RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 30


__ADS_3

Sebelum tangan Ratu Elena sempat memegang puteri Bilta, tubuh puteri Bilta lebih dulu jatuh dari atas kuda ke tanah.


Kebetulan empat orang sahabat Ratu Elena juga tiba di saat itu.


Mereka berempat terus menuju ke arah Ratu Elena yang duduk lemah di atas tanah sambil memeluk tubuh kecil dan lemah puteri Bilta.


Wenses yang melihat bahawa puteri Bilta terluka terus turun dari atas kuda dan ingin pergi kepada Ratu Elena tetapi ditahan oleh Adref.


"El.."panggil puteri Duyana.


"Bilta... Bilta.."panggil Ratu Elena dengan wajah memerah dan terbasah Air mata.


Puteri Bilta tidak sadarkan diri di dalam pelukan Ratu Elena.


"Berikan dia pada saya"kata puteri Daifalie.


Ratu Elena menarik tubuh puteri Bilta agar tidak disentuh oleh puteri Daifalie.


"Jangan sentuh!"marah Ratu Elena.


Dia baru mahu pergi membawa puteri Bilta tetapi bahunya ditahan oleh Ratu Rubefta.


"Kau pergi saja dan biarkan orang yang membunuh Bilta terlepas?"soal Ratu Rubefta.


"Bilta belum mati lagi!"marah Ratu Elena.


Ratu Rubefta terus merebut puteri Bilta dari pelukan Ratu Elena.


"Selesaikan apa yang ada di sini, saya akan bawa dia pergi untuk diubati"kata Ratu Rubefta lalu membawa puteri Bilta terbang bersamanya.


Mata yang layu Ratu Elena tadi terus berubah menjadi ganas.


Dia memandang ke arah Raja Aprien yang masih sibuk berperang.


"Raja Aprien!" Jerit Ratu Elena.


Dia mengapung ke udara lalu membuat klonnya.


Setiap 5 klon nya membuat masing-masing naga lava yang menakutkan.


Mata Raja Aprien membesar seperti biji matanya akan tersembul keluar.


Dia tidak menyangkah jika Ratu Elena sudah menyempurnakan eleman dan sudah berjaya menyatukan nya.


Wenses juga ikut terkejut kerana tanpa pengetahuan ya rupanya Ratu Elena sudah menyatukan dua elemen.


"Kerana kau sudah siap berperang maka jangan sisahkan apa-apa lagi Raja Aprien"kata Ratu Elena.


Dia terus menyerang pasukan kerajaan elemen api yang tersisa dengan lima naga lava nya. Semua pasukan kerajaan elemen api terbakar sehingga mati.


Kini hanya tinggal Raja Aprien dan Ghailen.


Ratu Elena bergerak ke arah Raja Aprien dengan cepat.


Klon Ratu Elena mengelilingi Raja Aprien.


Ghailen hanya diam kerana jika dia menyerang Ratu Elena maka dia akan dianggap pengkhianat oleh saudaranya. Tapi jika dia berdiam diri dan sang Ratu tahu itu perbuatanya maka dia akan dibunuh. Hanya satu cara yang boleh dia ambil saat ini ialah diam dan pasrah.


Ratu Elena tersenyum menakutkan.


"Aku sudah siap bermain"kata Ratu Elena lalu 4 klon nya memukul Raja Aprien secara berselang seli.


Raja Aprien dibuat seperti bola,dia yang tadinya seakan-akan geragsi yang menakutkan tiba-tiba kini menjadi seperti tikus yang menyedihkan.


Wenses terbang ke arah Ghailen.


"Pergi, saya akan urus yang disini"kata Wenses.


Ghailen tidak bergerak. Dia tidak mahu membuat saudaranya menanggung apa yang telah dia lakukan.


Setelah puas bermain-main dengan tubuh Raja Aprien yang diperlakukan seperti bola, Ratu Elena terus memotong kedua tangan Raja Aprien dengan kejam. Lalu Raja Aprien dibakarnya menggunakan api Murni miliknya secara hidup-hidpu.


Raja Aprien menjerit kesakitan. Ratu Elena malahan ketawa kuat seperti mengilai.


"Aku pastikan akan habiskan keturunan kau Raja Aprien, jangan risau kau pasti ada teman di neraka nanti"kata Ratu Elena.


Para sahabat Ratu Elena mula risau dengan keperibadian Ratu Elena yang berubah derastis seperti syaitan menggila.


Mereka terpaksa menghentikan perbuatan Ratu Elena yang masih membakar Raja Aprien walaupun tinggal hanya tulang yang tersisa.


"Hentikan El!" Marah puteri Angelia sambil menarik bahu Ratu Elena.


Ratu Elena terundur kebelakang .


Sesat saja tiba-tiba Ratu Elena seakan-akan tidak ada tenaga lagi.


"Kau ok ke El?"soal puteri Duyana.


"Saya nak balik"kata Ratu Elena dengan suara yang lemah.


"El"panggil Wenses.


Ratu Elena memandang Wenses dengan pandangan mata yang kosong.


"Kau tak apa-apa ke?"soal Wenses lalu mahu menyentuh bahu Ratu Elena tetapi ditepis kasar oleh Ratu Elena.


"Jangan sentuh aku!, Kau menjijikkan!"jerit Ratu Elena.


"Kau jangan marahkan Wen, aku yang mengawal panah itu"kata Ghailen sambil lalu berdiri di depan Wenses.

__ADS_1


Ratu Elena mengukir senyum lebar.


"Kau dan dia sama saja, menjijikkan..buat aku nak muntah"kata Ratu Elena.


"El maafkan saya"kata Wenses lalu menolak Ghailen ke samping.


"Aku dah penat putera Wenses,aku setuju dengan keinginan kau untuk memutuskan pertunangan kita yang tidak berguna itu"kata Ratu Elena.


Jantung Wenses seperti tertusuk beribu-ribu jarum.


"El..saya tahu saya salah, maafkan saya"kata Wenses lagi.


"Aku taknak ada hubungan apa-apa dengan kau lagi, mulai sekarang kerajaan elemen Air dan kerajaan dua elemen menjadi musuh sehingga akhir"kata Ratu Elena.


Wenses berlutut di depan Ratu Elena.


"Saya mohon El, berikan saya peluang memperbaiki diri"kata Wenses.


"Bukankah..kau sudah membuang saya putera Wenses?, Saya tidak layak berdampingan dengan kau"kata Ratu Elena lalu membalikan badan dan terus membentuk sayap energi.


Wenses tidak dapat berkata apa-apa lagi.


"Mulai sekarang kerajaan aku dan kerajaan elemen Air tidak akan pernah berdamai, jika bukan aku yang mati maka kau yang akan mati putera Wenses"kata Ratu Elena lalu terus terbang.


Wenses terduduk di atas tanah sambil menagis.


"Ayo pergi"kata puteri Duyana lalu mereka bertiga juga terbang mengejar Ratu Elena.


"Maafkan saya Wen"kata Ghailen.


"Ini bukan salah kau Ghailen, ini salah saya sebab melukai El terlebih dahulu"sahut Wenses.


"Mari kembali Wen"kata Ghailen lalu memapah Wenses yang terlihat lemah.


Mereka berdua pun kembali ke kerajaan dengan cara terbang menggunakan sayap energi Ghailen.


(Di kerajaan dua elemen)


Ratu Elena berdiri di sebelah tempat puteri Bilta dibaringkan.


"El..sudah tiba masanya"kata Ratu Rubefta.


"Saya tidak akan menguburkan Bilta"sahut Ratu Elena.


"El, kau tidak boleh melakukan ini "kata puteri Angelia.


Mereka semua faham jika Ratu Elena masih tidak dapat merelakan kepergian puteri Bilta tetapi mayat puteri Bilta masih harus dikuburkan.


"Aku dewi, aku akan hidupkan kembali Bilta"kata Ratu Elena yang terlihat seperti hilang akal.


"Sadarlah El!, Kau tidak boleh melakukan itu"marah puteri Daifalie.


PHIT!!!


Ratu Rubefta menampar pipi Ratu Elena dengan keras.


"Kalau kau dah nak gila maka gila lah El, jangan kau buat mayat Bilta seperti ini"marah Ratu Rubefta.


Ratu Elena memegang pipinya yang terasa perit.


"Kalian tidak faham, baru beberapa jam yang lalu aku bergurau dengan Bilta. Dia tidak akan mati!" Kata Ratu Elena.


"El sadarlah"kata puteri Duyana lalu terus memeluk Ratu Elena.


Hati mereka sakit melihat Ratu Elena terpuruk seperti itu.


Ratu Elena menagis di dalam pelukan puteri Duyana.


Mereka bertiga ikut sama memeluk Ratu Elena akhirnya.


Tiba-tiba Ratu Elena menolak mereka berempat .


"Aku akan membentuk jiwa Bilta kembali"kata Ratu Elena dengan yakin.


"Kau tidak boleh melakukan itu Elena"kata suara seseorang.


Mereka semua melihat ke arah suara itu.


"Guru" panggil Ratu Elena lalu terus berlutut di depan roh dewi api.


"Elena,mungkin saya akan dapat membantu kau untuk terakhir kali. Saya akan membentuk jiwa dan tubuh budak ini, entah berapa lama itu saya tidak dapat pastikan"kata Dewi api.


"Pasti ada yang akan guru korbankan lagi"sahut Ratu Elena dengan suara yang sendu.


"Kamu benar Elena, dengan pembentukan tubuh dan jiwa anak ini...maka jiwa saya akan menghilang sepenuhnya"kata Dewi api.


Ratu Elena terdiam, dia tidak dapat memilih kerana guru dan Bilta sama penting baginya.


"Saya tahu Elena, kau masih bingung saat ini. Jika saya berjaya maka kemungkinan besar jiwa budak ini akan mempunyai campuran jiwa saya. Dalam erti kata lain, kau dapat melihat saya dari dalam budak ini nantinya"kata Dewi api lagi.


"Jika seperti itu, mohon bantuanya guru"kata Ratu Elena lalu terus bersujud.


Mereka berempat juga ikut bersujud.


"Hantar tubuh budak ini di gunung berapi berkembar, di sana saya akan mula membentuk tubuh dan jiwa dia"kata Dewi api.


"Baik guru"sahut Ratu Elena.


Mereka berlima pun membawa tubuh puteri Bilta ke gunung berapi berkembar.

__ADS_1


( 1 BULAN KEMUDIAN...)


Selama sebulan itu Wenses tidak mendengar khabar dari Ratu Elena lagi.


Ratu Elena seakan-akan terus menghilang dari hidupnya.


"Wen, saya ada mendengar sesuatu ketika perjalanan ke sini"kata seorang lelaki.


"Apa?"soal Wenses sepatah.


"Sepertinya Ratu Medina sedang mencari selir"kata lelaki itu.


Wenses terus melihat ke arah lelaki itu.


"Apa kata kau tadi Tandy?"soal Wenses.


"Giliran sebut Ratu Medina baru kau ada semangat ya"ejek lelaki yang bernama Tandy.


(Tandy ialah putera kerajaan elemen tanah)


"Cakap lah"kata Wenses.


"Ratu Medina sedang mencari selir"ulang putera Tandy.


"Bila lagi?"soal Wenses.


"Jangan cakap kau nak jadi selir dia?, Kau tahu ke kalau kau jadi selir Ratu itu sama hal nya dengan menjadi budak perempuan"komen putera Tandy.


"Jawablah"sahut Wenses tanpa memperdulikan ucapan putera Tandy.


"Pemilihan akan dilakukan mula besok dan akan berakhir minggu depan"sahut putera Tandy.


"Cara mendaftar?"soal Wenses.


"Kau datang melapor diri, setelah lulus ujian dari puteri Eleya maka kau akan terus diberikan paviliun peribadi"sahut Putera Tandy.


"Apa ujian yang akan diberikan?"soal Wenses.


Putera Tandy tertawa kecil.


"Kau akan tahu nanti"sahut putera Tandy sambil menepuk bahu Wenses.


"Saya pergi dulu,nanti kalau ada apa-apa bagi tahu"kata putera Tandy lalu dia pun terus pergi.


Wenses termenung seorang diri. Dia sedang mempertimbangkan hendak menjadi selir Ratu Elena atau tidak. Jika dia tidak mengambil langkah untuk mendekati Ratu Elena kembali takutnya hubungan mereka berdua dulu akan benar-benar menjadi sebuah kenangan.


(Esok harinya..)


Masih di awal pagi kelihatan para putera dari pelbagai kerajaan sudah berbaris di depan gerbang istana dua elemen untuk ikut mendaftar menjadi selir Ratu Elena.


Di sana juga ada putera Daunde,putera Duyfande,putera Tandy dan Wensas.


Puteri Eleya meminta satu demi satu maju kehadapan diuji.


"Siapa yang Bilang menjadi selir bermakna menjadi budak perempuan?"sindir Wenses kepada putera Tandy.


Putera Tandy membalikan bola matanya.


"Saya pun tak hingin lah kalau tak dipaksa kan oleh ayahanda"sahut putera Tandy.


"Alasan"kata Wenses.


"Harap-harplah Ratu Medina akan memilih kita"kata putera Duyfande kepada putera Daunde.


Wenses hanya diam mendengar perbualan mereka berdua.


"Kalau diberi pilihan saya nak terus jadi Raja Ratu Medina"sahut putera Daunde.


"Dipilih menjadi selir saja belum dah berangan nak jadi Raja?"ejek putera Duyfande.


"Hei..lebih baik berangan daripada mengharapkan kenangan masa lalu untuk mendekati kembali wanita yang dia sakiti"sahut putera Daunde sambil menyindir Wenses.


Putera Tandy melihat wajah murung Wenses.


"Saya dengar kau mendapat jemputan untuk menjadi selir Wen, betul ke?"soal putera Tandy sambil mengerdipkan mata. Dia membuat cerita agar Wenses tidak dipermaluakn lebih dalam lagi.


Wenses mengerutkan kening. Dia tidak faham dengan pertanyaan putera Tandy.


Putera Daunde dan putera Duyfande melirik ke arah Wenses.


"Ah..ada tapi saya taknak guna kan jemputan itu untuk terus dipilih agar boleh bersaing secara adil dengan yang lain"sahut Wenses.


"Masih ada muka nak datang padahal dah menghina Ratu Medina dulu"komen putera dari suku helang.


Putera Daunde dan putera Duyfande ketawa kecil mengejek Wenses.


"Putera Tandy"panggil puteri Eleya.


Putera Tandy terus maju kehadapan untuk diuji.


Tidak berselang lama putera Tandy kembali datang ke arah Wenses.


"Dah siap ke?"soal Wenses.


"Errr..saya lulus"sahut putera Tandy.


"Baguslah.."sahut Wenses dengan suara perlahan.


"Maafkan saya Wen, saya masuk lebih dulu"kata putera Tandy lalu masuk ke dalam istana dengan membawa barang-barang nya.

__ADS_1


"Putera Daunde"panggil puteri Eleya.


__ADS_2