
Di bilik kerja Raja Kazuto....
Raja Kazuto bersama dengan Putera Azri, Perdana menteri kerajaan Fantasia iaitu Sasaki Arthur dan seorang pengawal istana sedang berbincang.
"Apa?! Elisa keluar dari istana ni dengan benda yang terbang?!!" Terkejut Kazuto apabila mengetahui bahawa Elisa keluar dari istana tanpa izinnya. Nampaknya rahsia Elisa dah terbongkar.
"Ye tuanku, kebetulan patik pergi ke tandas lalu ternampak Elisa terbang keluar dari istana." Jawab pengawal itu dengan jujur.
Raja Kazuto pun memicit kepalanya apabila mendengar cerita pengawal istananya. Sejak kecil lagi Elisa suka sangat melakukan kelakuan yang pelik, itulah yang membuatkannya sakit kepala bermain dengan perangai Elisa.
"Azri, kamu tahu ke mana adik kesayangan kamu tu pergi?" Tanya Kazuto kepada puteranya. "Azri sendiri pun tidak tahu, tapi Azri percaya yang Elisa akan balik dengan selamat." Jawab Azri sambil menenangkan fikiran ayahnya.
Azri tahu bahawa adiknya begitu kuat dan mampu menjaga dirinya. Tapi kadangkala dia risau juga dengan keadaan Elisa tu.
"Otosama!!!" Jerit Elisa yang tiba-tiba membuka pintu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. "Elisa!! Kemana kamu pergi tadi hah?!!" Tanya Kazuto dengan suara lantang.
Terkejut Elisa apabila mendengar pertanyaan ayahnya. Adakah rahsianya terbongkar? "Dah lah naik benda yang pelik, lepas tu kamu boleh pulak keluar istana tanpa kebenaran!!" Marah Kazuto kepada Elisa.
Elisa dah agak ini yang akan terjadi apabila dia melakukan hal yang gila. "Ano, saya minta izin keluar dulu." Lalu pengawal istana pun keluar dari bilik itu.
"Maaf Otosama!! Tapi ada sesuatu yang Elisa nak bagitahu ni." Kata Elisa mengalih ke topik lain.
"Apa dia?"
"Semasa Elisa melakukan uji kaji terbang tadi, tanpa sengaja Elisa terlanggar dan mempecahkan tingkap akademi rendah yang tengah berpesta."
"Lagi?!"
"Tapi, Takuya membatalkan pertunangannya dengan Sofia di hadapan orang ramai." Cerita Elisa tentang perkara yang terjadi tadi.
Raja Kazuto pun memerhentikan perbuatannya. "Apa kamu kata tadi?" Tanya Kazuto menyuruh ulang semula ayat itu. "Putus tunang." Jawab Elisa dengan ringkas.
"Siapa dengan siapa?"
"Takuya dengan Sofia."
Raja Kazuto pun memaling kearah Sofia. Sofia mengangguk perlahan tanda betul apa yang dikatakan oleh Elisa. Raja Kazuto pun terkejut beruk apabila mendengar penjelasan puterinya.
"Hah... Padahal bangsawan tu baru jer nak erat hubungan kita dengan mereka. Tak sangka ni pulak yang terjadi." Mengeluh Raja Kazuto.
Bagi Elisa itu perkara biasa, mereka akan melakukan apa sahaja untuk kemahuan mereka. "Maafkan saya, tuanku." Ucap Sofia sambil mengalir air matanya. "Tak...Tak mengapa. Ini bukan salah kamu." Jawab Kazuto merasa simpati dengan Sofia.
"Jadi Elisa, kamu tunjukkan diri semasa di pesta itu?" Tanya Kazuto lagi untuk kepastian. "Itu...dah semestinya. Lagipun, siapa yang tidak marah apabila dia panggil Elisa dasar perempuan pelik dan tidak kenal diri." Jawab Elisa.
__ADS_1
Ini membuatkan Kazuto menghentam atas meja apabila mendengar jawapan Elisa itu. "Dasar lelaki ego tinggi!" Marah Kazuto, walaupun Raja Kazuto marah berbuatan Elisa tetapi dia tetap sayang kepada Elisa.
Azri pun sampai menggengam tangan dengan kemarahan. Tetapi Sofia merasakan rasa serba salah atas kelakuan hari ini, walaupun dia tidak dipersalahkan.
Elisa melihat muka Sofia pun rasa kasihan terhadap apa yang berlaku hari ni. "Otosama, macam mana kita nak redakan berita tentang hal ni?" Tanya Azri tentang hal ni.
Raja Kazuto sendiri mengelang kepala tanda tidak tahu.
"Elisa ada saranan!" Kata Elisa memberanikan diri. "Apa saranan kamu?" Tanya Kazuto. "Apakata kita tunangkan Onisama dengan Sofia." Cadang Elisa sambil tersenyum gembira.
"Eh?"
"Eh?!!!" Mereka yang berada di situ terkejut beruk apabila mendengar cadangan Elisa macam tu. "Sekejap! Apa yang cuba sampaikan ni?!" Tanya Kazuto dengan suara lantang.
"Kalau kita satukan mereka, mungkin berita ini akan beredar. Sayang juga kalau kita tidak berbuat apa-apa kepada Sofia yang pandai pandai bab sihir ni. Lagipun mereka berdua pun sangat cocok." Terang Elisa dengan situasi sekarang.
Raja Kazuto pun memikirkan cadangan Elisa, ada masuk akal jugak. "Arthur, macam mana dengan pendapat kamu?" Tanya Kazuto tentang cadangan Elisa.
"Saya pun merasakan sama seperti Elisa sama. Saya bukan mahu pangkat tapi saya mahu puteri saya hidup bahagia." Jawab Arthur sambil memandang kearah Sofia.
Sofia terkejut apabila mendengar jawapan ayahnya. Azri masih memikirkan tentang cadangan Elisa itu. Agak susah sikit nak terima semua ni.
Elisa pun mencuit perut abangnya, terkejut Azri dibuat Elisa. "Inilah masa yang sesuai untuk Onisama meluahkan hati suka terhadap Sofia tu." Bisik Elisa di telinga Azri.
Azri menarik nafas dalam-dalam lalu menghempus nafas perlahan. Azri pun menuju kearah Sofia. "Sofia." Azri memegang tangan Sofia sambil tunduk.
"Arthur Sofia, sudi tak awak menjadi tunang saya?" Tanya Azri dengan nada romantik. Sofia terkejut apabila mendengar pelawaan itu, ini dia merasakan mahu menangis. "Ye." Jawab Sofia dengan perlahan.
Azri pun tersenyum gembira apabila mendengar Sofia setuju bertunang dengannya. "Superstar!" Jerit Elisa dengan gembira. Dia tak sangka mereka berdua memang saling bercinta.
Sebenarnya, Elisa dah tahu semua ni. Sejak kecil lagi mereka berdua saling jatuh cinta. Namun malangnya, Sofia sudah bertunang dengan Takuya sebelum Azri meluahkan perasaannya.
"Kalau macam tu, kita perlu raikan pertunangan ni pada malam esok. Elisa, kamu yang perlu mengetuainya." Arah Kazuto sambil tersenyum. "Eh?!!!" Terkejut Elisa apabila mendengar bahawa dia yang kena ketuai acara ni.
...****************...
Di waktu malam....
Suasana istana begitu meriah kerana hari ini adalah hari bertunangan antara Azri dan Sofia. Penat betul dibuat oleh Elisa untuk merancang semua ni.
"Elisa sama ok ke?" Tanya Shary apabila melihat Elisa seperti orang baru lari daripada hantu. "Saya sedikit penat jer." Jawab Elisa sambil tersenyum.
"Saya tak sangka juga yang Elisa sama pandai merancang majlis ni." Puji Hina sambil melihat suasana di majlis tersebut. "Itu pun kebetulan Onesama ada idea untuk menghiasi majlis ni." Kata Elisa sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
__ADS_1
Kebetulan juga Alysa sangat minat bab romantik ni. "Kamu perlu banyak berlatih lagi Elisa." Kata Alysa yang tiba-tiba muncul.
"Selamat malam Alysa sama." Ucap Shary dan Hina sebagai ucapan sopan kepada seorang puteri. "Selamat malam juga. Hina, kamu dah hantar senarai tu kepada sensei?" Tanya Alysa tentang kerja OSIS. "Ye, Alysa sama!" Jawab Hina dengan berdiri tegak.
Alysa ketawa perlahan apabila melihat gelagat lucu Hina. "Kamu memang luculah Hina." Puji Alysa sambil tersenyum. Muka Hina kemerahan apabila mendengar pujian daripada Alysa.
"Dipersilakan Arthur Sofia masuk ke dalam majlis ini."
Sofia pun keluar dari pintu gerbang itu. Pakaian Sofia sangat cantik, sampaikan semua orang terpesona kecantikan tersebut.
"Cantiknya Sofia sama." Puji Hina apabila dia tertarik dengan kecantikan terposana Sofia. "Haah, ini kali pertama saya melihat baju macam tu." Sokong Shary sambil melihat baju yang dipakai oleh Sofia.
"Baju tu Elisa yang buatkan." Kata Alysa tentang baju itu. Mereka berdua terkejut apabila mendengar kata Alysa. "Betul ke Elisa sama?!" Tanya mereka berdua seperti tidak percaya.
"Etto...ye kut." Jawab Elisa teragak-agak sedikit. "Elisa sama memang hebat!" Puji Shary dengan teruja. "Haah, tak sangka Elisa sama boleh berfikir sejauh ni." Sokong Hina.
Sebenarnya, Elisa teringat tentang desain baju yang kakak dia suka semasa dia menjadi Azusa. Kakak dia kata, satu hari nanti dia akan beli baju macam tu nanti dia berkahwin.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan tari menari sesama pasangan. Sofia dan Azri menari di tengah bulatan. Hah, bab menari ni Elisa lari dari dulu lagi sebelum ramai mencarinya.
Elisa pun duduk beranda luar istana, suasana di situ sangat menenangkan hati Elisa. Angin yang bertiup sejuk membuatkan Elisa semakin tenang.
Elisa pun memaling ke kiri dan kanan supaya tiada orang nampaknya. "Yosh! System Commender!" Elisa pun sebut perkataan itu.
Tiba-tiba skrin ceritanya pun muncul di hadapannya. Elisa pun membaca ceritanya lalu dia pun tersenyum apabila membaca ceritanya. Kisahnya mengatakan Azri bertunang dengan Sofia yang dia cintai sejak kecil lagi.
Elisa bukan sahaja mengubah ceritanya tetapi juga dia membuat orang sekelilingnya turut gembira. Senang juga kerja Elisa dibuatnya.
Tiba-tiba Elisa ternampak cahaya berkelip di langit. Elisa merasa hairan juga melihat cahaya itu, kerana kelipan itu tidak seperti bintang.
"Elisa!!!!!"
"Waaaahhhh!!!"
Buukk!
Mereka berdua saling rebah. Rupanya cahaya itu adalah Karin. Karin menaiki penyapuh terbang dan jatuh kearah Elisa.
"Adede....Karin?" Elisa menggosok kepalanya yang merasakan mahu pecah jer apabila terlanggar dengan Karin ni.
"Adeh...Hah! Elisa ada berita sangat buruk yang akan berlaku selepas ni!!" Kata Karin dengan nada yang sangat serius. Ini kali pertama Elisa melihat muka Karin macam tu.
"Maksud awak?" "Akan ada pertarungan awak dengan satu makhluk sangat kuat selepas ni!" Jawab Karin, Elisa terkejut apabila mendengar kata Karin itu. Kenapa dalam ceritanya tiada yang akan berlaku selepas ini?
__ADS_1