RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 12


__ADS_3

"Tuan Well terluka parah kerana menahan serangan Ratu Snektey di aula utama"lapor pengawal itu.


"Mari pergi ke sana"kata Ratu Elena mereka bertiga pun bergegas pergi ke aula utama.


( Di aula utama istana)


"Dimana Ratu sombong kalian! ?"soal Ratu Snektey dengan suara yang lantang.


"Cepat panggil dia keluar kalau tidak istana ini akan aku hancurkan!"kata Ratu Snektey lagi.


"Ada apa kau mencari aku?"soal Ratu Elena yang sedang melangkah masuk ke aula utama.


Ratu Snektey membalikkan badan melihat ke arah Ratu Medina.


"Kenapa baru muncul takut ke?" Soal Ratu Snektey.


Mata Ratu Elena tertuju ke arah Well yang terbaring lemah dan terluka parah.


"Aku takutkan apa dekat kau?, Katakan kenapa kau datang?"soal Ratu Elena.


"Aku datang nak ambil hamba baru aku"sahut Ratu Snektey.


"Sejak bila kau boleh mengambil seseorang dari kerajaan dua elemen untuk dijadikan hamba?"soal Ratu Elena.


"Baik kalau memang kau keberatan, aku akan meminta hamba itu dan memberikan kau sebiji teratai dewa sebagai gantinya"kata Ratu Snektey.


Semua petinggi kerajaan saling berpandangan.


Para sahabat Ratu Elena sudah mengukir senyum gembira kerana pada akhirnya Ratu Elena akan mendapatkan teratai dewa untuk menyembuhkan lukanya.


"Kecuali orang-orang terdekat aku, kau bebas memilih"sahut Ratu Elena.


Ratu Snektey tersenyum puas.


"Baik aku pilih dia"kata Ratu Snektey sambil menunjuk ke arah Wenses.


Mata Ratu Elena memandang ke arah Wenses. Wenses pula bukan main terkejut lagi.


"Orang ini tidak boleh"kata Ratu Elena.


Para petinggi kerajaan terbingung dengan jawapan Ratu Elena kerana bagi mereka Wenses hanyalah pengawal peribadi Ratu Elena.


Sahabat-sahabat Ratu Elena saling berpandangan.


"Kenapa?"soal Ratu Snektey.


"Dia orang terdekat aku"sahut Ratu Elena.


Ratu Snektey ketawa kuat.


"Orang terdekat kau?"soal Ratu Snektey lagi.


Ratu Elena hanya diam memandang Ratu Snektey.


"Selain sombong kau juga bodoh rupanya Elena, kau tahu tak orang yang berdiri di dekat kau itu pernah memberikan aku ubat penawar luka dalam ketika perlawanan kita, dan setahu aku dia juga berdiri di dekat kau masa itu untuk menonton perlawanan kita tanpa sedikit pun keinginan membantu kau"kata Ratu Snektey.


Puteri Rubefta mengenggam kuat tanganya.


Wenses tertunduk kerana rasa bersalah yang teramat sakit di dalam hatinya kerana pernah melakukan hal itu.


Ratu Elena tersenyum sinis.


"Orang aku tidak perlu kau urus Snektey"sahut Ratu Elena.


"Jangan berikan pengkhianat itu, kita kena menghukumnya sendiri"kata salah satu petinggi kerajaan.


"Diam!" Jerit Ratu Elena.


Semua orang pun tertunduk.


"Berikan orang itu dan aku akan memberikan sepuluh biji teratai dewa"kata Ratu Snektey.


"Sentuh jika kau berani"sahut Ratu Elena.


"Baik, aku tahu kau sedang terluka tapi jangan harap aku akan berbalas kasihan"kata Ratu Snektey.


Perlawanan pun dimulakan, semua orang hanya dapat melihat kerana mereka sedar jika kedua ratu beradu kekuatan tidak akan ada yang sanggup menahannya.


Serangan berbalas serangan dan berlangsung agak lama.


Ratu Elena terjatuh lemah bersama dengan Ratu Snektey di atas tanah.


Kedua Ratu itu sudah terluka parah tetapi Ratu Snektey memakan biji teratai dewa untuk menyembuhkan diri. Manakalah Ratu Elena hanya dapat bertahan.


Setelah masa-masa terakhir perlawanan Ratu Elena akan terkena serangan mematikan dari Ratu Snektey tetapi ditahan oleh puteri Rubefta.


"Kau jangan melebihi batas kesabaran aku Snektey"kata puteri Rubefta sambil melindungi Ratu Elena.


Puteri Daifalie dan puteri Angelia juga bergabung untuk melindungi Ratu Elena.


"Berkumpul lah, jika kalian ingin mati bersama"kata Ratu Snektey lalu ingin menyerang tetapi tiba-tiba seekor naga roh air muncul di belakangnya dan menghantam tubuhnya ke tanah.


Keadaan Ratu Snektey terlalu parah sehingga dia tidak lagi sadarkan diri.


Dengan membawa rasa malu anak buah Ratu Snektey pun membawa pergi ratu mereka dari sana.

__ADS_1


Semua mata melihat ke arah Wenses kerana naga roh air itu keluar dari tubuh Wenses tadi.


Ratu Elena mengukir senyum kecil lalu terjatuh ke atas tanah kerana pengsan.


"Bawa yang mulia ke Paviliun untuk diubati"arah puteri Rubefta.


(5 HARI KEMUDIAN..)


Selama Ratu Elena pengsan tidak sedarkan diri keadaan kerajaan dua elemen memburuk kerana terjadi kemarau. Selain itu,keadaan di alam roh juga berlaku gempa.


"Jika El akan pengsan terlalu lama lagi keadaan rakyat akan buruk"kata puteri Angelia.


"Inilah resiko yang lebih menakutkan jika El terluka, kerana energi kerajaan bersumberkan energi kehidupan El"kata puteri Rubefta.


"Ini semua salah saya, jika saya tidak berlawan dengan Ratu Snektey El tidak akan menjadi seperti ini"kata Well.


"Jangan saling menyalahkan diri, lebih baik kita mencari cara agar El Sadar dari pengsanya" kata puteri Daifalie.


"Saya akan cuba mengambil titisan darah dewa yang ada di kerajaan Ruba"kata puteri Rubefta.


Semua mata melihat ke arah puteri Rubefta.


"Bukan itu warisan kerajaan Ruba ke Rubefta?, Kau akan dikenakan hukuman jika mengambilnya"kata puteri Angelia.


"Saya akan mencuba berbincang dulu, jika tidak maka saya terpaksa mencurinya"kata puteri Rubefta.


"Kami akan pergi dengan kau"kata Puteri Daifalie dan puteri Angelia.


"Saya juga menyertai"kata Well.


"Baiklah kita pergi malam ini"kata puteri Rubefta.


Malam harinya,


Mereka berempat pergi bersama ke kerajaan Ruba untuk mengambil titisan darah dewa yang disimpan oleh ayah puteri Rubefta iaitu Raja Rubetley.


Malam itu Wenses yang menjaga Ratu Elena di kediaman Ratu Elena.


Wenses mendiamkan diri sambil duduk di sebelah tempat Ratu Elena terbaring.


"El bangunlah, saya memohon dengan El"kata Wenses sendirian sambil menggengam jari jemari Ratu Elena.


"Kau kat dalam ke Wen?"soal suara dari luar Paviliun.


Wenses berjalan ke arah pintu lalu membukanya.


Kelihatan Adref berdiri di depan pintu.


"Wen saya ada sesuatu nak sukatan dengan kau"kata Adref.


"Mari berbicara di luar"sahut Wenses lalu keluar lalu menutup pintu.


"Setelah Wen ceritakan tentang Ratu Medina saya rasa bersalah sebab pernah ingin membunuh dia, kalau boleh Wen tolong lah saya berikan obat penawar kutukan ini untuk Ratu agar kutukan yang dia alami boleh berkurang rasa sakitnya"kata Adref sambil memberikan sebuah botol kepada Wenses.


Wenses menerima botol itu.


"Baiklah saya akan cuba"kata Wenses.


Adref mengangguk lalu terus pergi dan Wenses pun masuk kembali.


Wenses bingung bagaimana untuk memberikan ubat itu kepada Ratu Elena kerana Ratu Elena saat itu sedang pengsan.


Wenses mencuba memasukkan ubat itu kedalam mulut Ratu Elena tetapi ubat itu mengalir keluar.


Tanpa berfikir panjang lagi Wenses terus memasukkan ubat itu ke dalam mulutnya dan dialihkan ke mulut Ratu Elena.


Kejadian itu terlihat seperti Wenses sedang mencium Ratu Elena.


Sebuah keajaiban pun berlaku Ratu Elena dengan sendirinya meneguk ubat itu.


Beberapa kali Wenses melakukan perkara itu sehingga ubat di dalam botol habis diminum oleh Ratu Elena.


Tiba-tiba tubuh Ratu Elena bergetar setelah meminum ubat penawar yang diberikan oleh Adref.


Wenses tersangat risau melihat keadaan itu, dia terus ingin pergi untuk memanggil doktor kerajaan tetapi secara tiba-tiba tanganya ditahan oleh Ratu Elena.


Ketika itu Ratu Elena telah pun sadarkan diri.


Wenses sangat gembira melihat perkara itu.


"Macam mana keadaan El?"soal Wenses.


Ratu Elena tidak menyahut.


"Panas"hanya itu yang dikatakan oleh Ratu Elena sambil melepaskan lapisan pakaiannya.


Wenses terbingung buat seketika lalu terus membalikkan badan kerana baju Ratu Elena hanya tersisa satu lapis dan itu sangatlah nipis.


"Panas"kata Ratu Elena lagi sambil memeluk Wenses dari belakang.


Dia bergetar seperti orang yang kesejukan tetapi yang dia katakan panas.


Jantung Wenses seperti akan melompat dari tangkainya ketika itu.


"Saya sediakan air sejuk sebentar El"kata Wenses lalu ingin berdiri tetapi malahan ditarik oleh Ratu Elena sehingga Wenses menindih tubuhnya.

__ADS_1


Wenses merenung wajah Ratu Elena yang terlibat sedang menahan kesakitan yang teramat.


"El jangan macam ini, saya akan lakukan apa saja untuk mengurangkan kesakitan El. Saya pergi panggilan doktor dulu"kata Wenses.


Tiba-tiba Ratu Elena menarik leher Wenses dan mengecupnya.


Wenses terdiam kerana terkejut.


Mereka berdua agak lama berkeadaan seperti itu sehinggalah Wenses tersadar dan terus berdiri.


"Panas"kata Ratu Elena lagi.


Hati Wenses seperti tersayat pisau sakitnya melihat keadaan Ratu Elena.


Akhirnya Wenses berbaring di sebelah Ratu Elena sambil memeluknya di dalam selimut.


Untuk beberapa saat akhirnya Ratu Elena tenang dan terus tertidur di dalam pelukan Wenses.


"Maafkan saya El"kata Wenses lalu mengecup kening Ratu Elena.


Dia pun menutup mata dan berusaha mengawal diri sehingga dia terlelap.


(KEESOKKAN HARINYA..)


Ratu Elena membuka matanya, dia melihat kesamping. Dia terkejut melihat kelibatnya Wenses yang sedang berbaring di sebelahnya.


Ratu Elena perlahan-lahan bangun dari tempat tidur lalu pergi membersihkan diri.


Wenses yang terbangun setelah Ratu Elena pergi terus bergegas pergi setelah tidak melihat Ratu Elena di atas tempat tidur lagi.


Setelah siap membersihkan diri Ratu Elena terus ke aula utama walaupun keadaanha hanya 20% yang sembuh.


"Hormat kepada yang mulia"sambut para petinggi kerajaan sambil berlutut memberikan tanda hormat.


"Dimana para puteri"soal Ratu Elena.


"Kakak!" Jerit Puteri Eleya sambil berlari ke arah Ratu Elena.


Puteri Eleya terus memeluk Ratu Elena sambil menagis.


"Shuutt..jangan menagis lagi kakak tidak apa-apa"kata Ratu Elena sambil menepuk-nepuk belakang adiknya.


Puteri Eleya melepaskan pelukan lalu menghapus air matanya.


"Leya risau nampak keadaan kakak"kata Puteri Eleya.


Para petinggi kerajaan tersenyum melihat gelagat puteri Eleya yang nampak comel merisaukan keadaan kakaknya.


"Kakak dah ok, mana kawan-kawan kakak?"soal Ratu Elena.


"Semalam mereka berempat pergi ke kerajaan Ruba untuk mengambil titisan darah dewa untuk mengubati kakak, tapi pagi ini mereka belum kembali"terang puteri Eleya.


Ratu Elena terus berdiri.


"Kenapa sekarang baru cakap?"soal Ratu Elena.


"Sebab Leya baru nampak kakak"kata puteri Eleya dengan polos.


"Sediakan pasukan kita ke kerajaan Ruba"arah Ratu Elena.


Semua petinggi pun bubar melaksanakan perintah Ratu Elena.


Tidak berselang terlalu lama, pasukan yang diminta Ratu Elena pun dikumpulkan di depan kerajaan.


Ratu Elena yang sedang bersedia untuk pergi tiba-tiba tanganya dipegang oleh seseorang.


Ratu Elena memusingkan kepalanya memandang ke sebelah kiri.


"Kalau El nak pergi Wen akan ikut"kata Wenses.


"Ini bahaya Wen, Wen tinggal lah bantu saya menjaga kerajaan"kata Ratu Elena.


"Tapi.."kata Wenses tetapi perkataannya dipotong oleh Ratu Elena.


"Tidak ada tapi Wen, dengarkan perkataan saya"kata Ratu Elena.


"Baiklah, tapi El kena berjanji untuk pulang dengan selamat dan hindari peperangan jika boleh dibawa berbincang"kata Wenses.


Ratu Elena mengukir senyum kecil sambil mengangguk.


Ratu Elena memberi isyarat kepada timbalan menteri kiri untuk segera bertolak.


"Bersiap mara!"jerit timbalan menteri kiri itu dengan lantang, lalu pasukan Ratu Elena pun mula bergerak pergi.


Wenses hanya dapat menghantar kepergian Ratu Elena dengan hati yang penuh kerisauan.


"Sedih ke?"soal Retda yang tiba-tiba berada di samping Wenses entah datang dari arah mana.


"Kenapa kau tidak ikut serta?"soal Wenses.


"Yang mulia meminta saya untuk tinggal. Dia mahu saya menjaga keselamatan kau"sahut Retda.


"Saya tidak perlu dijaga, malah sebaliknya El kena dikawal"kata Wenses.


"Kau mesti nak tahu kan kenapa yang mulia sangat menjaga keselamatan kau"sahut Retda.

__ADS_1


"Maksud kau apa?"soal Wenses.


"Kemari lah saya akan bantu kau mengingat sesuatu"kata Retda lalu membawa Wenses ke suatu tempat.


__ADS_2