
"Iya..malam ketika El dan Durjana bertarung El terkena bunga pembuka kutukan dan kutukan penghancur jiwa. Sebenarnya El bertarung dengan Durjana kerana dia percaya jika Durjana membunuh kau. El sangat marah, dia hampir membunuh Durjana jika Raja neraka tidak datang. Mulai saat itu jiwa El mula berkurang...dia memberikan separuh jiwanya yang tersisa kepada Bilta agar kerajaan tidak kehilangan energi jiwa El..dan yang separuhnya lagi digunakan untuk menempah tubuh fizik kedua orang tua kau. Ketika El berjaya menempah tubuh fizik kedua orang tua kau, dia jadi buta"cerita Ratu Rubefta.
Hati Wenses saat itu sangat sakit mendengar cerita itu.
"Ketika di paviliun El..apa yang kalian katakan itu benar?"soal Wenses.
"El tahu kau datang tapi saat itu dia sudah buta,jadi El hanya mencuba membuat kau benci padanya agar kau tidak datang lagi menemui dia. Sebenarnya malam hari itu.. El akan pergi ke gunung berapi berkembar untuk membentuk jiwanya kembali. Disebabkan itu,kami tidak mengatakan apapun kepada kau tentang El. Itu juga arahan dari El"sahut Ratu Rubefta.
"Betapa bodohnya saya kerana tidak menyadari sesuatu ketika datang ke tempat El malam itu"kata Wenses.
"Rupanya kau penyebab energi jiwa El hancur lebih cepat. Ketika Retda menghantar El ke gunung berapi berkembar El sudah tidak sadarkan diri..dalam erti kata lain.. El sudah mati"kata Ratu Rubefta.
Badan Wenses seakan-akan lemas tak bertenaga mendengar perkara itu.
"Kenapa putera Daunde ada dengan El ketika keluar dari dalam gunung berapi berkembar?"soal Wenses.
"Sebenarnya putera Daunde ialah kakanda puteri Daifalie, dia datang ke gunung berapi berkembar untuk memurnikan racun duri tumbuhan miliknya dan menjaga keselamatan El atas permintaan puteri Daifalie"sahut Ratu Rubefta.
"Kenapa kau baru mengatakan ini sekarang Rubefta?"soal Wenses.
"Aku nak kau faham.. El tidak akan melakukan sesuatu tanpa sebab"sahut Ratu Rubefta.
"Aku sudah salah faham dengan El, aku hina dia dan mengatakan banyak perkataan yang menyakitkan. Aku..tidak sanggup berhadapan dengan El lagi"kata Wenses sambil meraup wajahnya dengan kasar.
"Pergilah Wenses renungkan apa yang harus kau lakukan kedepanya"kata Ratu Rubefta.
Baru saja Wenses hendak menyahut tiba-tiba ada seorang pengawal yang datang.
"Maafkan hamba yang mulia, di depan ada utusan dari kerajaan elemen api untuk bertemu dengan putera Wenses"kata pengawal itu.
Ratu Rubefta mengerutkan kening.
"Pergilah"kata Ratu Rubefta.
Wenses menganggukan kepala lalu terus pergi.
Wenses datang ke arah utusan dari kerajaan elemen api itu.
"Ada apa?"soal Wenses.
"Raja Aprien meminta putera Wenses menyiapkan pasukan dari kerajaan elemen Air untuk berperang bersama pasukan yang mulia menyerang kerajaan dua elemen esok"kata utusan itu.
"Baik, saya akan sediakan..kau pergilah"sahut Wenses lalu dia pun pergi.
Wenses terus kembali ke kerajaan elemen Air kerana dia perlu berdiskusi dengan ayahnya tentang hal itu.
"Apa!"marah Raja Wendra.
"Iya ayahanda, saya akan memutuskan pertunangan itu"sahut Wenses.
"Fikirkan Wenses,kita tidak boleh bermusuhan dengan kerajaan elemen api untuk saat ini..kerajaan kita masih tidak stabil"kata Raja Wendra.
"Jadi apakah ayah akan bersekutu dengan kerajaan elemen api untuk berperang dengan kerajaan dua elemen?"soal Wenses.
Raja Wendra dan Ratu Welia saling berpandangan.
"Berperang?"soal Ratu Welia kerana setahunya Ratu Medina sedang buta kenapa harus berperang.
"Iya.. Ratu Medina membunuh puteri Dea di perjamuan tadi kerana puteri Dea melukai sahabat darahnya"sahut Wenses.
"Apakah Ratu Medina tidak buta lagi?"soal Ratu Welia tanpa berfikir panjang bahawa Wenses tidak boleh mengetahui perkara itu.
Wenses memandang ke arah ibunya dengan mata mengecil.
"Ibu tahu Ratu Medina pernah buta?"soal Wenses.
Ratu Welia menelan liur sambil memandang ke arah suaminya.
"Hari dimana kami dikeluarkan dari alam roh Ratu Medina sudah buta"kata Raja Wendra.
"Tidak ayah, Ratu Medina buta kerana menghabiskan energi jiwanya untuk menempah tubuh fizik kalian"kata Wenses.
Ratu Welia dan Raja Wendra bukan main lagi terkejut.
"Saya akan membawa pasukan untuk membantu El berperang dengan kerajaan elemen api"putus Wenses.
"Tidak Wen, Wen bawa pasukan dan lihat lah kerajaan mana yang akan menang maka bantulah mereka"kata Raja Wendra.
Wenses mahu saja membantah tetapi dia malas berdebat lagi.
"Baik ayahanda saya pergi sekarang"sahut Wenses.
(Di kerajaan dua elemen)
Ratu Elena duduk di samping tempat tidur Retda. Dia melihat wajah Retda yang pucat seperti orang yang sekarat.
"Kemungkinan besar kerajaan elemen api akan menghantar pasukan perang esok"kata Ratu Rubefta.
Ratu Elena melihat ke arah Ratu Rubefta yang tiba-tiba saja muncul.
__ADS_1
"Bila-bila pun mereka datang saya akan terima"sahut Ratu Elena.
"Walaupun Wenses akan berpihak pada mereka?"soal Ratu Rubefta. Dia mengatakan itu kerana dari apa yang dia tahu Wenses seperti akan berpihak pada kerajaan elemen api.
"Aku boleh membunuh mereka semua dan menyisahkan Wenses sebagai tahanan"sahut Ratu Elena.
Ratu Rubefta hanya mengangguk, dia tahu jika sahabatnya itu tidak akan mudah melepaskan lelaki yang dicintainya.
"Bagaimana keadaan Retda?"soal Ratu Rubefta.
"Dia..terluka parah tapi masih boleh disembuhkan"sahut Ratu Elena.
"Jika ada kau...orang mati saja boleh hidup kembali"kata Ratu Rubefta.
"Cuma..jika saya dikhianati oleh orang tersayang, saya mungkin akan hidup tapi mati"kata Ratu Elena dengan maksud bergurau.
"Sudahlah..saya pergi dulu, nak minta kami siapkan pasukan bantuan ke?"soal Ratu Rubefta.
"Mungkin lebih baik kalian berempat yang menjadi bantuan, jika terlalu banyak saya akan tambah bingung"sahut Ratu Elena.
"Kirimkan isyarat jika peperangan bermula"kata Ratu Rubefta.
"Baiklah, jangan lupa sampaikan maaf saya pada ayah kau"kata Ratu Elena.
"Erm..saya pergi dulu"kata Ratu Rubefta lagi lalu terus terbang menggunakan sayap energi.
Ratu Elena berfikir seketika..jika benar Wenses akan membawa pasukan untuk membantu kerajaan elemen api berperang dengannya, apa yang akan dia lakukan sedangkan tentera kerajaan elemen Air saat ini masih bekas tentera kerjaanya.
"Boleh saya masuk ibunda?"soal puteri Bilta dari luar paviliun.
"Masuklah"sahut Ratu Elena.
Puteri Bilta terus membuka pintu dan masuk. Dia berjalan ke arah Ratu Elena.
"Biarkan anakanda yang menjaga bibi Retda, ibunda pergilah berehat"kata puteri Bilta.
Ratu Elena tersenyum manis lalu menarik puteri Bilta di pangkuanya.
"Bilta dah ok ke?"soal Ratu Elena.
"Anakanda sudah sembuh, terima kasih sebab buatkan anakanda ubat"sahut puteri Bilta.
"Hum sama-sama, Bilta tolong ibunda jaga bibi dulu, ibunda ada urusan ye"kata Ratu Elena sambil berdiri dan mendudukkan puteri Bilta di tempat duduk ya tadi.
"Ibunda lama ke pergi?, Kalau ibunda lama pergi bagaimana kalau bibi Retda akan sadar?"soal puteri Bilta.
"Kalau bibi Retda sadar..Bilta datang lah cari ibunda ya"kata Ratu Elena.
"Iya walaupun ibunda sedang tidur atau mandi"sahut Ratu Elena bergurau.
"Baiklah..anakanda akan cari ibunda nanti"sahut puteri Bilta.
"Kalau ..ibunda sudah siap ibunda akan kembali ya"kata Ratu Elena lalu pergi setelah mengecup dahi puteri Bilta.
Di luar paviliun Well sedang menunggu Ratu Elena keluar.
Ratu Elena keluar lalu terus menutup pintu.
"El di depan.."
Ratu Elena mengangkat tangan tanda dia tidak mahu Well melanjutkan pembicaraan.
"Kita pergi ketaman"kata Ratu Elena lalu berjalan.
Well mengikuti langkah kaki Ratu Elena dari belakang.
Setelah berjalan agak jauh dari paviliun peribadi Ratu Elena.
"Katakan"kata Ratu Elena.
"Pasukan sudah disediakan di depan gerbang ghaib, tinggal menunggu arahan El"kata Well.
"Tunggu ketibaan pasukan kerajaan elemen api"sahut Ratu Elena.
"Jika Wenses ada.."
Ratu Elena memandang wajah Well.
Well terus berhenti berbicara.
"Saya akan memimpin pasukan"kata Ratu Elena.
"Baiklah, kami menunggu kedatangan El"kata Well lalu terus pergi.
Ratu Elena ke ruang persiapan pakaian perang nya. Dia menggunakan pakaian tempur lalu membawa sebuah tombak.
Dia berjalan laju menuju ke arah gerbang ghaib.
Sesampainya dia di sana pasukan tentera ya sudah bersiap sedia.
__ADS_1
"Pertahankan gerbang kita, terus lah mara dan jangan menyerah"kata Ratu Elena.
Hanya dengan perkataan itu saja semua tentera terus bersemangat.
Ratu Elena menaiki kudanya lalu keluar dari gerbang ghaib diikuti oleh puluhan ribu pasukan nya di belakang.
(Dari kejauhan 100 meter)
Pasukan kerajaan elemen api sudah tiba dengan jarak 100 meter dari pasukan Ratu Elena.
Ratu Elena tersenyum sinis lalu mengerakkan beberapa jarinya. Sebahagian pasukan kembali masuk di dalam gerbang ghaib.
Raja Aprien mara kedepan bersama dengan Ratu Elena.
"Kenapa kau bunuh anak aku?"soal Raja Aprien.
"Anak kau yang mana?"ejek Ratu Elena.
Wenses yang berada di atas bukit tepat di tengah-tengah antara dua pasukan itu hanya diam sambil memerhati.
"Dea...kenapa kau bunuh Dea?"soal Raja Aprien.
"Sebab aku nak...kalau saja dia tidak cuba merebut Wenses dari aku...nyawanya mungkin lebih panjang sedikit"sahut Ratu Elena.
"Baiklah... Ratu Medina,kau lebih baik jangan menyesal lagi kerana sudah tidak berguna"kata Raja Aprien lalu mengangkat tangan tanda bahawa pasukan nya harus mula berperang.
Ratu Elena mengangkat satu jari lalu kumpulan pertama pasukanya pun mara.
Peperangan pun bermula. Ratu Elena hanya di samping melihat pasukanya saling membunuh dengan pasukan kerajaan elemen api.
Raja Aprien pula membunuh pasukan kerajaan dua elemen untuk mengurangi bilangan yang mereka kalah jauh.
Wenses merenung wajah Ratu Elena dari kejauhan. Dia sangat merindukan wanita itu, dia mahu saja memeluk wanita itu sekarang. Tapi masanya belum tiba, tunggu sampai Ratu Elena memenangkan peperangan itu barulah dia akan memperbaiki hubungan mereka.
"Sediakan pasukan pemanah"arah Wenses kepada Adref.
Adref menganggukan kepala.
Raja Aprien yang dapat melihat pasukan Wenses terus tersenyum bangga.
"Kau akan kalah Ratu Medina, bantuan sudah sampai"kata Raja Aprien sambil menunjuk ke arah Wenses.
Ratu Elena mendongakkan kepala melihat ke atas bukit.
Di dengan jelas melihat wajah Wenses.
'kau memilih bermusuhan dengan aku Wen, baiklah jangan salahkan aku' gumam hati kecil Ratu Elena.
Baru berapa langkah kudanya berjalan tiba-tiba ada bebola api yang menyerbu pasukanya.
Dia terleka seketika. Kumpulan kedua pasukan Ratu Elena pun mula bergerak.
Pasukan Raja Aprien sudah hampir habis.
"Sudah siap Wen"kata Adref.
"Arahkan anak panah ke pasukan kerajaan elemen api"kata Wenses.
"Baik"sahut Adref lalu mula meminta tentera mengarahkan anak panah pada kerajaan api.
"Lepaskan panah!" Arah Wenses dengan suara yang Lantang.
Ratu Elena melihat ke arah anak panah yang dilepaskan pasukan Wenses begitu juga dengan Raja Aprien.
Ratu Elena tersenyum manis kerana panah itu menuju ke arah pasukan kerajaan elemen api yang tersisa.
"Ghailen!" Panggil Raja Aprien.
Ghailen yang hanya dapat menerima arahan tanpa boleh membantah terus melakukan apa yang diarahkan oleh Raja Aprien.
"Kita boleh berundur sedikit"kata Ratu Elena.
Dia menunggang kuda untuk kembali ke kerajaan.
Ratu Elena terkejut sebentar kerana puteri Bilta tiba-tiba muncul.
"Ibunda!"panggil puteri Bilta sambil menunggang kuda ke arah Ratu Elena.
"Yang mulia awas!"kata seorang pengawal.
Tiba-tiba anak panah dari pasukan Wenses mengarah ke arah pasukan Ratu Elena.
Wenses terbingung seketika, tapi setelah melihat Ghailen barulah dia faham jika anak panah itu dikawal oleh Ghailen.
Ratu Elena memandang ke arah puteri Bilta.
"Pergi Bilta!"jerit Ratu Elena dia membentuk sayap energi dengan cepat dan terus terbang.
Ketika anak panah sudah dilepaskan dan dengan lajunya memakan korban.
__ADS_1
Dan korban salah satu panah itu ialah puteri Bilta.