Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 23


__ADS_3

Di istana, Shary dan Hina berada di taman istana untuk menunggu Elisa. Selalunya mereka akan berlepak di taman istana ni.


"Maaf korang saya terlambat." Kata Elisa yang baru tiba. "Tak mengapa Elisa sama." Jawab Hina sambil tersenyum kearah Elisa. Elisa pun duduk di tempat kosong.


"Ano, Elisa sama. Kenapa Elisa sama pilih klub penelitian?" Tanya Shary yang ingin tahu, Hina pun mengangguk tanda setuju dengan Shary. Mereka berdua sendiri tidak tahu apa tujuan klub penelitian itu.


Elisa terkejut apabila mendengar soalan Shary itu. Macam mana Elisa nak bagi alasan, takkanlah dia nak bagitahu bahawa kehidupan sebelumnya suka sains ni.


"Etto....saya... saya .... hah! Saya tertarik dengan mengkaji batu sihir ni. Sebab tulah saya sertai klub mereka." Jawab Elisa dengan kurang jujur. Dia sendiri tidak tahu macam mana nak bagi alasan, maaf yer.


"Dan macam mana pula dengan Karin, Elisa sama kenal ke Karin sebelum ni?" Tanya Hina pula. Elisa merasakan dia sudah di kelilingi oleh polis yang mahu penerangan.


'Macam mana ni? Lupa! Aku kan seorang puteri, patutlah mereka rasa pelik tu.' Bisik Elisa. Elisa mengarahkan Karin supaya tidak berformal dengannya.


Sekarang rasakan akibatnya. "Hmmm! Karin ni....susah sikit... nak... nak... nak bercakap dengannya dengan bahasa formal. Jadi saya katalah kepadanya supaya tidak guna bahasa formal dengan saya." Jawab Elisa dengan pantas.


Mereka saling berpandang sesama sendiri. "Etto! Macam dengan klub korang pulak?!" Tanya Elisa mengalih ke topik lain, sebelum mereka berdua perasan.


...****************...


Pada waktu malam, Elisa menuju ke rumah kecilnya di belakang istana. Rumah itu dibina untuk Elisa menyimpan barang yang berharga.


"Penatnya..." Mengeluh Elisa. Anna yang berada di situ menggelang kepala apabila melihat Elisa.


Di rumah Elisa ini, tiada siapa boleh masuk kecuali Anna dan kebenaran Elisa. Maklumlah banyak barang berharga disini.


"Elisa sama, ini tehnya." Kata Anna menuangkan teh kepada Elisa. "Arigatou Anna." Ucap Elisa lalu Elisa pun menghirup teh yang sudah di pancuh oleh Anna.


"Elisa!!" Tiba-tiba Karin muncul dan membuka pintu dengan kuat. Elisa yang sedang minum teh tersembur apabila melihat kelibatan Karin.


"Ops! Maaf Elisa! Awak ok?" Tanya Karin sambil kearah Elisa yang sedang batuk. "Saya...ok." Jawab Elisa dengan Anna menolongnya menepuk belakangnya.


"Karin sama, lain kali tolong berhati-hati." Pesan Anna. "Maaf! Saya memang rasa tak sabar nak berjumpa dengan Elisa sebenarnya." Jawab Karin menunduk maaf.


Sebenarnya Elisa yang mengajak Karin datang ke tempat ini sesuka hatinya. Maklumlah orang sama kan. "Kenapa awak nak berjumpa dengan saya?" Tanya Elisa.


"Ahem! Saya dah berbaiki penyapuh terbang ni dengan bertaraf baharu! Jang!" Karin pun menunjuk penyapuh terbang itu. "Jadi awak nak saya cuba malam sekarang ni?" Tanya Elisa lagi tentang tujuannya.


"Yup! Malam ni adalah angin yang sesuai untuk terbang." Jawab Karin lalu Karin pun mendekati telinga Elisa. "Dan saya ada benda nak bagitahu kepada awak tentang kita." Bisik Karin.


"Baiklah! Anna tolong bawakan saya baju terbang saya. Saya tunggu di taman." Arah Elisa kepada Anna. "Baiklah Elisa sama." Jawab Anna lalu dia pun pergi ke bilik Elisa, manakala mereka menuju ke taman.


"Jadi?" "Saya dapat sedikit maklumat, saya harap maklumat ni dapat menolong awak. Sebelum awak datang ke dunia ni, Dewi ada bagitahu awak tak siapa yang masih hidup, tak maksud saya ada orang ke yang masih hidup di dunia lain?" Tanya Karin ingin kepastian.


Elisa pun mula berfikir sejak dia bertemu dengan dewi. "Rasanya tak ada." Jawab Elisa, setahunya tiada Dewi yang bagitahu kepadanya tentang ni.


"Sokka..."

__ADS_1


"Kenapa?"


"Dewi ada bagitahu kepada saya. Sebelum saya lahir, dia sempat bagitahu kepada saya bahawa ada 3 orang yang masih hidup sebelum saya. Summary, selepas awak dihidupkan di dunia ni ada 2 orang turut di lahirkan pada masa yang sama." Jawab Karin memberi informasi.


"Sekejap, maksudnya ada orang selain dari kita dari dunia lain?" Tanya Elisa untuk mengenal pasti. "Ye, kita akan tahu bila cerita awak akan berubah tanpa awak ubah. Ini membuatkan saya risau dengan awak, Elisa." Jawab Karin dengan sedikit risau.


Elisa pun berfikir, maksudnya ada orang yang telah selamat dengan cerita ni.


"Dan ni saya ada informasi yang sangat berbahaya untuk kita."


"Apa?"


"Kekuatan sihir mereka berdua sangat berbahaya. Kuasa mereka sangat terbatas." Jawab Karin dengan muka yang serius. Ini membuatkan Elisa semakin mahu mengetahui lebih lanjut.


"Maaf kerana terlambat Elisa sama, ini bajunya." Kata Anna tiba muncul dengan tiba-tiba. "Lain kali pula kita cakap tentang tu lagi." Bisik Karin sambil mengenyit matanya.


Elisa pun mengangguk tanda faham. Lalu Elisa pun memakai pakaian yang dibagi oleh Anna. "Yosh! Penyapuh terbang check! Cuaca bagus check! Pencoba pun dah check! Sekarang kita boleh mulakan uji kaji!" Kata Karin dengan semangat.


"Etto, Elisa sama. Kalau Elisa sama terbang, bukannya boleh dinampak oleh pengawai istana ke?" Tanya Anna dengan nada bimbang.


Siapalah yang tidak bimbang kalau seorang puteri terbang tanpa pengetahuan sesiapa pun. "Tak mengapa, asalkan kita lalui arah barat laut tu." Jawab Elisa dengan semangat.


Elisa pun menaiki penyapuh terbang itu. "Yosh! Saya akan terbang!" Kata Elisa sambil memandang kearah bulan purnama yang begitu indah. "Baiklah! Kami akan tunggu di sini." Kata Karin.


Tiba-tiba penyapuh terbang itu pun terbang. Elisa pun terbang ke langit. "Superstar!!" Jerit Elisa dengan gembira sambil memandang kearah bulan yang bersinar.


Tiba-tiba juga, Elisa terdengar ada sesuatu yang memanggilnya. Tanpa sedari, Elisa pun menuju kearah bulan itu. Seolah-olah Elisa terkena pukau.


Brunnnm!


Dan batu sihir di penyapuh terbang itu. "Eh?! Waaah!!!!" Elisa sudah kehilangan kawalan lagi. Penyapuh itu terbang menuju kearah akademi rendah. "Dame! Dame! Dame!!" Jerit Elisa sambil mengawal penyapuh terbangnya.


Puukk!!


Akhirnya, Elisa memecahkan tingkap di akademi itu. Dan para pelajar yang sedang meraikan di akademi itu, turut terkejut apabila melihat kelibatan seseorang dari tingkap.


"Adededede..." Elisa pun memaling kearah sekelilingnya. Terkejut Elisa apabila ramai pelajar memandang ke arahnya. 'Alamak!!! Aku dah rosakkan party ni!!!' Bisik Elisa dengan risau.


Siapa yang tidak risau dengan hal ni. Dah pergi terbang tanpa keizinan, lepas tu boleh pula merosak party pelajar lain. Tapi pelajar yang memerhatikan Elisa itu tidak perasan bahawa orang yang masuk akademi ni adalah Puteri Elisa.


Maklumlah, kepala Elisa sudah ditutupi oleh bajunya. Dan secara tak sengaja Elisa ternampak seorang perempuan yang dia kenali.


'Itu bukan ke Sofia kan? Yosh! Aku akan... sekejap kenapa dia menangis?' Bisik Elisa apabila melihat di pipi Sofia basah dan matanya sedikit merah.


Elisa pun menghampiri Sofia yang masih tidak membuka bajunya yang menutupi mukanya. "Sofia, kenapa awak menangis?" Tanya Elisa sambil memandang kearah Sofia.


Sofia terkejut dengan pertanyaan Elisa, namun dia tetap mendiamkan diri. Eh, apa terjadi sebenarnya?

__ADS_1


"Oi! Kenapa kau menyibuk hah, dasar perempuan yang pelik dan tidak kenal diri?!"


'Siapa panggil macam tu?!!'


Elisa pun memaling kearah yang memanggilnya. Ada seorang lelaki yang berpakaian mewah memandang kearah Elisa dengan tajam.


"Macam mana kau boleh kenal Sofia hah?! Ini hanya urusan aku dan dia jer!!" Marah lelaki itu. Elisa merasakan pelik, kenapa dia pulak yang kena marah. Nak bertanya pun tak boleh ke?


Elisa baru teringat, lelaki itu adalah tunang kepada Sofia. Patutlah marah membuta pun, dan sekarang Elisa dah memahami tentang situasi sekarang. Bukan dia yang buat kecoh, tapi memang dah kecoh pun.


"Tak silap saya, awak adalah anak kepada bangsawan yang dihormati oleh kerajaan istana Fantasia ni. Nama awak Kobayashi Takuya kan, tunang kepada Arthur Sofia?" Tanya Elisa untuk mengenal pasti.


Dia pernah dengar dengan pertunangan dengan anak perdana menteri, tapi Elisa tidak dapat menghadiri majlis itu kerana sibuk dengan pertualangannya.


Elisa pun memandang kearah Sofia semula. Sofia menunduk kepalanya dengan air matanya mengalir.


"Sekejap, adakah korang dah putus tunang?" Tanya Elisa lagi, suasana pun sunyi sepi. Dah agak....


"Adeh... mesti Yang Mulia akan marah apabila mendengar semua ni." Mengeluh Elisa sambil menepuk dahinya. "I..Ini bukan urusan kau! Siapa kau nak beritahu kepada Yang Mulia?!" Marah Takuya kepada Elisa.


Elisa pun tersenyum sinis apabila mendengar soalan Takuya itu, dia sudah lama menunggu peluang ni. Lalu Elisa pun membuka kain bajunya yang menutupi mukanya.


"Saya adalah Puteri Kazuto Kaguya Elisa di kerajaan Fantasia ni. Dan saya merupakan puteri yang bongsu." Jawab Elisa mengenalkan dirinya.


Semua pelajar terkejut apabila melihat Puteri Elisa ada di sini. Takuya sudah hilang kata-kata apabila mendengar jawapan Elisa.


"Lain kali jangan pandai cakap dengan orang lain." Pesan Elisa sambil mengenyit matanya. Suasana pun menjadi sunyi sepi.


Elisa pun memikirkan cara bagaimana dia nak selesaikan masalah ni. "E...Elisa sama, ini hanya urusan mereka berdua tentang pertunangan mereka. Elisa sama tidak berhak nak masuk urusan mereka." Kata salah seorang pelajar lelaki yang menyokong Takuya.


"Ye, memang saya tak berhak memasuki urusan mereka. Tapi, saya tetap seorang perempuan yang memahami perasaan wanita. Dan saya berhak menlidungi rakyat saya daripada menderita." Kata Elisa tetap melindungi Sofia.


Elisa pun mengeluh kecil, lalu dia pun mengambil penyapuh terbangnya. "Sofia." Elisa pun menghulurkan tangan kepada Sofia.


"Sofia, izinkan saya menarik tangan awak untuk membawa awak ke kehidupan yang lebih cerah. Ini masih belum terlambat lagi untuk awak menuju ke bahagian." Pelawa Elisa sambil tersenyum bintang.


Sofia terkejut apabila mendengar pelawaan Elisa. Sofia masih teragak-agak untuk menyambut tangan Elisa. Tetapi Elisa pun menyambut tangan Sofia.


"Yosh! Mari kita pergi." Ajak Elisa sambil tersenyum. "Eh?" "Dan satu lagi Takuya, saya akan beritahu semua ni kepada Yang Mulia. Saya harap awak bersiap sedia yer." Kata Elisa sambil duduk di penyapuh terbang itu.


Terkejut Takuya apabila mendengar kata Elisa. Elisa pun terbang bersama Sofia dengan penyapuh terbangnya.


"Waaaahhhh!!" Jerit Sofia dengan ketakutan. "Tunggu Sofia, kalau awak jerit macam ni awak boleh mengganggu orang lain tidurlah." Kata Elisa sambil mengawal penyapuh terbang itu.


"Macam mana saya tak menjerit kalau Elisa sama bawa saya terbang dengan penyapuh pelik ni!!!" Jerit Sofia sambil memegang Elisa dengan erat.


Elisa terlupa yang dunia ni tidak pernah menaiki penyapuh terbang ni, walaupun dah ada kuasa terbang. "Tak mengapa Sofia. Kita boleh menikmati waktu malam yang begitu indah. Pengang kuat kuat! Superstar!" Elisa pun menambah kelajuan penyapuh terbang itu.

__ADS_1


Penyapuh itu pun terbang dengan kelajuan yang begitu laju. Seperti biasa juga Sofia menjerit ketakutan, maklumlah ini kali pertama dia terbang. Apa yang akan terjadi seterusnya?


__ADS_2