak lama Wenses duduk tetapi Ratu Elena masih belum siap melukis wajahnya. Dia tertanya-tanya kenapa El malah lebih lama memandang wajahnya daripada memandang kertas yang ada di depanya. Tangannya juga tidak bergerak seperti sedang melukis.
"Dah siap ke El?"soal Wenses.
"Wen dah penat ke?"soal Ratu Elena.
"Agak tak selesa sebab belum mandi"sahut Wenses.
Ratu Elena tiba-tiba berdiri lalu melangkah ke arah Wenses.
"Mari saya mandikan Wen"kata Ratu Elena.
__ADS_1