
Di dalam sebuah bilik Wenses dibaringkan oleh Retda di sebuah tempat tidur.
"Saya tanya sekali lagi, apa kau betul-betul nak tahu kenangan masa lalu kau sebelum memasuki dunia manusia?"soal Retda.
Wenses terdiam agak lama.
"Kau betul-betul boleh dipercaya ke?"soal Wenses ragu-ragu.
"Di dalam kerajaan dan di dunia elemen hanya saya saja seorang yang dewa pelindung yang mulia tidak boleh cuci ingatan"sahut Retda.
"Baiklah saya mahu"kata Wenses.
"Tapi ada akibat lain yang akan berlaku terhadap kau, kerana untuk membuka pintu ingatan yang dikunci dewa maka pintu lain ada yang akan terbuka. Kemungkinan kau akan berubah menjadi gila, atau lebih teruknya lagi kau akan mati"kata Retda.
Wenses terdiam sejenak.
"Saya tidak peduli"sahut Wenses.
"Baiklah tutup mata kau"kata Retda.
Dia memegang kepala Wenses lalu ada sebuah cahaya biru yang memasuki kepala Wenses.
Wenses menjerit kesakitan untuk beberapa saat lalu dia tiba-tiba pengsan.
( Di dalam ingatan Wenses sebelum dihantar ke alam manusia)
"Putera jangan ke sana itu tempat berbahaya"jerit seorang pelayan perempuan.
Wenses yang ketika itu masih kanak-kanak malah berlari sambil ketawa riang.
Baru beberapa saat dia berlari masuk ke sebuah hutan tiba-tiba keluarlah seekor ular sawa yang besar di depannya.
Wenses terkejut ditambah takut.
"Putera hati-hati "kata pelayan perempuan itu sambil berlari ke arah Wenses tetapi malah disambar oleh ular sawa itu dan terus ditelan sehingga darah pelayan perempuan itu terpercik di kepala Wenses.
Wenses tidak dapat bergerak kerana ketakutan.
Baru saja ular sawa itu hendak memakan Wenses tiba-tiba ada sebuah panah yang menusuk mata ular itu.
Ular itu mengganas dan hampir memukul Wenses dengan ekornya tetapi seorang budak perempuan menyambar Wenses dan dibawa terbang.
Wenses yang masih ketakutan hanya terdiam.
"Kau tidak apa-apa?"soal budak perempuan itu.
"Tidak apa-apa terima kasih sebab bantu saya"ucap Wenses.
"Sama-sama "jawab budak perempuan itu.
Budak perempuan itu berhenti terbang setelah mereka berdua sampai di sebuah puncak gunung.
Dia melepaskan pegangannya kepada Wenses.
"Kalau boleh tahu nama kau siapa?"soal Wenses.
"Panggil saya Elena "sahut budak perempuan itu.
"Baiklah, saya akan panggil kau El bagaimana?"kata Wenses.
Budak perempuan itu mengangguk.
"Ohya kenalkan nama saya Wenses "kata Wenses.
Budak perempuan itu menganggukan kepala lagi.
"Saya akan panggil kau Wen"kata Elena.
"Baiklah mulai sekarang kita kawan"kata Wenses lalu berjabat tangan dengan Elena.
"Sudah senja, biar saya hantarkan kau balik"kata Elena.
Wenses mengangguk lalu memegang tangan Elena.
Mereka berdua terbang kembali menuju ke kerajaan elemen air.
Di depan kerajaan air terkumpul banyak pengawal.
Elena turun bersama Wenses dan melepaskan pegangan tangan mereka.
"Kau dari mana Wen?"soal ayah Wenses iaitu raja Wendra.
"Wen pergi bermain dengan pelayan tetapi tersesat ke dalam hutan dan bertemu dengan uar untungnya Elena membantu saya"terang Wenses kepada ayahnya.
Raja Wendra memandang ke arah Elena.
"Kau anak raja Merdian dari kerajaan dua elemen?"soal Raja Wendra.
Elena menganggukkan kepala.
"Terima kasih sebab membantu anak saya,hadiah apa yang kau mahu?"soal Raja Wendra.
Elena terdiam agak lama untuk berfikir.
__ADS_1
"Saya mahu ditunangkan dengan Wen"sahut Elena.
"Bukan saya tidak mahu puteri Elena, tetapi ayah kau sudah berkata jika anak yang akan dia tunangkan dengan Wen ialah puteri Medina"sahut raja Wendra.
Wenses memandang wajah ayahnya.
"Ayah Wen hanya mahu bertunangan dengan El"kata Wenses.
"Tapi Wen ini perjanjian "kata Raja Wendra.
"Lebih baik Wen mati saja jika tidak boleh bertunangan dengan El"kata Wenses sambil mengambil pedang untuk bunuh diri.
Raja Wendra terus merebut pedang itu dari tangan Wenses.
"Dengar Wen perjanjian keluarga kita untuk menyatukan kerajaan dua elemen dan kerajaan elemen air tidak boleh diingkari"kata Raja Wendra lalu membuang pedang tadi ke samping.
"Bukan kah El juga puteri dari kerajaan dua elemen?, Lalu apa bezanya jika yang bertunangan dengan saya ialah El bukan Medina itu"sahut Wenses.
"Keadaan tidak semudah itu Wen "kata Raja Wendra sambil memandang Elena.
"Saya mohon undur diri dulu yang mulia" kata Elena lalu pergi.
"Wen tidak akan mahu bertungan jika bukan dengan El"kata Wenses lalu berlari masuk ke dalam biliknya.
Hari-hari berlalu Wenses dan Elena selalu berjumpa secara diam-diam di atas gunung tempat mereka berjumpa dulu.
Kerana pertunangan mereka tidak dibenarkan oleh ayah Wenses maka Wenses secara diam-diam menjadikan Elena sebagai tunang satu-satunya.
Dia membariskan sebuah rantai leher Perak kepada Elena sebagai tanda bawa mereka bertunangan.
Kerana sering berjumpa akhirnya hubungan mereka diketahui oleh raja Wendra dan raja Merdian.
Dari perkhabaran yang didengar oleh Wenses Elena telah mati kerana dimasukkan ke dalam gunung berapi kerana dianggap sebagai pemberontak dan pembawa sial.
Dan dia pula dipaksa untuk menjalin pertunangan dengan Medina kakak kembar Elena tanpa sepengetahuanya.
Berlalu beberapa tahun akhirnya dia bertemu kembali dengan Elena yang sudah jauh berbeza dengan Elena yang dia kenal.
"Maafkan saya Wen, jika urusan saya sudah selesai saya akan meminta Raja Wendra untuk membawa Wen kembali ke alam elemen. Tapi untuk masa ini sebaiknya Wen melarikan diri dulu"kata Elena.
"Tapi saya tidak mahu berpisah dengan El"sahut Wenses.
"Tidak akan terlalu lama Wen, percayalah"kata Elena lalu memanggil dewa pelindungnya.
"Berjanjilah El, pertunangan kita tidak akan pernah putus walaupun salah satu akan mati"kata Wenses.
Elena menganggukkan kepala.
"Lakukan sekarang"kata Elena kepada dewa pelindungnya.
(Kembali ke alam Sadar Wenses)
Wenses membuka matanya perlahan.
Dia bangun dari tempat tidur.
"Syukurlah kau tidak mati"kata Retda.
"Ingatan itu apakah benar?"soal Wenses.
"Iya ingatan itu memang benar dan itu sudah dikunci oleh dewa pelindung yang mulia, kerana yang mulia menukar identiti dengan kakaknya iaitu Medina"sahut Retda.
"Jadi nama sebenar El ialah El.."baru saja Wenses mahu menyebut nama Ratu Elena Retda terus menutup mulutnya.
"Nama sebenar yang mulia tidak boleh disebut, jika tidak datuk nya yang terkubur di dalam gunung berapi bersama guru yang mulia akan terbangun"kata Retda.
"Guru yang mulia?"soal Wenses.
"Iya, guru yang mulia iaitu dewi api"sahut Retda.
"Jadi guru Lena?"soal Wenses kerana setahunya kerabat kerajaan hanya diperbolehkan mempunyai satu guru.
"Itu...bukan guru yang mulia melainkan bentuk cilik yang mulia"sahut Retda.
"Bagaimana boleh seperti itu?, El dan guru Lena sangat berbeza kerana guru Lena berbentuk kanak-kanak dan El sudah dewasa"kata Wenses tidak percaya.
"Kau tahu pil pengubah bentuk?"soal Retda.
"Iya tapi pil pengubah bentuk itu hanya boleh mengubah bentuk manusia ke bentuk binatang bukan menjadi kanak-kanak"sahut Wenses.
"Yang mulia sendiri yang menciptakan pil itu, yang perlu kau tahu guru Lena itu tidak ada kerana itu jelmaan yang mulia"terang Retda.
"Tapi kau sendiri yang mengenalkan guru Lena sebagai guru Lena bukan sebagai El"kata Wenses yang masih tidak percaya.
"Kalau saya perkenalkan yang mulia sebagai sang Ratu, habislah saya dihukum sebab melanggar perintah"sahut Retda.
"Jadi itu semua perintah El?"soal Wenses.
"Siapa lagi yang boleh memerintahkan saya selain yang mulia?"soal Retda.
"Jadi untuk membangunkan energi murni dalam badan saya El sampai mengubah diri ke bentuk cilik?"soal Wenses.
"Iyaaa.. ingat tak masa pertarungan pelatihan hari itu, saya cakap guru Lena tak sihat kan?, Sebab kutukan yang mulia kembali pada malam itu"sahut Retda.
__ADS_1
"Iya saya ingat"sahut Wenses.
Wenses terdiam seketika sambil berfikir.
"Jangan beritahu yang mulia jika saya membuka pintu ingatan kau yang dikunci, jika tidak maka saya akan disenaraikan sebagai pengkhianat"kata Retda.
"Baiklah"sahut Wenses.
(Di kerajaan Ruba)
"Apa kalian sudah memperhitungkan syarat yang saya katakan?"soal raja Rubetley.
Mereka berempat saling berpandangan .
"Ayahanda tidak boleh menyatakan syarat seperti itu"kata puteri Rubefta.
Raja Rubetley tersenyum kecil mendengar komen anak perempuanya.
"Kenapa Befta?, Kau fikir Ratu Medina itu tidak sanggup membayarnya?"soal Raja Rubetley.
Syarat yang dinyatakan oleh Raja Rubetley agar titisan darah dewa milik kerejaanya diberikan kepada Ratu Elena ialah, Ratu Elena mesti membantu dia berperang dengan suku duyung kerana puteri Raja duyung akan dijadikanya sebagai isteri.
"Bagaimana dengan ibunda?"soal puteri Rubefta.
"Ayahanda menikah dengan puteri duyung itu untuk dijadikan selir bukan untuk menggantikan posisi ibunda Befta" sahut Raja Rubetley.
"Tidak mengapa Befta, ibunda sudah memberikan izin kepada ayahanda Befta"sahut Ratu Rubelia.
"Ratu Medina meminta izin masuk"umum pengawal penjaga gerbang.
Mereka berempat terkejut kerana Ratu Elena telah Sadar dari komanya.
"Ini lebih baik, persilakan dia masuk"arah Raja Rubetley.
Ratu Elena pun terus masuk di dalam istana.
"Saya datang membawa orang-orang saya pergi"kata Ratu Elena terus tempat berbasa basi.
"Jangan cepat-cepat untuk ingin pergi Medina, dengarkan tawaran saya dulu agar titisan darah dewa menjadi milik kau"sahut Raja Rubetley.
"Tawaran apa?"soal Ratu Elena.
"Bantu saya berperang dengan suku duyung"kata Raja Rubetley.
"Maaf tapi saya tidak akan menghianati sahabat saya untuk kepentingan saya sendiri"sahut Ratu Elena.
"Jika demikian maka titisan darah dewa itu tidak akan saya berikan"kata Raja Rubetley.
"Tidak mengapa,saya datang bukan untuk meminta titisan darah dewa itu"sahut Ratu Elena.
"Titisan darah dewa itu boleh memulihkan diri kau El"sampuk puteri Rubefta.
"Jadi maksud kau untuk kesembuhan aku maka pengkhianatan dihalalkan?"soal Ratu Elena.
Puteri Rubefta menundukkan kepala.
"Maafkan saya Raja Rubetley, saya tidak akan menerima tawaran itu"kata Ratu Elena lalu membawa mereka bertiga pergi.
"Baiklah jika demikian kembalikan titisan darah dewa yang kamu ambil"kata Raja Rubetley.
Ratu Elena terkejut kerana dia tidak menyangkah titisan darah dewa sudah diambil oleh orang-orangnya.
"Berikan kembali titisan darah dewa itu kepada pemiliknya"arah Ratu Elena kepada mereka bertiga.
Mereka bertiga hampir serentak menggelangkan kepala.
"Maaf Raja Rubetley, orang-orang saya tidak mungkin mencurinya"kata Ratu Elena.
"Mereka bertiga memang tidak, yang membuat saya terkesan anak saya sendiri mencuri harta keluarga untuk membantu kau menyembuhkan diri"kata Raja Rubetley.
Mereka berempat serentak melihat ke arah puteri Rubefta.
"Titisan darah dewa ini memang milik Befta ayahanda, kerana Befta ialah satu-satunya ahli waris kerajaan sekarang"kata puteri Rubefta.
"Siapa bilang hanya kau ahli waris kerajaan sekarang Befta?, Kau lupa kau masih ada adik?"soal Raja Rubetley.
"Maaf ini urusan kalian sekeluarga , saya tidak akan ikut campur. Mari kita pergi"kata Ratu Elena lalu membawa mereka bertiga pergi.
Puteri Rubefta hanya melihat kepergian mereka berempat.
Setelah mereka bersiap untuk kembali ke kerajaan secara tiba-tiba langkah kaki Well berhenti.
Ratu Elena juga berhenti melangkah lalu menoleh ke arah Well.
"Ada apa Well?"soal Ratu Elena.
"Saya akan membantu Rubefta, jika saya pergi itu sama saja saya lah menjadi penyebab dia dibunuh"kata Well lalu berbalik badan.
"Hentikan Well!" Jerit Ratu Elena.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia saling berpandangan.
"Apa yang dikatakan Well ada benarnya El, jika seperti ini maka kita akan menjadi sebagai pengkhianat kerana meninggalkan teman kita ketika dia susah"kata puteri Daifalie.
__ADS_1
"Kau cuba mengajari aku ke Daifalie?"soal Ratu Elena.