
"Ye! Inilah saya katakan tu!" Kata Yamada sensei apabila dia mendapat batu tersebut, mereka pun menghempus nafas lega apabila dapat bahan tersebut.
Tapi bagi Elisa tidak berpuas hati kerana dia baru jer nak buat eksperimen. Tapi apalah nak buat, demi dirinya juga penawar tu.
Tanpa membuang masa, Yamada sensei pun membuat penawar tersebut mengikut resepi tersebut. "Ok, dah siap!" Kata Yamada sensei sambil menunjuk botol penawar tersebut.
"Cepatnya!" Kata mereka dengan serentak, tak sangka yang Yamada sensei begitu pantas untuk buat penawar. "Sekarang, cuba Elisa sama minum penawar tu." Arah Yamada sensei.
Elisa mengambil penawar itu lalu membuka penutup botol tersebut. Tiba-tiba terkeluar bau sangat tidak menyenangkan. "Etto... betul ke saya kena minum ni?" Tanya Elisa untuk kepastian.
Bau pun macam dah tak sedap, ini pula minum. "Yup, ini demi keselamatan Elisa sama." Jawab Yamada sensei sambil tersenyum. Mereka bau penawar itu menutup hidung dan menjauhkan jarak mereka dengan Elisa.
Dengan beranikan diri, Elisa menutup hidungnya lalu meminum penawar tersebut. Elisa merasakan mahu muntah selepas minum penawar tersebut.
"Rasa macam nak mati bila minum penawar ni!" Komen Elisa sambil menunjuk reaksi nak muntah. "Sekarang cuba Elisa sama buka topeng besi tu." Arah Yamada sensei lagi.
Elisa pun membuka perlahan lahan topeng besinya, supaya mereka tidak memeluk Elisa dengan pantas. Setelah Elisa membuka topengnya, mereka tidak lagi gila cinta terhadap.
"Superstar! Sekarang sudah tiada aura tu!" Jerit Elisa dengan gembira, rasa tenang apabila terbebas dengan kutukan mengila ni. "Syukurlah Elisa sama." Kata Shary dengan lega.
"Arigatou sensei! Kalau tiada sensei mesti saya diburu semua orang." Ucap Elisa sambil menunduk kepala tanda hormat. "Tidak mengapa, itu memang tugas saya." Jawab Yamada sensei sambil tersenyum.
"Kalau tiada apa-apa lagi, kami masuk ke kelas dulu." Kata Elisa, lalu mereka pun masuk ke kelas mereka. kini tinggal Alysa dan Yamada sensei di bilik tersebut.
"Macam mana sekarang sensei, tentang Elisa?" Tanya Alysa tentang adiknya, Yamada sensei mengeluh berat apabila mendengar soalan Alysa.
__ADS_1
"Sensei dah cuba cari, tapi roh dia memang kuat. Agak susah kita nak keluarkan roh Satria Star dalam badan Elisa sama." Jawab Yamada sensei sambil membaca sebuah buku sihirnya.
"Maksud sensei?"
"Kekuatan Elisa sama adalah sama dengan kekuatan Satria Star lagenda itu. Sensei rasa, Satria Star tu memasuki rohnya ke dalam Elisa sama. Kalau kita keluarkan dia dalam badan Elisa sama secara paksa, kemungkinan besar Elisa sama akan meninggal dunia." Terang Yamada sensei terhadap roh Satria Star.
Alysa terkejut apabila mendengar keterangan Yamada sensei. "Kenapa dia sanggup buat semua ni?!" Tanya Alysa dengan nada sedikit tinggi. "Bawa bertenang, saya sendiri tak tahu apa tujuan dia memasuki badan Elisa sama. Buat masa sekarang saya perlu selidik lagi." Jawab Yamada sensei.
Apa maksud mereka tentang semua ni? Adakah Elisa tahu bahawa Satria Star telah memasuki badannya?
...****************...
Selepas pembelajaran, semua pelajar perlu memilih klub selepas sekolah untuk tahun ini. 'Tak sangka pulak yang dunia ni ada klub ni.' Bisik Elisa sambil. meletakkan kepalanya di atas meja.
"Elisa sama dah pilih klub apa nak masuk?" Tanya Shary tentang klub tersebut. "Belum lagilah." Jawab Elisa dengan kemalasan dia.
Terkejut Elisa apabila mendengar klub yang disertai Shary. Tak sangka yang dunia ni ada klub macam tu. "Hina?" "Saya masuk klub OSIS, sebab sensei suruh saya masuk klub OSIS." Jawab Hina sedikit malu.
Mereka dah agak ini terjadi, sesiapa pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi mesti akan menjadi ahli klub OSIS ni. "Elisa sama tak nak sertai klub OSIS ni?" Tanya Shary lagi.
Elisa pun mengeluh berat. "Sebenarnya, Onesama suruh saya sertai klub ni bersama dengannya. Tapi saya tolak." Jawab Elisa, kerana bagi Elisa sudah bosan menjadi ketua OSIS ni. Masa dia berada di dunia lain pun dah masuk klub OSIS ni.
Masa dia menjadi ketua OSIS, memang dia tiada masa bermain. Manalah tak rasa bosan kalau tiap-tiap hari macam ni. Dan Elisa memang tak suka dengan kerja banyak ni.
"Sekarang pun saya tak tahu klub apa sesuai dengan saya." Kata Elisa merasa hampa. "Apakata Elisa sama tengok senarai ni." Cadang Hina sambil memberi Elisa senarai klub tersebut.
__ADS_1
Elisa pun tengok satu per satu pada nama senarai tersebut. Klub di dunia ni sangat berbeza, klub disini hanya ada klub tentang kerajaan dan ekonomi. 'Tiada klub sukan!!' Mengeluh Elisa di dalam hati.
Baru jer Elisa nak sertai klub bersukan. Tiba-tiba Elisa tertarik satu klub ni, nama klub itu adalah klub penelitian. Apa maksud klub tu?
"Etto...klub penelitian tumacam mana?" Tanya Elisa sambil memandang nama klub itu di akhir sekali dalam senarai nama klub itu.
"Saya sendiri pun kurang pasti, tapi saya ada terdengar yang klub penelitian ni melakukan kerja yang tidak sepatutnya. Ahli klub mereka pun sikit sahaja." Jawab Shary sambil memandang nama tersebut.
Elisa sedikit merasa tertarik dengan klub itu. Tapi adakah dia boleh sertai klub tersebut?
Selepas waktu persekolahan, semua pelajar perlu masuk ke kelas klub masing-masing. Manakala Elisa masih berpusing pusing di kawasan area akademi ni. Tiba-tiba.
Boomm!
Elisa terdengar bunyi letupan berlaku di kawasan taman akademi itu, lalu Elisa pun menuju kearah bunyi letupan tersebut. Sampai di tempat tersebut, Elisa melihat banyak asap hitam berkumpul di pondok taman itu.
"Khuk! Khuk! Awak ok tak?!" Tanya Elisa mendekati kawasan itu. "Khuk! Khuk! Saya ok." Jawab seorang pelajar perempuan sambil mengimbas asap hitam itu.
"Wah! E...Elisa sama!" Terkejut pelajar perempuan itu apabila melihat kelibatan Elisa. "Elisa sama buat apa disini?!" Tanya pelajar perempuan itu dengan nada sedikit gementar.
"Saya jalan jalan jer, tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan ni." Jawab Elisa sambil tersenyum. Pelajar perempuan itu tak sangka bunyi letupan itu boleh mendatangkan seorang Puteri, nasib baik bukan ahli klub OSIS yang datang.
Elisa sedikit terkejut apabila melihat oven di atas meja itu dengan keluar asap hitam di dalamnya. "Ni oven kan?" Tanya Elisa sambil menunjuk oven itu. Pelajar perempuan itu terkejut apabila mendengar pertanyaan Elisa itu.
"Macam mana Elisa sama tahu nama benda ni setahu saya, saya belum sebut oven ni?" Tanya pelajar perempuan itu dengan hairan.
__ADS_1
Elisa dah terkejut beruk apabila mendengar soalan itu. Ini merasakan tidak sedap hati dengan berbualan mereka berdua ni. Dan macam mana pelajar perempuan itu tahu itu adalah oven? Padahal oven belum terwujud di dunia ni.
Dan Elisa juga terlupa yang oven hanya ada di dunianya. "Adakah Elisa sama asal dari dunia lain?" Tanya pelajar perempuan itu lagi. Ini membuatkan Elisa semakin panik dengan pelajar itu. Apa yang perlu dia jawab sekarang? Adakah rahsianya sudah terkantoi?