Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 4 Berlaku perancangan bunuhan tanpa di duga!


__ADS_3

'Selepas kejadian tu nama aku pun terus bertukar menjadi Kazuto Kaguya Elisa, panjang betullah nama aku ni. Dan aku selalu memerhatikan gerak geri orang di istana. Manalah tahu ada orang jahat di sini.'


'Sekarang aku keluarga diraja, pilihan dewi tu terlampau jugak bagi aku. Ayah aku sekarang bernama Nasaku Kazuto seorang raja prihatin terhadap rakyatnya.'


'Ibu aku bernama Kazuto Tsukasa seorang permaisuri yang sangat jelita. Dan aku mempunyai saudara kembar iaitu Kazuto Alysa dan Kazuto Azri. Alysa seorang anak sulung dan dia sangat baik manakala Azri orang yang sangat berani.'


'Dan aku tiada apa....'


Elisa pun memandang ke arah cermin di hadapannya. Dia pun melihat penampilannya yang menjadi bayi.


'Aku adalah bayi yang ada otak berusia 18 tahun. Oh, yer! Aku kena buka buku tu untuk lihat kehidupan aku! Yosh! System.. Alamak mereka datang!'


Elisa cepat cepat tidur seperti seorang bayi, padahal memang dia bayi pun.


Seorang pelayan pun datang ke bilik Elisa. Dia membawa sebotol susu yang sedikit aneh.


Sepatutnya susunya berwarna putih bukannya warna ungu! Terbeliak lah mata Elisa apabila melihat botol susu tu.


'Alamak! Dia nak bunuh aku ke guna racun tu?!' Elisa pun memikirkan cara untuk selamatkan dirinya.


"Waaawaaawaa!" Elisa pun mula menangis untuk selamatkan dirinya, itulah caranya sekarang maklumlah masih bayikan.


"Bisinglah kau ni! Nah minum ni cepat!" Pelayan itu menyuapkan botol susu itu kepada Elisa.


Elisa cepat cepat memalingkan mukanya ke arah lain. "Budak ni!" Pelayan itu pun terus memaksa Elisa minum susu racun itu.


'Waaaa! Tolong!'


'Elisa! Awak gunakan kuasa awak sekarang!'


'Siapa awak pulak?!'


'Tiada masa nak kenalkan diri! Awak perlu selamatkan diri awak tu dulu! Awak kena sebut Star Punch!'


'Tapi sayakan bayi'


'Sebut dalam hati pun tak mengapa!'


'Baiklah! Star Punch!'


Dengan kuasa bintang, Elisa pun menumbuk muka pelayan itu sampai terjatuh. Nasib baik Elisa terjatuh atas katil yang lembut.


"Kurang ajar kau!!!" Pelayan tu pun menjekik leher Elisa. 'Sial!' Elisa cuba untuk melepaskan diri namun dirinya masih bayi yang kecil. Adakah ini pengakhirannya?


"Elisa!!!" Terkejut Alysa dan Azri apabila melihat keadaan adik mereka.


"Alysa sama! Azri sama!" Terkejut pelayan itu lalu melepaskan leher Elisa itu dengan panik apabila rancangan jahatnya di ketahui.


'Akhirnya aku boleh nafas' Lega Elisa.


Alysa cepat cepat mendukung Elisa lalu memeriksa leher Elisa. Terdapat kesan berwarna biru di leher Elisa.

__ADS_1


"Onesama, macam mana keadaan Elisa?" Tanya Azri dengan risau. "Leher Elisa biru, biar akak sembuh Elisa." Alysa pun membaca mentera pemulihan.


"Apa kau buat kepada adik kami?!" Marah Azri kepada pelayan itu. "Pa..Patik hanya memberi Elisa sama susu je." Bohong pelayan itu.


"Jangan kau nak bohong! Kami nampak dengan kepala mata kami sendiri! Yang kau nak bunuh adik kesayangan kami!" Marah Azri mempertahankan Elisa.


'Bagusnya abang aku ni..... Arigatou Dewi, sebab bagi saya keluarga yang sangat baik!' Bisik Elisa dengan terasa terharu dengan keluarganya.


"Kenapa ni? Apa terjadi ni?!" Tanya Raja Kazuto bersama dengan Permaisuri Tsukasa yang tiba muncul di bilik Elisa.


"Otosama! Okasama! Pelayan tu nak cuba bunuh Elisa tadi." Jawab Azri sambil menunjuk pelayan yang cuba bunuh tu.


"Betul tu! Tengok leher Elisa ni." Sokong Alysa sambil menunjuk bekas biru di leher Elisa. Elisa pun membuat menangis seolah kesakitan.


Terkejut Kazuto dan Tsukasa apabila puterinya kesakitan. "Elisa! Kamu tak apa apa?" Tsukasa pun mendukung Elisa lalu dia menggunakan kuasa penyembuhan untuk sembuhkan bekas biru pada leher Elisa.


"Pengawal!!" Panggil Kazuto, lalu pengawal istana pun datang. "Tangkap pelayan tu! Beta akan uruskan dia lepas ni." Arah Kazuto. "Baiklah tuanku!" Para pengawai itu pun menangkap pelayan itu lalu dibawa keluar dari bilik Elisa.


"Syukurlah kamu baik baik saja Elisa! Mulai hari ni okasama akan jaga kamu lebih berjaga jaga lepas ni." Kata Tsukasa sambil mencium pipi Elisa yang gebu itu.


"Nasib baik kamu berdua nampak, kalau tak." "Tak mengapa otosama. Kami berdua kebetulan mahu periksa Elisa." Kata Alysa.


"Haah, kami ingatkan lepas Elisa minum susu kami berdua nak main dengan Elisa." Kata Azri tentang perkara sebenar. Nasib baiklah Alysa dan Azri datang tepat masanya kalau tak...Haih.


⭐⭐⭐


Di ruang utama, semua berkumpul untuk mendengar penjelasan dari pelayan yang mahu membunuh Elisa.


Elisa pun turut ada. "Pelayan ini dipersalahkan kerana cuba untuk membunuh Puteri Kaguya Elisa sama. Dan disaksikan oleh Puteri Alysa dan Putera Azri yang kebetulan melihat."


"Hahaha! Kerana Elisa sama tu bukan orang biasa tau. Dia adalah lagenda Satria Star!" Jawab pelayan itu sambil ketawa jahat. Mereka terkejut dengan jawapan pelayan tu.


"Dari penampilannya sudah diketahui, apatah lagi dia memeliki kuasa bintang tu. Ini buktinya." Pelayan pun menunjukkan mukanya lebam berbentuk bintang.


Terkejut semua orang di istana apabila melihat lebam itu. "Jadi patik bunuhlah dia sebelum dia memusnahkan kerajaan Fantasia ni!" Kata pelayan itu.


Raja Kazuto pun memikirkan tentang perkara ini. "Sayang, awak rasa macam mana dengan anak kita ni?" Tanya Tsukasa sambil menunjuk Elisa.


Elisa pun membuat muka yang comel supaya Raja Kazuto mempertahankannya.


"Baiklah beta akan fikirkan itu semula. Tapi beta akan tetap menghukum kamu atas kamu cuba membunuh puteri beta! Kamu akan di penjarakan seumur hidup!" Kata Raja Kazuto memberi hukuman.


"Apa!?" "Bawa dia ke penjara bawah tanah." Arah Raja Kazuto kepada pengawal istana. Lalu pengawal itu membawa pelayan itu ke penjara.


"Apa pendapat kamu Proffer?" Tanya Raja Kazuto kepada menteri sihir diraja.


"Patik pun merasakan sama seperti pelayan tadi tu. Apabila melihat balik Elisa sama memang hampir mirip dengan Satria Star tu, apatah lagi Elisa sama ada kuasa bintang lagenda tu." Jawab Proffer tentang pendapatnya.


"Tiada cara lain ke nak alihkan kuasa anak beta?!" Tanya Permaisuri Tsukasa dengan keadaan risau.


"Itu memang mustahil tuanku. Tapi patik ada satu cara untuk Elisa sama tidak mengikuti jejak Satria Star itu." Jawab Proffer sambil mengelus janggutnya yang panjang.

__ADS_1


"Apa caranya?" "Jangan bagikan Elisa sama mengamuk." Jawab Proffer. Mereka tidak faham maksud Proffer termasuklah Elisa sendiri.


"Dahulu Satria Star orang yang kurang diberi kasih sayang kedua ibubapanya. Akhirnya Satria Star mengamuk lalu menghancurkan kerajaan kerana terlalu serabut kepala sampai terbatas. Dia menggunakan kuasa Hujan Bintang Meteor untuk menghancurkan kerajaan dan matanya berbintang kerana tidak boleh mengawal dirinya." Terang Proffer dengan kisah lagenda.


"Adakah ini akan berkesan Proffer san, untuk selamatkan Elisa chan?" Tanya Alysa sambil memegang tangan Elisa yang kecil itu.


"Buat masa sekarang berkesan. Tapi apabila kita salah langkah ini boleh memudaratkan kita. Baik kita berhati-hati supaya tiada siapa yang boleh menggangu Elisa sama." Jawab Proffer dengan nada serius.


'Kenapa situasi boleh jadi macam ni?!' Bisik Elisa selepas mendengar cerita Proffer itu.


⭐⭐⭐


Selepas berjumpaan itu, Permaisuri Tsukasa terus disamping Elisa 24 jam.


'Macam mana aku nak baca buku tu sekarang?!' Bisik Elisa lalu dia pun memandang ke arah bondanya itu.


"Kenapa Elisa chan, kamu nak susu segar dari bonda tercinta ke?" Tanya Tsukasa sambil tersenyum riang. Elisa cepat cepat menggeleng kepalanya.


Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu. "Tsukasa sama, pelayan itu dah sampai." Kata pembantu istana. "Ara, dah sampai." Tsukasa pun bangun dari duduknya.


"Elisa chan, bonda tinggal Elisa sekejap jer. Nanti bonda datang secepatnya, jadi jangan nakal yer." Pesan Tsukasa, lalu mereka berdua pun beredar dari situ.


Elisa pun menghempus nafas lega. 'Akhirnya, aku boleh berehat sekejap. Susah juga jadi puteri ni.' Mengeluh Elisa sambil berbaring di atas katil.


'Oh yer, siapa tolong aku tadi?'


'Etto...saya...'


'Mana awak?!'


Tiba-tiba ada cahaya bersinar di hadapan Elisa.


"Sa... Sayalah yang tolong Elisa sama tadi." Jawab seorang peri kecil yang tiba-tiba muncul. Terkejut Elisa dibuatnya. Adakah ini peri yang dikatakan oleh Dewi tadi.


'Jadi, awaklah peri yang dikatakan oleh Dewi itu. Siapa nama awak?' Tanya Elisa. "Saya tiada nama. Se... Sebenarnya....Elisa sama tolong beri saya nama!" Minta peri itu sambil menunduk kepalanya.


'Eh!!?' "Saya peri baru dilahir, jadi Elisa sama adalah tuan saya yang pertama. Jadi Elisa sama perlu berikan...nama...saya..." Terang peri itu dengan nada malu.


Elisa pun mengangguk tanda faham, lalu dia berfikir nama yang sesuai untuk peri itu. 'Yuna! Yosh, nama awak sekarang Yuna!' Kata Elisa memberi nama kepada perinya itu.


"Yuna, saya suka! Sekarang nama saya Yuna!" Jerit Yuna dengan nada gembira apabila mendapat namanya.


"Elisa sama dah tengok ke cerita Elisa sama tu?" Tanya Yuna. 'Lupalah pulak! Baiklah. System Commender!'


Tiba-tiba ada skrin muncul di hadapan Elisa. Lalu Elisa pun membaca ceritanya. 'Pada usia remaja Puteri Kaguya Elisa telah dibunuh oleh kerajaan jirannya!' Terkejut beruk Elisa apabila membaca ceritanya yang teruk itu.


"Elisa chan!"


'Mereka dah sampai! Yuna cepat menyorok!' Arah Elisa cepat. Lalu Yuna pun menyorok di sebalik tirai langsir.


"Maaf menunggu Elisa, bonda bawakan pelayan peribadi Elisa. Namanya Anna." Kata Tsukasa sambil mengenalkan diri pelayan di sebelahnya. "Selamat perkenalan Elisa sama, mulai hari saya akan jaga Elisa sama sehingga gadaikan nyawa." Kata Anna sambil tersenyum manis.

__ADS_1


'Itu dia, seorang pelayan remaja yang cantik mula menjaga aku!' Bisik Elisa apabila melihat pelayan remaja lagi cantik itu.


Kini mulalah cerita telatah Puteri Kaguya Elisa menjalani kehidupan seharian diraja. Apa akan berlaku kepada Puteri Kaguya Elisa seterusnya?


__ADS_2