RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 21


__ADS_3

Semua orang berundur kebelakang kerana mereka merasakan hawa panas yang menyelimuti lelaki itu sangat panas seperti tulang-tulang mereka juga ikut terbakar.


Ratu Elena memandang tajam ke arah lelaki itu.


"Kau buat apa di sini?"soal Ratu Elena.


"Saya datang membawa Durjana kembali, biar kami yang menghukumnya"sahut lelaki itu.


"Jika kau berani maka bawalah dia pergi"kata Ratu Elena.


"Saya tahu dia salah, saya tahu dia melanggar hukum neraka untuk tidak turun ke sini tapi..dia tetap masih tergolong iblis penghuni neraka. Maka dari itu dewi berbaik hati lah membiarkan kami yang menghukumnya, jika tidak dewi tahu apa yang akan dewi terima"kata lelaki itu.


"Raja neraka, aku akan membuat perempuan ini menderita sehingga mati kerana berani membunuh tunangan aku, jika aku serahkan dia kepada kau..apakah kau boleh memberi jaminan jika hukuman yang kalian berikan tidak lebih baik dari hukuman ku kepadanya?"soal Ratu Elena.


"El Wenses masih hidup"jerit puteri Duyana.


Ratu Elena memusingkan badan melihat ke arah puteri Duyana.


"Apa kata kau?"soal Ratu Elena.


"Malam itu Wenses hanya pura-pura mati untuk menghindari iblis ini. Dia dibuang ke dalam laut, kami sengaja tidak mengembalikan Wenses kesini agar nyawanya tidak terancam"kata puteri Duyana.


Durjana yang mendengar hal itu sangat sakit hati kerana rancangannya gagal untuk membuat Ratu Elena sedih sampai mati.


Durjana bangun perlahan lalu diam-diam ingin menyerang Ratu Elena tetapi tiba-tiba seluruh badanya diikat dengan tali hukuman neraka sehingga tidak boleh bergerak.


"Jika tunangan dewi masih hidup maka saya rasa saya sudah boleh membawa Durjana pergi kembali ke neraka" kata lelaki itu.


Ratu Elena membalikan badan melihat lelaki itu.


"Bawa dan hukum dia, jika aku mengetahui dia tidak menerima hukuman yang berat maka aku dengan senang hati menyerang kembali neraka"sahut Ratu Elena.


"Saya faham, saya mohon undur diri dewi"kata lelaki itu lalu pergi membawa Durjana.


"Betul ke Wen ada di kerajaan kalian?"soal Ratu Elena sambil berjalan ke arah mereka berlima.


"Iya, Wenses ada di kerajaan kami"sahut puteri Duyana.


"Kembali kan dia"kata Ratu Elena.


"Baik kami akan hantar dia segera, lebih baik El berehat"sahut puteri Duyana.


"Jika kalian tidak hantar dia malam ini, saya kan datang sendiri dan ambil dia. Di saat itu bersedialah menerima serangan"kata Ratu Elena lalu berjalan masuk ke dalam paviliunya.


Puteri Duyana terkilan mendengar cara Ratu Elena berbicara dengan ya.


"Abaikan, kita semua faham jika El sedang risaukan Wenses"kata Ratu Rubefta.


"Lebih baik kita kembali kan Wenses malam ini, jika tidak apa yang dikatakan El akan dia lakukan"kata puteri Daifalie.


"Saya akan ikut dengan kalian"kata Well.


Walaupun dia sangat mencintai Ratu Elena, melihat dari kejadian itu dia faham jika Wenses sangat berarti untuk Ratu Elena melebihi apapun.


"Kita pergi sekarang"kata puteri Angelia.


Mereka berlima pun terus pergi ke kerajaan suku duyung.


Malam sudah agak larut tapi Ratu Elena masih menunggu kekembalian Wenses di dalam paviliun milik Wenses.


Dia merindui lelaki itu ditambah lagi perasaan risau dan bersalahnya membuat dirinya sangat tidak tenang.


"El"panggil Wenses yang baru masuk ke dalam paviliunya.


Ratu Elena berdiri lalu terus berlari memeluk Wenses.


Wenses membalas pelukan Ratu Elena.


"Maafkan saya Wen, saya sempat menjadi pengecut kerana saya fikir dia adalah Medina"kata Ratu Elena.


Wenses menolak perlahan tubuh Ratu Elena lalu dia memandang wajah sang Ratu.


"Saya faham El, saya tidak salahkan El. Kemana saja El lima hari ini?"soal Wenses.


Ratu Elena menyekah Air matanya.


"Saya berjumpa dengan Raja neraka untuk bertanya tentang Durjana,sebelum itu, selama dua hari saya memulihkan diri"sahut Ratu Elena.


"Bagaimana El melarikan diri dari penjara tanpa dilihat oleh pengawal bayangan Rubefta?"soal Wenses.


Ratu Elena ketawa kecil.


"Dalam perjalanan masuk penjara saya dah membuat klon, badan asli saya sedang membuat perjalanan ke neraka kerana awal melihat Durjana saya dah melihat dia diselimuti hawa neraka, klon saya pula sedang diseksa di dalam penjara"sahut Ratu Elena.


Wenses memegang lengan Ratu Elena dengan cepat kerana setahu dia apa yang dilakukan terhadap klon Ratu Elena itu akan berdampak kepada tubuh asli.


Benar saja lengan Ratu Elena ada bekas luka pukulan.


Ratu Elena mengenggam tangan Wenses yang sedang memegang lengannya.


"Jangan risau, ini boleh dihilangkan"kata Ratu Elena untuk mengurangkan perasaan risau Wenses.


"El..bertanya kepada Raja neraka atau menyerang neraka?"soal Wenses.


Ratu Elena hanya mempu tersengih.


Wenses menjentik dahi Ratu Elena perlahan.


Ratu Elena mengedipkan mata sekejap menerima jentikan itu.


"El jangan nakal lagi, dan ingat apapun yang terjadi kepada El beritahukan saya"kata Wenses.


Ratu Elena agak lama terdiam lalu mengangguk.

__ADS_1


"Malam ini Wen temankan saya tidur"pinta Ratu Elena.


"El yakin ke?"soal Wenses.


Ratu Elena menganggukan kepala dengan laju.


"Kalau macam tu kita mandi dulu"kata Wenses dia yakin Ratu Elena masih belum mandi kerana wajahnya masih agak kusam.


"Baiklah"sahut Ratu Elena.


Mereka berdua pun mandi sama-sama.


Setelah mandi mereka berbaring di tempat tidur.


"Bulan purnama seterusnya akan tiba tiga hari lagi, sebelum itu esok saya akan ketuai pasukan untuk mengambil alih kerajaan Air"kata Ratu Elena.


"El..boleh ke jika peperangan itu saya yang memimpin?"soal Wenses.


Ratu Elena faham jika tujuan Wenses tidak mahu bergantung padanya.


"Baiklah, saya akan berada di sisi Wen untuk menerima arahan"sahut Ratu Elena.


"Saya mahu El..tidak ikut serta"kata Wenses.


Ratu Elena bangun dari baringnya lalu memandang Wenses.


"Kenapa?"soal Ratu Elena tidak berpuas hati.


"El jangan salah faham, saya cuma mahu merebut kerajaan dengan usaha saya"sahut Wenses.


"Tapi saya tidak mahu melihat Wen berjuang sendirian"sahut Ratu Elena.


"Saya faham El, baiklah tapi El tidak dibenarkan ikut bertempur ok"kata Wenses.


Ratu Elena mengangguk ragu-ragu.


"El..saya tahu El tidak sanggup, tapi jika El mengingkari apa yang saya katakan saya akan buat El menyesal"kata Wenses.


"Ohya..macam mana Wen nak buat saya menyesal?"soal Ratu Elena sambil berbaring di atas badan Wenses.


"El..jangan cuba menggoda saya"kata Wenses.


Ratu Elena menyembunyikan senyum nakal.


"Saya tak goda Wen"elak Ratu Elena tetapi tangannya menyentuh leher Wenses.


"El.."panggil Wenses.


Bukanya berhenti tangan Ratu Elena malah semakin liar.


"Saya dah bagi El amaran"kata Wenses lalu terus menarik Ratu Elena kedalam pelukan dan menarik selimut untuk menutup mereka berdua.


(Esok harinya)


"Pagi Wen..awalnya bangun"sahut Ratu Elena.


"Saya nak renung wajah El"sahut Wenses.


Wajah Ratu Elena menjadi merona.


"Dahlah saya nak mandi dulu"kata Ratu Elena lalu turun dari tempat tidur tanpa menggunakan apa-apa.


Wenses berdiri lalu terus menutup badan Ratu Elena dengan selimut.


"Lupa ke apa yang kita buat semalam?"ejek Wenses sambil mengecup bahu Ratu Elena.


Ratu Elena terus bergegas meninggalkan Wenses untuk ke kamar mandi.


Tidak berselang lama mereka berdua pun sama-sama berjalan ke aula utama.


Wenses mengedipkan sebelah mata melihat Ratu Elena.


Ratu Elena terus duduk di singasana.


"Jika ada pertanyaan, tanyakanlah"kata Ratu Elena.


Semua petinggi kerajaan tidak berani mengeluarkan suara kerana mereka menganggap diri mereka sebagai pengkhianat yang mengkhiantai sang Ratu sebenar.


Tiba-tiba ada seorang budak perempuan yang menerobos masuk ke dalam istana lalu terus melempar Ratu Elena dengan telur.


Para petinggi istana sangat terkejut lalu terus menangkap budak perempuan itu.


Ratu Elena berdiri lalu berjalan ke arah perempuan itu.


Wenses ikut berasa marah juga dengan perbuatan budak itu kerana berani melempar kekasihnya dengan telur.


"Siapa nama kau?"soal Ratu Elena kepada budak itu sambil duduk berlutut di depanya.


"Ratu bodoh macam kau tidak layak duduk di singasana"kata budak itu.


Ratu Elena mengukir senyum kecil.


"Kenapa?"soal Ratu Elena dengan suara perlahan.


Semua orang malah binggung dengan perlakuan Ratu Elena yang kelihatan tidak marah.


Tiba-tiba budak itu menagis kuat.


"Eh kenapa mengais?"soal Ratu Elena lalu menarik budak itu perlahan ke dalam pelukkanya.


"Ratu tak melawan masa ditindas"sahut budak itu.


Ratu Elena mendukung budak itu.

__ADS_1


"Siapa yang berani tindas saya?, Nanti kita pukul dia"sahut Ratu Elena.


Tangisan budak itu terus berhenti lalu memandang wajah Ratu Elena.


"Perempuan itu, dia penjarakan Ratu tapi Ratu diam saja masa diseksa"kata budak itu.


"Darimana kau tahu?"soal Ratu Elena.


"Ayah saya"sahut budak itu sambil melihat salah seorang petinggi istana.


Lelaki itu terus bersujud di depan Ratu Elena.


"Ampunkan hamba yang mulia, hamba tidak tahu jika anak hamba akan berani berbuat seperti itu"kata lelaki itu.


Ratu Elena menyuruh lelaki itu berdiri.


"Siapa nama kau?"soal Ratu Elena kepada budak perempuan itu.


"Nama hamba Bilta yang mulia"sahut budak itu.


"Bilta sayang saya?"soal Ratu Elena sambil membawa budak itu duduk di singasana dengan cara mendudukkan di atas pahanya.


"Sayang"sahut Bilta.


"Jangan diam saja..kalian duduklah kembali"arah Ratu Elena.


Semua petinggi istana duduk kembali.


Wenses tersenyum melihat gelagat Ratu Elena yang nampak comel melayan budak yang bernama Bilta itu.


"Kalau macam tu...Bilta nak ke jadi anak angkat saya?"soal Ratu Elena.


Semua orang terngagah.


"Hamba tidak berani yang mulia"sahut Bilta sambil melihat ke arah ayahnya.


"Faigel, bolehkah Bilta menjadi anak angkat saya?"soal Ratu Elena terus kepada ayah Bilta.


"Hamba sangat beruntung jika yang mulia berkenan"sahut Faigel dengan hormat.


"Bilta nak?"soal Ratu Elena.


"Hamba terima yang mulia"sahut Bilta.


"Baiklah Bilta panggil saya ibunda boleh?"soal Ratu Elena.


"Ibunda"panggil Bilta terus.


Semua petinggi kerajaan iri dengan Bilta kerana menajdi anak angkat sang Ratu dalam sekejap.


"Tapi, Bilta kena pindah tinggal kat istana..dan ingat Bilta kena belajar untuk menjadi anak ibunda ya"kata Ratu Elena.


"Bilta bersedia ibunda"sahut Bilta dengan gembira.


"Dimana puteri Eleya?"soal Ratu Elena kepada Retda.


"Dia sedang belajar El"sahut Retda.


Lagi-lagi semua mulut orang terngagah. Kerana sang ketua Menteri kanan memanggil sang Ratu dengan nama yang akrab.


"Lupa mengkhabari, mulai sekarang Retda tidak akan menjabat sebagai ketua Menteri kanan...dia telah menjadi sahabat darah saya, secara resminya Retda saya angkat sebagai penasihat kecil saya"kata Ratu Elena.


"Kebijakan dan kemuliaan dari yang mulia"sahut para petinggi kerajaan.


Wajah Humrey berubah derastis.


"Pertemukan puteri Bilta dengan puteri Eleya, katakan bahawa dia adalah keponakanya"kata Ratu Elena.


"Baik El"sahut Retda lalu membawa pergi puteri Bilta.


"Apakah pasukan sudah disiapkan?"soal Ratu Elena kepada Humrey.


"Sudah yang mulia"sahut Humrey.


"Tarik jenderal utama, pakaikan putera Wenses dengan baju perang kerana penyerangan ini diketui oleh putera Wenses"kata Ratu Elena.


"Baik yang mulia"sahut Humrey lalu membawa pergi Wenses untuk bersiap.


"Dia mana baju perang saya?"soal Ratu Elena pada Well.


"El nak ikut berperang ke?"soal Ratu Rubefta.


"Lebih baik Ratu Rubefta balik,di sini urusan Ratu sudah tidak ada"sahut Ratu Elena.


"Tapi El.."kata Ratu Rubefta.


"Jangan katakan bahawa kau dah lupa apa yang kau lakukan malam itu"kata Ratu Elena.


Ratu Rubefta menundukan wajah.


"Baiklah saya pergi sekarang El"sahut Ratu Rubefta.


Ratu Elena mengangguk.


"Saya pergi juga?"soal puteri Daifalie.


"Korang berdua temankan saya pergi berperang"kata Ratu Elena.


"Ha!"sahut puteri Daifalie dan puteri Angelia serentak kerana terkejut.


"Kalau tidak mahu, pergilah"kata Ratu Elena.


"Jarang-jarang boleh nampak Ratu dua elemen berperang, mestilah kami ikut"sahut puteri Angelia.

__ADS_1


__ADS_2