RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 17


__ADS_3

Malam sudah semakin larut tetapi hati Ratu Elena masih terganggu dengan perasaan risaunya kepada Wenses kerana tidak makan dengan baik ketika perjamuan tadi.


Ratu Elena pergi ke dapur istana lalu meminta beberapa makanan kepada pelayan istana lalu dibawa ke bilik yang dihuni oleh Wenses.


Ratu Elena mengetuk pintu agak lama tetapi Wenses tidak menyahut.


Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menerobos masuk.


Setelah Ratu Elena masuk dia terkejut melihat keadaan Wenses yang gelisah seperti orang sakit di atas tempat tidur.


Setelah dia memerhati sekeliling barulah dia perasan jika udara di dalam bilik itu dipengaruhi oleh asap dupa yang boleh merangsang.


Ratu Elena menutup hidungnya agar terhindar dari asap dupa itu sambil berjalan laju ke arah Wenses.


"Bangun Wen"kata Ratu Elena sambil memapah Wenses setelah meletakkan makanan di atas meja.


"El .."panggil Wenses dengan suara lemah.


Ratu Elena merasa risau dengan keadaan Wenses.


"Saya akan bawa Wen untuk berendam"kata Ratu Elena lalu memapah Wenses berdiri.


Tiba-tiba Wenses mendorong Ratu Elena ke atas tempat tidur dan mula mengecup bibir dan bahagian leher Ratu Elena.


Ratu Elena berusaha menyadarkan diri kerana dia juga sudah mula terpengaruh dengan ubat perangsang.


"Sadar Wen"kata Ratu Elena sambil menolak badan Wenses menjauh darinya.


Wenses terbaring di samping Ratu Elena. Ratu Elena pula terus duduk.


"Kenapa El taknak mengakuh kalau El adalah tunangan masa kecil saya?"soal Wenses dengan suara perlahan dan mata tertutup.


Ratu Elena terkejut kerana Wenses sudah tahu tentang itu.


"Sadarlah saya bukan El kamu saya Medina"kata Ratu Elena untuk mengelak.


"Rantai leher itu buktinya El, saya hanya berikan rantai leher itu kepada tunang sah saya"sahut Wenses.


Ratu Elena memegang rantai di lehernya.


"Bagaimana ingatan Wen boleh kembali?" Soal Ratu Elena.


"Kenapa El?, Apakah penipuan El sangat sempurna sehingga tidak ada celah. Saya kecewa El..saya kecewa"kata Wenses dengan suara yang semakin perlahan.


"Maafkan saya Wen"kata Ratu Elena.


Wenses tidak menyahut.


"Wen?"panggil Ratu Elena.


Tetap saja Wenses tidak ada sahutan lagi.


Ratu Elena mengambil selimut lalu menyelimuti tubuh Wenses.


Dia merenung wajah Wenses yang nampak tenang.


Tiba-tiba Wenses bangun lalu membalikan kedudukannya dengan Ratu Elena.


Ratu Elena terkejut.


"Lepaskan saya Wen"kata Ratu Elena.


Wenses tidak menyahut dia terus mengecup bibir Ratu Elena dan kecupan itu menjalar di leher Ratu Elena.


Ratu Elena yang terbawa suasana hanya menikmati setiap sentuhan Wenses terhadapnya.


Akhirnya malam itu dijadikan malam pengantin mereka berdua.


(KEESOKKAN HARINYA)


Wenses terlebih dulu bangun daripada Ratu Elena.


Dia memicit kepalanya yang sakit berdenyut sambil melihat ke sebelah kanan kerana merasa lengannya agak mati rasa.


Mata Wenses membulat melihat Ratu Elena yang masih tidur berbantalkan lengannya.


Dia melihat keadaan tubuhnya dan saat itulah dia sedar jika berlaku sesuatu antara dia dan Ratu Elena tadi malam.


Ratu Elena bergerak secara tiba-tiba memeluk tubuh Wenses.


Wenses hanya dapat mengeraskan badan kerana takut jika Ratu Elena akan terbangun.


Wenses menarik perlahan lengannya lalu menggantikan dengan bantal tetapi tangan Ratu Elena malah menangkap kembali lengannya.


"Nak lari mana?"soal Ratu Elena sambil membuka mata melihat Wenses.


Wajah Wenses secara automatik menjadi merah padam kerana malu.


"Tak lari mana-mana"sahut Wenses dengan suara tersekat-sekat sambil menarik lengannya perlahan.

__ADS_1


"Berani buat berani bertanggungjawab"kata Ratu Elena lalu bangun dari baringnya sambil membungkus tubuhnya dengan selimut.


"El jangan risau..saya akan bertanggungjawab kalau El bersedia, walaupun masa ini saya hanya orang biasa tapi satu saat saya akan berusaha berikan apa pun yang El mahu"sahut Wenses.


"Termasuk gelar isteri satu-satunya Wen?"soal Ratu Elena.


"Iya"sahut Wenses dengan yakin dan cepat.


"Baiklah, kalau macam tu angkat saya ke kamar mandi untuk bersihkan diri"kata Ratu Elena.


Mata Wenses membulat mendengar permintaan Ratu Elena yang terdengar seperti kanak-kanak.


Ratu Elena pula mengangkat kedua keningnya sambil menjulurkan kedua tangan.


Perlahan-lahan Wenses mengangkat tubuh Ratu Elena dari atas tempat tidur lalu dibawa masuk ke dalam kamar mandi.


Setelah memasukkan Ratu Elena ke dalam tempat mandian dia bergegas hendak pergi.


"Nak kemana Wen?"soal Ratu Elena.


Langkah kaki Wenses terhenti.


"Saya tunggu El di depan pintu, kalau El sudah siap panggil saya saja, biar saya bantu El masuk kembali ke dalam bilik"sahut Wenses.


"Wen tidak mahu mandi sekali?"soal Ratu Elena.


"Tidak perlu..saya pergi dulu"kata Wenses lalu pergi dengan langkah kaki yang seperti berlari.


Ratu Elena ketawa kecil melihat tindakan Wenses yang terlihat masih malu-malu.


Wenses bergegas kembali ke tempat tidur lalu duduk sambil menekup wajah kerana berasa malu.


Dia melihat ke arah tempat tidur lalu mula mengemas tetapi tangannya terhenti bergerak saat melihat ada noda darah di kain.


Wenses terduduk lemah, rupanya Ratu Elena masih perawan dan dia memaksanya tadi malam melakukan benda itu. Walaupun dia juga belum pernah melakukanya tetapi dia merasa jika Ratu Elena lah yang banyak dirugikan kerana kemungkinan dia tidak merasa nyaman sekarang.


Tidak berselang terlalu lama kedengaran suara Ratu Elena memanggil nama Wenses.


Wenses bergegas ke tempat mandi.


"Saya dah siap"kata Ratu Elena.


Wenses mengambil sebuah kain lalu membalut tubuh Ratu Elena dengan cepat sebelum wanita itu berdiri dari tempat mandian.


"Angkat"kata Ratu Elena.


Wenses hanya menuruti kata-kata Ratu Elena. Dia menggendong Ratu Elena ke bilik tidur.


"Wen, saya rasa tidak enak badan"kata Ratu Elena.


Wenses terus memeriksa suhu badan Ratu Elena dengan cara menyentuh dahi wanita itu.


Wenses agak lega kerana Ratu Elena tidak demam.


Tiba-tiba Ratu Elena memegang tangan Wenses.


"Yang tidak nyaman itu di sini"kata Ratu Elena sambil meletakkan tangan Wenses di dadanya yang berlapiskain nipis.


"Kenapa tidak nyaman El?"soal Wenses.


"Wen belum terima lamaran saya"sahut Ratu Elena.


"Saya tidak akan terima lamaran El"kata Wenses.


Tangan Wenses terus dilepaskan oleh Ratu Elena.


"Apakah saya teruk sangat Wen?… Kenapa Wen tidak mahu berikan saya peluang?"soal Ratu Elena bertubi-tubi.


"Dengarkan dulu El,saya tidak akan menerima lamaran El kerana seharusnya El yang perlu menerima lamaran saya"Terang Wenses.


"Saya tidak peduli dengan hal itu"sahut Ratu Elena.


"Tapi saya peduli El, saya tidak mahu El yang melamar saya..lagi pula saya sebagai lelaki akan malu nantinya"kata Wenses.


"Baiklah, jadi bila Wen akan melamar saya?"soal Ratu Elena.


"El..jangan tergesa-gesa, ingat melamar seharusnya dilakukan oleh kedua orang tua lelaki..tapi orang tua saya masih di dalam alam roh"sahut Wenses.


"Kalau itu yang Wen mahu, purnama seterusnya saya akan keluarkan roh kedua orang tua Wen dan saya akan menempah tubuh fizik mereka"sahut Ratu Elena.


"Jika perkara itu tidak menyukarkan El saya akan berterima kasih sangat"sahut Wenses.


"Berkaitan kerajaan Air, saya akan membuat serbuan untuk merebut kembali. Tapi Wen kena ingat setelah semua itu saya mahu Wen tidak akan melirik wanita lain lagi dan Wen kena berkahwin dengan saya secepatnya jika tidak maka saya akan menjadi dewi yang tidak akan kahwin untuk selamanya"kata Ratu Elena.


Wenses memandang wajah Ratu Elena agak lama lalu tersenyum manis.


"Saya janji El"sahut Wenses lalu menarik Ratu Elena ke dalam pelukkannya.


"Sebentar lagi pasukan ayah Rubefta akan datang, Wen kena bersihkan diri dulu"kata El lalu menolak perlahan dada Wenses.

__ADS_1


"El tunggu saya, kita pergi sama-sama"kata Wenses lalu pergi setelah mengecup dahi Ratu Elena.


Hati Ratu Elena berbunga-bunga saat itu kerana dia akhirnya akan bersatu dengan Wenses hanya tinggal menghitung hari saja.


Setelah Wenses siap membersihkan diri dan bersarapan mereka berdua terus ke aula utama istana untuk menemui raja Duyandi.


Dari kejauhan terdengar ada keributan di dalam istana. Mereka berdua bergegas masuk untuk melihat.


Di dalam aula utama kelihatan Raja Duyandi dan Raja Rubetley sedang bertarung.


Ratu Elena diam memerhati perlawanan itu kerana belum tiba masa baginya untuk ikut campur jika Raja Duyandi belum kalah.


"El tidak hentikan mereka?"soal Wenses.


"Buat apa lagi,biarkan mereka puas untuk bermain dulu"sahut Ratu Elena.


"Tidakkah berbahaya?"soal Wenses.


"Jangan risau... jika tiba masanya saya akan membantu pihak yang perlu dibantu"sahut Ratu Elena.


Wenses mendiamkan diri sambil memerhati pertarungan itu.


"Kau datang untuk mengambil puteri saya sebagai selir, kau cukup berani Rubetley!"kata Raja Duyandi.


"Seharusnya kau merasa terhormat Duyandi kerana anak perempuan kau terpilih sebagai selir aku"sahut Raja Rubetley.


"Terhormat kepala kau"kata Raja Duyandi lalu mereka berdua saling menyerang lagi.


Puteri Rubefta memandang Ratu Elena yang nampak tenang. Walaubagaimanapun, lelaki itu ialah ayahnya jadi kurang sopan jika dia yang akan menghentikan mereka berdua.


Serangan demi serangan dilakukan dan kini keadaan Raja Duyandi agak kalah jauh dari Raja Rubetley.


Raja Rubetley sudah memamerkan senyum bangga.


"Agak terlalu awal untuk bangga Rubetley"kata Ratu Elena dengan suara yang kuat.


Raja Rubetley dan Raja Duyandi serentak melihat ke arah Ratu Elena.


Sangat terlihat jika Raja Rubetley terkejut dengan kehadiran Ratu Elena di sana.


"Maafkan saya atas masalah ini dewi"kata Raja Duyandi sambil berdiri dari atas lantai.


"Tidak mengapa Duyandi,saya sudah mengetahui maksud kedatangan dia"sahut Ratu Elena.


"Mengapa yang mulia Ratu dua elemen berada di sini?"soal Raja Rubetley.


"Aku berikan kau masa untuk bawa berundur pasukan kau, jika tidak jangan salahkan saya memusnahkan kerajaan ruba di masa akan datang"kata Ratu Elena.


"Kau fikir dengan kekuatan kau boleh memusnahkan kerajaan ruba aku?"soal Raja Rubetley tanpa ada sedikit pun hormat lagi.


"Jangan lupa, aku pernah bakar ekor kau dulu"ejek Ratu Elena.


"Itu dulu Medina, sekarang belum tentu siapa yang akan kalah"kata Raja Rubetley lalu memakan sebuah pil.


Raja Rubetley bertukar ke bentuk rubanya lalu berubah menjadi ruba gergasi.


"Hebat"komen Ratu Elena.


Ratu Elena mengeluarkan serentak naga Air dan naga api miliknya.


Raja Rubetley menyerang Ratu Elena terus-menerus, Ratu Elena hanya mengelak kerana di dalam hati dia tidak mahu puteri Rubefta melihat ayahnya akan terluka.


"Hentikan Rubetley, jika tidak..walaupun Rubefta di sini aku tidak akan jamin jika aku tidak membunuh kau"marah Ratu Elena kerana sudah kesusahan untuk mengelak.


"Lakukan wahai Ratu sombong, kau mendominasi semua empat penjuru kerajaan elemen dengan bangga tapi tidak dengan kerajaan ruba"sahut Raja Rubetley.


Ratu Elena memandang ke arah puteri Rubefta.


Puteri Rubefta menganggukan kepala perlahan tanda bahawa dia mengizinkan Ratu Elena bertindak.


Ratu Elena menyerang Raja Rubetley dengan naga apinya untuk serangan pertama.


Bulu halus dan indah milik Raja Rubetley hampir semua hangus terbakar.


Lalu berselang beberapa minit Ratu Elena menyerang Raja Rubetley dengan naga Air pula.


Raja Rubetley terkapai di atas lantai tidak sadarkan diri lagi, terlihat jelas dari keadaan jika tulang-tulangnya habis patah.


Puteri Rubefta memapah ayahandanya.


"Maafkan perlakuan ayah saya hari ini Raja Duyandi, saya mohon jangan bunuh dia"kata puteri Rubefta.


"Bawa lah ayah kau pergi"sahut Raja Duyandi.


Puteri Rubefta pun terus membawa ayahnya pergi bersama dengan pasukan kerajaan ruba.


Ratu Elena hanya memandang kepergian puteri Rubefta.


"Rubefta marah ke El?"soal Wenses.

__ADS_1


"Itu tidak mungkin, melihat dari riak wajahnya dia mungkin malu dengan perbuatan ayahnya"sahut Ratu Elena.


Raja Duyandi berjalan ke arah Ratu Elena lalu memberikan tanda hormat.


__ADS_2