
"Maafkan kami kerana datang tidak diundang Raja Duyandi" kata Ratu Elena.
"Dewi terlalu sungkan, kerajaan kami sangat bertuah mendapat kunjungan dewi"sahut Raja Duyandi.
"Benar dewi, kami berterima kasih atas kedatangan dewi ke kerajaan kami" kata Ratu Duyangka pula.
"Saya cuma berkunjung untuk beberapa hari jika raja dan ratu tidak keberatan"kata Ratu Elena.
"Kami senang menyambut dewi, tinggallah seberapa lama dewi mahu"sahut Raja Duyandi.
"El!" Panggil puteri Duyana sambil berlari ke arah Ratu Elena.
Perempuan itu terus memeluk Ratu Elena.
"Duyana, berikan hormat kepada dewi"kata Ratu Duyangka.
Puteri Duyana bergegas memberikan hormat kepada Ratu Elena.
"Terimalah hormat hamba dewi"kata puteri Duyana.
Ratu Elena mengangguk.
"Wah Rubefta juga ikut berkunjung rupanya"kata puteri Duyana sambil mengganding lengan puteri Rubefta.
"Siapa lelaki yang berdiri di samping dewi ini?"soal Raja Duyandi.
Ratu Elena memandang Wenses.
"Dia Wenses, putera Raja Wendra dari kerajaan air"sahut Ratu Elena.
"Bukankah kerajaan air sudah musnah?"soal puteri Duyana dengan selambah.
Raja Duyandi memandang ke arah puterinya.
Wenses hanya diam mendengar perkataan puteri itu.
"Hamba menghadap yang mulia" kata Wenses lalu memberikan tanda hormat kepada Raja Duyandi.
"Terima kasih kerana putera Wenses datang berkunjung, maafkan perkataan puteri saya"kata Raja Duyandi.
"Tidak mengapa yang mulia, memang benar kerajaan air sudah musnah"sahut Wenses.
Ratu Elena memandang tangan Wenses yang bergetar.
"Itu cuma identiti Wenses dulu, sekarang dia adalah tuanagan saya" kata Ratu Elena.
Hampir semua orang di dalam kerajaan suku duyung itu membantu kerana terkejut.
"Tunangan?"soal Raja Duyandi.
"Benar, Wenses memang tunangan saya"kata Ratu Elena.
Wenses terkejut dengan pernyataan Ratu Elena tapi mustahil bagi dia untuk mengatakan bukan kerana hal itu akan mempermalukan Ratu Elena di depan Raja Duyandi. Lagipun Ratu Elena mengatakan hal itu kerana dia tidak mahu dirinya dipermalukan.
"Sebuah berkah bagi kerajaan suku duyung kerana mendapat kunjungan dari pasangan dewi"kata Ratu Duyangka.
"Tahniah atas pertunangan dewi. Duyana bawa mereka untuk berehat"kata Raja Duyandi.
Puteri Duyana pun membawa mereka ke kediaman yang disediakan untuk Ratu Elena.
"Sejak bila El bertunangan?"soal puteri Duyana kepada puteri Rubefta.
"Sejak kau buka mulut busuk kau itu"sahut puteri Rubefta lalu mengabaikan puteri Duyana.
Puteri Duyana tercengang.
"Hei El sejak bila kau tunang?"soal puteri Duyana kepada Ratu Elena pula.
"Sejak saya masih kecil" sahut Ratu Elena.
"Kau dijodohkan?"soal puteri Duyana.
"Tidak, saya yang membawa Wenses bertunangan secara senyap-senyap"bisik Ratu Elena kepada puteri Duyana kerana takut jika Wenses mendengarnya.
Puteri Duyana menekup mulutnya kerana takut akan terjerit kerana terkejut.
"Erm maaf, apakah perempuan yang bernama Nek Da itu pernah ke alam manusia?"soal Wenses.
"Iya, El yang minta dia menjaga kau selama di alam manusia"sahut puteri Duyana dengan cepat sebelum Ratu Elena sempat menghalangnya.
Nasi sudah menjadi bubur, Wenses sudah terlanjur tahu maka Ratu Elena hanya dapat mengakuinya.
"Lain kali kau tutup mulut kau tu rapat-rapat Duyana jangan membuat masalah terus untuk El"kata puteri Rubefta.
"Kau ne Rubefta, dah lama tak jumpa masih saja dingin macam El dulu"komen puteri Duyana.
Agak lama berjalan kini mereka sudah tiba di sebuah Paviliun besar.
"Silakan berehat, saya kena kembali untuk menyampaikan maklumat ke dapur agar membuatkan kalian makanan darat"kata puteri Duyana lalu terus pergi sebelum Ratu Elena menelannya kerana membocorkan rahsia.
Mereka bertiga masuk di dalam Paviliun .
" Wen pilihlah nak bilik yang mana"kata Ratu Elena.
Mata puteri Rubefta membesar.
"Saya mana-mana pun boleh"sahut Wenses.
"Pilih lah cepat, saya nak berehat ne"kata puteri Rubefta.
"Baiklah saya pilih bilik yang paling hujung sebelah kanan"sahut Wenses.
__ADS_1
"Tapi itukan.."belum sempat puteri Rubefta menghabiskan ayatnya Ratu Elena terus menekup mulutnya.
"Baiklah Wen boleh masuk lebih dulu"sahut Ratu Elena.
Wenses pun terus pergi walaupun dia masih mahu mendengar ayat yang akan dikatakan oleh puteri Rubefta.
Setelah Wenses pergi barulah Ratu Elena melepaskan tanganya dari menekup mulut puteri Rubefta.
"Itukan bilik yang selalu El tinggal dan tak suruh kami berempat sentuh"kata puteri Rubefta.
"Takpe asalkan Wen suka"sahut Ratu Elena.
"Bla...bla..bla.. lama-lama El akan jadi bodoh sebab budak tu" kata puteri Rubefta tidak puas hati.
"Kau nak rehat ke tak?"soal Ratu Elena.
"Hum masa dengan kami El ganas macam naga, masa dengan budak tu El macam kucing"ejek puteri Rubefta sambil berjalan masuk ke dalam bilik yang selalu dia tinggal jika ke kerajaan Suku duyung.
Ratu Elena menggelangkan kepalanya lalu masuk ke bilik tempat selalu puteri Angelia jika ke kerajaan suku duyung.
(Malam harinya)
Ratu Elena mengetuk pintu bilik Wenses.
Tidak berselang lama terdengar suara Wenses dari dalam bilik dan mengatakan untuk menyuruhnya masuk.
Ratu Elena pun masuk.
"Wen sedang buat apa?"soal Ratu Elena.
"Saya sedang mengukir sebuah gelang"sahut Wenses.
"Wen buat apa nak ukir gelang?"soal Ratu Elena lagi.
"Nak bagi kat Nek Da sebab dah jaga saya selama di alam manusia"sahut Wenses.
Ratu Elena hanya menganggukkan kepala.
"Terima kasih"ucap Wenses tiba-tiba.
"Untuk?"soal Ratu Elena sepatah.
"Sebab... Minta Nek Da jaga saya, dan jaga roh orang tua saya"sahut Wenses sambil berdiri mendekati Ratu Elena.
"Sama-sama"sahut Ratu Elena.
"El, ada rahsia ke yang El nak bagitahu saya?"soal Wenses sambil melangkah lebih dekat ke arah Ratu Elena.
Ratu Elena melangkah berundur kebelakang.
"Takde"sahut Ratu Elena.
"Iya takde"sahut Ratu Elena sambil menutup mata kerana wajah Wenses sangat dekat dengan wajahnya.
"Tentang guru Lena?"soal Wenses.
Mata Ratu Elena terbuka serta-merta.
"Kenapa dengan guru?"soal Ratu Elena.
"Guru?. Sepatutnya El tanya..kenapa dengan saya" sahut Wenses.
Jantung Ratu Elena seakan-akan berhenti berdetak.
"Apa maksud Wen?"soal Ratu Elena.
"Saya tahu Guru Lena tu El kan?"soal Wenses.
"Mana mungkin"sahut Ratu Elena.
"Mengakuh lah El, jika tidak saya akan terus mencari tahu"kata Wenses.
Ratu Elena menerik nafas dalam-dalam.
"Darimana Wen tahu?"soal Ratu Elena.
"Selain El, siapa lagi yang ada kutukan panas dingin di kerajaan dua elemen?"soal Wenses.
Ratu Elena menundukkan pandangan matanya.
"Sejak bila Wen tahu?"soal Ratu Elena.
"Sejak El sebutkan tentang kutukan panas dingin"sahut Wenses.
"Jadi kenapa Wen masih mengatakan mahu berjumpa dengan Guru Lena sedangkan Wen dah tahu Guru Lena tu adalah saya?"soal Ratu Elena.
"Saya mahu El berkata jujur dengan saya"sahut Wenses.
"Kadangkala berbohong untuk kebaikan itu lebih baik"kata Ratu Elena.
Tanpa disangka-sangka Wenses mengecup bibir Ratu Elena setelah melepaskan cadar Ratu Elena.
Ratu Elena terdiam buat seketika lalu dia menolak perlahan badan Wenses menjauh darinya. Setelah itu dia memakai kembali cadarnya.
"Jangan ulangi lagi Wen"kata Ratu Elena.
"Kenapa?"soal Wenses.
"Tidak semua perempuan boleh diperlakukan seperti itu"sahut Ratu Elena.
"Saya tidak pernah melakukan itu kepada wanita lain selain El"kata Wenses.
__ADS_1
"Dengan saya lagilah tidak boleh"kata Ratu Elena dengan tegas.
"Kenapa?"soal Wenses lagi.
"Kerana jika Wen melakukan itu kepada saya, saya tidak akan melepaskan Wen untuk selamanya!" Bentak Ratu Elena.
"Memang itu yang saya inginkan El, tapi saya masih belum boleh menjadi milik El jika El masih menyimpan banyak rahsia dari saya"kata Wenses.
"Maksud Wen apa?"soal Ratu Elena.
"El tahu apa maksud saya"sahut Wenses.
"Jika itu yang Wen mahu maka sampai bila-bila saya tidak akan pernah bersama Wen"sahut Ratu Elena lalu pergi.
"Susah sangat ke berkata jujur El?"soal Wenses setelah Ratu Elena pergi.
Setelah jamuan makan malam dimulakan barulah Wenses keliar dari dalam bilik ya.
Wenses yang sedang menutup pintu bilik terkejut kerana ada tangan yang memegang bahunya dari belakang.
Wenses cepat-cepat membalikan badan.
PHIT!!....
Sebuah temparan keras singgah di pipi sebelah kiri Wenses.
Wenses memandang wajah puteri Rubefta yang ganas memandang ke arahnya.
"Kau ne kenapa?"soal Wenses.
"Kau tanya aku kenapa?, Aku tak suka kau permainkan perasaan El!...kalau kau tak serius dengan El lepaskan dia, masih banyak lelaki yang mahukan dia!" Marah puteri Rubefta.
"Maksud kau apa?"soal Wenses.
"Kau fikir aku tak tahu ke apa yang kau lakukan kepada El tadi?, El dah tebalkan muka untuk lamar kau tapi kau tak hargai dia, penting sangat ke rahsia yang kau nak tahu daripada perasaan El" sahut puteri Rubefta.
"Kau tidak tahu apa-apa jangan ikut campur"tegas Wenses lalu ingin pergi tetapi puteri Rubefta menarik bahunya dengan kasar.
"Aku akan beritahu kau semua rahsia El, tapi kau kena terima lamaran dia" kata puteri Rubefta.
"Aku tidak perlukan kau untuk membongkar rahsia El, aku nak El sendiri yang bersedia membuka rahsia itu"sahut Wenses.
"El tidak akan pernah membuka rahsia itu untuk selamanya, jika demikian bersedialah untuk melihat El dimiliki oleh orang lain"kata puteri Rubefta lalu pergi meninggalkan Wenses.
Wenses tertegun dengan perkataan puteri Rubefta.
Wenses berjalan layu ke arah dewan perjamuan lalu ingin duduk di sebelah Ratu Elena tetapi disekitar Ratu Elena dikelilingi oleh beberapa orang lelaki.
Wenses menunda langkah kakinya lalu ingin berbalik untuk pergi.
"Duduklah dengan saya"kata satu suara lelaki.
Wenses melihat ke arah lelaki itu.
"Tuan siapa?"soal Wenses.
"Saya Duyfande abang Duyana"sahut lelaki itu.
"Salam hormat putera"kata Wenses lalu memberikan tanda hormat tetapi terus ditahan oleh putera Duyfande.
"Tidak perlu terlalu segan dengan saya, mari duduk"sahut putera Duyfande.
Mereka berdua pun duduk bersama di satu meja.
"Beruntung kau kan menjadi tunangan dewi"kata putera Duyfande secara tiba-tiba.
Tangan Wenses yang sibuk untuk mengambil makanan terus menjadi perlahan.
"Iya saya beruntung sangat"sahut Wenses.
"Tak payah cemburu dengan apa yang kau lihat, dewi memang terkenal di kalangan lelaki di kerajaan suku duyung ini. Semua lelaki berharap dapat mendapatkan perhatian dewi"kata putera Duyfande.
"Mengapa kalian memanggil El tu dewi?"soal Wenses untuk memesongkan topik yang sensitif itu.
"Takkan kau tidak tahu"sahut putera Duyfande.
"Iya..saya tidak tahu"kata Wenses.
"Ratu Medina tu sebenarnya sudah ditakdirkan sebagai seorang dewi elemen api dan air sejak lahir lagi. Itulah mengapa kami terkejut ketika mendengar bahawa dewi sudah bertunangan kerana setahu kami dewi selamanya tidak boleh berkahwin"Terang putera Duyfande.
Sudu yang dipegang Wenses terlepas di atas pinggan kerana tangannya seperti kehilangan tenaga mendengar perkataan putera Duyfande.
Putera Duyfande menyembunyikan senyum sinis.
"Tapi jika dewi memilih untuk bersama dengan manusia elemen tidak salah ya semua lelaki mencuba nasib untuk bersama dengannya"sambung putera Duyfande lagi.
Hati Wenses menjadi panas buat seketika lalu dia mengukir senyum kecil.
"Selagi kain merah belum dikenakan maka semua lelaki masih mempunyai hak untuk mengejar perempuan yang mereka suka"sahut Wenses sambil memandang ke arah Ratu Elena yang tersenyum manis melayan cerita para lelaki di sekitarnya.
"Saya suka cara kau berfikir, mungkin kedepannya saya juga akan menjadi saingan kau"kata putera Duyfande.
Wenses memandang putera Duyfande sambil tersenyum senget.
"Saya dah kenyang, saya mohon undur diri dulu"kata Wenses lalu bergegas pergi.
Ratu Elena yang melihat kepergian Wenses terus memudarkan senyuman manis di bibirnya tadi.
"Maaf saya mahu berehat sekarang"kata Ratu Elena lalu dia pun pergi.
Puteri Rubefta tersenyum kecil memandang Ratu Elena pergi.
__ADS_1