Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!

Aku menjadi puteri di alam Fantasi?!
Chapter 10 Saya mahu Superstar!


__ADS_3

Keesokkan harinya, Puteri Elisa masih menyelimuti dengan selimutnya. Dia rasa malas nak berjumpa dengan siapa siapa pun.


"Kenapa dengan Elisa sama ni." Tanya Yuna apabila melihat tingkah laku Elisa yang malas. Padahal dia dah sedar. Elisa masih tetap di dalam selimutnya.


Yuna pun menarik selimut Elisa. "Elisa sama perlu bangun!" Kata Yuna sambil menarik selimut Elisa itu, tetapi Elisa tetap menarik selimutnya.


Dan akhirnya, Yuna terpaksa mengalah. "Cuba Elisa sama bagitahu, kenapa dengan Elisa sama ni?" Tanya Yuna mengulangi soalannya tadi.


Elisa pun mengeluh lalu dia pun bangun dari tidurnya.


"Saya...saya rasa ada seseorang yang memberikan saya sihir bintang tu, semasa saya berlawan dengan naga hari tu." Jawab Elisa mengingat kejadian tersebut.


Yuna sedikit terkejut, setahunya tiada orang memberi kuasa tu. Dan sebenarnya Yuna masih hairan dengan sihir bintang itu, macam mana sihir itu boleh datang kepada Elisa.


Yuna pun menghampiri Elisa. "Saya pun kurang pasti juga, tapi Elisa sama memang hebat. Sebab Elisa sama dapat mengawal sihir bintang yang sepatutnya Elisa sama hilang kawalan." Puji Yuna supaya Elisa kembali tersenyum semula.


Dia sendiri terkejut apabila dia dapat panggilan dari Elisa ketika menggunakan sihir bintang yang kuat itu. Yuna masa tu hampir menangis apabila dapat tahu Elisa masih mengawal dirinya.


Elisa pun tersenyum apabila dia melihat tingkah laku Yuna itu. Lalu Elisa pun bangun dari katilnya.


"Yosh! Saya mahu tegur yang lain!" Kata Elisa kembali bersemangat. Elisa pun membuka pintu biliknya. "Elisa sama! Elisa sama seorang..." Belum sempat Yuna mahu mengingatkan kepada Elisa tapi Elisa dah pergi dari situ.


'Harap Elisa sama ingat bahawa dia seorang puteri.' Bisik Yuna dalam hati. Elisa kan kadangkala pelupa tentang kehidupan dia sekarang.


Elisa berlari menuju kearah ruang makan diraja. Kerana sekarang waktunya keluarganya makan sarapan pagi bersama.


"Maaf Elisa terlambat!" Ucap Elisa selepas membuka pintu. Terkejut keluarganya apabila melihat Elisa yang tiba-tiba muncul entah dari mana.


Elisa pun menghampiri mereka. "E...Elisa...bila..kamu sedar?" Tanya Puteri Alysa apabila melihat adik perempuannya muncul. Pembantu istana tiada pun berkata bahawa Elisa


dah sedarkan diri.


"Hmmm...semalam lagi Elisa sedar, tapi waktu tu malamlah." Jawab Elisa dengan mudah. Boleh pulak Elisa buat bodoh macam tu.


"Elisa!!" Permaisuri Tsukasa memeluk Elisa dengan mengejut. Terkejut Elisa dibuat oleh Tsukasa. Siapalah yang tidak risau dengan keadaan anak kesayangan mereka tu.


Mereka pun turut tersenyum apabila melihat Elisa baik sahaja. Elisa pun membalas pelukan Tsukasa itu.


Kerana dia tahu keadaan sekarang, mereka begitu risaukan keadaan dia yang lupa untuk menjaga keselamatan dirinya sendiri. Situasi ini mengingatkan dia tentang macam mana dia selamatkan kucing peliharaan Mizuki.


Masa tu jugalah Mizuki memeluknya seperti sekarang.


"Syukurlah kamu tak apa apa. Kami tunggu kamu 5 hari tau." Kata Tsukasa sambil menyentuh pipi Elisa.


'5 hari aku pengsan!' Terkejut Elisa apa yang dikatakan oleh Tsukasa. Patutlah mereka sangat risau sangat pun.


"Elisa, ayahanda sarankan kamu tidak perlu ke sekolah buat masa sekarang. Sebab ayahanda rasa kamu masih belum sembuh sepenuhnya." Kata Kazuto, Elisa dah agak ini akan terjadi.


Maklumlah sudah tersebar berita tentang seorang puteri menggunakan sihir bintang untuk mengalahkan seekor naga demi rakyat. Raja Kazuto sendiri tak tahu mahu lakukan macam mana sekarang.

__ADS_1


Perdana menteri di kerajaan Fantasia ni mensarankan bahawa Puteri Elisa tidak ke akedemi buat masa sekarang, kerana berita Puteri Elisa sudah tersebar.


Elisa pun mengangguk tanda dia setuju saranan Raja Kazuto. Elisa faham dengan situasi sekarang, baik dia berehat seketika.


...****************...


Selepas makan Elisa terus keluar istana untuk ke taman di belakang istana. Elisa berjalan sambil memikirkan tentang sihir bintangnya itu.


"Ambik!"


Tiba-tiba Elisa terdengar suara seperti ada seseorang berlatih. Elisa pun ternampak seorang budak perempuan yang sedang berlatih sihir.


Budak perempuan itu tersenyum apabila dia berjaya menggunakan sihir air dan angin. Senyuman itu membuatkan Elisa teringat lagi tentang senyuman Mizuki.


'Siapa budak tu?' Bisik Elisa sambil memandang kearah budak perempuan itu yang sedang berlatih sihir.


Tiba-tiba ada seekor serigala yang besar melompat kearah budak perempuan itu. Elisa terkejut apabila melihat serigala itu menghampiri budak perempuan itu.


'Gawat! Serigala tu mahu budak perempuan tu!' Elisa pun cepat-cepat menuju kearah budak perempuan itu lalu menlidunginya.


Seekor serigala itu pun marah, lalu menyerang kearah Elisa. "Fire Ball!" Elisa pun mengeluarkan sihir api kearah serigala itu. Tetapi serigala itu menghindari dari tembakan Elisa. Elisa sedikit terkejut apabila melihat serigala itu mengelak dari serangannya dengan pantas.


'Boleh tahan, cuba ni pulak!' "Fire Attack!" Elisa menggunakan sihir kuat sedikit daripada sebelum ini. Serigala itu melompat keatas dengan lonjakan yang tinggi. Lalu Serigala itu menyerang Elisa dari atas.


'Terpaksa!' Elisa cepat-cepat mengeluarkan pedangnya dari sarungnya. "Star Slash!" Elisa pun menebas serigala itu. Serigala itu terbelah dua di bahagian perut.


Akhirnya Elisa berjaya mengalahkan serigala tersebut. Elisa pun menghempus nafas lega apabila semua ni sudah selesai, memang boleh tahan seriga itu.


Tiba-tiba aura serigala tadi itu meneju kearah Elisa, dan memasuki ke badan Elisa. Elisa pun merasa kepalanya pening. "Apa yang....ber..laku...ni..." Elisa pun pengsan dengan tiba-tiba. "Elisa sama!"


...****************...


Akhirnya Elisa pun tersedar dari pengsannya. "Elisa chan! Elisa ok?" Tanya Puteri Alysa dengan rasa bimbang. Elisa pun bangun dari tidur sambil memicit kepalanya yang masih


pusing.


"Apa yang berlaku tadi?" Tanya Elisa, dia tak ingat apa yang berlaku kepadanya. Dia hanya ingat yang dia berlawan serigala yang tiba-tiba muncul dari hutan dan melindungi seorang budak perempuan tadi.


"Elisa berlawan dengan serigala yang tiba-tiba muncul dari hutan untuk lindungi Sofia." Jawab Alysa menceritakan tentang kejadian tadi. Sofia, Elisa tidak pernah dengar lagi nama tu.


Elisa pun membuat muka tidak faham. "Oh, lupa. Elisa tak kenal lagi anak perdana menteri kita. Namanya Arthur Sofia, anak kepada Perdana menteri di kerajaan Fantasia ni. Sofia tu baru umur 3 tahun, tapi dia memang cepat belajar tentang sihir ni. Yang Elisa selamatkan dia tadi." Kata Alysa mengenalkan tentang Sofia.


Elisa mengangguk tanda faham dengan penerangan Alysa. Tapi satu jer Elisa belum faham, kenapa dia tiba-tiba pengsan? Ini membuatkan dia hairan.


Alysa pun bangun dari tempat duduknya. "Kalau ada apa-apa bagitahu yer, selamat berehat." Ucap Alysa lalu dia pergi dari situ.


Elisa pun mengeluh, lalu dia pun baring di atas katilnya yang begitu empuk. Elisa baru tahu budak perempuan yang dia telah selamatkan itu adalah anak kepada perdana menteri di kerajaan ni.


Bila difikirkan balik, Elisa teringat lagi masa dia berlatih sihir semasa umur 2 tahun, tanpa diketahui siapa siapa pun.

__ADS_1


Kadang kadang dia buat satu letupan api di dalam hutan, nasib baiklah mereka tak perasan. Dan ini membuatkan Elisa ketika dia berusia 4 tahun semasa dia menjadi Azusa.


...****************...


Pada waktu hampir senja, Azusa dan Mizuki masih bermain di taman permainan. Setiap waktu petang, mereka berdua selalu bermain di taman.


"Lompat!!!"


Azusa melompat langkah pada tompakan air yang besar itu. "Argh!" Azusa terjatuh dalam tompakan air itu. Dia gagal lagi langkah tompakan air itu.


"Azusa, dah lah tu. Marilah kita pulang." Ajak Mizuki sambil terkeluar air matanya. Dia tak sanggup melihat Azusa macam tu.


"Belum lagi! Saya akan buktikan yang saya boleh lompat jauh seperti onechan!" Jawab Azusa dengan nada tidak berpuas hati.


Kakak Azusa adalah pelompat jauh yang terkenal di sekolahnya tu. Ramai mengertawakan kepada Azusa bahawa Azusa pendek dan tidak boleh menjadi seperti kakaknya.


"Itu mustahil...."


"Tiada mustahil dalam dunia ni kalau kita berusaha." Kata Azusa lalu Azusa mengundur diri untuk bersiap sedia untuk melompat tompakan air itu lagi.


"Mari lakukan!" Azusa pun berlari kearah tompakan air itu. Tiba-tiba Azusa membayang dirinya berada di angkasa lepas.


Dia nampak banyak bintang bintang yang menghiasi angkasa. Azusa tersenyum gembira apabila melihat suasana bintang itu. Ini membuatkan Azusa semakin semangat.


Azusa pun melompat tompakan air itu sambil tersenyum lebar, dia percaya yang dia akan berjaya.


Akhirnya Azusa berjaya melompat tompakan air itu. "Azusa! Awak telah berjaya!" Sorak Mizuki lalu memeluk Azusa.


Azusa pun tersenyum gembira, apabila dia sudah berjaya. "Superstar!!" Jerit Azusa dengan gembira. "Superstar?" Mizuki berasa hairan dengan Azusa yang tiba-tiba menjerit.


Azusa pun tersenyum apabila mendengar pertanyaan Mizuki. "Ano neh Mizuki, saya dah jumpa moto semangat saya! Superstar adalah moto saya sekarang!" Jawab Azusa dengan muka gembira.


Mizuki hanya tersenyum apabila melihat gelagat kawannya. Dia sendiri pun tak tahu apa maksud Azusa, namun dia suka apabila mendengar kata semangat Azusa.


"Abang saya pernah pesan, apabila kita ada moto semangat kita perlu sentiasa sebut perkataan tu. Jadi awak perlu sentiasa ingat dan sebut Superstar tu." Kata Mizuki sambil memegang tangan Azusa dengan gembira.


"Baiklah! Mizuki, awak memang Superstar!" Jawab Azusa sambil tersenyum gembira. Mizuki pun turut gembira apabila melihat senyuman Azusa.


Mereka berdua pun pulang sambil berpegangan tangan. Waktu itulah paling berharga buat mereka berdua.


...****************...


"Superstar. Dah lama tak sebut." Kata Elisa sambil teringat kenangan manis itu. Sebenarnya Elisa malu nak sebut di depan keluarga, maklumlah keluarga diraja katakan.


"Yosh! Mulai sekarang saya takkan malu lagi, ayat itu adalah penting hidup saya sekarang." Kata Elisa yang tiba-tiba bersemangat. Yuna yang baru muncul pun dah rasa hairan dengan Elisa yang tiba-tiba macam tu.


"Ke... Kenapa ni Elisa sama?" Tanya Yuna menghampiri Elisa.


"Yuna saya mahu berlatih menggunakan sihir bintang tu. Kerana saya boleh kembali Superstar!" Jawab Elisa dengan gembira.

__ADS_1


Yuna tak faham apa maksud Elisa, tapi semangat Elisa membuatkan dia mahu tolong Elisa. Walau agak sulit, namun Elisa tetap akan berusaha berlatih untuk mengawal sihir bintang tersebut.


Kini Puteri Elisa sudah nekad dan tertarik dengan sihir bintang tersebut. Apa yang akan berlaku selepas ini? Adakah Elisa berjaya mengawal sihir bintang yang sangat susah mahu dikawal? Sama-sama kita ******nantikan******!


__ADS_2