Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 19 Mari kita kalahkan slime


__ADS_3

Setelah beberapa jam kemudian....


Elisa pun kembali ke arah mereka semula, Hina terkejut apabila melihat ketibaan Elisa semula.


"Maaf kora! Kenapa ni Hina!?" Terkejut Elisa apabila Hina memakaikan topi besi kepada Elisa. "Elisa sama jangan tanggalkan topi ni, kalau tak Elisa sama tidak selamat." Pesan Hina kepada Elisa.


"Sekejap, saya dah bersihkan muntah tu. Ada lagi ke?" Tanya Elisa sambil membetulkan topi besinya. Entah datang mana pula topi besi yang Hina dapat ni.


"Walaupun Elisa sama dah bersih muntah tu, tetapi aura sihir tu masih ada lagi." Jawab Hina. Elisa pun mengeluh, kenapalah nasibnya tak begitu baik.


"Hina, awak tahu ke macam mana nak pulihkan Elisa sama ni semula?" Tanya Shary tentang cara penyembuhan Elisa ni. Kalau ni berlarutan, semua orang akan terkena pukau gila cinta ni.


"Etto... yang saya tahu Elisa sama perlu minum penawar Xios. Hanya penawar itu jer yang dapat menyembuhkan Elisa sama dari kutukan ni." Jawab Hina tentang penawar tersebut.


"Saya ada pernah dengar penawar tu, tapi penawar sangat susah nak dapatkan. Kerana penawar tu boleh menyembuhkan segala penyakit misteri ni." Kata Zack, baginya sangatlah jarang orang dapatkan penawar tu. Orang atasan pun susah nak cari penawar juga.


"Apakata kita buat penawar tu." Cadang Elisa dengan masih memakai topi besi itu. "Itu lah susah, bahan dia pun saya tak tahu dan cara dapatkan bahan tu." Jawab Hina, dia dah lama cari tahu tentang penawar itu.


"Apakata kita tanya Yamada sensei, dia kan handal bab buat penawar ni." Cadang Shary pula. "Yosh! Mari kita jumpa Yamada sensei." Ajak Elisa.


Mereka pun menuju ke bilik Yamada sensei, biliknya berada di bawah tanah di bawah akademi disini. Yamada sensei merupakan seorang alkimia yang tertinggi di kerajaan Fantasia ni dan seorang guru mengajar alkimia.


"Yamada sensei..." Hina membuka pintu tersebut. "Oh, Hina. Selamat datang." Ucap Yamada sensei sambil tersenyum. "Eh, Alysa sama pun ada disini." Kata Shary apabila melihat kelibatan Alysa.


"Oh, saya ada urusan sikit dengan Yamada sensei." Jawab Alysa. Elisa pun cepat-cepat paling kearah lain. Alysa sedikit hairan dengan Elisa yang pakai topeng besi tu.


"Siapa yang ada dalam topeng besi ni?" Tanya Alysa sambil menunjuk ke arah Elisa yang memakai topeng besi tu. "Ni Elisa sama. Dia ada masalah sikit." Jawab Hina sambil membuat muak sedikit masalah.


"Elisa, kenapa kamu pakai topeng besi ni?" Tanya Alysa mahu menanggalkan topeng besi Elisa. "Jangan Alysa sama!" Larang mereka bertiga apabila melihat Alysa yang mahu menanggalkan topeng Elisa.


Alysa pun menanggalkan topeng tersebut, mereka bertiga pun cepat-cepat menutup mata mereka. Tiba-tiba Alysa pun terkena pukau gila cinta itu.


"One...Onesama?"


Alysa pun memeluk Elisa dengan penuh kasih sayang. "Elisa, akak sudah jatuh cinta dengan Elisa." Kata Alysa dengan matanya menunjukkan cinta.


"Eh?!!" Terkejut mereka apabila mendengar luahan Alysa itu. Mereka tak sangka juga yang pukau gila cinta sangat kuat sampai kakak boleh jatuh cinta dengan adik perempuannya sendiri.


"Macam tu rupanya, kamu semua cari saya mesti nak penawar Xios kan?" Tanya Yamada sensei tentang tujuan mereka datang ke sini.


"Haah, Yamada sensei tahu ke bahan dan cara nak buat penawar Xios ni?" Tanya Hina tentang penawar itu. Yamada sensei pun memikirkan tentang penawar tersebut.


Ini kali pertama ada pelajar yang menyuruh dia membuat penawar tersebut. Elisa sudah tidak tahan dengan kakaknya yang asyik peluk ni sampai sesak nafas ni.


"Baiklah sensei akan tolong kamu. Semua bahan nak buat penawar itu sudah ada kat sini." Jawab Yamada sensei sambil memeriksa bahan bahannya di atas almari.


Nampak mudah sangat nak buat tu. "Oh, satu lagi bahan saya tiada untuk buat penawar tu." Kata Yamada sensei apabila selesai memeriksa bahannya.


"Bahan apa lagi?"


"Slime."


"Slime?"

__ADS_1


Banyak banyak bahan slime juga kena dapatkan untuk buat penawar tu. Bagi mereka mudah jer nak tangkap makhluk slime ni, kerana slime merupakan makhluk yang paling lemah dan mudah dijumpai di kawasan perkampungan.


"Slime ni bukan yang tingkat rendah tu, kalau kita ambil slime rendah memang tak akan menjadi penawar tu." Terang Yamada sensei tentang slime itu.


"Slime jenis apa kami perlu dapatkan?" Tanya Elisa pulak. "Slime tingkat tinggi, mestilah di dalam gua Kristal tu." Jawab Yamada sensei sambil tersenyum kearah anak muridnya.


"Eh?!!!" Terkejut mereka apabila mendengar keberadaan slime itu. "Kenapa korang terkejut ni?" Tanya Elisa dengan hairan. "Slime tu memang sangat kuat. Petualang yang tingkat tinggi pun tak boleh kalahkan slime tu." Jawab Zack tentang slime itu sambil menutup matanya.


Elisa terlupa tentang pukau tu, lalu dia pun memakai topeng besi tu. Dengan automatik, Alysa pun tersedar dari pukaunya itu. "Apa terjadi tadi? Kenapa saya peluk Elisa ni?" Tanya Alysa bertubi tubi.


"Alysa sama terkena pukau gila cinta dengan Elisa sama tadi." Jawab Hina. Ini membuatkan dia semakin bingung ni. Hina pun ceritakan tentang kejadian yang terjadi di taman tadi.


"Ooo... macam tu ceritanya. Elisa, kalau kamu sedar kenapa tak jumpa dengan akak?" Tanya Alysa dengan nada risau. "Hehehe, Elisa tak nak kacau Onesama jer." Jawab Elisa dengan ringkas.


"Jadi sekarang kamu nak pergi ke gua Kristal tu ke?" Tanya Alysa tentang tujuan mereka seterusnya. "Ye, kami perlu dapatkan slime tu untuk buat penawar tu." Jawab Shary dengan nada serius.


Alysa pun mengangguk tanda faham dengan situasi ni. Kalau baginya, mesti dia akan lakukan benda yang sama. "Baiklah akak akan pergi tolong korang juga." Kata Alysa membuat keputusan, dia tak sanggup tengok adiknya terluka lagi.


"Arigatou!"


Mereka pun menuju ke arah gua Kristal tu untuk mengalahkan slime tingkat tinggi itu.


Tiba-tiba mereka melihat ada seekor burung helang terbang kearah mereka. Lalu Elisa pun memanggil burung helang itu. Burung itu pun mendarat atas tangan Elisa.


Elisa nampak ada sepucuk surat di kaki burung helang itu. Lalu Elisa pun membaca surat tersebut. "Surat apa tu Elisa sama?" Tanya Shary apabila melihat surat itu.


"Surat dari General Dimonlah, dia kata.... sekejap slime yang tingkat tinggi tu datang menyerang ibu kota." Jawab Elisa sambil membaca isi kandungan surat itu.


"Eh?!!"


"Sebab Elisa adalah pertualangan yang peringkat tinggi." Jawab Elisa sambil menunjuk kad pertualangan berwarna emas menunjukkan dia adalah pertualangan tingkat tinggi.


"Eh?!!"


Terkejut mereka lagi, sejak bila Elisa menjadi petualang tingkat tinggi ni? Bermain dengan kehidupan Elisa sangat memenatkan.


"Jom kita ke ibu kota! Superstar!!" Ajak Elisa dengan sangat semangat lalu meninggalkan mereka. "Tunggu!!" Mereka pun mengejar Elisa dari belakang.


...****************...


Mereka pun tiba di tempat kejadian tersebut, mereka tak sangka yang slime tingkat tinggi tu menyerang ibu kota ni.


"Alysa sama!" Tiba-tiba seorang lelaki menghampiri mereka. "Oh, Dimon." "Mana Elisa sama?" Tanya Dimon sambil memandang ke kiri kanan mencari kelibatan Elisa.


"Saya ada di sini." Jawab Elisa sambil mengangkat tangan. Terkejut Dimon apabila melihat Elisa pakai topeng besi tu. "Ke...Kenapa Elisa sama..."


"Panjang ceritanya, apa apa pun macam mana slime tingkat tinggi tu boleh menyerang kota ni?" Tanya Elisa tentang kejadian ni, agak jarang dan hampir mustahil bagi makhluk menyerang ibu kota ni. Kerana pengawalan mereka sangat ketat.


"Itu saya tak pasti, yang saya tahu sekarang adalah slime ni mengamuk dan menyerang bandar ni. Kami dah cuba pelbagai cara untuk kalahkan slime tu, tapi slime tu seperti tiada kelemahan." Jawab Dimon tentang slime itu.


Elisa pun memandang ke arah slime tersebut, setahu dia slime tu kecil macam mana dia boleh jadi besar gergasi ni. Patutlah mereka takut dengan slime ni. Ni merasakan Elisa tak nak memburu slime tu.


"Kalau kita dapat bunuh slime ni, kita akan dapat permata sihir yang kuat." Kata Dimon menambahkan informasi tentang slime itu. Dia tahu Elisa takkan bertindak melainkan ada batu sihir yang jarang dijumpai.

__ADS_1


Ini membuatkan Elisa semakin semangat untuk berlawan dengan slime tu. "Superstar! Yosh, mari kita kalahkan slime tu!" Kata Elisa lalu dia pun terbang kearah slime itu.


"Elisa!" Alysa baru mahu melarang adiknya, namun Elisa begitu laju. "Elisa sama sangat semangat nampak gayanya." Kata Dimon, Alysa pun mengeluh dengan perangai Elisa ni.


Kepala Elisa sudah berfikir banyak perkara apa yang dia akan lakukan dengan batu sihir itu. "Yosh! Bersiap sedialah!" Elisa pun mengeluarkan pedangnya dari sarungnya di belakang badan Elisa.


"Rasakan ni! Slash Star!!" Elisa pun menebas kearah slime itu. Badan Slime tu terbelah dua lalu dia tercatum balik. "Eh!!" Terkejut Elisa apabila melihat slime itu.


Patutlah mereka kata tiada kelemahan pun slime ni. Slime itu pun menembak kearah Elisa. Elisa dengan pantas mengelak serangan itu.


'Yuna! Awak tahu tak cara nak kalahkan slime ni?' Tanya Elisa menggunakan sihir komunikasinya.


'Elisa sama perlu pecahkan kristal yang berwarna biru tu!' Jawab Yuna tentang kelemahan slime tu.


Slime pun mencari kristal berwarna biru tu pada badan slime itu. "Kecilnya!" Komen Elisa apabila melihat kristal tersebut. Nak dikatakan sekecil semut jer.


"Mari kita cuba tembak dia." Elisa mengacukan pistol hanya menggunakan tangannya kearah kristal tersebut. "Star Splash!!" Elisa pun menembak kearah kristal tersebut, tembakan itu sedikit tersasar kerana slime itu bergerak sedikit.


Slime itu pun menyerang Elisa dengan ekornya. Topeng besi Elisa tercabut akibat terkena serangan slime itu. Mereka terkejut apabila melihat topeng Elisa tertanggal, habislah nanti kena kejar.


Elisa jatuh di kawasan ramai orang, tiba-tiba semua orang yang berada di kawasan tersebut terkena pukau gila cinta terhadap Elisa.


"Oh, Elisa sama!"


"Elisa sama sangat cantik hari ini."


"Elisa sama, kami cintakan Elisa sama."


"Lari!!!"


Elisa pun berlari sepantas kilat dari sekempulan pukau gila cinta itu. Elisa berasa dengan tindakan slime itu, lalu Elisa pun berlari kearah slime tersebut.


"Rasakan ni slime tak guna! Star Beam!!!" Elisa menembak kearah slime tersebut. Slime itu terkena tembakan tersebut lalu Slime itu terjatuh di sungai yang berada disebelahnya.


'Kelemahan slime juga adalah serang di dalam air!' Bisik Elisa sambil tersenyum sinis kearah slime itu. Tak sia sia di baca manga tentang kehidupan di dunia fantasi ni.


"Serangan terakhir! Star Shoot!!" Elisa pun menembak kristal tersebut, kerana inilah peluangnya untuk menembak kristal itu kerana slime akan susah bergerak apabila dia besar dan berada di dalam air.


Akhirnya slime itu berjaya di kalahkan, lalu Elisa pun mengambil batu sihir itu yang terjatuh di lantai. "Hehehe, kalau ikut game dia akan keluarkan item. Tapi dunia ni dapat batu sihir." Kata Elisa dengan gembira apabila dapat batu sihir yang jarang dijumpai.


"Elisa sama!" Mereka berlari kearah Elisa. "Jangan datang!" Larang Elisa, dia terlupa yang dia tidak memakai topeng tu. Mereka yang sampai di kawasan itu dah kena sihir, termasuklah Shary dan yang lain.


"Oh, Elisa sama."


"Elisa sangat menawan hari ni."


Inilah Elisa tak suka ni. Mereka pun menghampiri Elisa dengan perlahan lahan dan sedikit menakutkan. Elisa sudah tak boleh lari dari mereka.


Tiba-tiba Hina muncul dari belakang Elisa lalu Hina memakaikan topeng besi itu kepada Elisa. Mereka yang terkena pukau itu pun tersedar. "Apa terjadi tadi?" Tanya Shary dengan hairan.


Elisa dan Hina pun menghempus nafas lega apabila semua dah selesai. "Terima kasih Hina, kalau tiada awak mesti saya dah kena berebut." Ucap Elisa dengan lega.


"Tiada masalah, saya rasa batu sihir ni baik kita serahkan kepada Yamada sensei untuk buat penawar tu." Jawab Hina sambil memandang kearah batu sihir itu.

__ADS_1


"Jadi, inilah bahan yang Yamada sensei katakan tu? Hah!!!" Elisa baru ingatkan dia akan dapat simpan batu tu. Apalah nasibnya...


__ADS_2