
Azusa pun kembali ke badan Elisa semula. Elisa betul betul tidak faham maksud cerita tersebut. Jadi cerita tentang Satria yang menghancurkan kerajaan, memang salah.Elisa pun kembali di dunia asal.
Mereka merasa hairan apabila melihat Elisa berhenti bergerak. Elisa pun menurunkan pedangnya.
Tiba-tiba air mata Elisa mengalir tanpa sedari. 'Ke...Kenapa... aku menangis pula ni...?' Elisa cuba menahan air matanya yang mengalir tanpa berhenti.
Samurai itu pun menghilang secara tiba-tiba. Mereka pun menghampiri Elisa yang sedang menangis. "Elisa, kamu ok?" Tanya Tsukasa kepada anaknya.
"Okasama... Elisa.. Elisa tak sanggup tengok semua ni!! Kenapa mereka... sanggup lakukan semua ni!" Jerit Elisa dengan kemarahan.
Mereka terkejut apabila melihat keadaan Elisa tiba-tiba berubah. "Elisa, apa kamu cakap ni?" Tanya Tsukasa dengan hairan. Tsukasa pun menyentuh bahu Elisa supaya tenang, tetapi ditolak oleh Elisa.
Elisa pun menjauhkan diri dari semua orang. Tiba-tiba badan Elisa bercahaya, muncul bintang bintang yang mengelilingi Elisa. Mata Elisa berubah menjadi bintang bercahaya dan bersinar kuat berbanding dulu.
Mereka terkejut melihat Elisa tiba-tiba berubah. "Elisa?" "Okasama itu bukan Elisa, itu roh Satria Star yang telah kawal badan Elisa." Kata Alysa menahan Tsukasa dari mendekati Elisa.
Tsukasa terkejut dengan kata Alysa. Elisa pun memandang tajam kearah keluarganya. "Apa yang kau dah lakukan kepada Elisa?!" Tanya Kazuto kepada Elisa yang sudah dikawal oleh Satria Star.
Satria Star pun tersenyum sinis kearah mereka. "Sepatut kau perlu jawab pertanyaan aku dulu, macam mana atok kau yang tak guna tu boleh hidup lagi? Sampaikan atok kau mempermainkan Selene hah?!" Tanya Satria Star dengan nada marah kepada Kazuto.
Kazuto terkejut apabila mendengar pertanyaan Satria Star itu, lalu dia terdiam tidak menjawab soalan Satria Star itu. "Aku dah agak ini akan berlaku. Keturunan kaulah yang buat Selene bunuh diri! Dan merekalah yang menyebab kerajaan ni hancur!!" Marah Satria Star, ingatan dia masih ingat lagi.
Kazuto berdiam diri, kerana dia sendiri tidak faham. "Oh, lupa. Korang memang percaya betul dengan cerita lagenda mengarut tanpa bukti. Sampaikan Elisa pun sakit hati dan sedih tengok kebenaran yang sama ni." Kata Satria Star sambil menyentuh dadanya.
"Apa yang kau dah lakukan kepada." "Saya tidak lakukan apa-apa pun, tapi Elisa lah yang membuka cerita ni sendiri. Dan dia jugalah suruh saya tunjukkan diri, dah lama sebenarnya saya berada dalam badan Elisa ni." Jawab Satria Star dengan serius.
__ADS_1
"Dan satu lagi, saya keluar ni mahu lihat musuh lama saja. Rasa mahu bunuh saja keturunan ni pun ada." Kata Satria Star menakutkan mereka. Mereka terkejut apabila mendengar ayat Satria Star itu.
"Jangan kau bunuh Elisa dan keluarga beta, mereka tidak tahu pasal ni. Kalau kau nak bunuh untuk balas dendam, bunuhlah beta." Kata Raja Kazuto melawa dirinya sendiri demi keluarganya."Otosama!" Terkejut Alysa dan Azri apabila mendengar ayat Kazuto.
"Tunggu! Kalau balas dendam macam ni awak tak akan dapat apa-apa pun! Selene mesti rasa sedih." Belum sempat Karin menghabiskan katanya, Satria Star memotong. "Awak memang Karin Chan. Memang betul kata awak, saya takkan dapat apa-apa pun." Kata Satria Star sambil tersenyum.
Karin terkejut apabila melihat Satria Star tersenyum macam tu. Satria Star pun pun memandang kearah Raja Kazuto. "Saya hanya gurau jer, saya takkan bunuh sesiapa pun. Saya bukan jahat seperti cerita tahyul korang tu." Jawab Star membuat gaya malas.
Mereka pun menghempus nafas lega apabila mendengar kata Star. "Saya sepatutnya berterima kasih kepada Elisa kerana dia mahu membantu saya untuk mencari Selene." Kata Star lagi. Mereka kembali terkejut, rasa berdebar debar pun ada."Apa maksud awak?" Tanya Tsukasa tidak faham makna Star.
"Macam ni, 50 tahun yang lalu Selene sudah buat perjanjian. Iaitu kami berdua akan hidup kembali, tetapi kami akan memasuki badan seseorang yang terpilih sahaja. Jadi saya memilih Elisa untuk saya memasuki badannya, sebab tulah Elisa dapat kuasa saya." Terang Star tentang kejadian sebenarnya.
"Macam mana pula dengan Selene?" Tanya Karin yang ingin tahu. Star pun mengeluh apabila mendengar pertanyaan Karin. Ini agak susah untuk dia terangkan.
"Selene memasuki badan seseorang juga pada masa yang sama dengan saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu siapa yang dia merasuki. Agak susah untuk cari dai sekarang walaupun kami berkawan sejak kecil lagi." Jawab Star sambil memandang kearah siling.
"Kuasa bulan agak bahaya kalau tidak terkawal, ini boleh menyebabkan kerajaan Fantasia ni akan musnah dalam sekelip mata sahaja." Jawab Star tentang kuasa bulan yang sebenarnya.
Mereka sudah mula merasakan risau dengan kuasa bulan yang diceritakan oleh Star. "Macam mana kita nak hentikan serangan itu?" Tanya Kazuto dengan nada risau.
Star pun menunduk ke bawah, adakah dia memberitahu tentang perkara sebenar? "Jangan risau! Kuasa saya boleh lah menahan serangan dia. Korang ingat saya ni siapa lah!" Jawab Star dengan riang.
Mereka pun menghempus nafas lega apabila mendengar jawapan Star. "Satria Star, beta mewakili keturunan beta meminta maaf atas menghina kamu." Ucap Kazuto sambil menunduk kepalanya sedikit.
"Saya tak kisahlah! Yang penting mohon kerjasama untuk suatu hari nanti." Ucap Star sambil tersenyum lebar. Raja Kazuto pun tersenyum apabila melihat telatah Star.
__ADS_1
"Rasanya masa saya dah habis ni. Yosh! Jumpa lagi yer!!" Star pun mengembalikan semula badan Elisa seperti sedia kala. Elisa pun merebahkan diri kerana dia perlu mengeluarkan tenaga yang banyak tadi.
"Elisa!" Kazuto sempat menyambut Elisa sebelum terjatuh. Lalu Elisa dibawa ke biliknya untuk mendapatkan rawatan.
...****************...
Elisa pun tersedar dari pengsannya, Elisa melihat Karin sedang membancuh teh untuk dirinya. "Elisa!" Karin pun berlari kearah Elisa yang sedang baring.
Elisa pun bangun dari baring, Karin pun menolong Elisa. "Macam mana keadaan awak sekarang?" Tanya Karin dengan sedikit risau keadaan Elisa. "Saya dah ok." Jawab Elisa sambil tersenyum.
"Awak tahu tak, dah 3 hari awak pengsan. Awak memang buat saya risau betullah." Kata Karin dengan risau terhadap Elisa ni.
"Alah 3 hari jer bukan lama pun." Kata Elisa sambil membuat gaya tak perlu risau. Baginya itu dah perkara biasa, dah berapa kali dah dia pengsan macam ni.
"Orang lain risaukan dia, boleh pulak dia buat blur jer. Jadi apa rancangan seterusnya, Azusa?" Tanya Karin sambil memeluk tubuhnya.
Elisa pun memandang ke bawah. Dia sendiri pun tidak tahu macam mana nak mulakan semua ni. "Saya sendiri pun tidak pasti. Adakah kehidupan saya ni ada kaitan dengan kehidupan Satria Star ni?" Tanya Elisa memikirkan tentang kehidupannya.
Sekarang kehidupannya sudah kacau apabila Star datang kepadanya. "Saya sendiri pun tidak tahu juga. Melainkan awak cari tahu tentang kehidupan Satria Star dan Selene tu. Mungkin itu boleh menyelesaikan kehidupan awak." Cadang Karin. Dia pun merasakan mahu tahu lagi kehidupan Satria Star itu.
"Saya pun rasa macam tu jugak. Neh Milly, Adakah awak mahu tolong saya untuk cari siapa dikawal oleh Selene tu?" Tanya Elisa sambil memeluk kakinya.
Karin pun mengeluh apabila mendengar soalan Elisa. "Awak ni, mestilah saya tolong. Kerana Satria Star sudah membuat saya tertarik satu perkara yang saya mahu tahu." Jawab Karin sambil memeluk tubuhnya.
Adeh, memang macam tulah perangai Karin. "Yosh! Hari ini awak perlu banyakkan berehat. Kerana esok klub kita akan mulakan aktiviti yang hebat." Kata Karin dengan semangat. "Hah?" Elisa semakin hairan dengan Karin lagi.
__ADS_1
"Hehehe, awak mesti suka dengan rancangan saya ni." Kata Karin sambil mengenyit matanya. Elisa merasakan ada sesuatu yang akan berlaku teruk esok ni.
Apa yang dirancangkan oleh Karin sampai membuatkan Elisa hairan dengan aktiviti yang akan datang?