RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 28


__ADS_3

"Sama seperti rumor bahawa Ratu dua elemen sangat cantik"sahut seorang perempuan lagi.


"Menyesal saya masuk bersama dengan El, semua pujian dan perhatian tertumpu pada dia"komen puteri Angelia dengan maksud bergurau.


Ratu Elena hanya diam tidak menunjukkan reaksi apa-apa.


"Jangan terbuai dengan kecantikan dia seperti dewi kerana kecantikan dia itu dikalahkan oleh puteri Dea dari kerajaan elemen api"komen seorang lelaki.


Ratu Elena terhenti melangkah begitu juga dengan empat sahabatnya.


"Mana mungkin"sahut seorang perempuan.


"Apakah kalian tidak tahu, Ratu ini dibuang oleh putera Wenses. Sekarang putera Wenses resmi bertunangan dengan puteri Dea dari kerajaan elemen api"sahut lelaki yang lain pula.


Puteri Daifalie melangkah ke arah beberapa lelaki dan perempuan yang membicarakan Ratu Elena tadi.


"Pembetulan, bukan putera Wenses yang membuang Ratu Medina melainkan Ratu Medina yang membuang dia kerana Ratu Medina masih memilih calon raja yang lebih baik dan kompeten"kata puteri Daifalie dengan tegas.


"Maafkan kami puteri Daifalie "kata para perempuan dan lelaki itu.


Tiba-tiba putera Daunde dan putera Duyfande secara bersamaan datang ke arah Ratu Elena.


"Bolehlah kami mendampingi Ratu ke meja makan?"soal putera Daunde dan putera Duyfande dengan serentak sambil menghulurkan tangan.


"Lihat, bahkan dua putera berebut mencari perhatian Ratu Medina"sindir puteri Daifalie kepada mereka yang berbicara tentang Ratu Elena tadi.


Ratu Elena terdiam sejenak sebelum dia menghulurkan kedua tangan kepada kedua putera itu.


Putera Duyfande dan putera Daunde memegang tangan Ratu Elena lalu mereka bertujuh jalan bersma-sama ke meja makan.


Wenses yang sudah terlebih dulu duduk di meja makan berasa panas hati melihat kejadian itu.


Ratu Elena duduk di tengah-tengah putera Duyfande dan putera Daunde.


Kedua lelaki itu sibuk melayani Ratu Elena untuk mengambil makanan.


"Apakah dia Ratu Medina?"soal puteri Dea yang duduk di sebelah Wenses.


Wenses menganggukan kepala.


"Cantik seperti dewi, tidak heran dia dijuluki dewi dua elemen"komen puteri Dea.


Puteri Dea sakit hati melihat Wenses memandang terus ke arah Ratu Elena.


"Terima kasih kerana menerima jemputan saya untuk datang ke perjamuan sedarhana ini. Perjamuan ini saya lakukan sebagai tanda terima kasih saya kepada dewi dua elemen kerana membantu saya sembuh dari luka"kata Raja Rubetley.


Tepuk tangan memenuhi ruang perjamuan itu.


"Jika dewi tidak keberatan bolehkah saya bersulang dengan dewi?"soal Raja Rubetley lalu berdiri.


Ratu Rubefta melihat ke arah Ratu Elena.


Ratu Elena berdiri.


"Terima kasih sebab menyambut saya dengan baik. Mari bersulang"kata Ratu Elena lalu mengangkat gelas araknya dan terus diminum.


Semua orang turut meminum arak mereka. Bagi mereka itu adalah sebuah berkah kerana dapat bersulang dengan dewi.


"Ada dua hal lagi yang mahu saya sampaikan, pertama..mulai saat ini tampuk kerajaan suku Ruba saya serahkan kepada puteri saya Rubefta..dia akan secara sah menjadi penerus saya sebagai pemimpin suku Ruba. Kedua, mulai saat ini saya akan menjadi abdi setia kerajaan dua elemen kerana dewi dua elemen telah menyelamatkan saya menggunakan inti roh naga api dan Air miliknya."kata Raja Rubetley.


Semua orang terkejut mendengar bahawa Ratu Elena memberikan inti roh naga api dan air miliknya untuk menyelamatkan Raja Rubetley.


Wenses memandang Ratu Elena, dia tidak faham mengapa Ratu Elena memberikan harta berharga itu kepada Raja Rubetley. Wenses merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan setiap kejadian itu.


"Tidak perlu mengabdi Rubetley, saya menyelamatkan kau kerana saya yang membuat kau menjadi seperti itu"sahut Ratu Elena.


Lagi-lagi mulut semua orang terngagah.


Mereka tidak faham dengan kejadian itu.


"Betapa mulianya Ratu Medina"puji puteri Dea lalu berdiri.


Wenses terkejut kerana puteri Dea mengambil inisiatif untuk memuji Ratu Elena.


Ratu Elena memandang ke arah puteri Dea.


"Tidak sebalik yang kalian ketahui.. kadang-kadang saya juga boleh membunuh tanpa perlu alasan"sahut Ratu Elena sambil memandang sekilas ke arah Wenses.


Puteri Dea menyembunyikan senyum sinis.


"Saya berharap dewi dua elemen dapat memberikan restu kepada saya dan putera Wenses atas pernikahan kami yang tidak lama lagi akan dilangsungkan"kata puteri Dea.


Para sahabat darah Ratu Elena memandang puteri Dea dengan tatapan mata yang tajam.


Ratu Rubefta ingin berdiri tetapi dia melihat Ratu Elena memberikan isyarat agar dia bertenang.


Ratu Elena berdiri sambil tersenyum manis.

__ADS_1


"Bilakah pernikahan kalian?"soal Ratu Elena.


"Tidak akan lama lagi"sahut puteri Dea.


"Jika kau ingin restu dariku maka tanyakan pada ayah mu terlebih dahulu ...apakah ada sesuatu yang perlu dia kembali kan kepada aku"kata Ratu Elena.


Semua orang saling berbisik.


"Maksud dewi apa?"soal puteri Dea.


"Tanyakan kepada ayah kau"kata Ratu Elena.


"Apakah dewi sengajah tidak mahu memberikan restu kepada kami kerana dewi masih menyimpan perasaan pada calon suami saya?"soal puteri Dea dengan sinis.


"Dea!" Marah Wenses sambil berdiri.


"Hentikan puteri Dea, jika kau melanjutkanya lagi lebih baik kau pergi"kata Ratu Rubefta yang tidak boleh menahan amarahnya lagi.


"Kenapa?, Apakah kalian tidak tahu jika dewi tercantik kita telah memberikan darah Murni dewinya kepada putera Wenses agar putera Wenses mahu menjadi pendampingnya. Tapi sayang sekali, putera Wenses lebih memilih saya daripada dia. Maafkan saya dewi"ejek puteri Dea tanpa ragu-ragu.


Ratu Elena tertawa kecil dihina seperti itu.


"Hentikan Dea"kata Wenses sambil memegang erat pergelangan tangan puteri Dea.


"Kau tidak mendengarkan perkataan aku puteri Dea"kata Ratu Rubefta lalu ingin menyerang puteri Dea tetapi dihalang oleh Ratu Elena.


"Maafkan saya puteri Dea, saya sangat-sangat minta maaf"kata Ratu Elena.


"El!" Jerit mereka berlima.


Hati Wenses meraung kasihankan Ratu Elena yang dipermaluakn. Seandainya saja dia tidak inginkan inti lava pasti dia sudah membela Ratu Elena saat itu.


Puteri Dea berpuas hati mendengar perkataan Ratu Elena.


"Saya menerima maaf dari dewi kerana masih memgharapkan calon suami saya"sahut puteri Dea.


"Maksud saya..saya minta maaf sebab menolak lamaran kakanda kau dulu sehingga dia meninggal kerana patah hati"sahut Ratu Elena dengan sinis.


Puteri Dea terkejut. Dia tidak menyangkah Ratu Elena akan membongkar rahsia itu di depan orang ramai.


"Dan maaf lagi kerana ...calon suami kau sebenarnya adalah tunangan aku semasa kecil. Dan kami belum putuskan pertunangan itu"kata Ratu Elena lagi.


Wenses memandang wajah memerah Ratu Elena. Dia mengenggam erat tangannya .


"Kita sudah putuskan pertunangan itu"kata Wenses.


"Malam ketika kita di gunung berapi berkembar"sahut Wenses.


"Apakah saya sudah mengatakan iya Wen?"soal Ratu Elena.


Wenses menggepalkan tangannya.


"Aku tak perlukan persetujuan kau"kata Wenses.


"Berani sungguh kau berkata begitu pada El"sampuk puteri Daifalie.


"Maafkan saya Rubetley, saya ada urusan jadi tidak mengikuti perjamuan hingga akhir"kata Ratu Elena lalu meminta diri untuk pergi.


Para sahabat darah Ratu Elena mengikutinya dari belakang kecuali Ratu Rubefta.


"Kenapa pergi dewi?, Kau malu ke?"ejek puteri Dea.


Hati Ratu Elena yang sudah panas dari tadi ditambah lagi oleh puteri Dea sehingga terbakar teruk kerana amarah.


Ratu Elena membalikan badan melihat ke arah puteri Dea.


"Sebaiknya kau kembali awal ke kerajaan elemen api, jangan buat masalah disini"kata Ratu Elena.


"Aku tidak akan pergi selagi kau tak mengakuh jika kau yang dibuang oleh putera Wenses bukan sebaliknya"kata puteri Dea.


Wenses memandang tajam puteri Dea. Sebenarnya hatinya sudah cukup sakit kerana terpaksa mempermalukan Ratu Elena untuk membela puteri Dea, jika dia tidak melakukan itu maka Raja Aprien tidak akan percaya padanya.


"Baik..kalau itu yang kau mahu"kata Ratu Elena lalu melangkah maju ke arah Wenses dan puteri Dea.


"Maafkan saya Wenses"kata Ratu Elena lalu terus mengecup Wenses sekejap di depan semua orang.


Puteri Dea menolak badan Ratu Elena dengan kasar.


"Selain sombong kau juga gila rupanya"kata puteri Dea.


Wenses masih tertegun dengan keberanian Ratu Elena.


Ratu Elena menyekah bibirnya sambil tersenyum puas.


"Kenapa kau tak tolak aku tadi Wenses?"soal Ratu Elena selambah.


Wenses mematung tidak tahu hendak menjawab apa.

__ADS_1


"Kau gila"marah puteri Dea lalu menyerang Ratu Elena.


Ratu Elena mengelak serangan itu.


"Bunuh aku jika kau boleh"ejek Ratu Elena.


Para sahabat Ratu Elena hanya tersenyum bangga melihat tindakan Ratu Elena yang tidak mudah ditindas.


"Hentikan puteri Dea, jika tidak saya yang akan bertarung dengan kau"kata Ratu Rubefta lalu terbang ke tengah-tengah Ratu Elena dan puteri Dea.


"Kalian hanya diam saat dia melecehkan calon suami saya"kata puteri Dea.


Ratu Elena tergelak kecil.


Semua orang di dalam ruang perjamuan juga ikut tergelak.


"Kau terlebih menunduh puteri Dea, putera Wenses saja tidak mengatakan apa-apa"komen Ratu Rubefta.


"Aku akan mengingat ini Ratu Medina"kata puteri Dea lalu membawa Wenses pergi denganya.


Ratu Elena yang yakin kedua orang itu akan pergi terus berjalan untuk duduk kembali. Tiba-tiba puteri Dea menyerang Ratu Elena dari belakang tetapi Retda lebih dulu menghalangi serangan itu agar tidak mengenai Ratu Elena.


Retda terjatuh di depan Ratu Elena sambil termuntah darah lalu pengsan.


Ratu Elena memangkuh Retda .


"Kau!"marah puteri Duyana lalu ingin menyerang tetapi dihentikan oleh Ratu Elena.


Ratu Elena meminta Ratu Rubefta untuk memangkuh Retda. Dia berdiri sambil memandang tajam ke arah puteri Dea.


"Urusan kita tidak ada kaitan ya dengan dia..kenapa dia yang kau sakiti?"soal Ratu Elena.


Wenses tidak pernah melihat Ratu Elena semarah itu.


"Kau penyebab semua ini"sahut puteri Dea.


Ratu Elena membentuk sayap energi di belakangnya. Dia bergerak laju seperti kilat ke arah puteri Dea.


Ketika Ratu Elena berdiri di belakang puteri Dea tiba-tiba tubuh puteri Dea terjatuh tidak sadarkan diri dan ada kesan darah di dadanya.


Wenses terus memapah tubuh puteri Dea.


"Bawa dia kembali...sediakan penguburan untuknya. Katakan pada Raja Aprien, saya tunggu bendera kerajaan elemen api sampai di depan kerajaan dua elemen untuk berperang"kata Ratu Elena lalu berjalan ke arah Retda yang tidak sadarkan diri lalu mencampung tubuhnya dan dibawa pergi.


Semua orang seakan-akan hilang kesadaran waktu itu, kejadian itu seperti hanya sesaat saja sudah berlalu.


"Perjamuan hanya sampai di sini, para hadirin dipersilakan pulang"kata Ratu Rubefta.


Semua orang pun terus bersurai.


"Tunggu Wenses"arah Ratu Rubefta sambil berjalan ke arah Wenses.


"Para Menteri kiri hantarkan mayat puteri Dea ke kerajaan elemen api, katakan pada Raja Aprien jika aku yang membunuh puteri Dea"kata Ratu Rubefta.


"Rubefta"panggil Raja Rubetley.


Ratu Rubefta melihat ke arah ayahnya.


"Ayah mendukung keputusan kau"kata Raja Rubetley sambil tersenyum.


Ratu Rubefta mengukir senyum lalu menganggukan kepala.


Para menteri kiri kerajaan suku Ruba terus membawa mayat puteri Dea pergi.


"Kau ikut aku"kata Ratu Rubefta kepada Wenses sambil melangkah.


Wenses terus mengikuti langkah kaki Ratu Rubefta.


Tiba di suatu tempat mereka berdua pun duduk di sebuah meja.


"Ada apa yang mulia memanggil saya?"soal Wenses.


"Kau nak tahu kan kemana El pergi selama sebulan lepas?"soal Ratu Rubefta.


"Aku dah tahu, dia pergi mencari inti lava"sahut Wenses.


Ratu Rubefta tersenyum kecil.


"Kau percaya?"soal Ratu Rubefta.


Wenses mengerutkan dahi dengan pertanyaan Ratu Rubefta.


"Kau tak pernah terfikir ke kalau kepergian El itu ada hubungan ya dengan kau?"soal Ratu Rubefta.


"Maksud kau?"soal Wenses.


"Kau ingat tak Durjana?"soal Ratu Rubefta.

__ADS_1


"Iblis neraka itu?"soal Wenses.


__ADS_2