
Adref yang mengikuti mereka sejak dari tadi terus bergegas mengelurkan Wenses dari dalam laut setelah para pengawal itu pergi.
Adref memasukkan sebuah pil kedalam mulut Wenses.
Tidak berselang terlalu lama Wenses pun sadar.
"Semua aman?"soal Wenses.
Adref mengangguk.
(Mengimbas kejadian ketika Wenses memanggil Adref)
"Apa kau tahu cara untuk mati seketika?"soal Wenses.
"Maksud kau apa Wen?"soal Adref bingung.
"Saya jangkakan malam ini perempuan itu akan datang ke tempat saya untuk melakukan benda tidak baik, jika saya mati buat seketika dia mungkin akan membuang saya"sahut Wenses.
"Saya tahu cara membuat sebuah pil yang boleh memberhentikan denyutan jantung selama 1 jam, tapi bagaimana cara agar kita tahu bila perempuan itu akan datang ke kediaman kau?"soal Adref.
"Saya akan meminta pengawal bayangan yang El sediakan untuk saya membantu"sahut Wenses.
"Baiklah saya akan membuat pil itu sebentar lagi, jadi bagaimana cara kau untuk mendapatkan penawar?" Soal Adref kerana mustahil jika Wenses menelan penawar ketika dia tidak sadarkan diri nantinya.
"Jika kau lihat saya dibawa keluar dari paviliun ikuti orang yang membawa saya, dan berikan saya terus ubat penawar ketika keadaan sudah kembali tenang"sahut Wenses.
"Baik"sahut Adref.
(Kembali ke kejadian sebenar)
"Bagaimana keadaan di istana sekarang?"soal Wenses.
"Masih tenang"sahut Adref.
Wenses melihat ke sekelilingnya.
Dia berjalan ke arah laut lalu menepuk permukaan laut sebanyak tiga kali.
Adref hanya memerhati tindakan Wenses.
Tiba-tiba sebuah pusaran Air muncul di depan mereka, kelihatan seorang perempuan keluar dari pusaran Air itu dan kini sedang berjalan ke arah mereka berdua.
"Ada apa putera Wenses memanggil hamba?"soal perempuan itu.
Adref masih di zon kebingungan.
"Bawa saya berjumpa dengan Raja Duyandi"sahut Wenses.
"Baik mari saya bawa"kata perempuan itu lalu membawa mereka berdua pergi.
(Di dalam penjara)
Kedua tangan Ratu Elena diikat rantai di sebuah tiang besi. Dia dipukuli dengan teruk oleh para penjaga penjara yang diarahkan olah Durjana.
Ratu Elena yang hanya tinggal separuh sadar mencuba menguatkan hati menerima seksaan yang dilakukan oleh orang yang dianggapnya kakak itu.
"Silakan masuk yang mulia"suara seorang penjaga dari luar tempat Ratu Elena dipenjarakan.
Durjana melangkah masuk setelah pintu penjara dibuka.
"Aku fikir kau dah mati El"ejek Durjana yang menyamar sebagai puteri Medina.
Ratu Elena melihat ke arah Durjana.
"Aku tidak selemah itu Medina, bukan...kau bukan Medina. Aku tidak sebodoh itu untuk percaya seseorang bangkit dari kematian"sahut Ratu Elena.
"Walaupun aku bukan Medina tetapi wajah ini adalah Medina kakak kau,mahu atau tidak kau harus menerima kenyataan bahawa sekarang kau kalah di bawah aku"sahut Durjana dengan angkuh.
"Permainan belum tamat,kau tidak boleh menentukan pemenang secepat itu"ejek Ratu Elena.
"Sudahlah lagipun aku datang nak berkongsi berita baik untuk kau"kata Durjana.
"Sila katakan"sahut Ratu Elena.
"Tunangan kau meninggal, aku dah suruh orang buang bangkai dia di tempat yang jauh"kata Durjana sambil tersenyum sinis.
Jantung Ratu Elena seperti meletup akibat terkejut.
"Kau buat apa kat dia?"soal Ratu Elena dengan suara yang ganas.
"Yooh.. kau Bilang kamu bukan tunangan kan?, Untuk apa aku beritahukan kepada kau?"soal Durjana dengan suara mengejek.
__ADS_1
"Jawab aku, kau buat apa dekat dia?"soal Ratu Elena lagi.
"Aku makan jantung dia"sahut Durjana untuk membuat hati Ratu Elena panas.
Ratu Elena tiba-tiba tertawa kuat.
"Nasib lah kau bunuh dia, kalau tak aku takkan sanggup melihat dia menjadi milik kau"kata Ratu Elena.
Durjana menempar pipi Ratu Elena.
"Kau dah gila, aku taknak buang masa dengan kau!"marah Durjana lalu pergi.
Ratu Elena mengetapkan giginya.
"Kau bunuh dia ya? , Tunggu aku bertindak kau akan menyesali perbuatan kau"kata Ratu Elena dengan amarah yang memngalir seperti air.
Malam itu Durjana yang santai di dalam biliknya dikejutkan dengan berita kehilangan Ratu Elena di penjara.
Durjana mengarahkan semua pengawal untuk mencari Ratu Elena sehingga dapat jika tidak mereka yang akan dihukum.
Di dalam kegelapan tergambar senyum menakutkan dari bibir seseorang.
Sudah berlalu lima hari Ratu Elena masih tidak ditemukan.
Para sahabat Ratu Elena juga turut mencari dia tetapi satu jejak pun tidak ditemukan.
Wenses yang kini berada di kerajaan suku duyung turut mendengar berita itu. Dia mahu keluar untuk mencari Ratu Elena tetapi tidak dibenarkan oleh Raja Duyandi kerana keselamatan Wenses sangat penting bagi mereka. Jika Wenses terluka sedikit saja mereka takut Ratu Elena akan membunuh mereka semua.
(Di kerajaan suku Ruba)
"Terakhir kali El berada di mana?"soal puteri Rubefta kepada pengawal bayangan yang dikirim untuk mengawasi kerajaan dua elemen.
"Ratu El berada di penjara kerana dia sedang dihukum oleh kakaknya"sahut lelaki itu.
"Kau tidak melihat sesiapa membawa El pergi?"soal puteri Rubefta lagi.
"Maafkan kelalaian hamba yang mulia,hamba tidak melihat sesiapa dan hamba juga tidak melihat Ratu El pergi dari penjara"sahut lelaki itu.
Puteri Rubefta yang sekarang sudah diwariskan takhtah sebagai seorang Ratu kerana ayahnya sudah tidak boleh menjabat sebagai raja. Semenjak perlawanan Ratu Elena dan Raja Rubetley, Raja Rubetley menjadi lumpuh total hanya matanyanya yang boleh bergerak melihat ke kiri dan ke kanan.
Well memegang bahu Ratu Rubefta.
"Yang mulia tenang sedikit, saya yakin El baik-baik saja. Tidak mungkin El semudah ini dibunuh"kata Well.
"Perintahkan semua pengawal bayangan mencari keberadaan El"arah Ratu Rubefta.
"Maaf yang mulia jika hamba lancang, tapi akan buruk bagi kerajaan Ruba jika keberadaan pengawal bayangan kerajaan didedahkan"sahut lelaki itu.
"Jika istana perlu dihancurkan agar dapat menemukan dan menyelamatkan El saya dengan senang hati melakukanya, apa kau faham!" Bentak Ratu Rubefta.
Pengawal banyangan itu terus bersujud di depan Ratu Rubefta memohon keampunan.
"Pergi sekarang!" Jerit Ratu Rubefta.
Pengawal banyangan itu terus pergi.
Baru saja beberapa hari yang lalu dia mahu pergi menyelamatkan Ratu Elena tiba-tiba khabar itu lebih dulu sampai.
Jika diikutkan hati mahu saja dia menghancurkan kerajaan dua elemen untuk membalaskan penderitaan Ratu Elena di dalam penjara tetapi fikiran masih jernih dia tahu kerajaan itu masih milik Ratu Elena.
"Kita juga pergi mencari El"kata Ratu Rubefta kepada Well.
Well hanya dapat menganggukan kepala melihat emosi Ratu Rubefta yang tidak dapat dibendung lagi.
Kerajaan angin dan daun juga mengarahkan orang-orang untuk mencari Ratu Elena setelah mendengar khabar itu, Yang mereka yakini dan ketahui jika Ratu Elena pernah menyelamatkan mereka semua, maka dari itu jasa baiknya harus dibalas.
(Di kerajaan dua elemen)
Durjana tidak senang duduk setelah kehilangan Ratu Elena, dia takut jika perempuan itu akan kembali untuk membunuhnya.
Tiba-tiba terpapar tawa gembira di bibir Durjana. Dia kini ingat jika sebelum hilang keadaan Ratu Elena sudah sangat buruk, walaupun dia kembali belum tentu siapa yang akan terbunuh jika saling menyerang.
"Apa yang kau tertawakan Durjana?"soal satu suara dari belakang Durjana.
Durjana memusingkan kepala melihat kebelakang.
Alangkah terkejut ya dia melihat Ratu Elena sedang duduk santai di atas tempat tidurnya.
Durjana melihat Ratu Elena dari atas kebawah. Tiba-tiba dia diserang rasa takut kerana keadaan Ratu Elena sudah kembali baik.
"Kenapa?, Terkejut ke aku tahu siapa kau?"soal Ratu Elena.
__ADS_1
"Kau memang layak disebut dewi, tapi aku masih ingin tahu bagaimana kau tahu identiti aku"sahut Durjana.
"Aku pergi bertanya kepada Raja neraka"kata Ratu Elena.
Durjana bergetar ketakutan.
"Itu hanya tipuan untuk anak-anak, tapi aku tidak akan tertipu"sahut Durjana.
"Kau bunuh Wenses, kau rebut thata aku...dan kau seksa aku. Kau jangan berharap dapat pergi dengan selamat, walaupun Raja neraka datang menyelamatkan kau...kau tetap akan mati"kata Ratu Elena sambil berdiri menghampiri Durjana.
Durjana yang sudah terketar-ketar ketakutan terus terbang keluar dari dalam paviliun agar pengawal di luar tahu jika Ratu Elena ada di dalam kerajaan.
Ratu Elena mengejar Durjana dengan cepat lalu memukul bahu Durjana dengan kuat sehingga perempuan itu jatuh diatas tanah.
"Kau nak lari mana?"soal Ratu Elena.
Durjana tersenyum sinis sambil menyekah darah yang mengalir di bibirnya.
"Kau fikir aku takut ke berhadapan dengan kau?, Aku tidak akan datang tanpa persiapan"sahut Durjana lalu mengeluarkan sesuatu dari cincin penyimpananya.
Terlihat sebuah bunga berwarna hitam sedang dipegangnya.
Ratu Elena mengerutkan dahi.
"Kau tahu ini kan?, Ini adalah bunga pembuka kutukan"kata Durjana.
"Walaupun kau akan menghidupkan kutukan aku saat ini, aku tetap dapat bunuh kau"sahut Ratu Elena lalu mula menyerang.
Durjana terus menghancurkan bunga pembuka kutukan itu menjadi seperti debu lalu dibuang ke arah Ratu Elena.
Ratu Elena mengelak bunga itu tetapi terlalu banyak sehingga pada akhirnya dia tetap terkena.
Mata Ratu Elena menjadi kabur buat seketika.
"Matilah kau!" Jerit Durjana lalu ingin menyerang Ratu Elena.
Ratu Elena mengeluarkan naga api dan air dari kedua tangannya lalu diarahkan terus kepada Durjana.
Serangan Durjana yang mengenai Ratu Elena membuat Ratu Elena terundur kebelakang beberapa langkah. Manakalah serangan Ratu Elena yang mengenai Durjana membuat Durjana terbanting kebelakang lalu memuntahkan banyak darah.
Badan Ratu Elena mula menjadi panas berselang dingin.
"Serang dia!"arah Durjana kepada pengawal istana yang tiba.
"Jika kalian mahu mati maka datang lah menyerang"kata Ratu Elena sambil menahan kutukan di badanya yang mula beraksi.
Semua pengawal mendiamkan diri. Mereka tahu jika Ratu Elena murka maka naga juga turut bersujud.
"Pengecut!" Kata Durjana lalu dia terbang ke arah Ratu Elena untuk menyerang.
Durjana sempat mencengkam leher Ratu Elena. Dia mencekik dengan kuat leher sang Ratu.
"Kau akan mati"kata Durjana.
"Kau pasti?"soal Ratu Elena.
Tiba-tiba badan Durjana diserang dari belakang oleh klon Ratu Elena.
(Semasa Durjana sibuk memberikan arahan kepada para pengawal tadi dia menyempatkan diri untuk membuat klon dirinya)
Durjana terbanting ke sana sini diserang klon Ratu Elena.
Kebetulan para sahabat Ratu Elena juga tiba saat itu. Mereka memerhati keadaan Ratu Elena yang nampak merisaukan kerana di saat pertarungan kutukannya kembali.
"Kita harus membantu El"kata puteri Duyana.
"Kau tidak nampak ke kalau perempuan tu dah dipuluk teruk, kalau kita ikut campur takutnya El akan marah"sahut puteri Angelia.
"Bangun!" Jerkah Ratu Elena kepada Durjana yang sudah sekarat.
"Kau berani bunuh tunangan aku, kau tidak akan mati dengan mudah!" Marah Ratu Elena.
Puteri Duyana mengerutkan kening kerana Wenses baik-baik tinggal di kerajaan suku duyung kenapa pula Ratu Elena mengatakan jika perempuan itu membunuh tunanganya.
"Aku puas, kau kehilangan orang yang kau sayang seperti aku kehilangan abang aku"sahut Durjana dengan suara perlahan.
"Apa salah dia!, Dia tak lukai sesiapa pun berbeza dengan abang kau yang sudah ambil nyawa kakak aku!" Marah Ratu Elena.
Durjana tidak menyahut dia malah tertawa dengan keadaan yang sudah lemah.
Hati Ratu Elena benar-benar sakit saat itu, dia mengeluarkan serangan mematikan naga berkembar miliknya untuk menyerang Durjana. Dia mahu perempuan itu menjadi abu.
__ADS_1
Tiba-tiba, sebelum Ratu Elena melepaskan serangan sebuah mateor jatuh di dekatnya.
Kelihatan seorang lelaki bermata tiga berjalan ke arahnya.