
Mereka bertiga sudah kehabisan tenaga akibat bertarung dengan anak Xaxxa yang sangat kuat.
"Macam mana, dah nak mengaku kalah?" Tanya lelaki itu sambil tersenyum sinis. Lalu lelaki itu pun bergerak dengan pantas kilat, mereka bertiga terkejut apabila mereka tidak nampak kelibatan lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki itu pun di belakang Azri, ini membuatkan Azri terkejut dan tidak sempat mengelak dari lelaki itu. "Rasakan ni!"
"Arghh!!"
Azri terkena serangan sihir itu lalu dia pun rebah diri. "Azri!" "Azri sama!" Terkejut Alysa dan Shary apabila melihat Azri sudah tewas. Mereka betul-betul tak nampak kelibatan lelaki itu tadi.
Lalu lelaki itu pun muncul di hadapan mereka berdua secara mengejut. Mereka berdua pun terkejut dan tidak boleh mengelak juga.
"Star Shield!!"
Tiba-tiba pelindung bintang muncul di hadapan mereka dan menlidungi mereka berdua. Lelaki itu terkena serangan dia balik akibat ada perisai yang yang tiba-tiba muncul.
Mereka berdua pun memaling kearah belakang, mereka berdua pun tersenyum. "Elisa!" "Elisa sama!"
Mereka gembira kerana Elisa sudah keluar dari ilusi. Permaisuri Tsukasa pun turut gembira apabila melihat anaknya bongsunya kembali.
"Ma...Macam mana kau boleh."
"Berani juga kau mengilusikan aku dengan perkara bodoh ni. Kau ingat dengan ilusi kan aku kau boleh menang!!" Kata Elisa sambil menunjuk mukanya.
Lelaki itu terkejut apabila melihat muka Elisa itu. Mata Elisa sudah berubah menjadi berbintang seperti yang berita tersebar tentang mata bintang Elisa.
"Aku takkan maafkan kau sebab kau telah mengilusikan aku tentang Mizuki!!" Kata Elisa sudah hilang kawalan. Lalu Elisa mengeluarkan dua bilah pedangnya.
"Bersiap sedialah." Kata Elisa dengan nada perlahan dan bersiap sedia dengan pedangnya. "Kau ingat aku takut! Fire Dark Attack!" Lelaki itu pun menembak kearah Elisa.
Dengan mudah, Elisa membantah serangan itu dengan pedangnya. "Apa?! Rasakan ini pula! Shadow Attack!" Lelaki itu pun mengeluarkan bayang bayang lalu menyerang Elisa.
Dengan sepantas kilat, Elisa mengelak dari serangan bayang bayang itu. "Giliran aku pulak! Star Double Slash!!" Elisa pun memotong semua bayang bayang itu dengan sekelip mata.
Semua bayang bayang itu telah berjaya dikalahkan. "Mu... Mustahil!" "Lain kali jangan pandang rendah! Star Punch!!" Elisa pun menumbuk lelaki itu dengan sekuat hatinya.
Lelaki merebahkan diri lalu dia termuntah darah akibat tumbukan Elisa terlalu kuat.
"Aku takkan maafkan orang yang menyamar sebagai Mizuki! Bersiap sedialah!!!" Elisa pun bersiap sedia dengan langit yang gelap untuk melakukan serangan hujan bintang.
Mereka terkejut apabila melihat Elisa sudah betul-betul hilang kawalan untuk mengawal sihir bintangnya itu.
'Mizuki saya betul-betul minta maaf!' Bisik Elisa sambil air matanya mengalir. Permaisuri Tsukasa ternampak yang Elisa menangis.
Lalu permaisuri Tsukasa pun menghampiri Elisa dengan penuh berani. "Tsukasa!" "Okasama! Jangan pergi, Elisa dah hilang kawalan! Bahaya!" Larang Puteri Alysa dengan risaukan keadaan bondanya.
"Elisa tetap Elisa. Dia tak pernah lukakan keluarga kita." Jawab Tsukasa dengan penuh berani. Elisa pun memandang ke arah Tsukasa yang menghampirinya.
Lalu Elisa bersiap sedia pedangnya apabila melihat sudah menghampirinya. "Elisa..." Panggil Tsukasa dengan lembut supaya Elisa tak tertekan apabila melihat kehadirannya.
"Elisa tolong jangan lakukan benda ni. Okasama betul betul berharap kita akan tetap bersama, tolong jangan tinggalkan kami. Kami tetap berada di sisi kamu, Elisa." Kata Tsukasa dengan penuh kasih sayang.
Elisa terkejut apabila mendengar kata Tsukasa yang hampir mirip dengan wajah ibunya dahulu. 'Okasan....' Air mata Elisa semakin mengalir laju, dia sudah tak tahan dengan semua ni.
Padahal dulu Azusa pernah berjanji dengan ibunya bahawa dia akan sentiasa berada disisinya.
"O...Oka...Okasan..." Panggil Elisa dengan nada perlahan sambil air matanya mengalir. Kini mata Elisa sudah kembali seperti sediakala.
__ADS_1
Tsukasa pun memeluk Elisa dengan penuh kasih sayang. "Jangan takut, kami sentiasa berada disisi kamu." Kata Tsukasa sambil menggosok kepala Elisa.
Elisa pun menangis terdesak sambil memeluk Tsukasa. Macam manalah Elisa boleh melupakan kehidupannya sekarang, padahal kehidupan sekarang hampir mirip dengan kehidupan dahulu.
...****************...
Selepas kejadian itu, Xaxxa dan anaknya pun ditangkap dan membawakan hukuman. Berita tentang Puteri Elisa semakin tersebar luas, mungkin berita ini akan tersampai ke luar negeri juga.
Elisa pun berbaring di atas katilnya dengan malas. "Masalah lah, kalau semua orang tahu pasal ni." Luah Elisa kepada Yuna yang sedang terbang disisinya.
"Saya ingatkan Elisa sama boleh kawal sihir bintang tu, rupanya masih belum lagi." Kata Yuna sbil memeluk tubuhnya. Elisa pun mengusap bulu Lily yang lembut.
"Bukan ini bagus kan."
"Apa yang bagus?"
"Bila berita ni tersebar mesti pembunuh tu akan datang." Jawab Elisa dengan bangga. "Adeh.." Boleh pulak Elisa kata bagus, tapi bagi Yuna ini semakin gawat bukan semakin menolong.
"Kalau keluarga awak tahu pasal ni, tak pasal pasal ni jadi perang besar." Kata Yuna tentangasa depan kerajaan ni. "Betul juga." Setuju Elisa sambil memikir tentang masa depan kerajaan Fantasia ni.
Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu bilik Elisa, lalu Yuna pun menyorok pun cepat-cepat.
"Elisa sama, ada tetamu yang mahu bertemu dengan Elisa sama." Kata Anna dengan hormat. Shary dan Hina pun masuk ke dalam bilik Elisa.
"Korang."
"Elisa sama!"
Mereka berdua cepat cepat memeluk Elisa dengan pantas. Terkejut Elisa dibuat oleh mereka.
"Kenapa dengan korang ni?" Tanya Elisa dengan hairan apabila melihat tingkah laku mereka. "Kami betul betul risaukan Elisa sama tentang kejadian semalam." Jawab Shary melepaskan pelukan Elisa.
Ini membuatkan Elisa teringat tentang kejadian semalam. Dia hampir sahaja membunuh semua orang yang berada di istana.
"Apa apapun, terima kasih korang. Sebab tolong sedarkan saya dari ilusi." Ucap Elisa sambil tersenyum kearah mereka berdua. Mereka berdua pun membalas senyuman.
"Hah, apakata kita pergi ke tempat latihan Onisama." Ajak Elisa, mereka berdua pun terkejut dengan ajakan Elisa. "Tapi." "Dah jom!"
...****************...
Tiba di tempat latihan, mereka bertiga pun melihat suasana di situ. Ramai remaja lelaki berlatih pertahanan diri di tempat ini, termasuklah Putera Azri.
"Hebat juga tempat ni, ini kali pertama saya lihat." Kata Hina sambil melihat kelilingnya. Maklumlah, Hina belum lagi lihat tempat macam ni kerana dia asal dari kampung.
"Hah, itu Onisama yang sedang berlatih." Kata Elisa sambil menunjuk kearah Azri yang sedang bertarung dengan seorang pengawai istana ni.
"Ayah saya kata, Azri sama orang terkuat di kerajaan ni." Kata Shary, ayahnya adalah seorang pelatih juga untuk melatih mereka tentang melindungi kerajaan.
"Bagus tu, Azri sama." Puji Sham dengan hasil latihan mereka. Azri pun tersenyum apabila mendengar pujian itu. "Onisama memang hebatlah." Puji Elisa kepada Azri.
"Elisa, arigatou." Ucap Azri sambil tersenyum gembira apabila mendengar adik kesayangan memujinya.
"Sudah lama tak bertemu tuan Sham." Ucap seorang lelaki bangsawan dan bersama sama dengan pengawalnya.
"Siapa tu?" Tanya Elisa apabila melihat kelibatan mereka itu. "Itu adalah Tuan Shirf orang bangsawan dari kerajaan jiran kita." Jawab Shary sambil memandang tajam arah mereka.
Elisa sedikit terkejut apabila mendengar kerajaan jiran. 'Kemungkinan dia ada kaitan dengan pembunuhan ni.' Bisik Elisa sambil memandang kearah Shirf itu.
__ADS_1
"Aku dengar kau ada anak buah kuat. Jadi aku datang ni untuk beradu tenaga dengan anak aku." Kata Shirf masuk tujuan pertama mereka.
"Berlagak juga Tuan Shirf tu." Komen Hina apabila melihat perangai berlagak itu. "Tuan Shirf tu memang berlagak orangnya, sebab tulah ayah saya tak nak masuk urusan dia. Dan anaknya itu bernama Mitake." Kata Shary lagi.
"Mari, aku akan kalahkan orang lemah macam korang ni." Kata Mitake dengan berlagak. Lalu semua pengawal istana pun menyerang Mitake dengan pedang kayunya.
Dengan sepantas kilat, Mitake mengelak serangan mereka lalu menyerang mereka dengan pantas. Elisa mendapat rasakan bahawa Mitake ni menggunakan sihirnya tanpa orang lain sedarinya.
'Tak sangka juga, orang macam ni gunakan taktik penakut macam ni.' Bisik Elisa sambil melihat aura sihir Mitake itu.
Elisa pun menghampiri Azri. "Onisama perlu hati hati dengan dia, sebab dia menggunakan sihir tanpa kita sedar." Pesan Elisa dengan suara perlahan supaya tiada orang lain mendengar berbualan mereka.
"Maksud kamu?"
"Elisa dapat rasakan yang dia menggunakan sihirnya untuk memperlambatkan pihak lawannya. Jadi Onisama perlu serang dia tanpa melihat matanya dan hanya memfokuskan gerakan yang akan datang. Kalau Onisama lihat matanya, secara tidak langsung Onisama akan terkena sihirnya." Terang Elisa dengan panjang lebar tentang sihir yang di gunakan oleh Mitake itu.
Azri pun mengangguk tanda faham dengan penerangan Elisa tu, musuhnya licik juga. Azri dan Mitake pun berada di posisi masing-masing. "Mulakan!"
Mitake pun memulakan serangannya, lalu Azri menutup matanya seperti yang dikatakan oleh Elisa. Azri pun mengelak dari serangan Mitake itu, walaupun matanya ditutup tapi Azri masih boleh merasakan serangan itu.
'Mustahil!' Bisik Mitake yang terus menyerang Azri tanpa henti. "Azri sama hebat." Puji Hina apabila melihat gerakkan Azri. "Haahlah." Sokong Shary pula.
'Gerakkan ni takkan bertahan lama, sebab sihir itu semakin kuat. Kemungkinan besar Onisama akan kalah jugak.' Bisik Elisa apabila dia ternampak aura sihir itu semakin membesar.
Tiba-tiba Mitake pun tersenyum sinis. 'Bingo!' Mitake menggunakan helahnya lalu dia menyerang bahagian Azri dengan pantas sampai Azri tidak sempat merasakan. Lalu Azri terjatuh dan pertarungan ini dimenangi oleh Mitake.
"Ceh, ingatkan kuat sangat pahlawan disini." Angkuh Mitake dengan kepala besarnya. Azri ditolong oleh Sham untuk melihat lukanya.
"Berlagak betul lah." Komen Shary sambil memeluk tubuhnya, Hina pun mengangguk tanda setuju dengan Shary. Elisa pun menghampiri mereka.
"Jangan besar kepala kepada kerajaan kami. Dengan pertarungan ni kau boleh lah nak berlagak, tapi masa depan kau mustahil untuk kalahkan kami." Pesan Elisa, dia sendiri tidak tahan dengan perangai Mitake ni.
"Kau ingat, kau tu siapa hah?! Nak pesan pesan ni!" Marah Mitake. Azri mahu pertahankan adiknya, tapi luka itu sakit
sampai tak boleh bangun.
"Baiklah, aku cabar untuk pertarungan pedang ni. Kalau kau kalah, kau tak perlu datang ke sini lagi. Kalau kau menang, aku sendiri akan tarik diri sebagai Puteri Kaguya Elisa di kerajaan Fantasia ni." Cabar Elisa, mereka yang berada di situ terkejut apabila mendengar cabaran Elisa yang tidak masuk akal.
"Baiklah, aku setuju. Kalu kau tarik diri, mudahlah urusan aku." Setuju Mitake yang tidak berfikir panjang dengan cabaran Elisa. Elisa pun tersenyum lalu dia pun mengambil pedang kayunya.
"Elisa sama yakin ke nak buat semua ni?" Tanya Sham dengan perasaan bimbang. "Jangan risau tuan Sham, saya akan bertanggungjawab terhadap semua ni." Jawab Elisa sambil tersenyum.
Mereka berdua berada di posisi masing-masing. 'Yosh! Aku hanya perlu mengeluarkan sihir itu.' Bisik Elisa lalu Elisa pun mengeluarkan sihir bintangnya yang tidak sesiapa boleh nampak.
"Mulakan!" Mitake pun menyerang Elisa sepantas kilat sampai mereka tidak nampak gerakkan tersebut. Mitake terkejut apabila Elisa dapat menahan serangan itu.
"Macam mana."
"Itu jer ke serangan kau?"
Mitake pun mengundur diri dari Elisa. "Rasakan ini pulak!" Mitake mengeluarkan aura sihirnya dengan banyak lalu dia menyerang dengan pantas.
Elisa tetap menahan serangan itu dengan pedangnya, nampaknya pertarungan mereka sangat sengit. "Yosh! Giliran aku pulak!" Elisa pun mengelak daripada serangan itu lalu Elisa menyerang di bahagian belakang Mitake.
Mitake pun terjatuh, Elisa pun menganjur pedangnya ke arah muka Mitake. "Baiklah, pemenangnya adalah Elisa sama!" Umum Sham kemenangan dari pihak Elisa. Mereka pun sorak gembira apabila Elisa berjaya mengalahkan Mitake.
"Awak berjaya, Elisa sama!" Sorak Shary dan Hina sambil memeluk Elisa. Elisa pun tersenyum apabila melihat semua orang gembira. Mitake pun mengundur dirinya bersama pengawalnya. "Aku akan balas dendam Elisa!" Kata Mitake dengan penuh dendam.
__ADS_1
"Superstar!"
Nampak Elisa sudah ada orang mahu membalas dendam terhadapnya. Bagaimanakah ujian Elisa seterusnya?