
Di istana, mereka terkejut apabila melihat Elisa berada di dalam asap yang penuh kegelapan. "Elisa!!" Jerit Tsukasa apabila melihat Elisa sedang berbaring di dalam asap itu.
Permaisuri Tsukasa mahu menghampiri Elisa tetapi di halang oleh Raja Kazuto. "Jangan pergi, sihir itu sangat kuat." Larang Kazuto kepada isterinya. "Tapi Elisa!"
"Okasama, betul cakap Otosama." Sokong Azri, walaupun hatinya tetap mahu menyelamatkan Elisa. "Sihir itu mustahil kita batalkan, hanya orang melakukan sahaja yang dapat patahkan." Kata Alysa melihat sihir itu.
Hina dan Shary pun turut terkejut apabila melihat Elisa. "Tak silap saya, sihir ini boleh membawa maut kepada si terkena sihir itu." Kata Hina apabila dia baru teringat tentang sihir itu. Shary terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Hina.
"Maksud awak, Elisa sama akan." "Elisa!!!" Jerit Tsukasa sambil mengalir air mata, dia tak sanggup kehilangan anaknya yang amat berharga. Apa yang patut mereka lakukan?
...****************...
Azusa dan Mizuki menaiki tren untuk menuju ke universiti mereka berdua. Azusa rasa gembira dapat berjalan dengan Mizuki.
"Kenapa awak tersenyum sorang-sorang ni, Azusa?" Tanya Mizuki apabila melihat Azusa dari tadi tersenyum seorang diri. "Entah, saya rasa dah lama kita tak bersama." Jawab Azusa sambil memandang ke bawah.
Mizuki pun ketawa perlahan apabila mendengar jawapan Azusa. "Padahal kita sentiasa bersama-sama, Azusa." Kata Mizuki sambil tersenyum. "Betul juga, mungkin saya masih mengantuk lagi." Jawab Azusa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Itulah, siapa suruh main game sampai tak ingat dunia."
"Eh, awak pun apa kurangnya juga. Awak belajar sampai tak ingat kawan di sebelahnya."
Mereka berdua pun ketawa geli hati, mereka berdua pun tiba di stesen mereka. Mereka pun menuju ke universiti mereka.
Tiba di universiti, Azusa ternampak dua pelajar yang hampir mirip dengan Shary dan Hina. "Shary! Hina!" Azusa pun menghampiri mereka. "Si...Siapa?" Tanya mereka berdua.
Terkejut Azusa apabila melihat tingkah laku mereka. "Azusa! Maafkan kami." Ucap Mizuki sambil menunduk kepalanya. Lalu mereka berdua pun meninggalkan mereka.
"Azusa, awak ok tak ni?" Tanya Mizuki dengan sedikit risau tentang perangai Azusa. Azusa pun menggelang kepalanya. "Maaf, saya rasa penat sikit kut. Jomlah, nanti lambat pula kita masuk kelas." Ajak Azusa, lalu mereka berdua pun menuju ke kelas mereka.
Tiba di kelas...
"Oi, selamat pagi." Tegur seorang pelajar lelaki yang hampir mirip dengan Azri. "Selamat pagi. Mizuki, Azusa." Tegur seorang pelajar perempuan yang mirip dengan Alysa.
Terkejut Azusa apabila melihat muka mereka. "Selamat pagi. Azri, Alysa." Jawab Mizuki sambil melambai kearah mereka berdua. "Kenapa dengan kau ni, Azusa?" Tegur Azri apabila melihat Azusa seperti orang pantung jer.
Azusa pun terbangun dari lamunannya. "Eh, tiada apa-apa lah." jawab Azusa sambil tersenyum kearah mereka. Apa telah berlaku kepadanya? Dia betul-betul tak ingat apa yang berlaku.
"Cikgu datang!"
Semua pelajar pun duduk di tempat masing-masing. Azusa terkejut apabila melihat kehadiran guru itu. Muka dia seperti Permaisuri Tsukasa dan kebetulan juga nama tag pada guru itu nama Tsukasa.
"Baiklah kelas, kita akan sambung pelajaran kita semalam." Kata Tsukasa, semua pelajar pun membuka tab dan buku untuk belajar subjek tersebut.
Selesai pelajaran, semua pelajar bersurai. Azusa masih keliru dengan keadaan sekarang.
'Siapa sebenarnya Shary, Hina, Alysa, Azri dan Tsukasa ni? Macam aku pernah tengok muka mereka, tapi di mana?' Bisik Azusa sambil memandang kearah tabnya. Ingatannya selepas kelulusan semakin samar.
__ADS_1
Mizuki yang berada di sebelahnya pun perasan dengan perubahan Azusa sejak pagi tadi. "Azusa, awak ok?" Tanya Mizuki sambil menyentuh tangan Azusa.
Azusa pun menarik nafas perlahan lahan. "Mizuki, apa yang berlaku selepas kita lulus SMA?" Tanya Azusa sambil memandang kearah Mizuki.
Mizuki sedikit terkejut dengan soalan Azusa. Mizuki ingatkan Azusa hanya bergurau, apabila melihat riak wajah Azusa bermakna Azusa serius bertanya.
"Selepas kita lulus, kita sewa rumah kerana mudah kita nak ulang alik dari universiti ni." Jawab Mizuki dengan ringkas. Tetapi Azusa merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang dirinya.
"Mizuki, jom kita belanja di kota." Ajak Azusa kembali ceria. "Mari!" Jawab Mizuki sambil tersenyum. Lalu mereka berdua pun menuju ke kota untuk berbelanja.
Suasana di kota seperti biasalah, sibuk dengan banyak kereta dan orang awam. Tapi disitulah Azusa dan Mizuki bergembira apabila membeli barang bersama. "Mizuki. Jeng!!" Azusa menunjuk topeng anime yang dia pakai.
Mizuki pun ketawa riang apabila melihat tingkah laku Azusa yang sangat lucu. Mereka berdua pun menuju ke Mall untuk membeli pakaian.
"Mizuki, cuba awak pakai baju ni." Cadang Azusa sambil menunjuk baju yang sesuai dengan Mizuki. Tanpa membuang masa, Mizuki pun cuba pakai baju yang dicadangkan oleh Azusa.
"Azusa, macam mana?" Tanya Mizuki dengan nada sedikit malu. "Kawaii!!" Puji Azusa sambil mengangkat ibu jarinya. Muka Mizuki sedikit merah apabila mendengar pujian Azusa.
"Azusa, awak tak nak cuba ke?" Tanya Mizuki, tak adil juga dia seorang cuba pakai. "Saya akan cuba." Jawab Azusa sambil menunjuk baju yang sesuai untuknya. Lalu Azusa pun masuk ke bilik salinan.
"Mizuki, macam mana?" Tanya Azusa sambil menunjuk pakaian DJ yang dia pakai. "Awak memang minat betul dengan DJ ni." Komen Mizuki apabila melihat Azusa memakai baju DJ.
"Apa salahnya? Saya suka tau. Dah lama tak pakai baju macam ni, lagipun saya suka dengan DJ perempuan ni." Jawab Azusa sambil membuat gaya seorang DJ, mereka berdua pun ketawa riang apabila mereka dapat melakukan hal macam ni.
...****************...
"Hahaha! Nampaknya Elisa sama seperti gembira dengan kehidupannya itu." Jawab Xaxxa sambil ketawa terbahak-bahak. "Apa maksudnya?" Tanya Permaisuri Tsukasa tanda tidak faham.
Hina sedikit terkejut dengan jawapan Xaxxa itu. "Mustahil."
"Kenapa Hina?"
"Elisa sama termasuk dengan ilusi kehidupan lain. Kita perlu hentikan kehidupan Elisa sama tu!" Jawab Hina dengan sedikit ketakutan. "Maksud awak?" Tanya Alysa masih tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hina.
"Kalau benda ini berterusan, Elisa sama akan kehilangan nyawanya." Jawab Hina, mereka terkejut apabila mendengar jawapan Hina.
"Awak tahu ke macam mana kita nak tolong Elisa sama dari benda tu?" Tanya Shary dengan kerisauan terhadap kawan baiknya. Hina pun berdiam diri sambil memikirkan cara untuk selamatkan Elisa dari ilusi itu.
"Hanya Elisa sama sahaja yang boleh lakukan. Dan saya boleh lakukan untuk sedarkan Elisa sama dari ilusi itu." Jawab Hina dengan muka yang serius. "Kalau macam tu, saya akan lengahkan lelaki itu." Jawab Shary, lalu Shary mengeluarkan dua bilah pisaunya bersiap sedia untuk berlawan.
"Kami berdua akan ikut sekali." Kata Alysa mahu menolong mereka, Azri mengangguk tanda setuju dengan Alysa. "Kamu berdua perlu hati hati." Pesan Tsukasa dengan risau. Mereka pun mengangguk tanda faham.
Mereka berempat pun terjun kearah lelaki yang telah memerangkap Elisa dengan sihir itu. "Kami bertiga akan alihkan perhatian dia." Kata Alysa sambil mengeluarkan tongkat sihirnya, manakala Azri mengeluarkan pedangnya.
"Saya akan usahakan untuk sedarkan Elisa sama." Kata Hina dengan semangat, walaupun dia tidak yakin tetapi dia tetap akan berusaha.
"Aku akan hancurkan korang semua!" Lelaki itu pun mengeluarkan aura yang kuat lalu menyerang kearah mereka bertiga. Mereka pun menahan serangan itu, walaupun sedikit susah mereka tetap akan bertahan.
__ADS_1
"Hina! Pergi sekarang!!" Arah Shary sambil menahan serangan lelaki itu. Tanpa membuang masa, Hina menuju kearah asap hitam yang merangkap Elisa. "Elisa sama! Tolonglah sedar!!!" Hina pun mengeluarkan sihirnya untuk menyelamatkan Elisa dari ilusi itu.
'Tolonglah sedar, Elisa sama! Kami tak boleh lakukan kalau Elisa sama tiada disisi kami!! Elisa sama!' Hina mengeluarkan banyak sihir demi Elisa. Adakah Hina akan berhasil untuk selamatkan Elisa?
...****************...
Azusa dan Mizuki menuju ke kedai yang menjual pelbagai jenis hiburan. Ada novel, manga, video game dan banyak lagi.
Azusa mahu melihat manga yang terbaharu dan baru di rilis. "Banyak betul manga pertualangan!" Sorak Azusa dengan gembira apabila melihat banyak manga jenis yang dia lihat.
Tiba-tiba Azusa ternampak sebuah manga yang telah tarik perhatiannya. Tanpa membuang masa, Azusa pun membuka buku itu tersebut kerana mahu lihat isi buku itu.
Azusa terkejut setelah membuka buku itu, dia membaca buku itu seperti kehidupannya. "Pu...Puteri Kaguya Elisa..." Azusa membaca nama watak utama dalam buku itu. Dia merasakan dia pernah dengar nama itu, tapi di mana?
Azusa pun meneruskan membaca buku itu sampai ke hujung cerita. Azusa terkejut lagi apabila Azusa membelek cerita seterusnya, tiada lukisan dan cerita seterusnya. Semuanya kosong.
Azusa membaca semula bahagian terakhir itu.
'Selepas Puteri Elisa terkena sihir hitam ilusi itu, kawannya dan saudara kembarnya datang untuk menyelamatkan Puteri Elisa. Mereka berempat sanggup gadaikan nyawa mereka untuk selamatkan Puteri Elisa dari ilusi itu.'
Tiba-tiba ingatan Azusa kembali. Dia baru teringat bahawa dia adalah Puteri Kaguya Elisa yang diceritakan dalam buku itu. Dia juga teringat bahawa dia terkena sihir ilusi oleh anak Xaxxa.
'Jadi, semua ni ilusi... termasuk Mizuki..' Azusa pun merebahkan diri sambil menangis terdesak. Dia tak percaya, semua pertemuannya dengan Mizuki hanya sebuah ilusi.
"Azusa! Awak tak apa apa?" Tanya Mizuki dengan nada risau apabila melihat semua ni. "Mizuki.... saya tiada di dunia ni... Saya dah lama mati...semua ni hanya ilusi saya saja..." Jawab Azusa sambil menangis sambil melihat buku itu.
Mizuki pun mendiamkan dirinya, dia sendiri tidak tahu macam mana nak bagitahu kepada Azusa. "Kenapa semua ni berlaku kepada saya?! Apa salah saya!? Saya betul-betul takut yang semua pertemuan kita ni hanya ilusi dan palsu, tapi ini semua memang palsu." Kata Azusa sambil memeluk tubuhnya yang sedang mengigil.
Mizuki terkejut apabila mendengar kata Azusa, Mizuki menggenggam tangannya. "Ye, semua ni memang ilusi. Tapi pertemuan kita bukan ilusi dan palsu!!" Kata Mizuki berterus terang. Azusa terkejut lalu memandang kearah Mizuki.
Tiba-tiba semua di kawasan mereka menghilang sedikit demi sedikit. "Saya betul-betul gembira kerana dapat berjumpa dengan awak lagi, Azusa." Kata Mizuki yang tersenyum sambil air matanya mengalir.
Ini membuatkan air mata Azusa semakin mengalir laju. "Mizuki."
"Terima kasih Azusa, kerana awak setia berkawan dengan saya sampai akhir hayat awak. Saya betul-betul minta maaf! Kalau saya sedar waktu tu, dah lama...saya...saya tolong awak...." Ucap Mizuki sambil menangis.
Azusa pun cepat-cepat memeluk Mizuki melepaskan kerinduannya. "Saya minta maaf Azusa!! Ini semua salah saya!!"
"Tak! Ini bukan salah awak! Saya pun gembira...sebab pertemuan kita ni bukan ilusi..." Jawab Azusa sambil matanya mengalir. Mizuki memeluk Azusa penuh dengan erat.
"Azusa, daisuki!" Ucap Mizuki sambil tersenyum kearah Azusa. "Saya pun. Mizuki, daisuki." Balas Azusa sambil tersenyum.
Tiba-tiba Azusa terjatuh kerana lantai yang dia pijak itu runtuh, Azusa pun cuba menyampaikan tangan kearah Mizuki.
"Mizuki! Saya minta maaf! Dan terima kasih atas segalanya! Saya berharap sangat kita dapat bertemu kembali! Bukan seperti sekarang tapi selamanya!" Kata Azusa sambil mengapaikan tangannya kearah Mizuki.
Akhirnya mereka berdua dapat menyentuh sedikit, lalu Azusa pun menghilangkan dirinya. "Kita akan bertemu lagi, Azusa. Dan kita tetap akan bersama selamanya." Kata Mizuki sambil air matanya mengalir.
__ADS_1