
"Jernihkan dulu fikiran kau,malam ini kita ada sesuatu yang perlu dilakukan"kata Ratu Elena lalu membawa putera Duyfande ke tempat tidur.
(KEESOKKAN HARINYA...)
Ketika semua selir sedang ke aula utama untuk menyapa Ratu Elena tiba-tiba putera Duyfande menghampiri Wenses.
"Kau tahu kemana yang mulia tidur semalam?"soal putera Duyfande.
"Tak tahu"sahut Wenses.
"Yang mulia bermalam di paviliun aku, kami bermain dengan baik. Rupanya yang mulia sangat lembut ketika di atas tempat tidur berbeza dengan yang orang lain nampak"kata putera Duyfande.
Wenses menggepalkan tangan. Mahu saja dia menghancurkan wajah lelaki itu.
"Jangan bangga dulu, mungkin malam ini yang mulia akan datang ke paviliun saya "sampuk putera Daunde.
Sudah panas ditambah panas lagi hati Wenses. Dia berjalan laju untuk ke aula utama kerana tidak mahu mendengar perbualan yang menyakitkan telinga itu.
Ketika semua selir sudah tiba Ratu Elena pun memberikan mereka seorang satu kalung.
"Kalian pergi kemana saja guna lah kalung ini, ini tanda kalian sebagai selir Ratu "kata Ratu Elena.
"Terima kasih yang mulia"ucap mereka.
"Hari ini saya akan menghantar kalian ke hutan untuk mencari sesuatu, kalian jaga diri kalian baik-baik"kata Ratu Elena.
Wenses dan putera Tandy berpandangan.
"Selir tertua,selir manik dan selir bunga ikut satu kereta kuda dengan puteri Angelia dan puteri Daifalie. Selir indah,ketua selir dan selir karma ikut dengan tuan Well"kata Ratu Elena.
"Kau dengan siapa El?"soal Well.
"Saya pergi sendiri "sahut Ratu Elena.
"Jaga diri baik-baik El "kata puteri Angelia.
"Baiklah kalian boleh bertolak sekarang, ingat Well.. Angelia dan Daifalie, jaga selir saya baik-baik "kata Ratu Elena.
"Baiklah"sahut mereka bertiga.
Setelah selesai bersiap mereka pun terus bertolak ke hutan untuk mencari sebuah tumbuhan yang bernama bunga tujuh warna.
Ratu Elena melihat mereka dari kejauhan. Dia sedang mengawasi jika ada selir yang akan berlaku sesuatu yang mencurigakan.
"Kau pernah nampak ke bunga tujuh warna tu Wen?"soal putera Tandy.
"Tak..saya rasa itu semacam ubat penawar kutukan yang sangat langka"sahut Wenses.
"Errr..hai"sapa putera Rubendy kepada mereka berdua.
Mereka berdua melihat ke arah putera Rubendy.
"Kenalkan nama saya Rubendy, adik tiri Ratu Rubefta"kata putera Rubendy.
"Adik Ratu Rubefta rupanya..patut lah berani cakap macam tu dengar tiga selir sesat tu"kata putera Tandy.
"Terima kasih bantu saya tempoh hari"ucap Wenses.
"Saya tak bantu...saya cuma tak suka mereka menghina kau"kata putera Rubendy.
"Hei..saya nampak kau ne masih remaja sangat, kenapa nak jadi selir Ratu?"soal putera Tandy.
"Saya ada misi yang diberikan oleh kakak saya"sahut putera Rubendy.
"Misi apa?"soal Wenses.
"Misi....rahsia"sahut putera Rubendy. Jika dia membuka misi itu kepada orang lain maka hukuman akan menantinya.
"Engkau ne Wen..dah tahu misi mana boleh tahu"ejek putera Tandy.
"Misi baik ke buruk?"soal Wenses lagi.
"Kau fikir kakak saya nak buat benda buruk dekat Ratu ke?"soal kembali putera Rubendy sambil tersenyum.
"Tak..saya cuma nak tahu"kata Wenses dengan suara perlahan.
"Wenses, aih salah..selir karma sini sekejap"panggil Well.
Wenses melangkah ke arah Well.
"Kenapa tuan?"soal Wenses.
"Geli lah kau panggil saya tuan, panggil Well saja kalau takde yang dengar. Ne hah macam mana hubungan kau dengan El?"soal Well.
"Macam yang kau nampak"sahut Wenses. Dia sendiri tahu jika lelaki itu juga menyukai Ratu Elena, untuk apa dia membicarakan hubungannya dengan Ratu Elena apalagi sekarang hubungan mereka sudah hancur.
"Jangan salah faham, saya tanya bukan ada maksud apa-apa..sekarang saya cuma mencintai Ratu Rubefta"kata Well tanpa berselindung.
"Kau..dengan Ratu Rubefta?"soal Wenses seakan-akan tidak percaya.
Well menganggukan kepala.
"Dah dua bulan lebih kami bersama,jadi..kau tak perlu risau tentang perasaan saya pada El..sebab saya hanya anggap dia sebagai sahabat sekarang"kata Well.
"Owh..jadi kenapa kau panggil saya?"soal Wenses.
"Kau tahu kegunaan bunga tujuh warna?"soal Well.
__ADS_1
"Tidak"sahut Wenses sepatah.
"Saya dengar El mencari bunga ini untuk mengubati selir jiwa yang sedang sakit"kata Well.
"Selir jiwa?, Antara kami berenam tidak ada yang bernama selir jiwa"sahut Wenses.
"Saya tahu...tapi sepertinya ini selir baru El "sahut Well.
"Apa penyakit selir jiwa itu?"soal Wenses.
"Kutukan bunga beracun "jawab Well.
Jantung Wenses tiba-tiba cepat berdenyut.
"Nama dan darimana?"soal Wenses lagi. Di dalam hatinya sedang berdoa semoga orang itu bukankah orang yang sedang dia fikirkan.
"Saya tak tahu dia dari mana..tapi sepertinya nama orang itu... Ghailen"sahut Well.
Wenses terundur ke belakang kerana dia sangat terkejut.
"Kau kenapa?"soal Well dengan perasaan risau.
"Dia..adik saya"kata Wenses dengan suara perlahan.
Well terdiam buat seketika.
Dia tahu jika lelaki itu pernah melukai Ratu Elena tapi dia tidak menyangkah Ratu Elena akan mengambil mereka kakak beradik untuk dijadikan selir sekaligus.
"Kau tenang..mungkin El ada alasan sendiri"kata Well untuk menenangkan Wenses.
"El benar-benar benci pada saya...jika tidak dia tidak akan hina saya sedalam ini"kata Wenses.
Well tidak menyahut.
"Saya perlu bertemu dengan El dan tanyakan apa sebenarnya maksud dia"kata Wenses.
Well tidak lagi dapat menahan kepergian Wenses untuk mencari Ratu Elena, biarlah dia dimarahi oleh Ratu Elena kerana membongkar rahsia itu.
Ratu Elena sedang berehat di sebuah pokok melihat kelibatan Wenses. Dia melihat Wenses sepertinya sedang mencari seseorang. Dia terus bergegas turun dan datang ke arah Wenses.
"El"panggil Wenses.
"Ada apa selir karma berkeliaran sendiri?,dimana tuan Well?"soal Ratu Elena.
"Kenapa El jadikan adik saya sebagai selir?"soal Wenses.
"Panggil saya yang mulia"kata Ratu Elena.
"Baik...yang mulia kenapa menjadikan adik hamba sebagai selir yang mulia?"soal Wenses.
Wenses mengigit bibirnya sehingga ada darah mengalir. Dia berusaha menahan dan membuang perkataan yang baru saja dia dengar dari bibir wanita yang dia cintai itu.
"Jangan dia yang mulia"kata Wenses.
Ratu Elena melihat bibir Wenses yang berdarah. Dia maju kehadapan lalu terus mengecup bibir Wenses agak lama.
Wenses tidak melawan kerana dia juga merindui perkara itu dilakukan bersama Ratu Elena.
Ratu Elena menyekah bibirnya yang terkena darah dari bibir Wenses.
"Percuma kau menyakiti diri Wenses, sampai bila-bila aku akan tetap seperti ini bermain dan bergembira dengan semua lelaki yang aku mahu"kata Ratu Elena.
"Tapi tidak dengan Ghailen El!"bentak Wenses.
Ratu Elena tersenyum sinis.
"Kalau kau tidak mahu maka tinggalkan kerajaan dua elemen. Dengan begitu aku tidak akan menjadikan Ghailen sebagai selir."kata Ratu Elena.
Wenses menggepalkan tangannya.
"Hamba mohon yang mulia, lepaskan adik hamba"kata Wenses sambil melutut di depan Ratu Elena.
Ratu Elena memalingkan wajah, dia tidak mahu melihat Wenses yang sedang memohon padanya.
Wenses mendongak melihat wajah Ratu Elena.
"Saya bersedia menjadi hamba yang mulia sampai saya mati...tapi jangan menjadikan Ghailen sebagai bahan balas dendam yang mulia pada saya"kata Wenses.
Ratu Elena mendorong tubuh Wenses menjauh darinya.
Wenses terus terjatuh di atas tanah.
"Aku tidak perlukan hamba Wenses!, Aku perlukan seorang calon raja yang mencintai aku dan percaya padaku walau apapun yang terjadi. Aku perlukan seseorang yang memahami aku Wenses. Tapi kau tidak memandang aku dulu...kau menghina aku di depan semua orang. Kau jadikan aku bahan hinaan yang sangat murah di depan kau!"gertak Ratu Elena.
"El..."
"Cukup Wenses,kau tidak ada hak untuk berbicara dengan aku. Sedar diri kau sikit kau itu hanya selir"kata Ratu Elena lalu terus terbang meninggalkan Wenses.
Wenses menangis sendu.
Putera Tandy dan putera Rubendy saling berpandangan ketika melihat dan mendengar perbualan Wenses dan Ratu Elena tadi.
"Putera Wenses yang lebih dulu menyakiti yang mulia rupanya...patut lah yang mulia sangat sadis denganya"komen putera Rubendy.
"Wenses menyakiti yang mulia bersebab lah, dia mahu mendapatkan inti lava daripada Raja Aprien dengan cara menikahi puteri Dea"sahut putera Tandy.
"Inti lava?"soal putera Rubendy.
__ADS_1
"Iya..sebab dengan adanya inti lava itu, yang mulia dapat menyatukan dua elemen. Maksudnya kutukan panas dingin yang mulia akan hilang"Terang putera Tandy.
"Putera Wenses tak tahu ke kalau yang mulia pergi ke gunung berapi berkembar untuk membentuk jiwanya kembali?"soal putera Rubendy.
"Kalau Wenses tahu takkan lah dia nak korban kan diri untuk menikah dengan puteri Dea"sahut putera Tandy.
Putera Rubendy terdiam seketika.
Dia sudah berjaya menyelesaikan misi pertama yang diberikan oleh kakak nya untuk mengetahui alasan Wenses mempermalukan Ratu Elena ketika di kerajaan suku Ruba.
Tinggal ada dua misi lagi yang perlu dia selesaikan agar dia terlepas dari gelaran selir Ratu Elena.
Dia berharap tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikan misi itu.
Ratu Elena berjalan ke arah Well dengan laju.
"Kenapa kau bagi tahu dengan Wenses tentang Ghailen?"soal Ratu Elena dengan nada yang marah.
Well menelan air liur.
"Saya tak sengaja El"sahut Well dengan suara perlahan.
"Kurangkan bercakap kalau tidak mahu hubungan kau dengan Rubefta renggang"kata Ratu Elena lalu terus pergi .
Well hanya melihat kepergian Ratu Elena dengan pandangan mata yang sayu. Dia sangat berharap Ratu Elena akan kembali tersenyum seperti dulu.
"Bawa semua selir kembali"arah Ratu Elena kepada puteri Angelia dan puteri Daifalie.
"Baik El sahut mereka berdua"sahut mereka berdua.
Semua selir pun dibawa kembali ke dalam istana.
Ratu Elena duduk di singasana sambil termenung.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia saling melanggar bahu sambil memuncungkan mulut ke arah Ratu Elena.
Ratu Elena memandang mereka berdua, mereka pura-pura mengalihkan pandangan mata kehadapan.
"Apa masalah korang ne?"soal Ratu Elena.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia serentak menggelangkan kepala.
"Ne..korang tak ada kerja lain ke selain datang disini dan menganggu ketenangan saya?"soal Ratu Elena.
"Kami nampak El tak tenang pun"sahut puteri Daifalie selambah.
Ratu Elena membulatkan matanya melihat puteri Daifalie.
Tiba-tiba Ratu Elena tersenyum menyeringai.
Mereka berdua dapat merasakan ada perkara tidak baik yang akan Ratu Elena lakukan kepada mereka berdua.
"Saya pergi dulu lah, ada urusan sikit"kata puteri Daifalie, lalu dia terus berdiri tergesa-gesa.
Puteri Angelia juga mengikuti tindakan puteri Daifalie.
"Tunggu"kata Ratu Elena.
Mereka berdua berpusing perlahan melihat ke arah Ratu Elena.
"Iya..yang mulia, apa yang boleh kami bantu?"soal puteri Angelia sambil berpura-pura senyum.
"Temankan saya berlatih"kata Ratu Elena.
"Apa!!!"jerit puteri Daifalie dan puteri Angelia.
(Di aula pertarungan)
Semua petinggi dan para selir kerajaan datang melihat latihan pertama kali Ratu Elena itu.
"Kenapa masuk dua orang?"soal Ratu Elena.
"Kalau kami masuk satu-satu takutnya akan teruk dipukuli"sahut puteri Angelia.
"Baiklah..lakukan latihan seperti pertarungan sebenar"kata Ratu Elena.
Puteri Angelia memamerkan wajah sedih dan pasrah pada puteri Daifalie.
"Dahlah..siapa suruh kita kacau dia"kata puteri Daifalie. Sebenarnya dia juga takut tapi apakan saya sudah terlanjur.
"Kalau takut korang boleh cari pengganti"kata Ratu Elena.
"Boleh ke?"soal puteri Daifalie.
Ratu Elena menganggukan kepala.
Tiba-tiba puteri Daifalie berlari lalu menarik tangan putera Daunde masuk ke dalam aula pertarungan.
Puteri Angelia pula menarik Wenses dan dibawa masuk ke dalam aula pertarungan.
Ratu Elena ketawa kecil.
"Ini pengganti korang?"soal Ratu Elena.
Puteri Daifalie dan puteri Angelia serentak mengangguk.
Putera Daunde dan Wensas terbingung seketika.
__ADS_1