
Kringgggg!!
"Hmmm, kacau betullah!" Mengeluh seorang pelajar perempuan dengan jam loceng di biliknya.
"Azusa!! Bangun! Nanti lewat ke sekolah!"
"Alah, awal lagi lah!" Mengadu Azusa. Namanya adalah Aiba Azusa, pelajar 3 SMA. Azusa juga orang yang cergas melakukan segala urusan di sekolah. Dan dia juga adalah ketua OSIS di sekolahnya. Ramai pelajar minat dan suka kepadanya kerana dia boleh diharapkan.
"Awal kamu kata? Tengok jam tu!"
Azusa pun melihat jam locengnya itu. Terkejut beruk Azusa apabila melihat jam locengnya tu. "Alamak!!!" Azusa pun lekas cepat cepat masuk ke bilik mandi.
Di dapur pulak, ibu Azusa sibuk memasak sarapan pagi untuk keluarganya.
DingDong!
"Siapa pulak tu?" Lalu ibu Azusa pun menuju ke pintu utama. "Oh, Mizuki rupanya." "Selamat pagi mak cik." Sapa Mizuki sambil tersenyum. "Selamat pagi, masuklah dulu. Azusa baru bangun tadi." Pelawa ibu Azusa.
"Tak payahlah mak cik, buat susah je." Tolak Mizuki dengan lembut. Nama sebenarnya Minato Mizuki, pelajar 3 SMA. Dia juga kawan baik Azusa dan dia terkenal dengan kelawaannya di sekolah. Ramai juga yang tergilakan dia, lebih-lebih lagi pelajar lelaki di sekolah mereka. Mizuki dan Azusa berkawan sejak TK lagi. Bagi Mizuki, Azusa adalah seorang kawan yang amat berharga baginya. Keluarga mereka juga sangat rapat dengan keluarga Mizuki.
"Selamat pagi Mizuki." Sapa Azusa yang tiba muncul, lalu dia pun memakai kasut sekolahnya. "Selamat pagi Azusa." Ucap Mizuki dengan senyuman yang lebar.
"Okasan, kami pergi dulu yer." Ucap Azusa lalu dia mencium pipi ibunya. "Hati hati di jalan." Pesan ibunya. "Baiklah." Jawab Azusa, lalu mereka berdua pun menuju ke sekolah mereka.
"Ni mesti baca manga sampai tak tidur kan?" Tanya Mizuki apabila dia melihat Azusa dari tadi menguap keletihan. "Heheheh, sikit lagi saya nak habiskan manga tu. Tak sabarnya rasa nak tahu macam mana dengan nasib puteri tu yang tahu dirinya dalam bahaya." Jawab Azusa dengan nada teruja.
Mizuki pun menggelang kepala apabila melihat perangai kawan baiknya. "Hari ni kita kena balik lewat sebab ada urusan penting." Kata Mizuki.
Azusa pun hairan dengan Mizuki. "Kenapa pulak?" Tanya Azusa. Dia baru semangat nak balik awal hari ni.
__ADS_1
"Cepat betul awak tak ingat tugas awak sebagai ketua OSIS ni, bab baca manga boleh pulak awak ingat." Perli Mizuki dengan perangai Azusa ni.
"Mizuki...." Merayu Azusa, mati dia kalau dia tak ingat tentang perkara penting tu. "Kan esok hari kelulusan kita, hari ni awak perlu berlatih pidato yang saya bagi kepada awak semalam." Jawab Mizuki mengingatkan Azusa.
Azusa betul betul terlupa tentang perkara itu. Sepatutnya dia kena hafal pidato yang dibuat oleh Mizuki semalam untuk esok.
"Ni mesti tak baca lagi kan?" Teka Mizuki apabila melihat riak resah Azusa. "Mizuki....tolong saya...." Merayu Azusa sambil memeluk lengan kawan baiknya.
Mizuki pun mengeluh dengan perangai Azusa ni. "Baiklah, tapi kali ni awak betul betul kena hafal pidato tu untuk esok." Pesan Mizuki dengan sedikit tegas. "Arigatou Mizuki! Watashi daisuki!" Peluk Azusa dengan gembira. Mereka berdua pun ketawa bersama.
...****************...
Selepas waktu sekolah, klub OSIS berkumpul di bilik OSIS kerana ada berjumpaan untuk perancangan esok.
"Yosh! Siapa tak faham dengan penerangan Mizuki?" Tanya Azusa kepada anggotanya. Para anggota menggelang kepala tanda semuanya faham.
"Ano ketua, siapa akan menggantikan tempat ketua OSIS nanti?" Tanya seorang pelajar lelaki yang ingin tahu siapa pengganti Azusa.
"Sa...Saya?!" Terkejut Mary apabila namanya disebut. "Yup! Sejak awal lagi saya tertarik dengan usaha awak untuk membantu pihak sekolah dan klub OSIS ni." Terang Azusa sambil mengenyit matanya. "Saya sendiri pun tak tahu yang Azusa pilih awak, Mary." Kata Mizuki sambil tersenyum.
Mizuki tak terkejut sangat dengan perangai Azusa yang suka sangat buat keputusan yang mengejutkan. Dia sebagai wakil ketua OSIS pun tak tahu pun keputusan memilih pengganti Azusa.
"Yosh! Mari kita buat yang terbaik untuk esok hari kelulusan!" Kata Azusa dengan begitu semangat. "Yo!!" Sorak mereka. Siapa sangka kerja OSIS yang bosan boleh dijadikan kerja yang paling semangat.
Mereka pun bersurai selepas berjumpaan tersebut. "Ano, Mizuki. Boleh tak saya nak bercakap dengan awak, hanya kita berdua?" Tanya seorang pelajar lelaki. Azusa dan Mizuki sedikit terkejut dengan permintaan pelajar lelaki itu. Mizuki sudah mengeluh apabila mendengar ayat macam ni.
"Etto.... saya kena berjumpa dengan Mary Chan sekejap. Korang berbual yer, bye." Azusa pun cepat-cepat meninggalkan mereka berdua di bilik OSIS tersebut.
"Hah! Mary chan!" Panggil Azusa apabila dia nampak Mary berbual dengan kawan kelasnya. "Azusa senpai!" Terkejut Mary apabila melihat Azusa datang kearahnya. "Mary Chan, awak ada masa tak?" Tanya Azusa. "Kenapa Azusa senpai, ada perkara yang boleh saya tolong?" Tanya Mary dengan sedikit risau.
__ADS_1
"Bukan penting sangat pun. Saya cuma nak ucapkan tahniah sebab awak bakal menjadi Ketua OSIS ni." Ucap Azusa sambil tersenyum. "Ano Azusa senpai, tak mengapa ke saya ganti tempat senpai?" Tanya Mary seperti dia tak yakin untuk memegang jawatan ketua OSIS itu.
"Mary chan, saya pilih memang dari sudut hati saya untuk pilih awak. Awak seorang jer yang boleh diharapkan oleh klub OSIS ni. Saya yakin awak boleh!" Jawab Azusa dengan memberi semangat kepada Mary.
"Tapi saya tak sehebat dengan Azusa senpai dan Mizuki senpai." Kata Mary dengan nada lemah semangat. "Awak jangan bandingkan dengan kami berdua. Manalah tahu awak lebih hebat daripada kami berdua, yang penting sekarang berusaha." Kata Azusa memberi semangat kepada Mary.
Mary pun tersedar bahawa dia adalah harapan Azusa. "Azusa senpai! Saya tak akan hampakan harapan Azusa senpai dan anggota OSIS!" Kata Mary dengan penuh semangat. "Yosh! Kalau ada masalah bagitahu yer." Pesan Azusa sambil tersenyum.
"Oh, senpai sorang ke? Mana Mizuki senpai?" Tanya Mary, selalunya Mizuki sentiasa ada di sisi Azusa. Maklumlah pasangan kawan sejati.
"Mizuki, ada urusan sekejap. Maklumlah orang popular katakan." Jawab Azusa sambil membuat gaya orang sibuk. "Azusa senpai pun popular jugak." Kata Mary.
Di sekolah mereka, orang yang popular adalah mereka berdua. Tiada siapa tak kenal mereka berdua tu. Azusa terkenal dengan menyelesaikan masalah tentang sekolah dengan sekelip mata. Dan dia juga aktif bersukan. Mizuki pulak terkenal dengan akedemik, setiap ujian dialah dapat nombor satu.
"Azusa!"
Azusa pun memaling ke belakang kerana ada memanggil namanya. "Oh, Mizuki!" Panggil Azusa sambil melambai kearah Mizuki.
"Ano senpai, saya pergi dulu yer." Kata Mary meminta diri. "Baiklah, terima kasih atas kerjasama." Jawab Azusa. Mary pun tersenyum lalu pergi dari situ.
"Azusa, awak pergi mana tadi, puas saya cari awak?" Tanya Mizuki dengan keletihan mencari Azusa tadi. "Saya berbual dengan Mary chan tadi." Jawab Azusa sambil menunjuk Mary yang telah pergi.
Azusa pun memandang wajah Mizuki seperti ada kejadian yang berlaku tadi. "Ni mesti kena tembak kan?" Teka Azusa, ini kejadian biasa bagi Mizuki. Sejak akhir akhir ni ramai menembak Mizuki supaya menjadi pancarnya.
Mizuki pun mengangguk perlahan. "Awak tolak?" Tanya Azusa lagi, dan Mizuki pun mengangguk lagi.
Azusa pun mengeluh dengan perangai Mizuki. Pelajar lelaki yang lagi kacak pun dia tolak juga, lelaki manalah dia nak?
"Kenapa awak tolak? Saya tengok pun dia baik dengan awak, lagipun kita akan lulus esok." Tanya Azusa lagi sekali. "Mungkin saya tak serasi dengannya kut. Lagipun sekarang saya nak fokus belajar di universiti. Kan kita berdua dah janji akan belajar di universiti yang sama." Jawab Mizuki.
__ADS_1
Mereka berdua sentiasa bersama, bahkan masuk universiti yang sama. "Saya ingat lagi lah. Saya janji akan belajar bersungguh-sungguh untuk masuk universiti yang sama dengan awak." Kata Azusa sambil menunjuk jari kelingking tanda dia berjanji.Mizuki pun tersenyum lalu dia membuat janji dengan jari kelingking juga.
Adakah persahabatan mereka berdua akan berkekalan sehingga akhir hayat?