
Wenses sudah terlalu lelah untuk melanjutkan latihan yang tidak akan mempunyai hasil baginya.
Dia sendiri sedar jika kekuatan fizik nya sangat lah lemah. Bahkan dia langsung tidak mempunyai pengetahuan dasar tentang kekuatan elemen Air miliknya.
"Kenapa berhenti?"soal Well dengan sinis kepada Wenses.
Wenses memandang ke arah Well. Dia sedar sesuatu yang menghairankan dari lelaki itu, dari awal dia sampai sehingga sekarang lelaki itu terlihat tidak menyukainya.
"Maaf tuan bolehkah saya berehat?,saya agak penat"kata Wenses.
"Kau fikir El pilih kau sebagai pengawal peribadi sebab kau tu penting sangat ke untuk El?. Untuk pengetahuan kau, El pilih kau sebab El nak balas perbuatan kau pada dia"kata Well.
"Dahlah Well,baik kita pergi bersantai daripada urus budak ne"sampuk Humrey lalu membawa Well pergi.
Wenses terheran sepuluh kali lipat, dia tidak tahu masalah apa yang dia perbuat untuk Well dan Humrey sehingga dua lelaki itu menganggunya.
"Dah jangan pandang mereka sangat,kembali lah malam ne guru yang mulia akan datang ke tempat kau"kata Retda.
Wenses mengangguk lalu pergi.
Malam itu, Wenses duduk di ruang tamu paviliun kecil yang disediakan untuknya sambil meminum teh.
Tidak terlalu larut Retda pun muncul bersama dengan seorang gadis yang agak kecil tetapi beraura menakutkan.
"Dah nak rehat ke?"soal Retda kepada Wenses.
"Belum nona"sahut Wenses.
"Jangan panggil aku nona, panggil Retda"kata Retda.
"Baik"sahut Wenses.
"Kenalkan ini nona Lena, guru peribadi yang mulia"kata Retda sambil memperkenalkan budak perempuan itu.
"Guru peribadi?"soal Wenses kerana itu bermaksud dia adik perguruan Ratu Medina.
"Iya, kenapa?"soal Retda.
"Saya merasa tersanjung dengan kebaikan yang mulia, sampaikan rasa terima kasih saya padanya"kata Wenses.
"Baiklah, silakan tuanku mula melatih dia"kata Retda kepada Lena.
"Kau boleh pergi"kata Lena.
"Jika ada apa-apa yang tuanku perlukan silakan panggil hamba"kata Retda .
"Jangan benar kan sesiapa mendekati paviliun ini"arah Lena.
Retda mengangguk lalu terus pergi.
"Kalau tak salah kau ne anak bekas raja kerajaan Air kan?"soal Lena kepada Wenses.
Wenses agak terkejut kerana identitinya terbongkar.
"Maaf tuanku,dari mana tuanku tahu?"soal Wenses.
"Kalung yang kau guna"sahut Lena.
"Iya"Wenses akhirnya mengakui perkara itu.
"Apa tujuan kau datang kat sini?"soal Lena.
Wenses tidak terus menjawab pertanyaan itu. Walaubagaimanapun, gadis itu ialah guru Ratu Medina.
"Aku tahu maksud kau datang sini,berharap kau tidak membenci El itu mustahil tapi carilah Air jernih disebalik Air yang keruh"kata Lena.
"Dia menhisap roh orang tua saya sebelum saya sempat bertemu dan berbicara dengan mereka. Saya cuma nak lepaskan roh orang tua saya tanpa membunuh jika boleh"sahut Wenses.
"Kau ada tanya El kenapa dia buat semua tu?"soal Lena.
"Dia dah banyak hisap roh orang tanpa memandang umur dan derajat,bagi saya itu hanya tindakan semena-mena dia"sahut Wenses.
"Sudahlah saya pun tidak mahu ikut campur urusan kalian para murid saya, cuma saya berharap kau bersedia mencari kebenaran tanpa membenci El dulu"kata Lena.
"Perkataan guru akan saya ingat"sahut Wenses.
"Baiklah persiapkan diri kau dulu,saya akan bantu kau membuka energi yang terkunci di dalam tubuh kau"kata Lena.
Wenses duduk bersilah di atas lantai lalu mempersiapkan diri.
Lena menyalurkan energi Murni elemen Air di dalam badan Wenses sehingga badan Wenses mula mengeluarkan cahaya berwarna biru.
Agak lama berkeadaan seperti itu tiba-tiba Wenses menjerit kesakitan dan bayangan naga Air terpancar dari tubuhnya.
"Malam ini kita sudahi sampai disini, esok saya akan datang kembali"kata Lena.
"Terima kasih guru"ucap Wenses.
Lena hanya menganggukan kepala lalu pergi.
KEESOKKAN HARINYA...
pagi-pagi lagi Wenses sudah melakukan pemanasan badan sambil melatih energi Murni di dalam badanya.
Tiba-tiba Retda muncul di depan pintu paviliun peribadi Wenses.
__ADS_1
"Guru Lena tidak akan datang hari ini dia tidak sihat, yang mulia meminta kau untuk ke altar pertarungan untuk melatih energi Murni"kata Retda.
"Baik"sahut Wenses lalu mengenakan pakaian pengawal .
Dia berjalan bersama dengan Retda melewati para pengawal yang lain.
Pandangan mata para pengawal itu tajam memandang ke arah Wenses.
Retda hanya memandang Wenses sekilas.
"Jika kau dipanggil maka terus masuk di altar pertarungan, ingat lakukan yang terbaik yang mulia juga ada di sini"kata Retda sambil memandang ke arah Ratu Medina yang duduk di singasana Bahagia atas altar.
"Baik"sahut Wenses.
Walaupun dia tidak mahu menjadi pengawal peribadi Ratu Medina tetapi dia tidak mahu mempermalukan diri dan gurunya.
Tidak berselang terlalu lama nama Wenses pun dipanggil, pasangan berlatih Wenses ialah binatang iblis harimau.
Ketika gendang dipukul perlawanan Wenses pun dimulai.
"Awasi keadaan"kata Ratu Medina kepada Retda yang berdiri disampingnya.
"Baik yang mulia"sahut Retda.
Well dan Humrey saling berpandangan.
Humrey menganggukan kepala.
Berlangsung agak lama perlawanan itu, tiba-tiba binatang iblis harimau itu menjadi sangat ganas. Wenses kelelahan menahan serangan-serangan tersebut.
Ratu Medina memandang Retda.
Retda mencuba membuat Ratu Medina bertenang dia masih berharap Wenses dapat menyelesaikan ujian itu.
Wenses terbanting ke dinding altar dan terus termuntah darah kerana terkena serangan binatang iblis harimau.
Tanpa boleh bersabar lagi Ratu Medina terus terbang memasuki altar pertarungan dan membunuh binatang iblis harimau dengan sekali serang.
Retda mengukir senyum kecil di bibir, manakala Well dan Humrey hanya dapat saling berpandangan kerana rancangan mereka untuk membuat Wenses mati telah gagal.
Retda bergegas terbang ke arah Ratu Medina.
"Maafkan atas kelalaian hamba yang mulia"kata Retda.
"Bawa dia dan ubati"kata Ratu Medina.
Retda terus membawa Wenses pergi dari altar itu.
"Hukum orang yang menjadi pengawas latihan"arah Ratu Medina.
"Baru kali ini yang mulia terlihat risau dengan seorang pengawal"kat salah seorang menteri kiri.
"Tutup mulut kalian,jika tidak mahu diberi hukuman"marah Humrey.
"Kita tidak boleh biarkan budak itu menjadi saingan terlalu lama, El semakin melindungi dia"bisik Well kepada Humrey.
Humrey tidak merespon perkataan Well. Hatinya masih panas melihat kejadian yang baru saja terjadi.
(Di Paviliun peribadi Wenses)
"Aku dah beritahu guru Lena mungkin sebentar lagi dia sampai"kata Retda.
"Saya tidak apa-apa,lagipun guru juga tidak sihat bagaimana boleh menyusahkan dia untuk mengubati luka saya lagi"sahut Wenses.
"Itu termasuk pertimbangan Guru Lena sendiri, dia datang atau tidak kau tiada hak mengatakan sesuatu"kata Retda.
Guru Lena masuk tergesa-gesa ke dalam Paviliun peribadi Wenses.
"Teruk sangat ke luka kau?"soal Lena terus kepada Wenses.
Retda berdiri dari duduknya lalu memberikan tanda hormat.
"Kerana Tuanku sudah sampai, hamba mohon undur diri"kata Retda. Lena mengangguk tanpa melihat ke arah Retda.
"Guru jangan terlalu risau, saya terluka luar saja"sahut Wenses setelah Retda pergi.
"Mari saya sembuhkan luka kau"kata Lena.
Lalu dia mula menyembuhkan luka Wenses.
Wenses terharu seketika dengan kebaikan gurunya tanpa mengira keadaan tubuhnya sendiri.
Tangan Lena yang menyentuh belakang Wenses tiba-tiba menjadi panas membara.
Lena cepat-cepat menarik tanganya.
Wenses perasan akan keadaan itu.
"Guru kenapa?"soal Wenses.
"Kutukan panas dingin kembuh lagi, luka kau sudah agak baik kau rehatlah nanti saya yang akan berbicara dengan El"kata Lena.
"Kutukan panas dingin itu apa guru?"soal Wenses.
"Ini kutukan bagi orang yang terlahir berdarah campuran. Jika Kambuh saya perlu berendam dari malam sehingga siang"sahut Lena.
__ADS_1
"Apakah ada cara menghilangkan kutukan guru?"soal Wenses.
"Ada tapi mustahil, saya kena menyatukan dua elemen berbeza"sahut Lena.
"Saya yakin satu saat nanti guru dapat menyembuhkan kutukan itu"kata Wenses.
"Saya juga berharap demikian"sahut Lena.
"Saya akan bantu guru"kata Wenses dengan tulus.
Lena tersenyum kecil mendengar perkataan Wenses.
"Baiklah saya pergi dulu, esok kita mulakan sesi latihan fizik"kata Lena lalu pergi.
Wenses menampar pipinya kerana dari tadi dia terpegun melihat senyuman Lena walaupun bibir gadis itu tersembunyi sedikit di sebalik cadar.
"Ingat Wenses!, Dia itu guru kau!" Kata Wenses sendiri untuk mengingatkan dirinya. Setelah itu, Wenses terus berbaring di tempat tidur untuk merehatkan diri.
Ratu Medina yang sedang berendam dikejutkan dengan kedatangan seorang tamu tidak diundang di kediamannya.
"Yoo El, apakah kebelakangan ini kau kurang sibuk sampai boleh bersantai seperti ini?"soal seorang perempuan.
Ratu Medina mengerling di sebelah kiri melihat perempuan itu.
"Apahal kau datang?"soal Ratu Medina dengan suara yang dingin.
"Aku datang nak bagi kau khabar gembira tapi kau sambut dengan cara paling ramah pula" sahut perempuan itu.
"Daifalie, katakan apa maksud kau datang"kata Ratu Medina.
"Baiklah, aku dengar kerajaan api mencari sekutu untuk menyerang kerajaan kau termasuk kerajaan daun kami, mustahil kau tak tahu kan?"kata puteri Daifalie.
"Apalah sangat nak ditakutkan jika memang benar semua kerajaan bergabung menyerang kerajaan aku, lagipula belum tentu mereka dapat melewati gerbang ghaib"sahut Ratu Medina dengan angkuh.
"Kau memang kuat El, tapi rakyat kau kuat ke?. Kau jangan sombong lagi El baik kau buat persiapan"kata puteri Daifalie.
"Aku sedang cari cara untuk menyatukan kekuatan dua elemen aku, tapi sampai sekarang masih tak dapat"sahut Ratu Medina.
"Tulah kalau dulu kau tak kurung datuk kau, mesti dah dapat cara"kata puteri Daifalie.
"Apa nak takut kerajaan angin kan ada cara cuma perlu usaha"sahut seorang perempuan yang tiba-tiba muncul lagi.
Ratu Medina dan puteri Daifalie serentak melihat ke arah perempuan itu.
"Kau kenapa datang?"soal Ratu Medina dengan dingin.
"Kau ne El tak berubah, ada tamu datang cubalah bersikap ramah sikit"sahut perempuan itu.
"Wee Angelia kau bukan tak tahu ratu ais dingin ne dari kecil dah macam ne"sahut puteri Daifalie.
"Yelah nasib akulah ada kawan yang dingin"kata puteri Angelia.
"Kau belum jawab pertanyaan aku"kata Ratu Medina.
"Ohya, kerajaan api menulis titah untuk meminta kerajaan angin bergabung menyerang kerajaan kau tu yang aku datang nak bagitahu"sahut puteri Angelia.
"Habis tu bapa kau setuju ke?"soal Ratu Medina.
"Memanglah tak, tapi tak tahulah dengan kerajaan yang lain"sahut puteri Angelia.
"Kau kata tadi ada cara untuk menyatukan kekuatan dua elemen di kerajaan kau kan?"soal Ratu Medina.
"Ada, tapi kena tembus tahap penyempurnaan pecahan tubuh dulu"sahut puteri Angelia.
"Maknanya, tubuh separuh El kena berbelah jadi dua?"soal puteri Daifalie.
"Entah macam itulah kot"sahut puteri Angelia.
"Baiklah aku faham, korang boleh pergi"kata Ratu Medina.
"Pergi?"soal puteri Angelia dan puteri Daifalie serentak.
"Iyalah habis tu korang nak buat apa lagi?"soal Ratu Medina.
"Bagilah kita bermalam kat sini dulu,esok kitorang pergi"sahut puteri Angelia.
"Baiklah, korang berdua pergi ke Paviliun persik"kata Ratu Medina.
"Esok kau buat apa El?"soal puteri Daifalie.
"Aku nak keluar berburu"sahut ratu Medina.
"Kitorang ikut tau"kata puteri Angelia lalu membawa puteri Daifalie pergi sebelum Ratu Medina mengiyakan.
KEESOKKAN HARINYA...
(Di Paviliun Wenses)
"Hari ne guru Lena tak dapat datang, dia minta kau untuk menyertai pesta berburu yang diadakan oleh yang mulia untuk melatih fizik"kata Retda kepada Wenses.
"Baiklah aku akan pergi"sahut Wenses.
"Buruk sangat lah pakaian ne El, boleh ganti ke?"komen puteri Daifalie pada pakaian berburu yang disediakan oleh Ratu Medina.
"Boleh, tapi kalau kau tak nak ikut berburu lah"sahut Ratu Medina.
__ADS_1