Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 12 Menolak Lamaran


__ADS_3

3 tahun kemudian....


Sekarang umur Puteri Elisa sudah mencecah 7 tahun. Dan hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Puteri Kaguya Elisa kali ke-7.Suasana di istana begitu meriah kerana menyambut hari ulang tahun Elisa.


"Ketibaan keluarga diraja kerajaan Fantasia. Raja Nasaku Kazuto, Permaisuri Kazuto Tsukasa bersama anak kembar. Puteri Kazuto Alysa dan Putera Kazuto Azri. Tidak dilupa juga puter bongsu kerajaan Fantasia yang menyambut ulang tahunnya hari ini, Puteri Kazuto Kaguya Elisa!"


Penampilan Puteri Elisa begitu menawan. Dengan rambutnya yang lurus dan berwarna merah jambu cerah, itu membuatkan semua tertarik dengan penampilan Puteri Elisa.


Elisa merasakan dirinya diperhatikan dengan begitu tajam, ini membuatkan dirinya tak sedap hati ni.


Elisa melihat sekelilingnya, ramai betul orang bangsawan diraja yang datang. Elisa pun beredar dari situ, kerana dia masih tidak terbiasa dengan suasana yang begitu mewah.


Elisa pun menuju ke taman istananya untuk mengambil suasana yang tenang. Elisa memandang ke langit yang dipenuhi bintang bintang yang berkelip-kelip dan menemani dengan bulan purnama yang begitu cerah.


"Elisa sama sentiasa lari bila ada perayaan."


Elisa pun memaling kearah belakangnya, Elisa pun tersenyum apabila melihat mereka berdua. "Saya bukan lari pun. Dan kenapa awak berdua ikut saya, Shary, Hina?" Tanya Elisa sambil tersenyum apabila dia melihat kawan baiknya.


"Kami cari Elisa sama lah." Jawab Hina dengan sedikit berani berbanding dulu. "Kami dah agak, bila Elisa sama tiada di istana mesti berada di taman ni." Kata Shary pulak sambil memeluk tubuhnya.


Sejak akhir-akhir ni mereka berdua sedikit berubah. Shary sekarang sudah menjadi pemberani, manakala Hina sudah tidak penakut berbanding dulu namun masih malu bercakap dengan orang lain melainkan Elisa dan Shary.


"Ramai betullah orang memandang kearah saya, lebih lebih lagi lelaki. Jadi saya larilah." Jawab Elisa dengan nada sedikit takut.


Bukan Elisa membenci lelaki, tetapi cara mereka memandangnya tu agak menakutkan. Semasa dia menjadi Azusa, taklah rasa macam ni ketika orang lelaki memandang ke arahnya.


"Mungkin mereka mahu melamar Elisa sama menjadi tunang mereka." Teka Shary sambil memikirkan sebabnya. Elisa terkejut batu apabila mendengar ayat Shary itu, sekarang kehidupannya semakin berkecai. "Ta...Tapi saya...baru..bawah umur." Kata Elisa dengan suara kecewa dan ketakutan.


"Kalau ikut peraturan di kerajaan, anak bangsawan boleh bertunang kalau umurnya sudah mencecah 5 tahun." Terang Shary tentang syarat bertunangan di dunia ini.


Elisa terkejut lagi bagai hatinya sudah di tembak kesakitan. Tiada siapa pun bagitahu kepadanya tentang syarat bertunangan di dunia ini. Elisa merasakan dirinya sudah berada di zon kehancuran kehidupannya.


"Saya ada dengar juga, selepas bertunang dan usia sudah berumur 17 tahun mesti berkahwin kan?" Tanya Hina kepada Shary. "Yup." Jawab Shary.


Sekarang hati sudah hancur mendengar berbualan mereka berdua tu. Kenapa masa begitu cepat untuk Elisa berehat dari kehancuran kehidupannya? Elisa pun merebahkan dirinya.


"Elisa sama! Elisa sama ok?" Tanya Shary apabila melihat Elisa merebahkan dirinya. Elisa pun memikir, dia dah banyak membaca buku manga dia tentang kehidupan macam ni.


Macam manalah dia terlupa bab perkahwinan ni. 'Macam mana sekarang ni? Kalau aku bertunang dan berkahwin kehidupan ni semakin memburuk. Yosh! Ini cara baik!'


"Shary, Hina. Jom kita masuk ke istana, saya mahu berbincang dengan otosama." Ajak Elisa lalu menuju ke istana. "Eh, tunggu kami!" Mereka berdua pun mengejar Elisa yang berjalan laju.


...****************...

__ADS_1


Elisa pun memandang ke kiri kanan untuk mencari keberadaan keluarganya. Akhirnya, Elisa pun nampak keluarganya sedang bercakap dengan sebuah keluarga bangsawan yang kaya.


Elisa melihat kehadiran keluarga itu nampak seperti mencurigakan. Seolah-olah ada bencana yang akan berlaku.


'Yuna, awak masih ada di situ?'


'Ye, Elisa sama.'


'Awak kenal tak keluarga yang sedang bercakap dengan keluarga saya?'


'Mereka orang bangsawan yang sangat kaya dan sangat licik. Elisa sama masih ingat lagi kan, semasa kita menyamar masuk kawasan berkampungan?'


Elisa pun mengangguk tanda dia masih ingat lagi tentang peristiwa itu.


Ketika itu, Elisa menyamar menjadi rakyat biasa untuk melihat suasana di sana. Elisa melihat ramai rakyat kelaparan kerana kekurangan makanan.


Kata mereka harga makanan semakin lama naik dengan begitu cepat, dan mustahil bagi mereka mahu membeli makanan. Dan ketika itu lah Elisa terpaksa menunjukkan dirinya dan menolong mereka.


'Yuna, saya nak awak tolong mencari bukti dan hantar kepada ayah Shary.' Arah Elisa sambil memandang tajam kearah keluarga itu.


'Baiklah, saya akan laksanakan.' Yuna pun menghilangkan dirinya.


"Elisa sama laju betul berjalan." Komen Shary dengan penuh kepenatan. Hina merasakan mahu pengsan jer kejar Elisa.


"Tuanku, patik harap tuanku akan menerima anak patik sebagai tunang Elisa sama." Kata lelaki itu sambil menunjuk anak lelakinya yang berpakaian yang cukup bergaya.


"Kita boleh berbincang bersama, Xaxa. Sekarang ni kita perlu tunggu kehadiran Elisa." Jawab Raja Kazuto, Permaisuri Tsukasa pun mengangguk tanda setuju dengan suaminya.


"Otosama! Okasama!" Panggil Elisa sambil kearah mereka. "Ara, Elisa Chan." Lalu Elisa pun memeluk Tsukasa, maklumlah Elisa memang manja ibunya.


"Elisa, ini adalah Xaxxa bangsawan yang sangat terkenal di seluruh dunia." Kata Kazuto mengenalkan Xaxxa kepada Elisa. "Selamat hari lahir Elisa sama. Malam ini tuan puteri begitu jelita." Puji Xaxxa sambil menunduk kepalanya dengan hormat.


"Arigatou Xaxxa." Jawab Elisa dengan senyuman paksa. Dia betul-betul tak suka macam ni. "Dan ini adalah putera patik yang sulung." Kata Xaxxa sambil menunjuk anaknya. Anaknya pun menunduk kepalanya tanda hormat.


"Jadi, apa hubungan dengan kami?" Tanya Elisa memasuki topik pertamanya. "Sebenarnya, kami mahu melamar Elisa sama sebagai tunang putera patik." Jawab Xaxxa tentang tujuannya datang kesini.


Dah datang!! Itu membuat Elisa terkejut ni. Elisa tak sangka perkara ini benar benar terjadi juga dengan mengejutkan. Elisa pun membaiki posisinya.


"Saya amat berterima kasih kerana tuan Xaxxa hadir kesini, tapi saya minta maaf. Saya tak boleh menerima lamarannya." Jawab Elisa menolak lamaran itu dengan tenang.


Elisa dah baca tentang situasi ini, kalau dia terima lamaran ini rakyat mereka akan lebih sengsara berbanding sekarang. Sebaiknya dia menolak demi keselamatan orang lain.


Terkejut mereka apabila mendengar jawapan Elisa menolak lamaran itu. "Ken...Kenapa Elisa sama menolak lamaran kami, putera kami sudah jatuh cinta dengan Elisa sama dengan sepenuh hati?" Tanya Xaxxa sambil tersenyum palsu.

__ADS_1


'Ingat aku bodoh ke?'


"Kerana saya ada beberapa alasan untuk menolaknya walaupun putera anda sangat kacak." Jawab Elisa tenangkan hatinya. Xaxxa terkejut dengan Elisa.


"Pertama, saya tiada hati dengan putera anda bahkan mana mana lelaki yang pernah saya berjumpa. Kedua saya akan lindungi rakyat saya daripada ancaman orang luar seperti anda. Dan yang terakhir, saya tak nak melibat dengan kehidupan orang yang sangat kaya yang penuh hati kedekut. Walaupun kamu menjamin keselamatan saya." Jawab Elisa tentang sebab dia menolak lamaran itu.


Xaxxa terkejut dengan tindakan Elisa yang begitu bijak. "Apa maksud kamu, Elisa?" Tanya Kazuto dengan sedikit hairan. "Otosama, orang Ini telah merampas harta rakyat kita dengan cara paksaan." Jawab Elisa sambil menunjuk Xaxxa.


Orang yang berada di situ terkejut apabila mendengar kata Elisa. Xaxxa dan anaknya terkejut dan merasakan takut apabila identiti mereka sudah terbongkar oleh Elisa.


"El... Elisa sama tidak boleh menuduh kami tanpa." "Siapa kata saya tiada bukti? Saya ada bukti bahkan saya ada saksi." Kata Elisa sambil tersenyum sinis.


Elisa pun memetik jarinya. Ayah Shary pun menghampiri mereka sambil membawa beberapa dokumen. Ayah Shary bernama Sham ketua pengawal di kerajaan Fantasia.


"Mengikut laporan Elisa sama, memang benar. Tuan Xaxxa telah merampas harta penduduk dengan cara paksaan. Saya telah menyelidiki seperti arahan Elisa sama." Kata Sham sambil menunjuk laporannya.


Xaxxa pun menelan air liurnya apabila melihat Raja Kazuto membaca laporan tersebut. "Tuanku percaya ke tuduhan palsu." "Ini bukan palsu!" Potong Elisa dengan cepat supaya orang itu tidak boleh menghasut orang lain.


"Saya sendiri melihat dengan kepala saya sendiri. Saya memang tak percaya, muka anda yang begitu kacak sampaikan semua orang terpesona rupanya dalam hati begitu hitam." Kata Elisa sambil memeluk tubuhnya.


"Ceh! Sekarang!" Arah Xaxxa mengeluarkan arahan. Tiba-tiba ramai askar menepur Elisa dari luar. Terkejut mereka apabila melihat tindakan Xaxxa.


"Apa kamu mahu lakukan Xaxxa?!" Tanya Kazuto dengan suara yang lantang. Xaxxa pun tersenyum lalu dia dan anaknya mengeluarkan pedang.


"Kami akan bunuh Elisa! Dengan kuasa bintang lagenda tu aku dapat menguasai dunia ni!" Jawab Xaxxa sambil ketawa kejahatan.


Alysa dan Azri cepat cepat menlidungi Elisa. Mereka tak nak Elisa menjadi ancaman.


'Patutlah, kalau aku menolak lamaran ini akan berlaku. Mungkin mereka adalah kunci kebunahan aku yang akan datang.'


"Baik korang semua serahkan Elisa kepada kami!" Arah Xaxxa dengan nada sedikit tinggi. "Kami takkan benarkan!" Jawab Azri yang masih mahu menahankan Elisa. "Kalau tak aku akan bunuh semua orang disini!" Ugut Xaxxa, lalu pengawal Xaxxa menunjuk tanda mahu membunuh orang disini.


"Onisama, biar Elisa uruskan." Kata Elisa sambil menyentuh bahu Azri. "Tapi!" "Tolong percayakan Elisa, semua akan baik sahaja." Kata Elisa lagi untuk menyakinkan abangnya.


"Baiklah." Jawab Azri dengan suara lemah. Elisa pun tersenyum lalu dia pun berhadapan dengan Xaxxa.


Xaxxa pun tersenyum puas apabila melihat keberanian Elisa yang menyerah dirinya. "Bagus..macam ni kan mudah." Puji Xaxxa. Elisa hanya tersenyum sahaja.


"Sebelum saya menyerah, saya ada soalan."


"Itu permintaan terakhir kamu, sila anjurkan."


"Siapa yang menghantar kamu untuk datang kesini?" Tanya Elisa dengan penuh berani.

__ADS_1


Adakah ini permintaan terakhir Elisa? Adakah Elisa dapat mengetahui siapa orang yang merancang semua ni?


__ADS_2