RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 7


__ADS_3

"Kalau ada apa-apa berlaku kat dalam alam roh El cepat-cepat keluar tau"pesan Well sebelum Ratu Medina masuk di dalam alam roh.


"Yelah saya tahu"sahut Ratu Medina lalu duduk bersilah di tempat tidurnya.


Well mengambil cincin perak milik Ratu Medina di atas meja lalu mula menyedot roh sang Ratu.


Seketika tubuh Ratu Medina pun bergoncang hebat lalu jatuh tidak bernyawa.


Well terus memapah tubuh Ratu Medina setelah proses penyerapan roh berjaya diajalankan.


Adref mengetapkan giginya melihat kejadian itu melalui cermin pembayang di depanya.


Walaupun kekuatan fizik Adref agak lemah tetapi dari kecil dia sudah diajar oleh ayahnya cara membuat racun,penawar dan benda warisan ajaib milik keluarga mereka.


"Apa rancangan kita sekarang Wen?"soal Adref kepada Wenses yang sedang duduk di sebelahnya.


"Kita cari cara agar Well menjauh dari Ratu Medina, setelah mereka saling berjauhan barulah kita mempunyai kesempatan menyerang Ratu Medina"sahut Wenses.


"Caranya?"soal kembali Adref.


Wenses membisikkan sesuatu di telinga Adref.


Adref menganggukan kepala tanda bahawa dia faham.


"Kalau macam tu kau kena hati-hati"kata Adref lalu memberikan racun jarum tujuh warna kepada Wenses.


"Setelah dia terkena racun tujuh warna ini tidak ada lagi orang yang boleh menyelamatkan dia"kata Adref.


"Baik, kita berpisah di sini dan jalankan rancangan"sahut Wenses.


Adref dan Wensas pun keluar dari bilik dan pergi untuk memulakan rancangan.


Well yang terbuai merenung wajah Ratu Medina tiba-tiba dikejutkan dengan laporan seorang pengawal yang mengatakan bahawa binatang iblis terlepas dari penjara dan sedang menyerang penduduk.


Tanpa berfikir panjang Well terus pergi ke lokasi dan meninggalkan Ratu Medina seorang diri di dalam kamar.


Wenses yang mengawasi dari tadi terus mengambil peluang itu untuk menyerang Ratu Medina.


"Maafkan aku, ini semua salah kau sebab mengambil nyawa orang tua aku. Jika roh mereka tidak dapat aku lepaskan biarkan roh kau menjadi pendamping mereka di sana"kata Wenses.


Baru saja tangannya hendak menusukkan racun jarum tujuh warna tiba-tiba ada sebuah tangan yang menghalanginya.


Wenses berpusing melihat di sebelah kiri. Terlihat seseosok rubah merah sedang memandang tajam kearahnya.


"Jangan bermimpi untuk menyakiti El"kata wanita rubah itu.


Wenses terus berundur ke belakang.


Wanita rubah itu maju ke hadapan Wenses dan mengeluarkan kekuatan pukauan mata.


Seketika Wenses pun terus pengsan.


Wanita rubah itu melangkah ke arah Ratu Medina.


Tiba-tiba badan Ratu Medina mengeluarkan sebuah ledakan cahaya yang membuat badan wanita rubah itu terbanting kebelakang.


Mata Ratu Medina terbuka, dia melihat kesekeliling.


Matanya membesar sekatika ketika melihat Wenses terbaring pengsan di atas lantai.


Dia berjalan laju ke arah Wenses dan menyuapi biji teratai dewa.


"Apa yang kau lakukan kepadanya?"tanya Ratu Medina kepada puteri Rubefta sang ruba sambil memandang tajam wanita itu.


"Itu cuma pukau beracun"sahut puteri Rubefta.


"Kau pergilah aku taknak tengok pengkhianat kat sini"kata Ratu Medina.


Puteri Rubefta tersenyum sinis.


"Kau benci pengkhianat tapi baru saja lelaki ne nak bunuh kau dengan racun jarum tujuh warna" sahut puteri Rubefta.


"Itu semua bukan hal kau,aku dah kata kalau kau tunjukan muka di depan aku lagi aku akan bunuh kau"kata Ratu Medina.


Dia berdiri lalu mengeluarkan jurus api miliknya.

__ADS_1


"Kau masih nak salahkan aku ke El tentang kematian kakak kau?,aku dah kata aku terpaksa sebab dia nak bunuh kau"kata puteri Rubefta.


"Siapapun tidak akan percaya dengan perkataan ruba macam kau"sahut Ratu Medina lalu mula menyerang puteri Rubefta.


Sedikit pun puteri Rubefta tidak mengelak serangan itu sehinggalah dirinya sekarat.


"Pergi,aku taknak kotorkan tangan aku dengan nyawa tak berharga kau"kata Ratu Medina.


Dengan terpaksa puteri Rubefta pun pergi dari sana.


Ratu Medina memindahkan Wenses di tempat tidurnya lalu dia pun terus pergi.


Well, Retda dan Humrey kesulitan mengunci kembali ratusan binatang iblis yang terlepas sedangkan korban nyawa sudah semakin banyak.


Adref terkejut dengan kedatangan Ratu Medina, kini Wenses juga tidak terlihat.


'jangan-jangan Wenses gagal' gumam hati kecil Adref.


"Korang berundur"arah Ratu Medina kepada mereka bertiga,para petinggi dan para pengawal yang sedang menahan serangan binatang iblis.


Setelah semua orang berundur Ratu Medina pun membuat perangkap api Murni untuk membunuh semua binatang iblis itu.


Setelah serangan itu selesai keadaan pun menjadi tenang semula.


"Macam mana binatang iblis ini boleh terlepas?"soal Ratu Medina.


"Kami sedang menyelidikinya yang mulia"sahut Humrey.


"Selidiki secepatnya saya mahu laporan"sahut Ratu Medina lalu kembali di paviliun peribadinya bersama dengan Well.


Sesampainya di dalam bilik Ratu Medina Well agak terkejut kerana Wenses terbaring di atas tempat tidur.


"Jadikan dia pengawal dan pisahkan tempat dengan temannya. Sediakan juga tempat peribadi untuk dia menjalankan latihan"kata Ratu Medina.


"Baik El"sahut Well.


"Bawa dia, mulai besok dia resmi menjadi pengawal peribadi aku. Satu lagi,selidiki kegiatan Rubefta beberapa tahun ini"kata Ratu Medina lagi.


"Baik El, Well minta diri dulu"sahut Well lalu membawa Wenses pergi bersamanya.


Humrey berjalan laju ke arah kediaman Well dan dia terus menerobos masuk.


Well menghirup teh di gelas lalu menganggukan kepala.


"Budak bodoh tu?"soal Humrey lagi untuk mendapat kepastian.


Well menganggukan kepala lagi.


"Kau biarkan saja dia jadi pengawal peribadi yang mulia ke?, Budak tu selalu dah nak serang yang mulia tahu tak?"soal Humrey lagi.


"Habis tu nak aku buat apa?, El yang bagi arahan macam tu"sahut Well.


"Siapa sebenarnya budak tu?, Berulang kali dia dilepaskan dari hukuman oleh yang mulia"soal Humrey.


"Dia anak bekas raja kerajaan Air"sahut Well.


Humrey sangat terkejut mendengar perkara itu.


"Anak bekas raja kerajaan Air?..


jangan-jangan.."kata Humrey tetapi sengajah tidak menghabiskan ayatnya.


"Iya dia lah orang tu"sahut Well.


"Nampaknya tambah seorang lagi lah saingan aku"kata Humrey.


"Eh, kalau budak tu taklah ada nak ditakutkan sangat untuk bersaing dia tu jadi sampah pun tak layak lah"sahut Well.


"Hati yang mulia siapa yang tahu?"soal Humrey.


Well membenarkan juga kata-kata Humrey kerana disebabkan lelaki itu sampai di istana Ratu Medina pernah memerahinya.


Tanpa kedua orang itu ketahui Retda dari tadi mendengar perbualan mereka. Retda mengenggam tangannya sehingga berdarah.


Retda mengukir senyum menakutkan di bibirnya lalu dia terus pergi.

__ADS_1


KEESOKKAN HARI NYA...


Wenses bangun dari pengsanya, dia menekan-nekan kepalanya kerana terasa perit.


"Kau dah bangun ke?"soal Retda kepada Wenses.


Wenses melihat ke sebelah kirinya. Disana Retda sedang berdiri.


"Maafkan saya sebab tidak menyadari kedatangan anda"kata Wenses sambil berdiri.


"Tak buruk, tukar pakaian hari ini latihan pertama akan diajalankan"kata Retda sambil memberikan sebuah set pakaian pengawal kepada Wenses.


Wenses menerima pakaian itu.


"Saya tidak faham maksud anda?"kata Wenses.


"Mulai hari ini dan seterusnya kau akan dilatih seperti pengawal kerana semalam yang mulia mengangkat kau sebagai pengawal peribadinya"kata Retda.


Wenses terkejut kerana seingatnya semalam dia diketahui hendak membunuh Ratu Medina tapi pagi ini pula dia diangkat sebagai pengawal peribadi.


"Cepat ganti pakaian saya tunggu di luar, jangan lambat kalau tidak mahu diberi hukuman"kata Retda.


Wenses bergegas menukarkan pakaian lalu menyambar sebuah roti di atas meja dan langsung memakanya dengan cepat.


Tidak berselang terlalu lama mereka berdua pun sampai di kem pelatihan.


"Lepaskan siluman sesumpah"arah Retda kepada seorang pengawal.


"Baik nona"sahut pengawal itu lalu terus melepaskan siluman sesumpah.


"Ini melatih sistem kewaspadaan kau,tangkap sesumpah itu jika tidak kau akan diberikan hukuman"kata Retda.


Wenses yang masih bingung dengan keadaan itu tidak langsung dapat bergerak untuk memulakan latihan kerana dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengikuti pergerakan siluman sesumpah itu.


Retda mulai bosan dengan kelakuan Wenses yang terlihat seperti orang bodoh.


Humrey dan Well mentertawai Wenses dari jauh.


"Perhatikan baik-baik"kata Retda.


Dia menutup matanya lalu dengan sekali gerak siluman sesumpah itu sudah ditangkap.


"Kau dan aku sama mempunyai kekuatan elemen Air, hanya alirkan tenaga Murni elemen barulah dapat merasakan pergerakan di sekitar"Terang Retda.


Wenses menutup matanya dan mencuba mengalirkan tenaga Murni di dalam tubuhnya tetapi sedikit pun dia tidak dapat merasakan pergerakan.


"Dia dah jadi bodoh selepas pulang dari alam manusia"ejek Humrey.


"Dulu dia terkenal sebagai budak paling jenius"sahut Well.


"Seronok ke menonton?"soal Ratu Medina yang secara tiba-tiba muncul di belakang Well dan Humrey.


"Hormat yang mulia"sapa Humrey sambil memberikan tanda hormat.


Ratu Medina menganggukan kepala sekali tanda bahawa dia menerima hormatan itu.


"Macam mana perkembangan?"soal Ratu Medina kepada Well. Dia menanyakan tentang Wenses.


"Energi Murni elemen Air di dalam tubuh Wenses masih belum terbangun El"sahut Well. Dia sengajah mengatakan itu agar pelatihan Wenses dibuat lebih sukar lagi.


"Kita tunggu beberapa hari dulu"sahut Ratu Medina.


Well dan Humrey saling berpandangan.


"Maaf yang mulia, hamba rasa dia tidak layak menjadi pengawal peribadi yang mulia. Jika tang mulia tidak keberatan hamba siap menjadi pengawal peribadi yang mulia"kata Humrey.


Well mengerutkan kening.


"Aku dah baik-baik bagi kau gelar sebagai ketua Menteri kiri, jangan sibuk nak menjadi pengawal aku lagi"sahut Ratu Medina.


"Mohon maaf yang mulia"kata Humrey.


"Kenapa El nak cari pengawal peribadi lagi?, Di empat penjuru kerajaan elemen siapa lagi yang El takutkan?"soal Well pula.


"Jangan melihat yang ada di depan sahaja Well, lihat sesuatu yang lebih jauh"sahut Ratu Medina.

__ADS_1


"Maksud El?, Mungkinkah ini berkaitan dengan status Wenses?"soal Well.


"Fikirlah sendiri"sahut Ratu Medina lalu pergi.


__ADS_2