
"Turunkan ego kau El, kita semua tahu kau masih sayangkan Rubefta cuma kau tidak dapat terima kerana dia sanggup membunuh orang demi kau"komen puteri Angelia pula.
"Baik..kalian masuk lah aku pergi dulu, korang nak mati pergilah"kata Ratu Elena lalu menaiki kuda dan memimpin pasukan untuk kembali ke kerajaanya tanpa memperdulikan mereka bertiga.
"Bagaimana ini, walaupun kita bertiga melawan Raja Rubetley secara bersamaan dia masih terlalu kuat bagi kita, tapi jika Rubefta dibiarkan mungkin dia akan dikenakan hukuman berat"kata puteri Daifalie.
"Bagaimanapun kita kena selamatkan Rubefta jika tidak maka El akan menyesal atas perbuatan dia dan itu mungkin menjadi akhir bagi kerajaan Ruba"sahut Well.
"Baiklah kita sudah bertekad, mari kembali menyelamatkan Rubefta"kata puteri Angelia.
Mereka bertiga pun masuk kembali di dalam kerajaan.
Ketika mereka mencecah pintu istana mereka dikejutkan dengan tubuh puteri Rubefta yang seakan-akan hancur dan terbanting di dinding.
Kelihatannya keadaan puteri Rubefta seperti telur di hujung tanduk saat itu.
Mereka bertiga berlari ke arah puteri Rubefta.
Puteri Angelia memeriksa keadaan puteri Rubefta seketika. Nasib baik keadaan puteri Rubefta masih boleh diselamatkan.
"Apa kalian datang untuk menghantar nyawa?"soal Raja Rubetley sambil menyeringai.
"Kau sudah terlalu keras menghajar anak kau" kata Well dengan suara yang tegas.
"Dia bukan anak aku lagi, aku tidak akan mempunyai anak yang bodoh dan sanggup mencuri harta keluarga untuk orang luar"sahut Raja Rubetley.
"Cukup berbicara Well mari balaskan apa yang Rubefta rasa"kata puteri Angelia.
Mereka bertiga pun menyerang Raja Rubetley secara bersamaan.
Di awal perlawanan kelihatannya kekuatan mereka seimbang tetapi sang raja secara automatik menjadi lebih kuat setelah menerima pukulan demi pukulan dari mereka bertiga.
Dan pada akhirnya mereka juga tumbang sama seperti puteri Rubefta.
"Sudah cukup bermainya?"soal Ratu Elena yang tiba-tiba muncul di depan pintu.
Mereka berempat termasuk Raja Rubetley melihat ke arah Ratu Elena.
"Apa kau menerima tawaran aku?"soal Raja Rubetley sambil tersenyum bangga.
"Maaf walaupun kekuatan aku hanya pulih 20% tapi untuk membuat kau menjadi seperti keadaan mereka, itu sangatlah mudah"kata Ratu Elena.
Raja Rubetley menepuk tangan sambil ketawa kuat.
"Kenapa dulu aku tidak melihat bahawa Ratu Medina sangatlah cantik dan berbakat, sayang sekali kau tidak menjadi Ratu aku"kata Raja Rubetley.
Ratu Elena mengenggam jari jemarinya.
"Kau ingin memberikan mereka berempat atau tidak?"soal Ratu Elena serius.
"Cubalah keluar dari kerajaan ini dengan selamat"sahut Raja Rubetley.
"Kau yang memaksa"kata Ratu Elena lalu melangkah ke arah puteri Rubefta yang kelihatan sekarat.
Dia mencari sesuatu di dalam cincin penyimpanan puteri Rubefta.
Tidak berselang lama sebuah pil yang merupakan titisan darah dewa berada di genggaman Ratu Elena.
Tanpa segan-silu dia memakan pil itu.
Raja Rubetley menajadi lebih marah sehingga wajahnya berubah menjadi merah padam.
Ratu Elena menggerak-gerakkan badannya sekejap.
"Hum efek pil ini memang hebat sehingga membuat kekuatan aku pulih sampai 60%"kata Ratu Elena untuk mengejek Raja Rubetley.
"Pencuri bodoh!"jerit raja Rubetley lalu meminta semua pengawal menyerang Ratu Elena.
Ratu Elena melebarkan sayap energi di punggungnya lalu terbang dengan kelajuan seperti kilat.
Beberapa saat saja berpuluh-puluh pengawal jatuh di atas lantai tanpa nyawa lagi.
Ratu Elena tersenyum senget.
"Sekarang giliran kau"kata Ratu Elena lalu mengeluarkan naga roh api miliknya.
Raja Rubetley kelihatan ketakutan melihat api naga roh yang berkobar-kobar itu.
Sebelum naga roh api itu mencapai target Raja Rubetley tiba-tiba bersujud meminta ampun kepada Ratu Elena.
"Ampunkan saya Medina, saya memang terlalu ikutkan hati"kata Raja Rubetley.
"Kau buat sekali lagi saya akan bakar habis bulu Ruba kau"kata Ratu Elena lalu menarik kembali energi naga roh api miliknya.
"Baik,baik"sahut Raja Rubetley.
"Korang boleh jalan lagi tak?"soal Ratu Elena kepada mereka berempat.
"Masih boleh"sahut mereka bertiga. Manakala puteri Rubefta tidak dapat bercakap lagi kerana terluka parah.
"Ohya kau cakap tadi Rubefta bukan anak kau lagi kan?, Jadi mulai sekarang dia aku angkat sebagai adik aku. Di masa depan jangan mencari masalah dengannya lagi"kata Ratu Elena lalu meminta Well untuk memapah puteri Rubefta. Setelah itu, mereka pun kembali ke kerajaan dua elemen.
__ADS_1
(KEESOKKAN PAGINYA)
Pasukan tentera Ratu Elena pun kembali ke kerajaan dan mereka disambut meriah seperti biasa.
Setelah sampai di Paviliun peribadi milik Ratu Elena, dia mula mengubati puteri Rubefta.
"Jangan hiraukan saya, ini semua tidak ada hubungannya dengan El"kata puteri Rubefta dengan suara lemah.
"Sebagai adik, kau tidak boleh menolak perlakuan baik buruk saya kepada kau"sahut Ratu Elena.
Puteri Rubefta hanya boleh diam kerana sekarang dia memang telah diangkat oleh Ratu Elena sebagai adik.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.
"El!" Panggil Wenses sambil melangkah laju ke arah Ratu Elena dan puteri Rubefta.
"Kenapa Wen?"soal Ratu Elena sambil mengubati luka puteri Rubefta.
"El terluka ke?"soal Wenses dengan nada risau.
"Saya tidak terluka tapi Rubefta agak teruk"sahut Ratu Elena.
"Adref ada berikan penawar luka dalam kepada saya, jika El tidak keberatan cubalah berikan ini kepada teman El"kata Wenses sambil menghulurkan sebuah botol.
"Saya tidak perlukan pertolongan kau"kata puteri Rubefta.
Ratu Elena memberi isyarat kepada Wenses agar meletakkan ubat penawar itu di atas meja dan memintanya untuk pergi.
Wenses meletakkan ubat penawar itu di atas meja lalu pergi.
Ratu Elena turun dari tempat tidur lalu mengambil ubat itu. Dia terus memasukkan ubat penawar luka dalam itu ke dalam mulut puteri Rubefta tanpa berkata apa-apa.
Puteri Rubefta terpaksa menelanya kerana melihat tatapan mata Ratu Elena yang tajam.
"Berehatlah saya ada urusan lagi"kata Ratu Elena lalu pergi meninggalkan puteri Elena.
Ratu Elena berjalan menuju ke Paviliun peribadi Wenses. Dia terus masuk tanpa mengetuk pintu.
"Kau sibuk ke?"soal Ratu Elena.
Wenses yang sedang menukar baju terus tertegun melihat kedatangan sang ratu.
Dia terus mempercepat gerakannya untuk menggunakan baju.
Ratu Elena pula memusingkan badan.
"Ada apa El mencari saya?"soal Wenses.
Wenses mengadu kesakitan.
"Wen tidak apa-apa ke?"soal Ratu Elena.
Wenses berusaha berdiri tegak, tanpa sengaja dia memandang ke leher Ratu Elena. Di leher Ratu Elena masih terpasang indah sebuah rantai yang dia berikan dulu.
"Tidak apa-apa"sahut Wenses sambil memandang rantai leher itu.
Ratu Elena yang perasan dengan pandangan mata Wenses terus memasukkan rantai leher itu ke dalam baju.
"Kenapa El sembunyikan?"soal Wenses.
"Tidak apa-apa"sahut Ratu Elena.
"Apakah rantai leher itu pemberian seseorang?"soal Wenses.
Ratu Elena terdiam sejenak.
"Rantai leher ini diberikan oleh teman masa kecil saya"sahut Ratu Elena.
"Mesti orang tu penting bagi El sebab El selalu memakai rantai leher itu kan?"soal Wenses.
Ratu Elena mengukir senyum kecil.
"Iya dia tersangat penting"sahut Ratu Elena.
Wenses tersenyum bangga mendengar hal itu.
"Bagaimana dengan luka El?"soal Wenses.
"Kekuatan saya dah pulih 60% sebab Rubefta berikan saya titisan darah dewa"sahut Ratu Elena.
"Ohya tentang malam kelmarin....saya minta maaf"kata Wenses.
"Takpe saya pun minta maaf sebab paksa Wen temankan saya tidur malam kelmarin"sahut Ratu Elena.
"Bukan tu maksud saya, saya membantu El meminum ubat penawar tapi guna..."kata Wenses lalu menunjuk bibirnya tanpa menyudahkan perkataan.
Mata Ratu Elena agak membulat mendengar hal itu.
"Takpe kot sebab itu niat Wen kan untuk menolong bukannya ada niat lain"sahut Ratu Elena dengan wajah yang mula memerah.
"Kalau saya ada niat lain?"soal Wenses bergurau.
__ADS_1
Ratu Elena membulatkan pandangan matanya melihat Wenses.
"Tak, saya gurau saja"kata Wenses. Tiba-tiba dia juga merasa malu dengan apa yang dia katakan.
"Wen ada ke masa esok?"soal Ratu Elena.
"Kalau untuk El mestilah ada"sahut Wenses.
Kembali lah wajah memerah Ratu Elena terpapar.
"Temankan saya ke suku duyung esok bertemu Duyana"kata Ratu Elena sambil memalingkan wajah agar Wenses tidak melihat wajahnya yang memerah.
"Baiklah, tapi El kena jawab satu soalan saya dulu"sahut Wenses.
"Apa dia?"soal Ratu Elena.
"Boleh saya bertemu dengan guru Lena?"soal Wenses.
"Guru Lena sedang dalam pemulihan diri"sahut Ratu Elena.
"Lah sekejap saja, tapi kita berdua yang akan menemui Guru Lena, boleh?"kata Wenses dengan suara separuh memohon.
' Wen, Guru Lena yang Wen cari ada di depan Wen. Bagaimana mungkin saya boleh menemui Guru Lena itu jika dia adalah saya' kata Ratu Elena di dalam hati.
"Kenapa Wen mahu bertemu dengan Guru Lena?"soal Ratu Elena.
"Saja, saya rindu dengan Guru"sahut Wenses.
Ratu Elena hampir tergelak dengan jawapan Wenses.
"Guru mengasingkan diri, dia tidak mahu bertemu dengan sesiapa termasuk saya dan Wen"tegas Ratu Elena.
'saya tidak perlu bertemu dengan Guru Lena itu El, yang saya mahu El mengatakan yang sebenarnya' gumam hati kecil Wenses.
"Baiklah saya tidak akan memaksa, kalau tidak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu"kata Wenses lalu ingin berlalu pergi.
"Err... Wen"panggil Ratu Elena.
Wenses membalikkan badan melihat ke arah Ratu Elena.
"Kenapa El?"soal Wenses. Di dalam hati dia mahu Ratu Elena berkata jujur dengannya tentang semua perkara.
"Mari bertunangan kembali"kata Ratu Elena secara spontan.
Wenses terngagah.
"Apa?"soal Wenses kembali untuk mendapat kepastian.
"Kalau Wen tidak bersedia tidak mengapa"kata Ratu Elena.
"Boleh berikan saya masa?"soal Wenses.
Kalau ikutkan hati mahu saja dia mengiyakan perkara itu tapi, masih banyak perkara yang menganggu fikirannya.
"Maafkan saya tidak bertanya dulu, lupakan saja apa yang saya katakan tadi. Esok saya akan tunggu Wen di depan gerbang istana"kata Ratu Elena lalu kembali ke Paviliun peribadi miliknya.
Wenses merasa bersalah dengan Ratu Elena tetapi dia sendiri juga sedang dibelenggu dengan banyak perkara menganggu dirinya.
"Kenapa nak fikirkan lagi?"soal Retda yang secara tiba-tiba muncul di belakang pviliun Wenses.
Wenses memusingkan badan.
"Saya mahu bertunangan dengan El bukan dengan El yang menyamar sebagai Medina,saya mahu melamar dia bukan dia yang seakan-akan terlebih dulu melamar saya. Dan saya mahu El jujur dengan semua perkara terlebih dulu sebelum kami bertunangan"sahut Wenses.
"Kau tidak kenal dengan yang mulia, dia tu ego tinggi bagaikan langit"kata Retda.
"Ego itu akan hilang ditelan perasaan sayang kepada seseorang"sahut Wenses.
"Baiklah maafkan saya terlalu memandang tinggi cara berfikir kau, kalau itulah pilihan kau maka saya rasa sampai bila-bila korang berdua tak akan pernah bersama"kata Retda kepada Wenses lalu pergi.
Wenses agak lama memikirkan perkara tadi.
Well yang secara kebetulan mendengar perbualan Retda dan Wenses terus pergi menemui Ratu Elena.
"Maafkan saya kerana menganggu El"kata Well lalu duduk di sebelah Ratu Elena.
"Ada perkara apa?"soal Ratu Elena.
"Err tadi saya dengar kalau..."
"Yang mulia, hamba sudah menyediakan peralatan memanah"sampuk Retda agar Well tidak menghabiskan perkataannya.
Well memandang tajam ke arah Retda.
"Baiklah sebentar lagi saya pergi ke ruang latihan. Lanjutkan Well apa yang kau nak katakan tadi"kata Ratu Elena.
"Maaf lancang yang mulia, tapi para petinggi sudah berkumpul di ruang latihan tidak baik jika membuat mereka menunggu terlalu lama"kata Retda.
"Nanti saya akan berbincang dengan El, El pergilah dulu"kata Well.
"Baiklah saya pergi dulu"kata Ratu Elena lalu pergi meninggalkan mereka berdua.
__ADS_1