
"Cerewet sangat lah kau ne Daifalie, jangan gara-gara kau aku pun kena tau"kata puteri Angelia.
"Ish... Diamlah kau angin, baik kau diam sebelum aku putuskan nafas kau"sahut puteri Daifalie.
"Eh daun, kau tu apa yang hebat sangat hijau macam kotoran ayam"balas puteri Angelia.
"Kau...."kata puteri Daifalie.
"Sudahlah ...nak pergi ke tak?"soal Ratu Medina.
"Naklah"sahut kedua puteri itu.
"Yang mulia semua sudah siap tinggal berangkat"kata Retda.
"Mana Wenses?"soal Ratu Medina.
"Dia ada di barisan belakang"sahut Retda.
"Pindahkan dia di barisan aku"arah Ratu Medina.
"Baik yang mulia"sahut Retda.
"Siapa Wenses El?"soal puteri Daifalie.
"Pengawal peribadi aku"sahut Ratu Medina selambah.
"Sejak bila sang ratu dua elemen perlukan pengawal"ejek puteri Angelia.
"Aku rasa bukan pengawal tu, jangan-jangan..."ejek puteri Daifalie tetapi tiba-tiba bibirnya dibungkamkan oleh Ratu Medina menggunakan sihir pembungkam.
"Hamba sudah memindahkan Wenses yang mulia"lapor Retda.
Humrey dan Well kelihatan tidak berpuas hati dengan keadaan itu. Mereka berdua di barisan belakang Ratu Medina sedangkan Wenses di barisan yang sama dengan Ratu Medina pula.
"Baiklah kita bertolak"arah Ratu Medina.
Mereka semua pun memulakan misi berburu.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia asyik-asyik menggoda Wenses selama perjalanan memburu sehingga Wenses tidak ada peluang untuk berburu sendirian .
Ratu Medina yang melihat kelakuan dua sahabatnya terus meminta Retda untuk membawa Wenses menjauhi kedua wanita itu.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia menghampiri Ratu Medina setelah Wenses dibawa pergi oleh Retda.
"Tak syok lah kau ne El, baru nak goda sikit pengawal peribadi kau tu dah suruh si Retda tu bawa pergi jauh" kata puteri Angelia sambil menekan perkataan pengawal peribadi.
"Korang nak berburu ke nak diburu?"soal Ratu Medina serius.
"Weh, angin tadi aku ada nampak rusa mari cari rusa tu"celah puteri Daifalie yang tahu jika emosi Ratu Medina sudah berubah.
"Ok jom"sahut puteri Angelia yang merasa seram sejuk dengan perubahan emosi Ratu Medina.
Wenses berkuda sendiri di kawasan pepohonan. Tiba-tiba ada sebuah panah yang terlepas tepat ke arahnya.
Wenses tidak langsung dapat mengelak panah itu tetapi pada akhirnya ada seseorang yang menyelamatkannya.
Wenses dan orang itu jatuh dari atas kuda ke tanah.
"Kau tidak apa-apa?"soal Wenses tanpa melihat siapa orang itu.
Ratu Medina mematahkan panah yang tertusuk di lengannya.
"Takpe"sahut Ratu Medina lalu berdiri.
"Yang mulia?"kata Wenses dengan nada terkejut kerana dia tidak menyangkal Ratu Medina yang melindunginya.
"Aku pergi dulu"kata Ratu Medina lalu menunggangi kuda ke arah diamana panah itu berasal.
Wenses tertegun seketika lalu dia bergegas mengejar Ratu Medina.
"Kenapa El yang kau panah!"marah Well kepada Humrey.
"Aku mana tahu El akan datang selamatkan budak tu"sahut Humrey.
"Kau buta ke apa?. Kau tak nampak ke El ada kat dekat budak tu masa kau memanah?"soal Well.
"Takde, tiba-tiba je El muncul"sahut Humrey lagi. Dia pun tidak menyangkal jika Ratu Medina akan tiba-tiba muncul melindungi Wenses.
__ADS_1
"Korang ke yang memanah tadi?"soal Ratu Medina yang sudah tiba di belakang Well dan Humrey.
Well dan Humrey bukan main terkejut lagi.
"Maafkan hamba yang mulia, hamba yang tidak sengaja melepaskan panah ke arah Wenses"sahut Humrey sambil bersujud.
"Kau boleh melaksanakan hukuman sendiri tanpa aku minta kan ketua menteri kiri"kata Ratu Medina sambil menekan perkataan ketua menteri kiri.
"Hamba faham yang mulia"sahut Humrey.
"Well, kau tidak dibenarkan keluar dari Paviliun selema dua minggu. Ingat untuk memikirkan kesalahan diri"kata Ratu Medina kepada Well.
"Well mengerti"sahut Well.
"Wenses mari pergi"kata Ratu Medina lalu menunggangi kuda untuk pergi bersama Wenses.
"Aku akan balaskan hukuman ini sepuluh kali lipat"marah Humrey.
"Selepas aku bebas aku akan pastikan kau mati Wenses"marah Well pula.
"Yang mulia tidak perlu menghukum mereka mungkin benar mereka tidak sengaja"kata Wenses untuk membela kedua lelaki tadi. Dia tidak mahu kebencian kedua lelaki itu bertambah banyak kepadanya.
"Yang terkena panah adalah saya, terserah saya memberikan hukuman apa"sahut Ratu Medina.
"Baik yang mulia"sahut Wenses.
"Beritahu Retda saya kembali lebih dulu ke istana, perjamuan berburu saya serahkan kepada dia untuk mengaturnya"kata Ratu Medina lalu memecut laju kudanya.
Wenses pula pergi mencari keberadaan Retda untuk memberitahukan perkara itu.
"Apa kau cakap?, Yang mulia terkena panah!?"soal Retda dengan suara yang kuat sehingga puteri Daifalie dan puteri Angelia dengar.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia mendekat ke arah Wenses dan Retda.
"Iya, baru saja yang mulia kembali"sahut Wenses.
"El bukan orang yang mudah untuk terkena panah, macam mana dia terpanah pula?"soal puteri Daifalie.
"Sebenarnya yang harus terkena panah tu saya, tapi yang mulia mendorong saya dari atas kuda jadinya yang mulia yang terkena"cerita Wenses.
"Tak heranlah, orang yang susah sembuh dengan goresan kecil rela terkena panah sebab kau rupanya"kata puteri Angelia sambil memandang Wenses.
"Haih kan bagus kalau Rubefta ada, senang nak sembuhkan luka si El tu"keluh puteri Angelia.
Mereka berdua pun pulang kembali ke istana untuk membantu Ratu Medina.
Di istana, Ratu Medina bermeditasi sebentar untuk memulihkan tenaga kerana setelah sampai dia terus memakan biji teratai dewa untuk menyembuhkan lukanya.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia masuk perlahan-lahan ke dalam Paviliun Ratu Medina. Mereka berdua hanya duduk sambil memerhati Ratu Medina dari atas kebawah, mereka heran kerana tidak melihat luka yang dikatakan oleh Wenses.
"Dah puas pandang ke?"soal Ratu Medina sambil membuka matanya lalu melihat ke arah dua puteri itu.
"Mana yang terluka El?"soal puteri Daifalie.
"Owh tadi dekat lengan tapi saya dah makan biji teratai dewa"sahut Ratu Medina.
"Kau ne buat kitorang risau tau,fikirkan kau dah sekarat tadi"kata puteri Angelia.
"Taklah, luka saya dah ok"sahut Ratu Medina.
"Siapa Wenses sebenarnya El?"soal puteri Daifalie serius.
"Anak pakcik aku,dan tunangan aku masa kecil"sahut Ratu Medina.
"Wenses tu anak raja Wendra?"soal puteri Angelia.
Ratu Medina menganggukkan kepala.
"Tunang kau ke tunang Medina?"soal puteri Daifalie.
Ratu Medina terdiam buat sejenak.
"Daifalie"panggil puteri Angelia. Dia memberi isyarat untuk menghentikan topik sensitif itu.
"Korang berdua pergilah bantu Retda mengatur perjamuan berburu"kata Ratu Medina.
Puteri Angelia terus menarik puteri Daifalie pergi.
__ADS_1
Setelah dua puteri itu pergi Ratu Medina merenung kembali kata-kata puteri Daifalie tadi. Dia sendiri tidak tahu hendak mengatakan Wenses itu tunangan siapa kerana faktanya sebelum Wenses dihantar ke alam manusia kakaknya lah yang ditunangkan dengan Wenses bukan dia. Tetapi semenjak pertama kali bertemu Wenses dia dan Wenses sudah saling setuju bahawa mereka bertunangan tetapi kini ingatan Wenses telah dia hilangkan dan kenangan itu hanya dia yang memilikinya.
Semenjak kematian kakaknya yang bernama Medina dia pun mengganti namanya menjadi nama kakaknya untuk menebus rasa bersalahnya kerana baginya dialah menjadi penyebab kakaknya meninggal.
Dia sendiri hampir lupa dengan namanya sebagai Elena jika sahabat-sahabatnya tidak memanggilnya sebagai El.
Ingatan masa lalu Ratu Elena pun tergambar di ingatannya.
"Kau anak tidak berguna!. Seharusnya kau mati ketika aku kandungkan!" Jerit Ratu Elita kepada Elena yang masih kecil ketika itu.
"Sudahlah Elita biarkan anak ini menjadi korban untuk gunung berapi. Kita hanya perlukan Medina sebagai penerus takhta" sahut Raja Merdian.
Elena menangis tersedu-sedu mendengar perkataan kedua orang tuanya.
"Jangan berharap untuk membunuh Elena, Medina tidak akan mengizinkannya" kata Medina kepada kedua orang tua mereka.
"Walaupun kalian kembar tetapi ayah sudah mengatakan bahawa Elena akan menjadi bencana untuk kerajaan kita Medina. Jika dia tidak mati maka kita yang akan dirugikan !"marah raja Merdian.
Akhirnya Elena dipaksa berpisah dengan Medina dan dia dijatuhkan di dalam lava gunung berapi.
Ketika itulah Medina ditunangkan kepada Wenses walaupun Medina sudah menolak kerana dia tidak sampai hati dengan Elena yang sudah lebih dulu bertunangan dengan Wenses.
Kerana Medina mengingkari pertunangan itu, dia dikurung di dalam kegelapan selama satu tahun oleh kedua orang tuanya sehingga membuat dirinya dikuasai oleh iblis jahat dari neraka.
Elena pula diselamatkan oleh seorang perempuan yang tinggal di dalam gunung lava itu. Perempuan itu menjadikan Elena sebagai muridnya. Hanya satu tahun Elena sudah mencapai kekuatan penghalang tubuh dewi peringkat awal ketika itu.
Ketika itulah Elena mengumpulkan semua sahabat-sahabatnya untuk membantunya menaklukkan kerajaan milik kedua orang tuanya kerana keadaan rakyat kerajaan dua elemen sudah terlalu buruk disebabkan kelakuan kedua orang tuanya. Dia juga meminta raja Wendra menghantar Wenses ke alam manusia agar tidak ditemui oleh kedua orang tuanya jika dia gagal merebut kerajaan dua elemen.
Setelah kedua roh orang tuanya dihisap oleh Elena menggunakan cincin Perak takdir, kini dia berperang dengan ayah dari ayahnya.
Mereka beradu kekuatan selama dua tahun sehingga secara terpaksa guru Elena menyegal datuknya ke dalam gunung berapi bersama dengan dirinya.
Ketika peperangan itu sudah mereda barulah Elena melepaskan Medina dari penjara tetapi Medina sudah sepenuhnya dikuasai oleh iblis.
Untuk beberapa waktu Elena masih menjaga Medina di sampingnya tetapi satu saat Elena terleka dan hampir dibunuh oleh Medina jika Rubefta tidak menyelamatkannya .
Ketika Elena terbangun dari koma selama sebulan, akhirnya dia mengetahui jika Medina terkena penyakit alam neraka.
Dia meminta teratai dewa dari Ratu Snektey dengan segala cara sehingga dia bersujud di depan Ratu Snektey tetapi ketika dia mendapatkan teratai dewa Medina sudah tidak dapat diselamatkan.
Ketika itulah taktah kerajaan dua elemen menjadi milik Elena sebagai seorang ratu tetapi dia menggantikan namanya sebagai Medina.
Rubefta pula dianggap pengkhianat oleh Elena kerana dia menganggap Rubefta lah yang membunuh kakaknya.
"Woi!" Jerit puteri Angelia di dekat telinga Ratu Elena.
Lamunan masa lalu yang perit Ratu Elena terhenti di situ. Dia memandang puteri Angelia yang berdiri di sampingnya.
"Kau kenapa?"soal puteri Angelia.
"Takde"sahut Ratu Elena.
"Perjamuan dah mula,kau tak nak pergi ke?"soal puteri Angelia.
"Owh iya"sahut Ratu Elena lalu terus pergi seperti orang yang bingung. Puteri Angelia terbingung melihat tingkah laku linglung Ratu Elena.
Wenses bersedia untuk menyapa Ratu Elena yang hendak lalu tetapi tujuannya tergendala ketika Adref menyentuh bahunya.
"Kau kenapa Wen?"soal Adref yang melihat tingkah laku Wenses agak berubah.
"Takde, kau kenapa disini Ref?"soal Wenses dengan riak wajah yang masih terkejut.
"Ini perjamuan berburu lah Wen, semua rakyat dan pelayan dibenarkan datang"sahut Adref.
"Owh"sahut Wenses sepatah sambil menunduk ketika Ratu Elena melintas di depan mereka berdua.
"Macam mana latihan kau?"soal Adref.
"Macam biasa"sahut Wenses sambil memandang ke arah Ratu Elena.
"Wen, aku perhatikan kau macam dah takde keinginan membunuh Ratu Medina"kata Adref.
"Kalau ada cara untuk menyelesaikan dengan cara baik mengapa perlu saling menyakiti"sahut Wenses.
"Wen sadarlah, ibu dan ayah kau dia yang bunuh"kata Adref dengan suara yang dikeraskan tapi berbisik.
"Kau tak perlu ingatkan"sahut Wenses lalu pergi entah kemana.
__ADS_1
Ratu Elena melihat Wenses pergi terus berbisik kepada puteri Angelia dan puteri Daifalie seketika lalu dia pun pergi.