RATU E_E_A

RATU E_E_A
BAB 27


__ADS_3

Mana mungkin dia sanggup memberitahu Wenses jika dia pergi untuk membentuk kembali jiwanya yang hancur kerana menempah tubuh fizik kedua orang tua Wenses.


"Jika benar, kenapa kau tidak membawa aku bersama kau?. Kau malah membawa lelaki itu?. Dan kata-kata kau ketika di paviliun itu apa maksudnya?"soal Wenses bertubi-tubi.


"Wen, saya tahu saya salah berikan saya peluang terakhir"kata Ratu Elena.


"Sudah terlambat, saya sudah bertunangan dengan puteri Dea dari kerajaan elemen api"sahut Wenses.


"Putuskan pertunangan itu Wen "kata Ratu Elena.


Wenses memandang Ratu Elena dengan mata berkaca.


"Aku ada soalan untuk kau, kau tahu ke penderitaan aku selama ini kerana merindui dan mengkhawatirkan kau?. Dalam masa yang sama aku takut kehilangan kau?. Setiap hari aku menunggu dan terus menunggu berharap kau datang dan mengatakan bahawa kau merindui aku dan membawa aku untuk menikah. Kau tahu..setiap hari aku ke kerajaan kau walaupun setiap kali aku kesana aku dihalau seperti anjing?"soal Wenses dengan suara yang bergetar.


"Wen maafkan saya"hanya itu yang mampu Ratu Elena katakan. Hatinya menjerit mendengar penderitaan Wenses selama kepergianya.


"Sudahlah..aku sudah penat , lebih baik kau pergi"kata Wenses lalu terus pergi berbaring di atas tempat tidur.


Ratu Elena menghapus Air mata yang mengalir di pipinya.


Dia melangkah mendekati Wenses yang sedang berbaring.


"Wen..sekarang saya sudah kembali, menikah lah dengan saya"kata Ratu Elena.


Wenses bangun dari baringnya lalu duduk menghadap Ratu Elena.


"Kau masih banyak lelaki lain yang perlu kau jaga, lepaskan aku"kata Wenses.


Ratu Elena mengetapkan giginya .


"Tidak semudah itu Wen"kata Ratu Elena lalu mengecup bibir Wenses secara paksa.


Wenses menolak badan Ratu Elena sehingga perempuan itu terjatuh.


Ikutkan hati mahu saja Wenses membantu Ratu Elena untuk berdiri tapi dia masih sakit hati.


"Wen yang paksa saya"kata Ratu Elena lalu menaburkan bubuk perangsang ke wajah Wenses.


Wenses yang terkena bubuk itu terus terbaring lemah.


"Saya sudah katakan..nyawa dan badan Wen milik saya"kata Ratu Elena lalu melepaskan pakaian Wenses.


Wenses hanya diam memandang wajah Ratu Elena.


' jika dulu..saya yang berharap El melakukan perkara ini dengan saya, tapi sekarang saya rasa sakit hati dan direndahkan diperlakukan seperti ini'kata hati kecil Wenses.


Masa berlalu dengan cepat sehingga pagi sudah hampir tiba.


Ratu Elena turun dari tempat tidur lalu memakai pakaian ya.


"Malam nanti saya akan datang"kata Ratu Elena lalu melangkah untuk pergi.


"Dimana El yang aku kenal dulu?, El yang dulu akan malu melakukan perkara ini kepada aku apalagi saat ini aku sangat membenci dia"kata Wenses yang masih berbaring di atas tempat tidur.


Langkah kaki Ratu Elena terhenti.


"El yang dulu sudah mati Wen, El yang sekarang hanya tahu dan hanya mahu memiliki kau"sahut Ratu Elena sambil memusingkan badan melihat Wenses.


"Kau tidak ada bezanya dengan perempuan murahan dan ******"kata Wenses.


Ratu Elena mengetapkan giginya.


Di berjalan ke arah Wenses lalu mengecup bibir lelaki itu sekejap.


"Memang benar, disebabkan Wen sudah tahu maka jadilah pemuas nafsu saya dengan rela"kata Ratu Elena lalu pergi.


Wenses bangun lalu terus ke kamar mandi.


Dia menagis di dalam kamar mandi dengan kuat. Dia tidak menyangkah cinta yang dia tanam untuk Ratu Elena akan dihina sedemikian rupa oleh wanita itu.


"Aku benci kau El"gumam Wenses.


Hari demi hari berlalu, Ratu Elena tetap memperlakukan Wenses seperti itu. Kadang-kadang Wenses menjadi lunak melayani Ratu Elena untuk tidur bersama tetapi setelah bangun dia akan menghina Ratu Elena.


Hati Ratu Elena yang sudah puas menerima hinaan malah semakin berani bahkan dia pernah menculik Wenses dan dibawa kembali ke kerajaan miliknya.


Wenses tertekan, di lain sisi dia merasa bahagia kerana masih dapat bersama Ratu Elena walaupun cuma ketika tidur saja tetapi di sisi lain dia marah dan kecewa kerana merasa dirinya hanya alat permainan bagi sang Ratu.


Petang itu kerajaan elemen Air didatangi oleh orang-orang dari kerajaan elemen api.


Penasihat kecil sang Raja datang untuk mendiskusikan masalah perkahwinan.


"Apakah putera Wenses sudah menentukan tarikh pernikahan?"soal penasihat kecil kerajaan elemen api.

__ADS_1


"Saya tidak boleh memutuskan itu sekarang, sila berikan saya masa"sahut Wenses.


"Baiklah,sila putera putuskan sendiri..jika sudah mendapat tarikh yang sesuai maka beritahukan kepada kami"sahut penasihat kecil itu.


"Jika berkenan bolehkah tuan penasihat berbicara empat mata dengan saya"kata Wenses.


"Tidak masalah"sahut penasihat kecil kerajaan elemen api itu.


Mereka berdua pun pergi ke peviliun Wenses.


"Duduklah "jemput Wenses.


Lelaki itupun duduk.


"Bagaimana dengan hasil pencarian kau Ghailen?"soal Wenses.


Rupanya penasihat kecil kerajaan elemen api itu ialah Ghailen adik angkat putera Wenses.


"Memang benar seperti yang saya katakan Wen, inti lava itu ada di kerajaan elemen api"sahut Ghailen.


Wenses terdiam buat seketika.


(Tentang kemunculan Ghailen )


Malam ketika Wenses dan Ghailen dijemput dari alam manusia, mereka berdua tiba di tempat yang berbeza. Wenses kembali ke kerajaan elemen Air manakalah Ghailen ditangkap oleh Raja Aprien dan dijadikan anak angkat.


Wenses juga tidak tahu jika Ghailen sudah kembali ke alam elemen.


Ketika di kerajaan suku duyung Wenses juga sempat bertanya kepada Nek Da dimana keberadaan Ghailen tetapi Nek Da mengatakan bahawa Ghailen hilang dan dia tidak dapat menemui ya di alam manusia lagi. Disebabkan itu dia kembali ke alam elemen untuk mencari Ghailen tetapi tetap juga dia tidak mendapat petunjuk kerana Ghailen sudah diambil oleh kerajaan elemen api.


Dia baru tahu keberadaan Ghailen ketika kedatangan Ghailen pertama kali ke kerajaan elemen Air untuk menghantar titah pertunangan dari Raja Aprien. Dia mendapat informasi tentang inti lava juga dari Ghailen.


"Wen kena hati-hati, saya rasa tujuan Raja Aprien untuk menjadikan kau sebagai suami puteri Dea untuk dijadikan sebagai bahan uji cuba energi iblis neraka yang mereka dapat dari Raja neraka terdahulu"kata Ghailen.


"Bagaimana dengan kutukan bunga beracun kau?"soal Wenses.


"Jangan risau, selama saya meminum ubat yang diberikan... kutukan ini masih dapat saya kawal"sahut Ghailen.


"Apa kau sudah tahu cara untuk mencuri inti lava itu?"soal Wenses.


"Tidak ada Wen, inti lava itu disembunyikan dengan baik oleh Raja Aprien"sahut Ghailan.


"Hanya dengan menikah dengan puteri Dea barulah saya mendapatkan inti lava itu"kata Wenses.


"Jika seperti itu berpura-puralah mencintai puteri Dea agar kau dapat mencari tahu tentang inti lava itu dari dia"kata Ghailen.


"Jika boleh saya tidak mahu melibatkan perasaan dalam hal ini"sahut Wenses.


"Wen, boleh saya tanya?"soal Ghailen.


"Tanyalah"sahut Wenses.


"Kenapa Wen nak sangat inti lava?"soal Ghailen.


"Saya..cuma mahu berikan pada seseorang"sahut Wenses.


"Siapa?"soal Ghailen.


"Mungkin kau tidak akan percaya jika saya katakan"sahut Wenses.


"Hei Wen, cakaplah"kata Ghailen sambil menampar bahu Wenses perlahan.


"Saya jatuh hati dengan Ratu Medina, yang Nek Da cerita kan dalam buku cerita semasa di alam manusia"sahut Wenses.


Mata Ghailen mengecil melihat Wenses.


"Bukan ke Ratu Medina tu..kejam?"soal Ghailen.


"Cerita di buku itu tidak sama dengan yang sebenarnya, Ratu Medina menghisap roh orang hanya untuk mengubah garis takdir mereka. Kedua orang tua kita juga termasuk dan lihatlah mereka kembali"kata Wenses.


"Maksudnya saya ditipu oleh Raja Aprien"kata Ghailen dengan suara perlahan.


"Maksud kau apa?"soal Wenses.


"Raja Aprien menyuruh saya mencuri cincin perak yang digunakan oleh Ratu Medina untuk menghisap roh. Katanya cincin itu diperlukan untuk menyelamatkan guru nya"sahut Ghailen.


"Bagaimana kau boleh ambil cincin itu dari Ratu Medina?"soal Wenses kerana setahunya walaupun kekuatan Ghailen agak tinggi mustahil dapat merebut cincin itu dari Ratu Elena.


"Ratu Medina masa itu pergi entah kemana, jadi cincin itu ditingalkan kepada anak angkat nya. Jika tidak salah namanya Bilta"sahut Ghailen.


Wenses terdiam seketika.


"Jadi cincin itu ada di tangan Raja Aprien?"soal Wenses.

__ADS_1


"Iya,dia berkata jika dia memerlukan darah dewi api untuk melepaskan semua roh di dalam cincin agar roh gurunya dapat dihidupkan lagi"sahut Ghailen.


"Darah dewi api?"soal Wenses.


Ghailen mengangguk.


"Kau tak bunuh Bilta kan?"soal Wenses.


Ghailen agak lama terdiam.


"Saya tak tahu keadaan mereka berdua, tapi masa saya mengambil cincin itu saya sempat bertarug dengan budak itu..kekuatan budak itu sangat menakutkan seperti ada jiwa dewi di dalam tubuhnya. Jadi saya terpaksa menggunakan racun jarum tujuh warna untuk mengalah kan mereka"sahut Ghailen.


"Mereka berdua?. Siapa lagi yang terkena racun jarum tujuh warna selain Bilta?"soal Wenses.


"Saya tidak tahu pasti siapa perempuan yang satunya lagi, dilihat dari pakaian nya dia seperti seorang puteri"sahut Ghailen.


"Jangan cerita kan ini kepada siapapun, jika Ratu Medina tahu dia akan mengincar kau. Biarkan saya yang menyelesaikan masalah ini untuk kau"kata Wenses.


"Baiklah terima kasih, jika sudah tidak apa-apa lagi saya nak pergi dulu. Saya perlu melapor pada Raja Aprien"kata Ghailen sambil berdiri.


"Kau jaga diri, setelah saya menemukan penawar kutukan bunga beracun saya akan membawa kau pergi dari kerajaan elemen api"kata Wenses.


Ghailen menganggukan kepala lalu terus pergi.


Wenses duduk kembali dia masih berfikir apa tujuan sebenarnya Raja Aprien mencuri cincin perak pengubah takdir milik Ratu Elena. Jika benar untuk menyelamatkan roh kenapa dia tidak berdiskusi secara baik-baik dengan Ratu Elena.


(Seminggu kemudian)


Malam hari itu,Kerajaan suku Ruba akan membuat perayaan atas kesembuhan Raja Rubetley,mereka menjemput semua calon penerus kerajaan di dalam alam elemen itu termasuk dari kerajaan elemen Air dan api.


"Kau pergi ke El?"soal Ratu Rubefta.


Dia faham jika Ratu Elena menolak untuk pergi kerana di sana mungkin ada Wenses yang akan hadir juga.


"Saya akan datang"sahut Ratu Elena selambah.


"Tapi di sana ada Wenses nantinya"kata Ratu Rubefta.


"Tidak mengapa, saya boleh menyelesaikan masalah ini"sahut Ratu Elena.


"Baiklah, ayahanda juga sangat berharap kau datang untuk memberikan penghargaan sebab memberikan harta kau untuk menyembuhkan dia"kata Ratu Rubefta.


"Jadi..apakah ayah kau akan mengambil alih kembali taktah ?"soal Ratu Elena.


"Ayah berkata jika sudah tiba masanya dia berundur dari taktah, jadi dia minta agar saya dapat memimpin kerajaan seperti biasa"sahut Ratu Rubefta.


"Kau akan menjadi saingan saya di masa depan untuk menjadi wanita mendominasi alam elemen"gurau Ratu Elena.


"Tak bertanding pun saya dah kalah, El dah jadi dewi dua elemen lah"sahut Ratu Rubefta merendah diri.


"Yang lebih cantik siapa?"soal Ratu Elena bergurau.


"El"sahut Ratu Rubefta.


"Yang sangat baik siapa?"soal Ratu Elena lagi sambil tertawa.


"El"sahut Ratu Rubefta lagi.


"Yang paling bodoh siapa?"soal Ratu Elena.


"El" sahut Ratu Rubefta tanpa perasan apa yang ditanyakan oleh Ratu Elena.


Ratu Elena menegakkan badan sambil melihat Ratu Rubefta.


Ratu Rubefta melihat Ratu Elena sambil tersengih.


"Maaf El, saya tak perasan apa yang El tanya tadi"kata Ratu Rubefta sambil berdiri perlahan.


"Siapa yang bodoh?"soal Ratu Elena.


"Saya"sahut Ratu Rubefta.


"Anak baik.."kata Ratu Elena sambil tersenyum bangga.


"Tak syok lah El ne, lebih baik saya pulang dulu"kata Ratu Rubefta lalu terus pergi.


Ratu Elena ketawa kuat melihat kepergian Ratu Rubefta yang nampak tergesa-gesa.


Malam itu Ratu Elena dan empat sahabat darah nya sama-sama memasuki aula perjamuan di kerajaan suku Ruba.


Semua pandangan mata tertuju ke arah mereka berlima.


"Tidak menyangkah Ratu yang tidak pernah terlihat datang ke perayaan ini"kata seorang perempuan.

__ADS_1


__ADS_2