RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 23


__ADS_3

Wenses terus berdiri lalu berjalan masuk ke dalam kamar mandi bersama Ratu Elena.


Di dalam hati Wenses tertanya-tanya juga mengapa Ratu Elena terlihat sedih dan sedikit tidak bersemangat.


Ratu Elena menyabun tubuh Wenses dengan lembut.


Wenses memegang tangan Ratu Elena yang sedang menyabun bidang dada nya.


"El kenapa?"soal Wenses.


Ratu Elena menarik tangannya perlahan dari pegangan Wenses.


"Takde"sahut Ratu Elena sambil tersenyum nipis.


"El..saya tahu El ada fikiran sesuatu, cuba El kongsi kan dengan saya"kata Wenses.


"Saya...cuma takut kehilangan Wen untuk kedua kakinya"kata Ratu Elena.


Wenses terus tersenyum manis, rupanya perkara yang wanitanya itu risaukan ialah perkara itu.


"El..di alam elemen ini, hanya El yang saya cinta dan sayang..mustahil saya akan hilang kecuali jika saya mati"sahut Wenses.


"Jika dewa merebut Wen dari saya, saya akan bunuh dia..dan begitu juga jika ada orang yang berani merebut Wen"kata Ratu Elena.


"Saya berjanji El, saya tidak akan mencintai wanita lain selain El"kata Wenses.


"Wen kena janji..apapun yang terjadi Wen kena tunggu saya"kata Ratu Elena.


Wenses mengerutkan kening.


"Tunggu El?, Maksud El apa?"soal Wenses.


Ratu Elena terus berdiri.


"Wen lanjutkan mandi, saya pergi dulu"kata Ratu Elena.


Wenses yang masih tertanya-tanya dengan perkataan Ratu Elena terus memanggil nama Ratu Elena tetapi Ratu Elena tidak menyahut dan dia juga tidak berhenti melangkah untuk pergi.


(Malam harinya di kerajaan dua elemen)


Ratu Elena merenung ke luar jendela paviliun kadang-kadang dia mengeluh.


"Setelah esok..saya tidak tahu apa yang akan terjadi"keluh Ratu Elena kepada Retda yang duduk di sebelahnya.


"Wenses sudah tahu ke El?"soal Retda.


"Saya tidak mahu dia tahu,setelah rendaman penyucian jiwa itu saya akan cuba memberitahunya"sahut Ratu Elena.


"El masih boleh menundakan penempahan fizik orang tua Wenses agar energi jiwa El boleh bertahan untuk beberapa bulan sampai El selesai menyucikan jiwa" kata Retda.


"Saya sudah menjanjikan itu Retda, lagipun saya sudah menyalurkan separuh energi jiwa saya kepada Bilta. Kerajaan akan baik-baik saja"sahut Ratu Elena.


"Tapi El.. El yakin ke dengan pilihan El ini. Cuba El fikirkan baik-baik"kata Retda.


Ratu Elena tidak menyahut.


Mereka berdua agak lama mendiamkan diri.


"Ketika saya pergi..tolong perhatikan Wensas untuk saya Retda, jangan lupa kongsi kan khabar ini kepada para sahabat darah yang lain. Tapi tetap sembunyikan ini daripada Wenses dan kedua puteri"kata Ratu Elena.


"Baik El"sahut Retda. Di dalam hatinya kini sangat mengagumi Ratu Elena kerana sanggup berkorban apapun untuk orang yang dia sayang dan tidak mengira hal itu merugikannya atau tidak.


"El akan pergi berbicara dulu kepada dua puteri atau tidak?"soal Retda.


"Diaman mereka?"soal Ratu Elena tanpa menjawab pertanyaan Retda.


"Mereka masih di ruang berlatih"sahut Retda.


"Saya tidak akan bertemu dengan mereka berdua lagi..sampaikan pesan saya pada Bilta bahawa saya berharap dia dapat menyelesaikan misi yang saya berikan"kata Ratu Elena.


"El..kita tidak tahu pasti berapa lama El akan mengasingkan diri.. El kena bersedia mengahadapi segala kemungkinan setelah El kembali nanti, saya akan berusaha menghadapi apapun yang akan melanda kerajaan tapi El pun tahu kebolehan saya hanya sampai dimana sahaja"kata Retda dengan perasaan sedih.


"Saya tidak akan menyalahkan sesiapa Retda, anggap saja keputusan saya kali ini hanya mementingkan urusan peribadi saya"sahut Ratu Elena.


"El..jika Wenses datang bertanya tentang El ,apa yang akan kami jawab?"soal Retda.


"Katakan saya mahu mengasingkan diri untuk beberapa alasan dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa pun"sahut Ratu Elena.


"Walaupun dia memaksa?"soal Retda lagi.


"Lakukan apapun cara agar dia tidak tahu saya dimana"kata Ratu Elena.

__ADS_1


"Baiklah jika itu yang El mahukan"sahut Retda.


"Pergilah..saya mahu menyendiri"kata Ratu Elena.


"Saya pergi sekarang"kata Retda lalu terus pergi.


Ratu Elena memandang langit yang gelap. Hatinya sangat merindui Wenses ketika itu,jika diikutkan hati maka dia akan segera terbang ke kerajaan elemen Air untuk menemui lelaki itu.


Ratu Elena menggepalkan tangannya menahan perasaan yang bercampur aduk.


(Di kerajaan elemen Air)


Wenses berbaring di atas tempat tidur dengan perasaan yang gelisah mengingat perkataan Ratu Elena kepadanya tadi pagi.


'sudahlah Wenses, esok setelah penempahan fizik orang tua kau selesai kau akan terus bawa dia bertunangan secara rasmi. Dan hari itu akan menjadi hari bahagia kalian' kata hati Wenses.


Dia memaksa matanya untuk tidur agar malam yang penuh kegelisaan kerana merindui buah hatinya itu cepat berlalu.


(KEESOKKAN HARINYA)


Ratu Elena duduk di depan lima sahabat darah nya sambil merenung cincin perak pengubah takdir.


"El.. El sudah yakin?"soal puteri Angelia.


Ratu Elena melihat mereka berlima secara bergilir.


"Maaf menganggu kalian untuk melindungi kerajaan dua elemen untuk beberapa waktu,saya betul-betul perlu pergi"kata Ratu Elena.


Mereka berlima hampir serentak melepaskan keluhan.


"Kau tahu bukan itu yang kami maksudkan El,yang kami maksudkan apakah berbaloi pengorbanan ini untuk Wenses"sahut puteri Daifalie.


"Jika kau hanya mahu membangkang keputusan El, lebih baik kau diam Daifalie. Kita semua tahu jika El sudah membulatkan tekad dia tidak akan mundur"kata Ratu Rubefta pula.


"Hey, saya hanya merasa jika El sudah terlalu sayangkan si Wenses tu sampai-sampai El sanggup menghabiskan energi jiwanya. Cuba kalian fikir jika jiwa El menghilang sepenuhnya dan dia tidak akan kembali lagi siapa yang akan kalian salahkan bukankah tetap Wenses"sahut puteri Daifalie dengan nada yang marah.


Mereka semua terdiam. Memang benar jika perkara itu berlaku siapa yang akan mereka salahkan.


"Jangan salahkan Wenses kerana ini pilihan saya, kalian tidak tahu walaupun saya tidak menempah tubuh fizik kedua orang tua Wenses saya tetap akan menderita juga. Kalian ingat Durjana?, Dia menanamkan kutukan penghancur jiwa pada saya..oleh sebab itu saya memberikan separuh kekuatan jiwa saya pada Bilta agar kutukan itu tidak menghancurkan semua energi jiwa saya. Saya akan kembali, kalian jangan membuat andaian sendiri"kata Ratu Elena.


"Kalau begitu..kami tunggu El kembali"kata puteri Duyana.


"Iya..saya akan tunggu El kembali walau berapa lama sekalipun"kata Retda.


"Bagaimana keadaan ayah kau Rubefta?"soal Ratu Elena.


"Ayahanda ...dia lumpuh, tapi itu ada baiknya agar dia menyadari bahawa tidak semua perempuan boleh dia permainkan"sahut Ratu Rubefta.


Ratu Elena menghulurkan sebuah botol kepada Ratu Rubefta.


Ratu Rubefta memandang botol itu.


"Apa ini El?"soal Ratu Rubefta.


"Inti roh naga api dan Air milik saya"sahut Ratu Elena.


Mereka berlima terngagah.


"El ..jangan katakan El mahu menyembuhkan ayah Rubefta menggunakan harta El yang tidak ada duanya ini?"soal puteri Daifalie.


Ratu Elena mengiyakan.


"Saya tidak menyalahkan El tentang apa yang terjadi pada ayahanda, El jangan memberikan harta paling berharga El untuk menyembuhkan dia.. El kena ingat tidak ada sesiapa yang akan tahu masalah yang akan datang di masa depan,kalau El memberikan ini maka pusat kekuatan El akan lenyap"kata Ratu Rubefta.


"Walaupun kau tidak mengatakan..saya tahu kau sedih atas apa yang berlaku dengan ayah kau Rubefta,terima lah"kata Ratu Elena lalu menyerahkan botol itu kepada Ratu Rubefta.


"El..kau melakukan ini sepertinya kau tidak akan kembali"kata puteri Angelia dengan nada sedih.


"Saya tidak tahu berapa lama jiwa saya akan terbentuk kembali..saya harap kalian faham jika saya sangat memgharapkan pertolongan kalian untuk melindungi kerajaan saya"kata Ratu Elena.


"Kalau El tidak ingin kembali lagi, lebih baik hancurkan saja kerajaan ini"sahut puteri Daifalie.


"Jaga perkataan kau puteri Daifalie"marah Ratu Rubefta.


"Kalau El saja tidak mahu melindungi kerajaan ini,buat apa kita membantunya melindungi kerajaan ini"marah puteri Daifalie.


"Berhenti bertengkar, saya akan mula menempah tubuh fizik sekarang"kata Ratu Elena dengan tegas.


"El hati-hati, kalau ada apa-apa yang berlaku berikan tanda"kata Ratu Rubefta.


"Satu lagi,setelah tubuh fizik selesai ditempah maka tolong saya hantarkan mereka berdua ke kerajaan elemen Air"pinta Ratu Elena.

__ADS_1


"Baik"sahut mereka berlima.


Roh Ratu Elena pun terus masuk ke dalam cincin.


Mereka berlima saling berpandangan sambil melepaskan keluhan berat.


"Saya harap El..tidak akan terluka di dalam sana"kata puteri Daifalie.


"Kami faham kau takut El tidak akan kembali, tapi perkataan kau tadi boleh membuat hati El terluka"kata puteri Duyana.


"Saya tidak bermaksud seperti itu,saya cuma takut kita kehilangan El"sahut puteri Daifalie.


"Sudahlah lebih baik kita tenangkan diri dan cuba berfikir yang baik-baik saja untuk El"kata puteri Duyana.


"Jika saya yang ada di posisi El..saya juga akan berbuat begitu"komen Retda.


Mereka berempat serentak melihat ke arah Retda.


"Bagaimana kau akan urus Wenses?"soal Ratu Rubefta kepada Retda.


"Saya akan halang dia menemui El esok..kerana seharusnya besok malam barulah pintu gunung berapi akan terbuka. Masa itulah dia harus masuk secepatnya"sahut Retda.


"Setelah itu?"soal puteri Daifalie.


"Saya akan mencegah Wenses menemui El dalam masa El pembentukan jiwa kembali"sahut Retda.


"Kenapa El taknak bagi tahu dengan Wenses tentang ini?"soal puteri Duyana.


"Wenses tidak akan membiarkan El melakukan ini jika dia tahu maka masa itulah hatinya akan hancur dan jika El tahu orang yang memberitahukan kepada Wenses maka El akan bunuh orang itu"kata Retda.


Mereka berempat menelan air liur. Jika Ratu Elena sudah mengatakan hal itu maka seharusnya mereka patuhi kerana Ratu Elena melakukan apa yang dia katakan.


Sudah berlalu semalaman tetapi Ratu Elena masih tidak keluar dari dalam cincin perak pengubah takdir.


Mereka berlima sudah tidak senang duduk merisaukan Ratu Elena.


"Macam mana ne Rubefta?"soal puteri Angelia.


"Kita tunggu sebentar lagi"sahut Ratu Rubefta.


Tidak berselang terlalu lama tiba-tiba ada tiga cahaya berwarna biru keluar dari dalam cincin perak pengubah takdir.


Cahaya itu menjelama menjadi menjadi tubuh kedua orang tua Wenses dan cahaya yang satu lagi masuk ke dalam tubuh Ratu Elena.


Mereka berlima terus pergi mendekati Ratu Elena yang masih belum bangun.


"El"panggil Ratu Rubefta.


Ratu Elena membuka matanya perlahan sambil duduk.


Raja Wendra dan Ratu Welia turut melihat ke arah Ratu Elena.


"Apakah berhasil?"soal Ratu Elena kepada mereka sambil menundukan wajahnya.


Mereka berlima terbingung kerana sudah terlihat jelas misi itu berhasil tetapi Ratu Elena malah bertanya demikian.


"Iya El, semua sama seperti yang El mahukan"sahut Ratu Rubefta yang mula menyadari sesuatu.


"Retda..tolong hantar Raja dan Ratu pulang ke kerajaan mereka..katakan kepada Wenses saya berhasil dengan cemerlang"kata Ratu Elena.


"Baik El"sahut Retda lalu membawa kedua orang tua Wenses untuk pergi.


"Terima kasih El..saya menunggu kunjungan El di kerajaan kami"kata Raja Wendra sebelum pergi.


Setelah mereka bertiga pergi Ratu Elena mengenggam erat tangannya.


"El...kau...kenapa?"soal puteri Duyana.


Ratu Elena tetap menundukkan wajahnya.


"El..katakan apa yang berlaku"kata puteri Daifalie pula.


"El apa yang berlaku El?"soal puteri Angelia.


"Kalian diam boleh ke?. Tak nampak ke keadaan El dah macam ne nak tanya banyak lagi?"marah Ratu Rubefta.


Mereka bertiga terus diam.


"El...kau tak payah cakap, saya tahu kau jadi buta kerana energi jiwa kau sudah hampir hancur"kata Ratu Rubefta lalu mengoyakkan lengan bajunya dan terus membalut bahagian mata Ratu Elena.


Air mata mereka berempat mengalir di pipi.

__ADS_1


"Aku tak boleh nampak apa-apa, ini sangat gelap"kata Ratu Elena dengan selambah.


Tangisan mereka berempat semakin menjadi-jadi.


__ADS_2