Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 28 Menginap di akademi


__ADS_3

Keesokan harinya, Elisa masih terfikir tentang cadangan Karin semalam sampaikan dia tidak tidur malam.


"Elisa sama ok tak?" Tegur Hina apabila melihat Elisa termenung dari tadi. "Eh? Saya ok jer." Jawab Elisa dengan cepat-cepat. "Betul ni tiada apa-apa?" Tanya Shary untuk kepastian. "Betul. Korang ni risau sangatlah." Jawab Elisa sambil tersenyum.


"Mestilah kita orang risau!" Jawab mereka berdua dengan serentak. Terkejut Elisa dibuatnya. "Etto..." "Elisa sama selalu jer buat kita orang risau!" "Betul tu! Elisa sama perlu janji jangan buat perkara bodoh macam ni!" Marah mereka berdua.


'Aku betul-betul kena marah sebijik dengan Mizuki.' Bisik Elisa teringat tentang Mizuki. Dia ingatkan tiada lagi yang akan marah kepadanya macam ni.


"Oi Shary! Kita dah lambat ni ke klub kita." Ajak Zack mengingatkan masa untuk lakukan aktiviti klub. "Maaf! Saya ke sana." Jawab Shary. "Saya pun kena pergi ke klub OSIS ni." Kata Hina, dia terlupa dengan kegiatan klub OSIS nya.


"Korang pergilah, saya pun kena pergi." "Elisa sama tolong jangan buat perkara gila lagi." Pesan mereka berdua denganula yang begitu serius. Sampaikan Elisa sendiri tidak boleh berlawan dengan mereka. "Ba... Baiklah." Jawab Elisa hanya dapat tersenyum sahaja.


Mereka berdua pun menuju ke klub masing-masing. Elisa pun menghempus nafas lega sedikit.


"Macam susah jer nak lari."


"Mak ia!! Terkejut saya Karin."


Karin pun ketawa perlahan apabila melihat telatah Elisa tu. "Tak sangka pulak yang awak masih ada perangai di dunia lain. Kalau Hina dan Shary tahu pasal ni habis rahsia kita kantoi nanti." Kata Karin masih ketawa perlahan.


Dia tidak tahan dengan telatah Elisa tu. "Dah habis dah geli hati awak?" Tanya Elisa, seperti nak marah pun ada. "Sorrylah, bukan sengaja pun saya ketawa. Dah lama saya tak jumpa orang macam ni. Awak tahu kan, awak dan saya jer hidup macam ni." Kata Karin menenangkan hati Elisa. Elisa hanya tersenyum sahaja apabila mendengar kata Karin itu.


"Dah, jom kita pergi ke klub kita." Ajak Karin, Elisa pun mengangguk tanda setuju. Lalu mereka berdua pun menuju ke klub mereka.


...****************...


Di klub penelitian,


Mereka bertiga sedikit berasa bosan, kerana tiada aktiviti yang mereka perlu buat. "Bosannya... Mana Karin dan Elisa sama ni? Penatlah tunggu mereka berdua tu." Mengeluh Mitsuha, memang tak boleh bawa bertenang.


"Awak ni memang tak boleh nak sabarlah, itu dah bernasib baik Elisa sama mahu menolong klub kita ni." Nasihat Mahiru.


Betul tu, kalau Karin tak ajak Elisa datang klub ni memang klub ni akan jadi bertambah bosan.


"Maaf kami berdua terlambat." Ucap Karin bersama dengan Elisa. "Mana ada lah terlambat, ni perkara biasa jer." Jawab Mitsuha. 'Bukan dia yang banyak mengeluh tadi.' Bisik Mahiru dan Miya apabila melihat telatah Mitsuha itu.

__ADS_1


"Saya rasa kami berdua betul-betul terlambat. Sebab hanya klub kita jer ada di akademi ni." Kata Elisa sambil memandang suasana akademi ini.


Mereka merasa sedikit setuju dengan Elisa. Mereka baru perasan yang tiada pelajar berada di akademi ni, yang tinggal hanya mereka sahaja.


"Kami betul-betul minta maaf, sebab tadi ada orang minta bantuan kami tadi." Ucap Karin lagi. Rasa menyesal pun ada. "Tak mengapa, dah jom kita pulang sebelum."


Thhuuurrr!!


Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya bersama dengan kilat. "Kya!!" Miya cepat cepat menyorok di belakang Mahiru. Karin dan Elisa sedikit hairan dengan perangai Miya.


"Etto..Miya senpai takut kepada petir ke?" Tanya Elisa yang ingin tahu. "Hahah, Miya memang macam ni sejak kecil lagi." Jawab Mahiru tentang Miya.


'Tak sangka dunia ni pun ada yang takut petir.' Bisik Karin dan Elisa di dalam hati. "Ke...Kenapa awak bagitahu, Mahiru?" Marah Miya kepada Mahiru. "Macam mana saya tak bagitahu mereka kalau awak tu melakukan hal ni dulu." Jawab Mahiru sambil mengangkat bahunya.


Mitsuha pun melihat suasana di luar. "Saya rasa, kita berlima tak boleh pulang sebab hujan kat luar sangat lebat." Kata Mitsuha. Mereka sedikit risau suasana sekarang.


"Nampaknya kita kena tunggu sampai hujan beredar lah." Kata Mahiru sambil memandang kearah luar. "Ada satu masalah lagi. Sekarang sudah malam, mana kita nak tidur?" Tanya Karin tentang waktu.


Mereka pun terdiam sejenak, mereka tidak tahu sekarang sudah malam. "Nampaknya tiada pilihan lain. Hari ini klub penelitian akan tidur di akademi ni pada malam ni!!" Sorak Mitsuha dengan riang sambil memberi cadangan.


Mereka pun terkejut apabila mendengar cadangan Mitsuha itu. "Tu... Tunggu Mitsuha! Sekarang kan kita punya Elisa sama." "Mahiru senpai janganlah risau, saya tak mengapa kita semua menginap di sini." Jawab Elisa sambil tersenyum.


'Sejak bila kita rancang benda ni?' Bisik Mahiru dan Miya sambil memandang kearah Mitsuha yang melakukan perangai pelik terhadap Elisa.


"Saya pun setuju juga. Masa nilah kita boleh mengeratkan hubungan kita ni." Sokong Karin sambil tersenyum, Elisa sudah mula tidak sedap hati dengan Karin tu. Elisa merasakan Karin akan melakukan perkara tidak sepatutnya.


"Baiklah, kalau semua dah setuju. Yosh! Mari kita mulakan dengan memasak makan malam kita." Kata Mahiru sambil mengangkat tangan dengan semangat. "Yo!!" Mereka pun turut memberi semangat juga.


...****************...


Di dapur akademi, mereka berlima memulakan masak untuk makan malam. "Wah! Tak sangka yang Elisa sama pandai juga masak!" Puji Mitsuha apabila melihat kepakaran Elisa memasak.


Siapa sangka yang seorang puteri pandai memasak. "Hehe. Ni perkara biasa jer." Jawab Elisa sedikit kemerahan apabila mendengar pujian itu.


"Mitsuha! Cepatlah potong bawang ni." Arah Mahiru apabila melihat Mitsuha tidak membuat kerjanya. "Yelah...." Mengeluh Mitsuha apabila mendengar arahan itu.

__ADS_1


Karin mengelang kepalanya apabila melihat perangai Mitsuha itu. Karin pun menghampiri Elisa yang sedang memasak. "Elisa, awak rasa tak rindu ke?" Tanya Karin sambil memandang sup yang dikacau oleh Elisa.


"Rindu? Maksud awak?" Tanya Elisa semula kerana tidak faham maksud Karin. Maklumlah, banyak perkara Elisa rindu sebenarnya. "Kari! Mestilah masakan kari dari Jepun." Jawab Karin dengan semangat.


Karin sangat sukakan masakan kari, nak katakan kari dengan dia sehati sejiwa. "Oh, kari. Tipulah saya tak rindu. Saya baru perasan yang dunia ni tiada jual kari kan?" Tanya Elisa lagi.


Maklumlah, Elisa kan seorang puteri yang hanya berada di istana jer. Manalah nak tahu tentang kehidupan luar. "Saya dah puas cari lah kat dunia ni. Satu pun tiada jual pun kari yang saya idamkan tu." Jawab Karin dengan nada yang kecewa.


Elisa dah agak ini akan berlaku. Kalau dunia ni ada jual kari, mesti mereka berdua yang akan serang kedai yang menjual kari tu.


"Elisa, awak tahukan resepi bahan nak buat kari kan?" Tanya Karin dengan penuh harapan yang Elisa tahu cara masak kari itu. "Hmmm... maybe. Tapi, kalau nak buat sekarang memang tak boleh kerana sebahagian bahan nak buat ni tiada." Jawab Elisa sambil memikirkan tentang resepi kari itu.


"Alah...." Merungut Karin apabila mendengar jawapan Elisa. Elisa pun tak sangka bahawa Karin sangat sukakan masakan kari tu. Maybe Elisa akan cuba lain kali untuk buat kari.


Selesai memasak...


Mereka berlima pun duduk di meja ma kan. "Sekarang." "Mari kita makan!" Mereka pun mengambil sup yang dibuat oleh Elisa, lalu memakan sup itu.


"Oishii!!" Puji mereka apabila merasakan masakan Elisa. Mereka tak sangka yang Elisa sangat pandai memasak, dan rasa masakan Elisa sangat sedap berbanding mereka pernah makan.


"Sejak bila Elisa sama pandai masak ni, sangat sedaplah?" Tanya Mahiru sambil makan masakan Elisa. "Haahlah, boleh kalah dengan masakan tukang masak tersohor ni." Sokong Mitsuha dengan masakan Elisa ni.


"Etto....dah lama dah. Saya lupa juga bila saya mula sukakan masak ni." Bohong Elisa, dia tak boleh bagitahu tentang dunia asal dia kepada dunia ni. Nanti jadi curiga.


Mereka bertiga tidak merasa curiga kepada Elisa, dan terus makan masakan Elisa. Elisa pun memandang kearah Karin yang masih monyok kerana tidak dapatkan kari. Macam budak betullah perangai Karin ni.


Elisa pun mendekati telinga Karin. 'Saya janji akan buatkan kari untuk awak, tapi awak mesti tolong saya nanti.' Bisik Elisa ke telinga Karin. Mata Karin berubah menjadi bintang gembira.


"Itu dah semestinya!!" Sorak Karin dengan gembira, lalu Karin pun makan masakan Elisa dengan penuh selera. Elisa menggelang kepalanya apabila melihat perangai Karin itu.


Mereka bertiga merasa hairan apabila melihat perangai mereka berdua tu.


Thhuuurrr!!!


Mereka berlima terkejut apabila mendengar kilat yang sangat kuat. "Sekarang dah mula kilat dan hujan pun semakin lebat." Kata Miya melihat suasana di luar melalui tingkap.

__ADS_1


"Nampaknya kita terpaksa tidur disinilah malam ni." Kata Mahiru membuat keputusan. Karin pun tersenyum sedikit seram apabila mendengar kata Mahiru itu.


"Saya pernah dengar cerita tentang asal-usul akademik yang sangat misteri dan seram." Kata Karin membuat gaya sedikit menyeramkan. Elisa dah agak ini akan berlaku.


__ADS_2