Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 2 Kemalangan yang tidak di duga


__ADS_3

Keesokan harinya....


Hari yang di tunggu iaitu hari kelulusan bagi kelas 3. Para pelajar berada di dalam dewan bagi sesi kelulusan kelas 3. Selesai ucapan guru besar, sekarang giliran ketua pelajar berucap.


"Dipersilakan Aiba Azusa ketua OSIS untuk memberi ucapan kali terakhir." Ucap pengurusi majlis.


Para pelajar pun pertepuk tangan kepada Azusa. Maklumlah orang terkenal katakan.


"Etto.... Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusi majlis kerana memberi kepada saya peluang untuk memberi ucapan kali terakhir. Saya Aiba Azusa ketua OSIS dan mewakili semua pelajar kelas 3 mengucapkan berterima kasih kepada semua pihak sekolah, para guru dan semua para pelajar." Ucap Azusa sebagai pembukaan.


"Kerana sudi berkerjasama dengan kami semua setiap masalah yang melanda. Saya tahu ini adalah majlis perpisahan yang agak sedikit menyedihkan bagi kami, tapi kami akan sentiasa mengingati jasa semua guru, kawan kawan dan semua para pelajar di sekolah ni..."


Tiba tiba air mata Azusa terjatuh di atas pipi tanpa disedari. Para pelajar terkejut apabila melihat reaksi Azusa, bagi mereka itu kali pertama mereka melihat Azusa menangis.


"Dan kami takkan lupakan moment yang sangat berharga dan kami akan berusaha untuk kejayaan yang dicapai. Begitu banyak kenangan manis dan pahit semasa berada di sini. Saya sendiri pun tak boleh lupakan moment yang begitu berharga bagi saya. Sejak bermula disini dan berakhir di sini, memang saya takkan lupakan." Kata Azusa mengingatkan kenangan.


Para pelajar terasa dengan kata-kata Azusa yang sungguh tersentuh hati mereka.


"Alamak, saya cakap sorang lagi. Maaf! Apa apa pun selamat kelulusan bagi semua pelajar kelas 3. Ini bukan lah perpisahan selama lamanya, dan saya yakin kita akan berjumpa satu hari nanti. Saya Aiba Azusa mewakili pelajar 3, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak sekolah. Sekian terima kasih." Azusa mengakhiri ucapannya itu, dan menundukkan kepalanya tanda hormat.


Para pelajar pun menepuk tangan kepada Azusa yang selesai berucap. Azusa pun turun dari pentas, Mizuki pun tersenyum apabila melihat kawan baiknya berani berucap.


Majlis pun diteruskan lagi dengan ucapan ketua OSIS yang baru iaitu Ishizu Mary. Dan akhir majlis pelajar kelas 3 akan mendapat sijil kelulusan.


Selesai upacara kelulusan....


Azusa dan pelajar kelas 3 yang lain mengadakan sesi pengambaran kelulusan. "Azusa, selepas ni awak buat apa selepas kelulusan ni?" Tanya rakan kelas Azusa.


"Kalau boleh saya nak rehat sepenuhnya, lepas tu fokus untuk belajar di universiti nanti. Sebab saya dan Mizuki daftar di universiti yang sama." Azusa tentang perancangan dia.


"Awak dan Mizuki sentiasa bersama yer." Kata pelajar perempuan kelas 3. "Mestilah mereka kan kawan sejati." Sokong pelajar lain. "Seronok lah kalau ada kawan di universiti nanti." Kata pelajar perempuan lain. Mereka pun terus berborak.


"Azusa senpai!" Panggil Mary lalu dia pun menghampiri Azusa. "Mary chan, kenapa?" Tanya Azusa. "Saya nak ucapkan selamat kelulusan senpai. Mesti nanti sekolah ni akan sunyi tiada senpai." Jawab Mary sambil memandang suasana sekolahnya.


"Arigatou Mary chan! Awak kan ada. Apa apa pun tahniah juga sebab menjadi ketua OSIS, jadi semangatnya ketua OSIS!" Ucap Azusa dengan semangat. "Arigatou Azusa senpai! Sebab dah banyak tolong saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama ni." Ucap Mary lalu mereka pun saling berpelukan.


"Nanti Azusa senpai jangan lupa untuk melawat sekolah ni." Pesan Mary. "Baiklah saya janji!" Jawab Azusa sambil mengangkat tangan tanda janji.


"Mary chan, awak ada nampak tak Mizuki?" Tanya Azusa, dari tadi dia mencari Mizuki. "Hah, tu Mizuki senpai." Jawab Mary sambil menunjuk keberadaan Mizuki.

__ADS_1


Mizuki sedang bercakap dengan pelajar yang lain berhampiran dengan jalan raya. "Jom Mary chan, kita pergi ke arah Mizuki." Ajak Azusa, Mary pun mengangguk tanda setuju dengan Azusa kerana dia pun ingin mengucap tahniah kepada Mizuki juga.


Tiba-tiba Azusa ternampak seorang pelajar lelaki yang mencurigakan datang kearah Mizuki. Kelakuanyan seolah-olah mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap Mizuki.


Azusa pun cepat-cepat menuju kearah Mizuki. Jantung Azusa semakin berdebar debar apabila melihat lelaki itu sudah menghampiri Mizuki. "Mizuki!! Hati hati!!!" Larang Azusa berlari kearah Mizuki dengan pantas.


"Azusa?" Mizuki merasa hairan dengan tindakan Azusa yang tiba-tiba berlari kearahnya.


Pelajar lelaki itu terkejut bahawa dirinya sudah kelihatan. Lelaki itu nampak ada sebuah lori yang lalu dijalan itu. Tanpa membuang masa, pelajar lelaki itu menolak Mizuki supaya Mizuki terlanggar dengan lori tersebut.


Mizuki terkejut apabila dirinya di tolak ke jalan raya berserta ada sebuah lori lalu jalan tersebut.


"Mizuki!!!!" Azusa berlari dengan sepantas kilat untuk menyelamatkan Mizuki dari terlanggar dengan lori itu. Azusa pun menolak Mizuki kehadapan supaya tidak terlanggar dengan lori tersebut.


Bipppp!!!


Burk!!!!


Apakah nasib, Azusa terlanggar dengan lori tersebut akibat menyelamatkan nyawa kawan baiknya iaitu Mizuki.


"Azusa!!!!" Mizuki pun cepat-cepat menuju ke arah Azusa yang terbaring diatas jalan raya. "Senpai!!!" Terkejut Mary apabila melihat Azusa terbaring diatas jalan.


Pelajar lelaki itu berjaya ditangkap oleh para pelajar lain yang melihat situasi tersebut.


Guru yang melihat situasi itu lalu menelefon pihak hospital. Dan para guru lain pun cepat cepat melakukan perawatan awal supaya pendarahan kepala Azusa berhenti.


"Mi..Mizuki... maafkan saya..." Ucap Azusa dengan nada lemah. Mizuki pun menggengam tangan Azusa sambil menangis terdesak.


"Awak tak bersalah pun Azusa! Tolonglah bertahan, ambulans akan datang!" Minta Mizuki dengan suara mendesak.


"Saya...rasa bersyukur sangat sebab dapat berjumpa dengan awak...Mizuki...Awak lah kawan baik saya dan paling berharga dalam hidup saya.... Arigatou Mizuki Chan..." Ucap Azusa sambil tersenyum walaupun badannya rasa sakit.


Ini membuatkan air mata Mizuki semakin mengalir dan jantungnya berdegup kencang. Para pelajar yang berada disitu pun turut sedih.


"Saya pun rasa sama Azusa. Saya tak nak kehilangan awak! Awak dah seperti nyawa saya, jadi tolong jangan tinggalkan saya! Kita dah berjanji akan bersama!" Minta Mizuki sambil mengalir air matanya.


"Saya betul-betul minta maaf....Mary Chan....saya minta maaf kerana tak dapat menepati janji kita..." Ucap Azusa sambil memandang ke arah Mary. "Senpai....." Mary sendiri merasa sebak apabila melihat kondisi Azusa sekarang.


"Mizuki...saya minta maaf....kalau saya dah menyusahkan....awak selama ni..."Ucap Azusa sambil memandang kearah Mizuki yang menangis terdesak.

__ADS_1


"Tak! Awak tak pernah buat salah langsung! Saya betul-betul minta maaf sebab saya tak peka tadi!" Ucap Mizuki sambil mengalir air mata. Adakah persahabatan mereka akan berakhir?


"Tak mengapa Mizuki..... Arigatou Mizuki.....kerana setia dengan...saya sehingga sekarang.....Dan saya minta maaf sebab saya tak dapat nak menepati janji kita berdua...." Ucap Azusa.


Kini air mata Mizuki semakin menderas mengalir. Azusa pun mengelap air mata Mizuki itu.


"Mizuki....daisuki...." Ucap Azusa sambil tersenyum, lalu Azusa pun menghempus nafas terakhir.


"Azusa? Azusa? Azusa!!!!" Mizuki menggoyangkan badan Azusa. Namun Azusa dah meninggal dunia.


Para pelajar dan guru merasa sedih dengan pemergian Azusa yang begitu baik dan paling berjasa di sekolah. Siapa sangka selepas kelulusannya dia terus meninggal selama lamanya.


"Azusa.....maafkan saya....Azusa...." Mizuki terus memeluk mayat Azusa itu sambil menangis terdesak. Mary pun memeluk Mizuki supaya dia tenangkan dirinya. Memang agak susah untuk menerima takdir macam ni yang orang yang paling berharga meninggal selama lamanya.


Selepas kejadian itu, pihak polis pun datang untuk melakukan penyiasatan tentang kes Azusa tersebut. Keluarga Azusa terkejut dengan berita kejadian terhadap anaknya telah meninggal dunia selepas majlis kelulusannya.


Mizuki sekarang pun seperti sudah hilang arah tujuan. Baginya tiada gunanya hidupnya Azusa tiada di sampingnya.


Tapi Azusa sempat tulis surat untuk kali terakhirnya.


'*Kepada kawan baikku Mizuki,


Saya tulis surat ini khas untuk awak, saya sendiri pun tak tahu kenapa saya tulis surat ini. Tapi saya merasakan ini masa untuk kita perpisah.


Saya tahu awak akan sedih dengan pemergian saya, demo saya tak nak tengok air mata sedih awak, Mizuki. Saya nak awak sentiasa tersenyum selalu seperti awak tersenyum sebelum ni.


Saya sangat bersyukur kerana dapat berkawan dengan orang seperti awak, bagi saya awak seperti bulan yang menemani semua orang pada waktu malam yang gelap. Kali pertama kita bertemu seperti dah takdir, saya nak sangat berkawan dengan awak yang pendiam.


Jadi saya beranikan diri untuk rapat dengan awak dan menjadi kawan yang terbaik untuk awak, akhirnya tercapai juga hasrat saya. Awak memang yang terbaik, Mizuki.....


Terima kasih banyak banyak Mizuki kerana sentiasa berada disisi saya selalu. Dan saya nak minta maaf kerana dah buat kesalahan atau benda yang menyusahkan awak. Tapi saya gembira kerana dapat melihat awak untuk kali terakhir.


Mana lah kita tahu, kita akan berjumpa lagi di dunia lain. Heheheh, gurau jer. Maaf juga kerana tidak dapat menepati janji kita berdua.


Mizuki daisuki, arigatou.


Daripada,


Azusa*....

__ADS_1


Mizuki pun memeluk surat terakhir Azusa itu. "Andai kita lahir semula dan berjumpa semula." Kata Mizuki sambil mengalir air matanya.


Apa akan berlaku seterusnya? Saksikan chapter seterusnya. Enjoy!


__ADS_2